Let's talk about this cafe tonight, shall we?
Sebenarnya, ini adalah draft post yang telah dibuat sejak tahun lepas tapi aku baru nak siapkan malam ini. Entah tiba-tiba rasa nak update blog mengenai kafe ini. Mungkin sebab aku ke sini lagi petang tadi dan ada post di insta story. Ada juga yang bertanya lokasi kafe ini. Jadi, meh lah, aku post satu entri khas untuk Laundry Cafe.
Laundry Cafe: Take Your Time to Drink while doing laundry :D |
Kafe ini telah dibuka beberapa tahun lepas, kalau tak silap aku. Disebabkan kafe ini berdekatan dengan rumah aku dan merupakan laluan aku ke rumah Mama, makanya aku tahu akan kewujudan kafe ini. Kafe ini sebenarnya terletak ke dalam sedikit dari jalan utama. Oleh itu, orang yang lalu di kawasan kilang dan Subang 2 saja yang tahu akan adanya kafe ini. Tengah-tengah bengkel kereta, kilang, kedai mamak, tiba-tiba ada satu kafe yang menarik 😉
Bahagian luar kafe |
Laundry: Harga sama je macam kedai laundry yang lain. |
Dari tempat laundry dan menuju ke arah kafe |
Love this view the most!! Kafe ini ada dua tingkat :D |
Seperti yang korang boleh nampak dalam gambar di atas, kafe ini ada bahagian buku!!! Yeay!! Aku sangat suka dengan buku dan asalkan ada buku je dalam satu kafe, perasaan gembira itu datang dengan sendirinya. Bukan aku baca pun buku yang ada dalam kafe ini, aku akan bawa buku aku sendiri. Tapi, suka tengok banyak buku. Hihi.
Buku ilmiah agaknya ni? Atau kamus? Aku tak tengok secara dekat pula |
Book corner |
Banyak buku kat sini. Korang boleh pilih dan baca di kafe ini. Dah habis baca, sila letak di tempat asal. Jangan bawa balik pulak tau. Hihi. Aku biasanya bawa buku sendiri. Buku kat rumah pun bersepah lagi nak baca. Aku beli lebih kurang 5 buku satu bulan dan bacanya adalah dua buku je kot. Ikut mood. Hihi.
Tingkat atas: Bahagian kiri |
Tingkat atas: Bahagian kanan |
Love the book!! |
Kafe ini selesa dan persekitaran pun menarik. Tenang saja. Ada dimainkan lagu slow, romantik gitu. Bolehlah nak lepak lama-lama kat sini sementara tunggu laundry siap. Aku hanya ke sini kalau nak do laundry je dan hanya ketika aku berseorangan. Feeling laundry kat kafe 😂
Staf kafe ni pun mesra je. Aku ada tanya mengenai nak bagi buku kat kafe ini. Staf kata boleh. Jadi, mungkin aku nak bawa buku yang nak let-go ke sini. Biasa aku bagi charity. tapi kali ni boleh bagi kafe pula.
Mengenai makanan dan minuman pula...
Antara menu yang ada di sini |
Selain daripada menu di atas, kat sini ada juga pasta dan makanan barat yang lain. Aku tak ambil gambar menu pula. Kalau ke sini aku biasanya minum Hazelnut Latte atau Caramel Latte dan kedua-duanya sedap bagi aku. Minuman panas lagi sedap daripada minuman sejuk di sini. My personal opinion.
Mushroom Soup & Iced Hazelnut Latte. Both just so-so for me. |
Business Hour. Ahad closed ye. |
Kafe ini juga menerima tempahan untuk apa jua jenis acara. Birthday bash, baby shower, bridal shower, apa-apa jela. Boleh hubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut. Kalau buat acara kat tingkat atas, nampak menarik kan? 😊
Details this laundry cafe as below:
Address: 65, Jalan Apollo U5/187, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, Shah Alam, Malaysia.
Phone No: 03-7859 7090
Disebabkan aku habis baca buku Steal Like An Artist di kafe ini, jadi aku lampirkan sekali review ringkas buku ini. Tak tahulah bila nak siapkan entri review buku yang panjang lebar. Writer's block lah sekarang. Writer lah sangat 😜
Steal Like An Artist by Austin Kleon |
Entri seterusnya, akan aku update mengenai satu kafe yang aku pergi pada hari jadi aku yang lalu, 28 Oktober 2018 😍
Stay tuned,
😊
nice gila! it's even amazing sbb u got to snap photos when xde org kt ctu.
ReplyDeleteHihi. Yes! Memang takde orang pun. Masa Siqah datang, siqah sorang je kat sini. Lepas dah siap ambil gambar, barulah ada orang masuk. Hii . Mehlah datang kafe ni 😊
DeleteSalam, ada kat satu tempat di Trefoil Setia Alam pun sama, sambil2 laundry boleh minum dan makan, cuma buku tu rasanya tak sebanyak di atas.
ReplyDeleteSalam Ida :) Ohh Setia Alam eh. Jauh jugak nak pergi. Hihi. Nice kan laundry cafe camni 😁
DeleteI love this kind of cafe. Cantik sangat.
ReplyDeleteKannn! Cantik 😊
DeleteCantik decoration 😘
ReplyDeleteSimple dan nice kan 😘
DeleteComelnyaaa, nak pegiiii. Tapi jauhh
ReplyDeleteAlaaa yeke 😢 takpelah, nanti kalau Izzati datang sini boleh singgah ye :)
DeleteSekali pandang dah macam laundry dalam drama Suspicious Partner. Cantik sangat 😍
ReplyDeleteTak perasan lah laundry kat Suspicious Partner. Nice kan laundry kafe camni. Fefeeling sikit nak basuh baju. Hihi 😍
DeleteSelalu jugak lalu café ni! Memang Nampak menarik gila dari luar. Tapi tak pernah pergi lagi heheh. Sebab sejenis tak basuh baju kat dobi :p
ReplyDeleteEh Nad orang Subang jugak ke? Hihi. Datang lepak je pun boleh 😁😍
DeleteHarap kat Kelantan pun ada kafe macam ni 😭😭😭
ReplyDeleteJeles weh
Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger
Nanti adalah tu. Lambat sikit nak sampai Kelantan tapi mesti ada nanti eh 😊
DeletePatutlah nama dia laundry cafe boleh mendobi sekali hehehee...
ReplyDeleteCafe ala-ala hipstur gitew ;-)
Hihi. Sekarang zaman hispter kan Mrs A. Semua nak hipster termasuk laundry. Hihi
DeleteHi Siqah! Lama dah tak datang sini! <333 Instagram worthy betul cafe ni.
ReplyDeleteHi Erin! Lama juga Siqah tak datang blog Erin <333 Kan. Instagram worthy. Haha.
Deletecantiknya ! senang pulak tu. nak basuh baju nak makan nak membaca. satu contoh yang boleh membangunkan insan kelas pertama
ReplyDeleteYes tepat sekali. Sementara tunggu laundry, boleh membaca, bukan skroll IG or FB. Hihi.
DeleteAkhirnya, dah lama tnggu nak baca entry awak pasal cafe nie . Sebab slalu tgk dkt IG story awak je hihi. Bestnya la hai , kalau ada cafe sendiri mcm nie hihi
ReplyDeleteLama kan tunggu, maklumlah. Ikut mood setahun selepas itu. Haha. Kan!! Memang impian lah nak ada kafe sendiri. Tak payah dah lepak kafe orang.
DeleteHadoilah Siqah.. kalaulah ada laundry cafe macam nie kat sini, mau setiap minggu Sha ke sini..
ReplyDeleteHehe. Kan.. Siqah nak juga pergi setiap minggu tapi adoi, sayang pulak duit nak minum kopi mahal je. Hihi
DeleteCANTIKNYA laundry cafe ni, suka tengok book corner tu..
ReplyDeleteBestnya kalau ada kat area tempat tinggal husniey mahu lepak tiap minggu kat cafe gini :D
Ehh rasa macam lama dah tak singgah sini.. hee
Bab book corner yang terus rasa wow kafe ni!! Siqah paling excited nampak book corner tu. Hihi
DeleteLama tak singgah kan, takpe Husniey. Siqah pun baru nak update blog :D Lama tak singgah blog Husniey jugak. nanti Siqah datang ye :)
Serious cool and nice sangat buat laundry cafe macam ni. Aaaa nanti bila bila ada pergi area sana, Nani nak singgah jugaklah.
ReplyDeleteAhhh nice nya cafe nie! Thanks for sharing about it.
ReplyDeleteXde la jauh sgt dari umah, hehe.. Sebab saya dok area Seksyen U9.
Maybe satu hari boleh la singgah sini (walaupun x mendobi, hahaha)