Top Social

Image Slider

Hi Semua. Apa Khabar?

24 August 2016

Hi semua.. Rupanya dah lebih 5 hari aku tak buat entri baru. Bukannya tak nak buat, tapi entahlah, tetiba ada sindrom writer block.

Ada juga draft dan masih tak siap. Bila entah nak siap? Tiada mood sekarang. 

Walaupun begitu, aku tengok pageviews blog ada juga peningkatan dari sehari ke sehari. Alhamdullilah. Walaupun tak banyak, aku tetap berterima kasih juga. Baik ada daripada tiada. Bersyukur apa adanya =) 

Terima kasih ye kepada korang yang selalu datang singgah sini dan tinggalkan komen. Appreciate sangat. 

Sekarang aku banyak menghabiskan masa dengan baca novel, tengok drama Korea dan tidur. Serius. TIDUR. Entah kenapa aku ada sindrom mengantuk sangat. Jam 10 malam dah tidur. Huhu.

Hari ni aku cuti. Bukan ada hal nak buat. Saja habiskan cuti sebab nanti tiga bulan aku tak boleh cuti. Ada rakan sekerja going for maternity leave. Patutnya hari cuti ini, aku suka update blog dan blogwalking but maybe not today. 

Aku akan kembali semula nanti ye. Mungkin esok atau lusa, atau hari ni. Manalah tahu kan kot petang nanti datang semangat blogging tetiba. 

Apa pun, I will come back. For sure. Thank you sangat-sangat kepada followers, readers, dan viewers yang singgah dan ada yang masih sudi tinggalkan komen. 

Aku akan kembali blogwalking nanti. Akan melawat korang juga. Berikan aku sedikit masa ye. 

Thank you so much. 

Have a nice day, all =) 

Till then, 

Love,

Fotografi di Pantai Sepat Pahang

19 August 2016
Assalamualaikum dan hello semua =) 

Aku scroll gambar dalam phone hari ni. Dah ternampak pulak gambar lama yang boleh kongsi di sini. Aku pun sekarang tengah ada sindrom writer block. Tak tahu nak update apa kat blog. Huhu. 

Jadi, mehlah nak kongsi gambar dan kisah yang dah lama. Aku kasi throwback lah eh =D

Korang pernah pergi ke Pantai Sepat, Pahang? Pantai Sepat adalah salah satu pantai yang popular di Pahang selain daripada Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, dan Pantai Balok. 

Aku bersama sepupu pergi ke Pantai Sepat untuk buat sesi fotografi. Sebenarnya ia adalah sesi wedding outdoor photography untuk sepupu aku, Faiz dan isteri, Maryam. Kami yang lain menyibuk nak jugak ikut dengan harapan gambar kami masuk sekali dalam album kahwin. Haha. 

Sebenarnya, kami yang lain pun ada sesi fotografi sendiri. Photographer kami semestinya suami aku, Mr Aliff. Dia pun bawa kamera DSLR, so kami jadilah model sekejap. Hee. Suami pulak rajin melayan. Hihi.

Bukan setakat ada pantai indah di Pantai Sepat tau. Ada juga pokok-pokok di tepi pantai ala Nami Island, Korea. Serius! Tak percaya, tengok gambar kat bawah. Hehe. 

Nami Island versi Pantai Sepat
 
Lebih kurang lah kan? Haha! Asal ada pokok je kira Nami Island lah tu =p

GIVEAWAY DAN PENCARIAN BLOGLIST BY JEPUN MARI

Selamat pagi semua =)

Hari ini, aku nak join GA lagi. Saja nak memeriahkan GA yang dianjurkan oleh blogger. 

Seronok =D

KLIK SINI UNTUK JOIN

Jom korang join sama-sama =)

Love,

Pencarian Bilik Sewa dan Housemates di Hidup.my

18 August 2016
Hello semua =)

Ada sesiapa yang sedang:
  • Mencari bilik sewa
  • Mencari teman serumah
  • Mahu mengiklankan rumah atau bilik anda untuk disewakan

Jika ada, mari sini, aku nak perkenalkan satu laman web yang memberi semua perkhidmatan di atas. Laman web yang baru aku tahu kewujudannya. 


Review Novel | Hero Seorang Cinderella

17 August 2016
Hello semua =) 

 
Mari aku nak bercerita mengenai buku lagi. Hee. Buku ke-11 dalam tahun ini. Berminat untuk baca novel ni selepas dapat review yang baik daripada pengemar novel lain. 

Aku jarang beli novel Malay sekarang. Tak tahu nak beli yang mana sebab terlalu banyak novel di pasaran. Kalau pergi MPH, bersepah novel. Aku keliru tak tahu nak pilih yang mana satu! =D

Makanya, novel ni aku pinjam daripada rakan sekerja, Masyi =) 

Mencari Barang Lama / Antik di Pasar Karat

16 August 2016
Assalamualaikum dan hello semua =) 

Tengok tajuk entri ini yang panjang pastinya korang dah tahu entri ini nak bercerita mengenai apa. Hehe. 

Pasar karat atau Flea Market dah banyak tumbuh di negara kita. Dinamakan pasar karat kerana kebiasaanya tempat ini menjual barang antik atau lama, dan juga barang terpakai. 

Antara tempat pasar karat yang popular di negara kita adalah Lorong Kulit Pulau Pinang, Pasar Loken Ipoh, Pasar Karat Jalan Hang Lekir Melaka, dan Amcorp Mall Flea Market Petaling Jaya. 

Aku berpeluang ke Amcorp Mall Flea Market pada hari Ahad lepas. Tujuan aku untuk beli satu benda je. Satu je! Apakah? Hehe. 

Review Filem : Zack Kapcai

15 August 2016
Selamat petang semua =) 


Aku baru lepas tengok filem ini, Zack Kapcai. Beli di Astro First. Cadang dulu nak tengok filem ini di pawagam tapi tak sempat pulak.

Yang buat menarik nak tengok filem ini adalah pelakonnya. Pelakon utama yang terdiri daripada beberapa pelawak terkenal tempatan iaitu Fad Bocey, Rahim Sepahtu, dan Shuk SYJ. Ada juga mendapat sokongan daripada pelakon lain iaitu Serina anak kepada Chef Wan. 

Auto Post Signature

Auto Post  Signature