Review Buku | Nefertiti by Lily Haslina Nasir

instalife

February 22, 2019

Review Buku | Nefertiti by Lily Haslina Nasir


Another book review :) Bulan Februari adalah bulan yang aku dedikasikan untuk baca novel Melayu saja. Pada mulanya begitulah. Hihi. Ada selit hanya satu buku Indonesia bertajuk Jika Kita Tak Pernah Jatuh Cinta

Aku baru saja habiskan pembacaan buku ke-9 dalam tahun ini bertajuk #Ghost by Zura Rahman (review soon) dan sekarang aku rasa nak beralih arah baca buku ringan seperti poetry. Ambil gap sebentar daripada baca novel Melayu yang seterusnya :)

Novel Pulang adalah novel pertama daripada penulis Lily Haslina Nasir yang aku baca. Dan selepas baca novel Pulang, aku jatuh cinta dengan penulisan Kak Lily. Bahasanya puitis, jalan cerita smooth. Bagi aku, penulisan Kak Lily sempurna. 

Maka, bila tahu akan kewujudan novel Nefertiti ditambah pula dengan review positif di Goodreads, membuatkan aku beli novel ni dan terus baca. Semangat nak baca apatah lagi bila tahu yang genre novel ini bukanlah cinta semata. 


Title: Nefertiti
Author: Lily Haslina Nasir
Pages: 634
Publisher: Penulisan2u
Publication Date: Disember 2018

SYNOPSIS


Mangkubumi, Infinity, Sorga Nefertiti, dan Layar Nefertiti. Apakah semua ini? 😱

Watak-watak utama:

Ada empat watak utama dalam novel ini. 

Yasmin Qawlah Azwar
Wanita berhati batu dan kasar tapi tangkas dalam segala hal termasuk pertempuran. Aku ada masalah sikit dengan watak Yasmin. Dia seorang yang terburu-buru, suka berprasangka buruk, dan agak kurang ajar. Disebabkan kisah silam dirinya, membuatkan Yasmin anggap kesengsaraan dirinya adalah yang paling teruk dan tidak mengendahkan apa yang jadi pada orang lain. 

Namun begitu, aku suka juga sikap positif Yasmin. Tidak mudah lemah dan ikut telunjuk orang lain. Hadapi semua dugaan dengan tabah walau ada masanya, dia suka melenting. 

Ziyad El Zamri
OMG! HAHA! Siapa saja yang baca buku ini pasti akan jatuh cinta sedalam-dalamnya dengan Ziyad. HAHA. Ziyad seorang lelaki yang sempurna. Orang kuat Sorga Nefertiti lantas menjadikan dia musuh pada Yasmin. Aku paling suka dengan sikap penyabar Ziyad. Sabar dia tahap tinggi sungguhlah. Digambarkan sebagai seorang lelaki yang kacak dan macam biasalah, abang sado. Haha. Suka bermonolog sendiri dan boleh tahan juga babak dia mengusik Yasmin. Comel. 

Sinopsis

Apabila kejahatan menjadi tabiat, tak digoda syaitan pun akan tetap mahu membuat jahat. 

Datuk Seri Adnan aka DA
Kejahatan DA ni, MasyaAllah. Sangat kejam, tamak haloba, tak berperikemanusiaan langsung!! Fikir hanya untuk kepentingan dirinya dan kroni saja. Punca bagi semua kejahatan yang berlaku di Sorga Nefertiti dan Layar Nefertiti. Semua orang takutkan DA. Ohh, DA ini adalah watak seorang pemimpin negara. 

Datin Naila
Isteri DA. Aku ada love-hate relationship dengan Datin Naila. Pada mulanya, aku benci sangat dia tapi lama-kelamaan rasa kasihan simpati pula dengan dia. Seorang wanita yang telah buta kerana cinta. Sekali terperangkap dan tidak boleh berpatah balik. Terpaksa mengharungi apa juga. 

Wanita dan isteri kepada pemimpin negara tapi hanya menggunakan telefon yang diikat getah. Tiada sosial media. Tidak tahu sama sekali apa yang jadi di luar sana. Tidak boleh upload #ootd dengan segala aset dia yang sumpah mahal gila. Semua kerana arahan DA, si suami durjana. 


REVIEW


Satu naskhah yang sangat berani oleh penulis, Kak Lily. Aku kata sangat berani kerana aku bagaikan percaya bahawa setiap babak dalam novel ini adalah kisah benar. Maka, satu persoalan berlegar dalam fikiran. Benarkah ianya benar? Secara automatik juga, terbayang siapa yang boleh memegang watak DA dan Datin Naila. Harap tidak menjadi isu pada masa akan datang ye. Hihi. Novel hanyalah fiksyen. Kena ingat tu :D

Pemimpin naik kerana rakyat, pemimpin berkuasa dengan mandat rakyat. Jadi kenapa selepas berada di kerusi empuk, perjuangan dan nasib rakyat dilupakan?

Rakyat ditindas! Rakyat dikhianati oleh pemimpin yang rakyat pilih. Kejahatan DA sangat melampau. Baca novel ini bagaikan sedang menonton drama Korea pun ada jugak. Maklumlah, drama Korea takde tapis. Tak kisah buat drama dan cerita pasal pemimpin negara menipu bagai. 

Secara jujurnya, aku agak pening dalam 10 bab terawal. Banyak watak diperkenalkan yang merangkumi dua kumpulan berbeza identiti (Nefertiti dan MyJebat), ditambah pula dengan pengenalan bagi konflik yang bakal muncul. Selepas bab 10, aku lebih memahami setiap watak dan jalan cerita dan bila dah faham, pace reading mencanak naiklah. Hihi. Pengolahan jalan cerita bersama konflik tersusun selepas itu. 

Apa yang menyebabkan aku sangat suka penulisan Kak Lily? Penggunaan bahasanya yang puitis dengan ayat yang mudah. Gaya penulisan terbaik. Aku juga suka akan pertukaran POV dalam setiap bab. Ini memudahkan aku untuk memahami setiap watak dan kuranglah sikit peningnya :D

Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik mana kita nak bertemu? Jadi, kau jangan salahkan aku kalau ada rasa curiga tu. 

Ziyad dan Yasmin bekerja di bawah kepimpinan yang berbeza tetapi masih bertemu dan semakin rapat walaupun sikap Yasmin kadangkala menjengkelkan. Sikap suka mengusik Ziyad menyuntik aura kemanisan dan kecomelan. Berbunga hati ini. Sekurang-kurangnya, aku boleh lupakan perangai Yasmin yang tak semegah itu. Hihi. Dan seperti yang aku katakan dalam sinopsis, korang pasti akan jatuh cinta dengan Ziyad 😍

Babak final battle/pertempuran akhir agak meleret. Lemah je aku baca banyak muka surat untuk final battle saja. Mungkin sebab novel ini tebal, jadi babak final battle rasanya boleh dipendekkan sedikit. Aku agak boring ketika babak final battle ini. Rasa mendatar pula jalan ceritanya walaupun aksi. 

Seperti biasa, ada ayat-ayat yang aku suka dalam novel ini 😊

Benda yang dah jadi, bukan kehendak kita. Diri kita sendiri pun kita tak mampu kuasai, kita tak tahu takdirnya macam mana.

Dalam hidup ini, kita tidak mungkin dapat semua yang kita idamkan. Tiada yang sempurna. Yang sempurna itu hanya milik yang Satu. 

Bagi peluang kepada diri sendiri. Jangan terlalu menghukum diri. Lapangkan dada, tenangkan jiwa. Serahkan seluruh hidup ini kepada Tuhan. Kita tercipta dengan kehendakNya, kepada Dia juga kita serahkan kembali segala-galanya. Yakin, Allah beri yang terbaik untuk kita bila sampai waktunya. 

Jangan seronok dengan pujian, jangan takut dengan celaan. Pujian manusia tak akan selamatkan kita di hari berlakunya huru-hara dahsyat nanti. Celaan manusia sedikit pun tak beri mudarat pada kita.

Selagi hayat masih ada, kita boleh berusaha jadi manusia yang bermanfaat kepada insan lain. Jadilah umpama air yang mengalir, disekat dihalang, ia akan tetap terus mengalir. 

Bila berdoa, yakin bahawa doa akan dimakbulkan Allah. Kalau bertaubat, yakin bahawa Allah menerima taubat dan memberi keampunan kepada hambaNya.

Jujur itu pahit, ikhlas itu pahit dan sabar itu sesekali menumbuhkan sengsara. Tapi semua itu penawar dan penyembuh segala masalah. Jangan main-main dengan kata-kata. Jangan berjanji dan memberi harapan, kalau kita tak mampu jujur. Kadang-kadang kita tak sedar bila kita hancurkan harapan orang, kita khianati orang. Seluruh hidup orang akan musnah. 

Hidup ini kita berpandukan Kitabullah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Ciptalah sehebat mana akta atau undang-undang dunia. Bukan ke matinya kita esok, kita akan dihakimi undang-undang Allah S.W. T.? Kita dari tanah, kita juga mati pulang ke tanah. Sampai masanya jasad kita reput meresap ke tanah. Kenapa kita angkuh dan hidup dengan sifat yang melangit?

Mostly ayat-ayat ini datangnya daripada Ziyad :)


RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ⭐⭐⭐⭐.5 

Tak mampu berikan 5 ⭐ hanya kerana babak pertempuran akhir itu saja. 

Selebihnya, buku ini cukup serba-serbi. Konflik dan aksi boleh dikatakan memenuhi kebanyakan jalan cerita. Cinta hanya sedikit saja (ini yang aku nak) dan manis macam gula. Ada pengajaran untuk kehidupan dan plot twist juga. 

Aku terpaksa menapis penerangan aku mengenai watak-watak utama sebab tak nak ada spoiler. Di situlah plot twist :D 

Rekomen novel ini untuk pencinta novel tempatan <3

Selagi laut masih berombak, gelombang masih menderu, akan kuseru anak bangsa. Hidup harus bersemangat baru, setiap waktu! Selagi bumi masih berputar, biar getarnya tidak terasa, anak bangsa harus aku perkasa. Pedulikan kalau jagat alam masih belantara, kedaulatan negara jangan dibuat timbang tara. 

☝ - perenggan akhir dalam novel ini. Tepat sekali Kak Lily. A really good reminder 👍


Write later. 

May your day be full of blissful moments <3

13 comments:

  1. macam best nih :D cover dia syaza nampak macam game PUBG plak main senapang2 ni haha

    ReplyDelete
  2. Bila baca novel..boleh buat emosi kita bergelombang itu yang best sangat.
    Akak yang tak baca secara langsung dari novel pun rasa best lagi-lagi watak Ziyad tu.

    ReplyDelete
  3. saya pun ada masalah dgn watak Yasmin ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Baru sekali baca karya Lily Haslina Nasir iaitu novel Pulang.

    ReplyDelete
  5. Mula-mula akak fikir nie novel Inggeris, so akak buat derk la, tapi bila baca review awak rasa macam nak pinjam dengan member jea.. hihi

    ReplyDelete
  6. Interesting plot. Maybe akan beli. lol saya baru masok buku keempat and buku ni tak best pon. Nak tolak tepi jeni.

    ReplyDelete
  7. i wish i could read more

    ReplyDelete
  8. Wow!! Menarik juga jalan ceritanya.. Nak kene baca jugak ke ni.. hurmm..

    ReplyDelete
  9. Ala.. novel ini dalam list untuk dibeli.. Ramai betul yang review kata novel ini best.. huhuhu..
    Baca review siqah nie lagilah membuak-buak nak beli.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. Waahh macam best sangatlah buku ni, InsyaAllah one day nnt nak try baca. hehe. Thank u siqah atas reviewnya <3

    ReplyDelete
  11. Wow mama suka cerita macam ni

    ReplyDelete
  12. Sukanya quote dia tu..

    Dalam hidup ini, kita tidak mungkin dapat semua yang kita idamkan. Tiada yang sempurna. Yang sempurna itu hanya milik yang Satu.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife