Pencarian Bilik Sewa dan Housemates di Hidup.my

instalife

August 18, 2016

Pencarian Bilik Sewa dan Housemates di Hidup.my




Hello semua =)

Ada sesiapa yang sedang:
  • Mencari bilik sewa
  • Mencari teman serumah
  • Mahu mengiklankan rumah atau bilik anda untuk disewakan

Jika ada, mari sini, aku nak perkenalkan satu laman web yang memberi semua perkhidmatan di atas. Laman web yang baru aku tahu kewujudannya. 


Kenapa Hidup.my?
Tujuan laman web ini ditubuhkan untuk membantu lebih ramai pengguna di luar untuk mencari rumah sewa di sekitar Lembah Klang dan lain-lain kawasan. Keistimewaan laman web ini juga apabila ianya memberi kemudahan untuk mencari housemates. Sebelum ini, kita hanya menggunakan Facebook, Mudah.my dan laman sosial lain untuk mencari bilik sewa dan sebagainya. Tapi laman-laman web tersebut bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. Dengan Hidup.my, hidup korang akan jadi lebih mudah! 

Percayalah! Memang lagi mudah! :D

Find A Housemate

Korang boleh pilih housemate yang macam mana korang nak. Manusia berlainan sifat dan citarasa kan. Ada yang tak suka perokok, ada yang tak suka haiwan peliharaan. Macam-macam ragam. Jadi, korang boleh klik "More Search Options" untuk cari kriteria housemate yang korang nak. 

Find A Room

Laman web ini hendak membantu golongan pertengahan dan ke bawah khususnya pelajar dan eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaan di kota. Price Range paling maksimum pun mereka hanya letak sekitar RM 2000 saja. Jangan risau! Ada lagi murah. Korang boleh search saja pada option yang ada.

Kalau korang nak cari bilik sewa yang lebih terperinci, boleh klik "More Search Options". Kat situ, korang boleh letak ciri-ciri rumah yang korang nak ( contoh: parking, pets allowed, smoking allowed ) dan juga existing housemates. 

Kepada yang mahu mencari housemate untuk penuhkan bilik / rumah sewa, dan tuan rumah boleh juga gunakan laman web ini sebab ada dua option lain iaitu:
  • People looking for a room
  • People looking for a tenant

Senang je kan? Mesra pengguna laman web ini. Dan laman web ini pun mobile-friendly tau. Tak perlu susah-susah nak download aplikasi di phone.

Jadi, kalau korang nak cari bilik sewa dan housemates, sila layari laman web http://hidup.my/

7 comments:

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife