Cara Untuk Print Kembali Roadtax / Cukai Jalan

instalife

February 03, 2017

Cara Untuk Print Kembali Roadtax / Cukai Jalan




Cetakan pada roadtax kereta aku kabur. Langsung tak nampak tarikh. Sebelum aku ditahan oleh polis atau JPJ, baik aku selesaikan masalah ini. Hehe. *setelahdisuruholehenciksuamiberkalikali*

Ada dua sebab untuk kita print kembali roadtax / cukai jalan iaitu sama ada roadtax kita hilang atau rosak (cetakan pudar, kabur). 



Cara Untuk Print Kembali Roadtax / Cukai Jalan

1. Pergi ke cawangan JPJ berdekatan. 
2. Bawa bersama roadtax yang rosak (jika ada) dan satu salinan kad pengenalan. 
3. Ambil borang K7 daripada pegawai JPJ yang bertugas. 
4. Isi borang dan ambil nombor giliran. 
5. Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Jangan potong barisan. 
6. Bayaran denda: RM50 untuk kereta dan RM20 untuk motosikal. 


Nota Penting: 

Sila bawa bersama roadtax yang rosak supaya tidak dikenakan bayaran denda. 

Senang je caranya. Nak re-print roadtax pun boleh ambil masa berjam. Biasalah kalau berurusan dengan JPJ. Orang ramai je. Tak tahu bila JPJ tak ramai orang. 

Apa pun, yang penting, apabila roadtax siap, sila tampal terus di kereta. Jangan letak merata-rata nanti hilang pula ^_^  


Fakta Menarik:

Roadtax aku tamat seminggu sebelum hari raya Aidilfitri. Berganda nampaknya keperluan duit untuk hari raya tahun ni 😭😭

Apa pun, Have a nice weekend, all ~ 😊 

26 comments:

  1. Okay takde kereta lagi so tak rasa lagi sakitnya nak renew roadtax.. hehe.. Happy holiday Siqah.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti ada kereta baru rasa sakit eh. Sekarang ni enjoy :D Happy holiday too Anis <3

      Delete
  2. Betul...JPJ susah nak nampak lengang...terima kasih Siqah berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee.. kan susah nampak lengang JPJ. Happy weekend kak PC =)

      Delete
  3. Samalah kita 😂. Potong bajet baju raya lah nampaknya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit ana! 😅 itulah pasal. Nampaknya terpaksa cut cost untuk baju raya 😂

      Delete
  4. Nice sharing. Blhlaa guna bila ada kereta nanti. Cuma nanti tu taktau bila. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Takpe. Later nanti ada.. Seronok dulu sekarang sebab tak payah fikir pasal roadtax dan minyak kereta yang mahal. Hahaha

      Delete
  5. tq kak siqah untuk info ni. busyra belum ada kereta sndiri. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. My pleasure busyra to share :) Nanti busyra pun bakal ada kereta jugak :D

      Delete
  6. selalu gi kat Kuala Kubu Bharu.. Jarang ramai orang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. KKB sure tak ramai orang. Cuma jauhlah kalau siqah nak pergi.. Shahida duduk area sana lah ek.. hii

      Delete
  7. Siqah ! Same la kita. Mek pun bulan 6jugak roadtax tmt tempoh --' Mek punya roadtax pn agk kabur dh jugak tp bior je gitu. Hahhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Sep sikit roadtax mati masa bulan raya. Haha. Hee, siqah nak jugak biar gitu je tapi risau pulak kena tahan nanti. Hihi.

      Delete
  8. tq 4 sharing nnti de kete x de la meraban amik roadtax tp rsanya cam jauh je lg nk de kete nie..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Takpe. Pengetahuan am kata. Nanti bila ada situasi tu, boleh terus apply. Hihi

      Delete
  9. Nak.kena bawa geran asal kereta x..sebab masih dlm simpanan bank huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu Syeeda. Bawa roadtax yang asal je :)

      Delete
  10. roadtax hilang kena bawa geran ke?

    ReplyDelete
  11. HUwaaa roadtax lea tamat bulan ni hohoiii.. Matilanakkk!!

    ReplyDelete
  12. Thanks Shiqah share ilmu. Memang nk g reprint balik roadtax ni. Nyaris2 kena saman dah semalam. Huhuhu

    ReplyDelete
  13. klu wakil owner kereta boleh ke buatkan

    ReplyDelete
  14. boleh hantar runner? atau kawan tolong? nak bawa apa apa extra?

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife