PHONE MASUK SUSU O_O

instalife

July 04, 2017

PHONE MASUK SUSU O_O


Haha. Boleh tak nak gelak dulu sebelum cerita? 🤣

Serius rasa kelakar sungguh bila biasanya dengar phone masuk air. Tapi kali ni, phone masuk susu pulak. Haha. 

Aduhai suami aku lah ni. Kisah benar dia.  

Nak dijadikan cerita, semalam, dalam perjalanan pulang dari kerja, encik suami singgah Petronas dan beli dua kotak besar susu HL. Lepas tu, dia letak susu HL dalam beg galas dia. Sekarang kan zaman "No Plastic Bag"

Bila sampai rumah, rupanya susu HL tumpah dalam beg. Banyak jugaklah tumpah. Dari beli 2 kotak, dah jadi 1 suku kotak je tinggal susunya. Beg dah penuh dengan susu dan phone pun terjebak kena rendam dengan susu. 

Phone apa? Tu seperti gambar di atas. iPhone 4S kesayangan. 

iPhone 4S yang aku turunkan pada encik suami selepas aku beli iPhone 6 Plus tiga tahun lepas. Masih bertahan tau guna iPhone 4S walaupun hanya boleh update sampai IOS8 kalau tak silap. 

Seperti yang dijangka, phone dah tak boleh on. Letak dalam bekas beras pun rasa macam tak boleh dah tu. Phone dah lama, masuk susu pulak tu. Rasa memang tak selamat dah. 

Kasihan kat encik suami, tengah pening sama ada nak beli phone baru atau tidak. Dia pun macam aku juga suka iPhone tapi tidaklah tahap "gila" macam aku lagi. 

Sekarang, encik suami terpaksa guna phone Samsung Note 1 yang hampir menuju ke masa pengakhiran juga. Phone penting bagi encik suami sebab dia guna phone untuk berkomunikasi dengan kawan sepejabat. Buat kerja pun kadang-kadang berbincang melalui group whatsapp. 

Samsung Note 1 dah slow lembap tahap kura-kura. Tapi nak buat camne kan. Terpaksa juga guna. Mujur boleh lagi guna. 

Kasihan tengok encik suami. Serabut je semalam. Suruh beli phone baru tapi dia kata nak fikir dulu. Baguslah fikir dulu. Tak jadi macam isteri dia ni. Jenis tak sabar. Haha. 

Kasihan memang kasihan. Tapi sebelum kasihan, aku gelak gila-gila dulu semalam. Haha. 

Tak pernah weii dengar phone masuk susu. Hahahaha. 

Maaf encik suami. Terpaksa jadi bahan untuk blog hari ni 😂

Sebelum tidur malam ni, saya mintak maaf eh. Hahaha 😂

89 comments:

  1. Hahaha kesian sungguh tapi rasanya laki awak tu memang patut beli phone baru ler tu. Suruh je la dia beli iPhone yang latest punya version 😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kesian tapi nak gelak kan 😁 tue lah dah suruh. Tapi dia bukan jenis terus beli je gitu. Banyak benda nak fikir lagi. Hehe.

      Delete
  2. Kalau phone kena air atau sebagainya tak boleh on dulu, mesti jemur kat matahari sampai diyakini betul2 kering baru boleh on... kalau dah on, takut board rosak dan langsung tak boleh diselamatkan lagi...

    ReplyDelete
  3. Ingatkan entri lama, tapi memang entri baru rupanya. Tajuk je ubah sikit.
    Kesian encik suami awak. Aduhai.
    Dia tunggu isteri dia hadiahkan iphone baru tu. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Haah tajuk je ubah sikit. Hee =D
      Alamak! Nak hadiah phone baru yang masalah ni 😅

      Delete
  4. ahhaha aduh sadisnyaaa. paham sangat kepentingan phone tu

    macam hari tu, ipong Cici takleh on. first time buat perangai tau dalam masa 2 tahun . Ya Rabbi. time tu jantung dah dup dap. bukan apa, takut poket mengempis. Nak iphone tapi sayang duit uolls. setelah google sana sini, dapat jugak on. Katanya memang normal bila iphone off sendiri secara tetiba. -__- pandai pulak dia main main tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh. Nasib baik dia main-main je. Jangan sekali dia betul2 sudah lah. Menangis tau Cici kalau phone tetiba tak boleh on. Dahlah semua benda dalam phone sekarang kan T_T

      Delete
  5. Mungkin tiba masanya untuk beli handphone yang baru kot..

    ReplyDelete
  6. hehehe..alahaii siannyer phone terendam dalam susu rupanya .. kelakar jugak CCL bacanyerr

    ReplyDelete
  7. rasanya baru je berapa bulan lepas phone akak masuk air, ni sekarang phone suami pulak masuk susu!

    tabahlah encik suami TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah phone akak masuk air 2 bulan lepas kot. Encik suami sedang bertabah T_T

      Delete
  8. Dugaan betul husband and wife, sorang phone masuk air, sorang phone masuk susu.. Bertabah je la.. 🤣

    ReplyDelete
  9. Lol ... masuk susu pulak. Adoiyaiiii. Phone epic tue 4S

    ReplyDelete
  10. I love susu.

    Selamat hari raya siqah. Maaflah kalau sebelum ni saya tersilap dgn siqah.

    ReplyDelete
  11. hehe.. nasib boleh lap lg.. sbb jtuh dlm susu.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Biasanya telipon masuk air.. Hihihi
    .. Swlamat hari raya siqah

    ReplyDelete
  13. Rare sangat Siqah kejadian handphone masuk susu.. Gelak kesian. Faham sangat bila phone kesayangan rosak, rasa down.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rare Siqah gelak dulu =D
      Haah kan. Faham perasaan phone rosak. Rasa tak best je hidup 😣

      Delete
  14. Drama sangat korang dua2 :D hahaha seorang air Sunway Lagoon, seorang air susu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Drama TV1 ni. Takde ulangan dah. Hee =D

      Delete
  15. Selamat hari raya siqah. teringat chik tie pun ada kisah dengan phone jugak. Masa tu baru dua bulan rasanya tukar phone. sekali anak sedara celup dalam mug air nescafe hahaahhaa. haru sungguh. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Chik Tie =) Aduh!! Dahlah phone baru pastu lagi tragis kena celup dalam mug air nescafe. Memang haru sungguh T_T

      Delete
  16. susunya mmg dh bukak ke masa boh dlm beg tuh? selalunya kalu tak bukak jarang sgt blh terbuka sendiri

    mungkin dh lama sgt terendam dlm susu kot, itu psl boh dlm beras ke apa tak jaln dh

    kire dh jd mcm orea cicah susu... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum buka lagi susu. Kan kak, macam pelik camne susu boleh terbocor gitu. Perjalanan adalah ambil masa 30 minit. Tak tahu berapa lama rendam tapi terendamlah kan.

      Oreo cicah susu 🤣🤣

      Delete
  17. Alahaiiii...fon tu macam nyawa dah zaman sekarang ni...kalau tadek rasa macam...hallah hallah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Nini! Kalau takde phone, rasa haih tak bolehlah. Hallah hallah lah jadinya. Hehe.

      Delete
  18. Hahaha.. masuk susu pulakk..semoga tabah.. selamat hari raya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh terima kenyataan rasanya 😅 Selamat Hari Raya Haslina!

      Delete
  19. singgah sini dulu...
    salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ singgah sini Nadia. Salam perkenalan juga :)

      Delete
  20. Syahdu betul kalau phone masuk air ni.
    Dah la kalau takda phone boleh hilang arah jadinya haha.
    Nak beli iphone bukannya murah kan. Takpa, take time la slow slow.
    Selamat hari raya siqah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Hilang arah mujur ada phone ganti walaupun phone lama. Hee.
      Selamat hari raya Cikgu Syed! =)

      Delete
  21. Allah.. kesian beliau.. tapi Sha minta maaf jugalah.. dah gelak gila-gila ini..hahahaha.. memang legend.. Orang lelaki ini memang camtu siqah, kalau nak beli ke apa ke dia punya fikif tu tak macam kita.. kita ini main beli je.. tak tunggu dah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan Sha. Orang lelaki banyak fikir dulu, kita yang perempuan ni kalau nak terus nak dapat je kalau boleh. Hehe.!

      Delete
  22. Kesian la....dugaan sangat tu Siqah..selalu orang cajap pergi spa mandi susu...ni hp pulak mandi susu dalam beg..Allahu..
    Lama tak singgah sini...wajah baru..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spa mandi susu. Hehe. Itulah kak, entah macam mana pulak susu boleh tumpah dalam beg. Huhu.
      TQ kak PC singgah sini. Siqah pun dah lama tak singgah blog akak. Nanti Siqah singgah eh kak =)

      Delete
  23. haha.. kelakar pula iphone masuk susu.. nak minta tukar iphone7 la pulak kot hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Entah2 iphone 8 keluar baru beli tu agaknya =D

      Delete
  24. muehehe .. kesian kat phone n incik suami awak ...
    singgah sini dari GA nurul & friends https://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/07/giveaway-nurul-friends.html
    thanks sponsor.

    ReplyDelete
  25. Hahaha! Kesian tapi tergelak jugak sikit. Nak kena beli handphone baru jugak lettew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sikit je gelak okaylah Nani =p Laki fikir banyak sikit, rasa tak beli phone tu. hee

      Delete
  26. OMG!!!.. sayangnya phone.. Phone pun nak minum susu jugak tu.. hehehe

    ReplyDelete
  27. Ya Allah, kesiannya suami awak Siqah.. Iphone plak tue yang kena rendam, hihi kalu akak la kat tempat suami awak, mau murung beberapa hari... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Tak bolehlah kalau phone rosak. T_T

      Delete
  28. Hahaha ni kes terpencil masuk air susu.. Sabor jelahh..

    kelakar betul, dah nak jadi kisah pengakhiran phone tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Phone pun dah lama sangat tapi sayang sebab boleh je guna lagi. Dah buat macam mana. Ajal di tangan susu pulak =D

      Delete
  29. aduh sadisnya kisah. bertabahlah. nak dapat fon baru ler tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna phone lama je. Mujur jugak dia ada 2 phone..

      Delete
  30. alahai kesiannya...tapi kan sekarang ni...boleh mati tau kalau xde nfon...ibatrat nyawa kedua gituuu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat Lina. Phone ibarat nyawa kedua. Semua benda kot dalam tue sekarang..

      Delete
  31. Hahhhaa... memang kelakarlah phone masuk susu.
    Ooopsss!!! maaf ketawakan pula.
    Biasa perempuan yang berkira-kira sangant nak beli phone baru Mrs. A letew tapi kalau lelaki terus aje rembat Mr. A lettew tapi kita terbalik pulak ya.
    Anyway selamat hari raya Aidilfitri Siqah mohon maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lah terbalik pulak kita. Siqah pulak jenis yang beli terus, hubs pulak jenis hold je dulu. Hehe. Beza tu yang melengkapkan each other kan =)
      Selamat hari raya Mrs A! Maaf zahir batin ye =)

      Delete
  32. lor kesiannya. susu punya punca

    ReplyDelete
  33. Tu maknanya kejadian rezeki nak dapat phone baru tu pasni. heheheh

    ReplyDelete
  34. laaa.. haha.. tu maksudnye kena beli iphone 8 nanti siqah.. hihi..

    selamat hari raya.. mintak maaf kalau ade salah silap ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kalau lah tu iphone 8. Kiki.
      Selamat hari raya E'in. Maaf zahir batin =)

      Delete
  35. aduhai..lucu bila baca, xapala pakailah hp yg ada dulu
    done follow awak, jmput follow sha di www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Thank you Sha follow Siqah. Siqah follow kembali nanti ye =)

      Delete
  36. Iphone pun nak kuatkan tulang jugak..tu minum susu tue..ahaks

    ReplyDelete
  37. hehe tu la kan..biasa dgr phone masuk air.. kali ni susu plak..

    org laki selalu gtu.. payah sket nak bertukar ganti sesuatu brg ni..

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki bezanya dengan perempuan.. hee

      Selamat hari raya awak =)

      Delete
  38. Ya allahhh..kesiannya.. tapi still boleh guna kan. tak ada rotan, akar pun berguna.

    ReplyDelete
  39. Tak tau la nak kesian dengan susu yang tumpah tu atau iphone yang berenang dalam susu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan 😂 kasihan tapi tue lah nak gak gelak. Haha.

      Delete
  40. Rare sgt dengar phone masuk susu.. Haha. Kesian suami siqah. Xpela guna mana yg ade dlu nnti mana tau ade rezeki dpt phone baru.

    Btw siqah, Selamat Hari Raya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Atheera! Lama tak nampak tau =)

      Manalah tahu kan dapat phone baru. Sekarang dia redha je guna samsung yang lembap tu. hehe.

      Selamat hari raya Atheera!

      Delete
  41. Adoi la ni mmg first time dengar masuk susu 😂 Kesian iphone tu nak mnum susu jugak kot spya tinggi blh upgrade ke iphone7 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lawak lah Sofea. mana tahu upgrade jadi iphone 7 ek. hehe :D

      Delete
  42. Hihihi....gelak dulu...tapi memang kesian kat incik suami tu. Macam mana boleh tumpah? Kotak terpenyek ke?

    Kitaorang punya iphone dah berapa biji kene lempar anak lah, kene buang dalam sinki lah, masuk air lah, jadi macam bola lah....rasanya dah patut buat muzian tepon...hahaha

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife