REVIEW FILEM | KL SPECIAL FORCE

instalife

March 09, 2018

REVIEW FILEM | KL SPECIAL FORCE



KL Special Force merupakan filem aksi terbaru tahun 2018 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios. Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membanteras kegiatan perompak yang mengelarkan diri mereka Geng Anarkis. 

Ini adalah satu filem tempatan yang aku nantikan untuk tengok. Tak sabar nak tengok punya pasal, makanya aku dan suami pergi menonton filem ini pada hari Rabu malam, 7 Mac 2018. Nampak semangat tak kat situ? :D

Persoalannya sekarang, adakah kumpulan unit khas PDRM yang dinyatakan dalam filem ini adalah sama dengan Unit Tindak Khas (UTK) yang diketengahkan dalam filem J RevolusiBerapa banyak unit tindakan khas dimiliki oleh PDRM? Siapa polis atau ada pengetahuan mengenai unit khas PDRM, mohon berkongsi di sini 🤔

Tapi aku rasa sama Unit Tindakan Khas dalam kedua-dua filem ini. Dah nama pun sama. Haha.

SINOPSIS


Sekumpulan Unit Khas PDRM diketuai oleh Roslan (Rosyam Nor) berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang dikenali sebagai Geng Anarkis. Ketua Geng Anarkis adalah Ashraff (Syamsul Yusof). 

Zul (Fattah Amin) pegawai polis baru telah diserapkan dalam Unit Tindakan Khas untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaan. 

Situasi menjadi semakin rumit apabila Ashraff memainkan peranan dalam memanipulasikan minda, perasaan lalu menimbulkan syak wasangka di antara Roslan dan Zul. 

Sebuah rahsia bakal terbongkar dalam Geng Anarkis yang membawa kepada perkara yang menyebabkan mereka melakukan aktiviti rompakan apabila Geng Anarkis merompak bank kepunyaan Dato Mior.

Apakah rahsia tersebut? Bagaimana hubungan antara Roslan dan Zul? Adakah mereka berjaya menumpaskan Geng Anarkis? 

Jeng.. Jeng.. Jeng.. 

REVIEW


*Aku cuba untuk tidak bagi spoiler* *Ini hanya review peribadi aku*

Apa yang patut aku katakan mengenai filem ini ek? Hmm yang pastinya perasaan aku hanya mendatar saja selepas filem ini berakhir. Tidak begitu mengujakan aku. 

Bukan sebab filem ini tak best. Bagi aku filem ini okay, storyline menarik (walaupun boleh agak apa yang bakal terjadi), aksi dan lakonan terbaik. 

Cuma entahlah. Seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam filem ini. Aku pun tak pasti apa. Mungkin aku ngantok kot masa tengok filem ni sampai tak boleh berfikir dengan waras? Haha.

LAKONAN TERBAIK

Tidak perlu disangkal lagi kehebatan lakonan Datuk Rosyam Nor. Beliau merupakan hero utama dalam filem ini. Walaupun dah agak berusia, lakonan Datuk Rosyam Nor masih mantap. Ala-ala pelakon lelaki Hollywood yang seusia dengannya.

Semakin lama lakonan Syamsul Yusof semakin baik dan berkesan. Dulu nampak macam lakonan jadian, haha, sekarang dah makin bagus. Geram je tengok muka berlagak Syamsul Yusof dalam filem ni :D

Fattah Amin. Haaaaaaaaaaaaa! Panjang haaaaa weiii! 😆 Pertama kali melihat Fattah Amin berlakon filem aksi, darah sana sini, lari laju, lompat sana sini dan ternyata Fattah Amin boleh keluar daripada kepompong pelakon kayu. Lakonannya bagus dan menjadi. Masa babak akhir, nampak muka Fattah Amin berdarah sungguh, rasa nak ketawa pun ada. Macam tak padan muka handsome tapi berdarah bagai. Dah nama filem aksi kan. Kalau tak berdarah, apakah? Aku ni pun. Haha.

Miss Fazura kata suami dia hot dalam filem ni. Bolehlah aku setuju walau agak menyampah bila Fattah Amin buat perangai ikut kepala dia je. Haha.


Credit photo here

AKSI LAGAK NGERI, ADEGAN LETUPAN dan AKSI TEMBAK MENEMBAK

Aksi lagak ngeri dikatakan dibuat sendiri oleh pelakon dan mendapat tunjuk ajar daripada pakar lagak ngeri. Kalau benar apa yang dikata, terbaik lakonan Fattah Amin dan Datuk Rosyam Nor. Banyak aksi lagak ngeri daripada mereka.

Bagi aku terlalu banyak aksi tembak menembak sampai aku pening. Haha. Dah nama filem aksi banteras perompak, mestilah banyak aksi menembak kan. Adoi lah. Bagi aku too much kot. Tapi bertepatan dengan filem aksi ngeri yang ditonjolkan.

Aksi letupan, kereta terbakar, terbalik sana sini 👍

Hanya 10% kesan khas yang telah dibuat dalam filem ini. Suka juga filem yang tidak bergantung dengan kesan khas semata.

Credit photo : @thehitmannazri - Instagram

Ada juga beberapa mesej yang diketengahkan dalam filem ini. Antaranya adalah:

Rasuah Membinasakan Masyarakat
Ditunjukkan dengan jelas dalam filem ni. Ashraff yang cuba merasuah pihak polis agar membantunya dalam aktiviti rompakan. Selain itu, ada orang kaya yang ada duit dan menggunakan duit untuk melepaskan diri daripada hukuman. Money can buy anything. Hmm.

Cara Salah Untuk Mengubah Dunia 
Kejadian buruk yang berlaku ketika Ashraff remaja membuatkan dia menjadi perompak. Mengejar kekayaan kerana dia percaya bahawa hanya kekayaan mampu membinasakan mereka yang memberi rasuah. Dia mahu menggunakan duit untuk melawan orang yang berduit.

Niat baik Ashraff untuk mengubah dunia agar tidak ada penindasan tapi cara yang digunakan tetap salah.

Syak Wasangka dengan Ahli Kumpulan
Aku geram menyaksikan sikap buruk sangka antara Roslan dan Zul sehingga hampir menghancurkan kumpulan mereka. Rasa nak cepuk muka dorang. Haha.

Aku bebel kat suami pasal buruk sangka ni dan suami cakap mereka (UTK) memang diajar untuk buruk sangka terhadap semua orang termasuk keluarga dan ahli kumpulan. Mereka perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembelotan. Lepas suami dah cakap camtu, aku terus diam jela. Tak jadi nak bebel panjang. Haha.

Dalam kehidupan, tak payah buruk sangka sangat. Nanti hidup tak tenang tau.

Aku suka akan kata-kata terakhir daripada Roslan di penghujung filem ini. Lebih kurang camni lah ayat dia, aku tak ingat exact words 😅

Dunia tak akan musnah sebab orang jahat. Tapi dunia akan musnah bila orang baik yang biarkan orang jahat itu berterusan melakukan apa yang dia buat.

Rating: 4/5 bintang

Kalau berminat, korang boleh menonton filem ini di pawagam berdekatan bermula 8 Mac 2018. Selamat menonton ^_^

50 comments:

  1. Hana tak tengok lagi T^T btw nice review ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah nanti dan nak tahu pendapat Hana juga :)

      Delete
  2. Bagi saya, syamsul yusoff dan muka berlagak berpisah tiada hahaa. Tapi tak kisah la muka berlagak ke apa lakonan syamsul yusoff memang okay dalam mana mana filem sekalipun. By the way, betul ke Fattah Amin tu dah boleh keluar daripada kepompong pelakon kayu? 😝😝😝 Kalau fazura baca habislah akuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann!! Syamsul Yusof memanglah sinonim dengan muka berlagak dia. Tengok dia bercakap pun rasa berlagak sedangkan dia okay je kan. Hihi. Bagi Siqah, lakonan Fattah dah better compared to zaman kayu dia :D Haha dont worry, Fazura tak baca review kat sini. Hihi

      Delete
  3. Lorrr... mendatar je... feelingnya.
    Tengok meletop kemahin depa punya cerita.
    Nantilah Mrs. A tengok hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. FOr me lah Mrs A rasa macam takde wow lepas habis tengok. Tak sama macam tengok filem aksi tempatan sebelum ni. Mrs A tengoklah nanti. nak tahu review Mrs A jugak :D

      Delete
  4. Dunia tak akan musnah sebab orang jahat. Tapi dunia akan musnah bila orang baik yang biarkan orang jahat itu berterusan melakukan apa yang dia buat. --- OMG, love this quotes.

    Mai mmg peminat filem arahan Syafiq Yusuf selama ni. Tak sangka Fattah Amin start lakon watak aksi gini, barulah orang kata tak kayu dah. Hihiihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh ~~ Love that quote tue. Rasa betul jugak apa yang dikata. Hihi kann tak sangka Fattah ambik watak camni. Okaylah bolehlah kuar dari stereotype pelakon jiwang dan kayu dia. Hihi

      Delete
  5. Thanks for review...tapi kenapa sampai ngantok tengok cerita aksi nih? Starting dia slow kot ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Starting je dah adegan tembak menembak. Lepas tu tembak lagi, letupan lagi, semua eh ada dalam filem ni. Ngantok sebab dah malam kot. Biasa tidur awal. Hihi

      Delete
  6. mcm best je cerita ni,nak kena pergi tgk jugak ni

    ReplyDelete
  7. insyaAllah ada rezeki nak pi tengok lah. kalau cerita syafiq buat ni worth it sikit tengok kat wayang. hahahahah memang berbaloi lah nak spent masa n duit kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Definitely, I agree with you SOfie. Worth it tengok filem ni di pawagam. Dengan sound effect, letupan semua kan. Kann. Setakat sekarang, filem Syafiq semua best.

      Delete
  8. hmm x berkesempatan nak tonton lg.. lama x tgk wayang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa tak sempat ye Mun. Takpelah, nanti ada jugak kuar kat AStro First filem ni. Boleh tengok ye :)

      Delete
  9. kalau tengok poster je hm memang kemungkinan besar saya tak tengok movie ni :') pelik juga kenapa filem ni macam tak viral sangat sedangkan barisan pelakon antara yang hebat-hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa itu juga yang Siqah fikirkan nanye. Maybe sebab tak banyak publisiti? HHmm sebab Siqah tahu pasal filem ni pun lepas tengok IG Fattah yang dia post gambar dalam filem ni. Kalau tak, memanglah tak tahu.

      Delete
  10. seronoknya awal dapat tengok.airah ajak husband dia taknak hahaha sebab memang tak biasa tengok wayang cerita melayu -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband Siqah pula memang peminat tegar filem melayu. Tapi select jugak filem melayu mana yang rasa berbaloi nak tengok kat pawagam. Airah tunggu kat Astro First jela nanti. Hhi

      Delete
  11. Dengar OST pun dah best tapi bila akak kata perasaan mendatar je lepas habis cerita ira macam curious gila ni. Best ke tak best ke? hahaha. Tapi selalunya filem arahan anak-anak Yusof ni tak ada lagi yang spoil bagi ira huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confius dengan kenyataan akak yang mendatar tu eh? 😅 Filem okay, best lah aksi ngeri cuma entahlah maybe akak je rasa camtu kot. Hubs akak kata okay. Hehe. Ira tengoklah nanti review :D

      Delete
  12. Husniey duk plan jugak dengan suami nak tengok movie ni, agak dah mesti cliche jugak jalan ceritanya yang bestnya mesti effect khas tu dan para pelakon yang hebat, main peranan besar 😂

    Jadinya tengah pening nak layan movie Tomb rider or KL Special Force? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Yup pelakon nanye mainkan peranan besar dalam pemilihan filem Melayu yang hendak ditonton di wayang :D

      Sudahnya, Husniey layan movie yang mana satu? 😉

      Delete
    2. Husniey layan jela special force, sebab dah lama tak layan malay movie di pawagam. Haha tulah ada part yang husniey setuju dengan Siqah. Tak berapa wow kan.. But still okay.. Banyak sangat plot twist 😂
      dan macam tergantung sikit jalan ceritanya

      Delete
  13. Tadi g gsc perasan gak ada movie ni tapi tak tengok movie ni.pilih movie lain.
    next time boleh tgok.. nak tgok sbb dato rosyam jer..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ikutkan boleh je tunggu Astro First. Murah sikit. Hehe. Haah betul, Datuk Rosyam Nor masih mengekalkan kehebatan lakonan beliau 👍🏻

      Delete
  14. Aida x kot hingga ke panggung layan citer ni. Tunggu astrofirst. Da bosan sebenarnya citer gini from the Haslams. Da boleh agak dah jalan citer. Just ada twist sana sini la. Kekuatan the Haslams is on pelakon. Diorang ada duit nak byr. And publisiti pon bagus. Pon sebab mampu kot. So nampak gah la citer nya. Bom bom pow! gitu kan... Aida dah tgk TMO nyer. Agak sama dgn citer sebelum-sebelum ni. Bosan.

    ReplyDelete
  15. Datuk RN buat comeback ye...wow..ni kiranya langkah baru Fattah Amin melakonkan watak dari kebiasaan...hehe...aduh mendata pulak momentumnya ya Siqah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab pelakon terbaiklah sebab semua pelakon best kan. Opps, tak minat dengan Tiara je. Eh betul ke entah namanya tu 😅 Haah Siqah rasa mendatar je bila habis tengok. Takdelah wow kebaboom 😁

      Delete
  16. terbaik la!
    ramai ckp filem ni best...
    then siqah punya review tiba tiba tggu je la kuar tv or online.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah tengok online. Hehe. Pergilah support filem tempatan 😅 Filem ni best, okaylah tapi takdelah sampai wow best gila :D

      Delete
  17. Tak tengok lagi..rasanya tengok kat rumah je kot, anak kecik ni memang pantang la masuk paggung. Nanti orang pulak yang tengok dia dok nanges jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better tengok kat rumah je nanti Auni. Lagi selesa kan :)

      Delete
  18. Setakat ni baca review tentnag KL Special Force ni semua baik-baik je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakin tak nak pergi tengon filem ni kat pawagam? Hehe.

      Delete
  19. belum tengok lagi, banyak review kata best. rasanya kena tengok la lepas nie. :D
    filem2 tempatan dah boleh dibanggakan sekarang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Setuju dengan BV. Tak semua filem tempatan yang okay tapi ada juga yang okay kan. Kita sebagai penonton boleh support :)

      Delete
  20. Tak tengok lagi filem ini.. So tak bolehlah nak komen sangat.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Sha. Nanti lepas tengok boleh datang komen lagi. Hehe 😬

      Delete
  21. jadi review saya sebelum nih kira dipersetujui lah yer
    hehehe

    ReplyDelete
  22. Memang layan cite ni...

    https://paanhealersblog.blogspot.my

    ReplyDelete
  23. Dah lama tak tengok movie TT_TT Bukan sebab takde masa, tapi takde kawan nak tengok katsini huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sedihnya takde kawan nak teman. Kalau Siqah, boleh je pergi seorang diri tapi on weekday jela. Weekend tak nak kuar sorang2. Macam lonely sangat 😅

      Delete
  24. tiba-tiba teringat muka Fattah Amin yang handsome tue , masa kita jumpa dia dkt Mood Republik . Tapi, tgh bayangkan muka dia berdarah bagai . hmmm hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sebenarnya agak lawak tengok muka dia berdarah. Macam tak padan lak :D Tapi okay lah lakonan Fattah dalam filem ni.

      Delete
  25. Ramai yg cakap cerita nie best.. tp akak still tak tgk lagi..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife