REVIEW BUKU | LIFE GOES ON by SITI NORDIANA

instalife

October 05, 2018

REVIEW BUKU | LIFE GOES ON by SITI NORDIANA


Assalamualaikum semua ~ 😊

I have been away from blog for two months and my last entry was about my blog giveaway. I didn't know what's happening to me lately. The only thing that I know is I really not in a mood to write anything.

Blogging slump do exist. Believe me. 

But..

I do active on my Instagram acc for flatlay and bookstagram @siriusiqa . Itu pun sekejap ada sekejap hilang jugak. Hihi. 

Aku cuti empat hari dan tetiba hari ni ada semangat untuk menulis satu review buku selepas menerima nasihat seseorang agar jangan berhenti blogging. One blog post per month is good enough. Thank you so much dear for your words. You know who you are. Love from Malaysia 😍

Life Goes On - Siti Nordiana

Life Goes On adalah buku biografi daripada penyanyi Siti Nordiana. Aku tahu mengenai kewujudan buku ini selepas ternampak gambar di Instagram @bukumustread . Terus pergi MPH the next day dan beli buku ni. Semangat kan aku? Haha. 

Jadi, aku memilih entri review buku Life Goes On untuk membuang segala habuk dan sarang labah-labah yang sedang bermaharajalela di blog aku sekarang 😂

Title: Life Goes On
Author: Siti Nordiana
Pages: 178 
Publisher: Must Read Sdn Bhd
Publication Date: September 2018.


SYNOPSIS


Buku biografi Siti Nordiana maknanya dalam buku ini terselit seribu satu kisah sebenar dalam kehidupan Siti Nordiana dari kecil sehingga dewasa. Bagaimana seorang artis bernama Siti Nordiana yang hanya seorang budak kampung felda berubah menjadi seorang artis, hilang daripada dunia hiburan dan kembali semula dengan semangat baru dan diterima dengan baik oleh masyarakat sekarang. 


REVIEW


Bukan mudah untuk senang dan semua manusia akan diuji cuma setiap orang menerima ujian yang berbeza. Bukan mudah untuk mendapat peluang kedua, pelbagai cabaran harus ditempuh, dan apabila peluang kedua itu berjaya dimiliki, haruslah kita buat sehabis baik. Jangan sesekali mempersiakan peluang kedua yang diberikan. 

Itulah kesimpulan yang aku dapat daripada buku ini. Membaca buku ini bagaikan melihat satu drama yang penuh dengan liku kehidupan ditambah pula dengan pandangan serong masyarakat yang selalu menghakimi kehidupan orang lain secara zahirnya. 

Sungguh sukar untuk melalui semua itu dan aku tumpang gembira apabila sekarang aku dapat melihat kejayaan Siti Nordiana. Berkat kesungguhan dan tidak mudah putus asa Nana membuatkan dirinya berjaya dan diterima baik oleh netizen. 

Good job Nana! You really deserve it! 💓👍

Aku dapat rasakan yang kehidupan Nana tidak indah seperti artis lain cuma aku tidak sangka kehidupan selepas perkahwinan juga tidak begitu indah buat Nana. She suffered a lot! Sedih bila baca kisah perkahwinan Nana. Berganda kesedihan bila dapat tahu punca sebenar penceraian Nana. 

Buku ini wajib dibaca oleh mereka yang sedang menghadapi ujian dan mencari kekuatan dalam diri. Aku suka akan sikap Nana yang tidak mudah putus asa dan tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku kepadanya. 

Nana tetap tabah dan bangun daripada mimpi lena untuk kehidupan dia bersama anaknya, Rayyan dan juga ibu bapanya. Mereka menjadi semangat untuk Nana terus berjuang mencari rezeki demi menyara anak dan ibu bapanya. 

Selain itu, banyak quote menarik dalam buku ini. Banyak sangat! Dan seperti yang korang tahu, aku suka quotes. Hihi. Jadi di sini, aku merajinkan jari jemari untuk berkongsi beberapa quote yang aku suka:


Matikah kita dengan cacian manusia? Lumpuhkah kita dengan hinaan? Teman, kau hanya perlu bijak mengemudi perasaan.

Dunia ialah lautan yang tidak pernah tenang. Hati harus kita siapkan untuk menyelam atau berenang. Semoga selamatlah kita tiba di daratan. 

Alam mempunyai cuaca, begitu juga hati manusia. Sedih, kecewa, merana, ia tidak lama. Rawatlah dengan bijaksama, ia akan terang semula.

Takdir yang mengecewakan itu tidak pernah sia-sia. Allah hanya mahu kita belajar. Pergantungan itu biarlah hanya kepada Dia, bukan kepada manusia.

Kau mampu berangan sepanjang zaman. Kau mampu bermimpi sepanjang malam. Namun kau tetap tidak akan tahu apa yang akan ditetapkan pada hari depan.


RATING AND RECOMMENDATION



Rating: ★★★★

Perkongsian Nana yang boleh memberi inspirasi kepada sesiapa saja terutama kepada ibu tunggal dan mereka yang ingin bangun mencari kekuatan dalam diri untuk meneruskan kehidupan. 

Terus terang aku katakan, bahawa buku ini mengubah persepsi aku terhadap Nana. Aku mendoakan agar Nana terus berjaya dalam kerjaya lalu dapat memberi kehidupan dan pendidikan terbaik buat anaknya, Rayyan. 




Tidak mudah untuk mencatatkan kisah. Ada seribu emosi yang bermain-main.



22 comments:

  1. Menarik.. boleh masuk list nie..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Iqa, welcome back! glad to see you here and you are excited to write on your blog again. I love your review, Iqa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Dee!! Thank you for your support, always <3

      Delete
  3. Yayyyy finally a new post. You know what, I think we can actually compile everything that we wrote in our blog into a book. We do write more than other people do. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. You just give me an idea, Ray!! Kan, kita pun boleh buat satu buku jugak. Hihi

      Delete
  4. Macam best je buku ni!! will add it into my book list :)

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best for me :) Harap awak suka juga buku ni :D

      Delete
  5. Kita hanya perlu bijak mengemudi perasaan. Deep. Mesti best energi yang dirasai dalam buku nii.. Nak kena dapatkan satu ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ayat tu kan, Betul, deep. Dah baca ke belum tu? Hope Husniey suka juga buku nie <3

      Delete
  6. suka siti nordiana ni dari kecik lagi sampai besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Siqah takdelah minat sangat dia. hihi. now dah minat dah, sejak dah baca buku dia, lagi minat pulak :D

      Delete
  7. sha duk aim jugak buku ni tapi tak sempat nk g popular lagi huhu

    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope Sha dah beli buku nie. Sorry Sha tak sempat nak join your giveaway. Blogging slump. Huhu

      Delete
  8. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Terima kasih atas jemputan. Kali ni, tak sempat nak join. InshaAllah your next segment okay :)

      Delete
  9. Your IG feed is so good! Really love how you take your flatlay photos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Rasya for your support! <3 Banyak lagi nak belajar cara ambil flatlays. Ikut suka hati je banyaknya :D

      Delete
  10. wahh wajib beli ni..hehehe.bagus kak iqah ni suka membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Membaca boleh masuk ke dalam dunia lain :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife