Percutian - Gunung Ledang

instalife

September 22, 2014

Percutian - Gunung Ledang

Untuk entri kali ni, aku nak bercerita mengenai percutian, haha, percutian lah sangat :p bersama keluarga mentua :)
Sehari selepas majlis kahwin di Muar, pada 14 Sept 2014, kami sekeluarga ke Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor, Gunung Ledang. Konon nak membawa pengantin baru, Uda dan Khairul pergi berjalan-jalan.  Sampai di sana jam 3.30 pm, lebih dari satu tempat persinggahan sepanjang perjalanan ke Gunung Ledang. Yang paling best, semua ditaja oleh Ayah dan Mak. Terima kasih. Hihi.

Sambung cerita melalui gambar jela. Senang dan ringkas :D



On the way ke tempat mandi. Pemandu arah, Kak Long. Dia pernah bawak pelajar dia datang sini dulu.







Sampai akhirnya tempat kami mandi manda. Siap dirikan khemah dan bentang karpet tikar yang baru dibeli. Cuma sayangnya aku tak ambik gambar pulak :( Aliff dan Kcut explore lagi tempat mandi, Beriya mendaki melalui jalan air nak tahu apa berada di atas lagi. 15 minit berlalu, tiba2 dengar suara Aliff dan Kcut menjerit dari tepi jalan darat suruh kami ikut naik ke atas. Ikut jalan darat lah lagi selamat walaupun penat sebab banyak tangga. At least tangga, bukan jalan hutan.





Yeayyyy!! Ada air terjun jugak rupanya di sini. Walaupun kata mereka di Gunung Ledang lagi cantik dan best, bagi aku sini pun dah syok dah. Hihi. Beriya naik di atas batu dan duduk bawah tu!! Perasaan masa tu sangat syokkkkk! Hilang semua penat selepas kenduri. Haha. Lama jugak aku bertapa kat bawah air terjun sampai dipanggil Puteri. Haha :D


Nampak tak banyak ikan?? Banyak sangat ikan. Ada yang besar2 jugak. Dilarang memancing ikan. Tengok je boleh. Mandi bersama ikan lah nampaknya.Seronok mandi hingga jam 6 pm dan bersiap untuk balik. Tandas di sini pun bersih dan selesa. Boleh datang lagilah maknanya :)


Bola dibeli oleh Ayah untuk main dalam air. Lastly, main di parking kereta je selepas mandi sebab lupa nak bawak sekali. Hihi. Kira main lah jugak kan :D

 Aku bersama keluarga mentua :) Masing2 sudah punya pasangan, Kak Long dan Aliff (nama abang ipar Aliff pun Aliff jugak), Aliff dan aku, Uda dan Khairul :)


Kcut, adik bongsu dalam keluarga. Dia sorang jela yang masih bujang. Makanya maybe berehat lama keluarga daripada mengadakan majlis kahwin. Macam lambat lagi je Kcut nie. Hihi.

Dengan ini tamatlah sudah percutian keluarga di Gunung Ledang. We had so much fun on that day!!! :D

Akan disambung penceritaan bersama keluarga mentua dalam entri seterusnya :))


Love
SiQaH




No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife