Photography : Our Hobby :)

instalife

September 28, 2014

Photography : Our Hobby :)

Kalau anda semua (formalnya. haha), follow aku di Instagram ( @haqisfila ), kamu semua akan tahu atau dapat agak hobi aku dan suami apa. Wee ~ Pergi tempat cantik dan ambik gambar. Yes, Itulah hobi kami berdua. Kadang2 pergi ke suatu tempat dan tujuan utama adalah untuk ambik gambar. Bukan ada hal lain pun. Memang tiada kerja. Maka itulah kerja kami :)

Tambah lagi, Aliff suka ambik gambar dan aku suka bergambar. So memang dah jadi perfect combination lah. Hihi.

Untuk entri kali ni, aku nak berkongsi tempat2 yang pernah kami pergi untuk buat sesi fotografi ala kami sendiri :D


1. Pantai Klebang, Melaka


Semua pernah pergi Pantai Klebang kan? Pasti punya! Itu tempat wajib pergi kalau ke Melaka. Tempat wajib bagi aku, maybe bukan pada orang lain. Hii. Di Pantai Klebang ada jugak kapal selam di daratan yang aku dah pergi sekali masa mula pameran dulu. Beriya nak ke sana semata nak ke kapal selam. Dan masa tu, Aliff bawak kan aje. Hii.

Pantai Klebang terkenal dengan coconut shake. Yang beratur sikit punya panjang. Dan aku tak dapat pun last time masa ke sana. Aliff tak nak tunggu. Sob sob. Panjang sangat beratur. Dengan jalan jem lagi. Aik, dah apa aku ke laut pulak bercerita pasal coconut shake?? Hii. Teringin lagi sebenarnya :(

Aku ada tengok gambar di Instagram, tempat menarik dan bila ditanya jawapan, Pantai Klebang. Dalam hati tertanya2, di manakah letaknya tempat itu? Aku pernah pergi Pantai Klebang tapi tak jumpa pun. Jadi, masa aku di Muar bercuti, aku ajak Aliff dan Kcut ke sana semata nak mencari tempat seperti dalam gambar yang aku lihat di IG.

Pusing punya pusing, akhirnya jumpa jugak tempat yang dicari. Hoorayyy!! Rupanya timbunan bukit yang aku ingatkan asli adalah timbunan pasir orang nak buat bangunan. Haha. Atau mungkin pasir untuk tambak Melaka. Entahlah. Tak sure. Tapi di situlah timbunan pasir yang kelihatan seperti bukit dalam gambar :D

 Love . Love . Love .

 Hubby with his peace sign

 Kcut with his love




Di tepi timbunan pasir, ada pulak satu tempat yang macam di gurun. Haha. Tak pernah pergi gurun tapi boleh agak gurun camne ek :p








Macam gurun kan? :p Tanah lapang dan pokok pakat belaka tiada daun. Wee ~

Semua gambar di atas diambil mengunakan iphone 4S aku je dan kena edit (mana yang aku rasa nak edit). Dua gambar di bawah diambil guna Nikon (tak perlu edit). Nampak tak perbezaan gambar tu. Mana boleh nak bandingkan gambar Iphone dan DSLR kan. Not so much pictures at this place because hubby is focusing on his video making. Not finish edit the video yet. Hope he will make it :)



Aku sangat puas bila dapat jumpa tempat yang dicari. Terima kasih pada Hubby dan Kcut kerana melayan perangai aku. Jangan serik ye. Nanti kena layan lagi. Haha.



2. Bangunan SUK, Shah Alam


Lokasi paling tepat, di hadapan Bangunan SUK, Shah Alam. Sebenarnya aku tak tahu kewujudan tempat nie. Dibawa oleh our wedding photoG ke sini untuk outdoor photography. Kalau mereka tak bawak, memanglah aku tak tahu. Thank you ye korang! :D Masa datang dulu sebab wedding photography dan kali nie datang sebab saja suka2 nak ambik gambar :) Kami ke sana minggu lepas selepas ke wedding Miera (rakan sekerja) dan ke Laman Seni, Shah Alam (which I will post about this on another entry).  

Dah jadi orang Shah Alam sekarang :p

The view:


Tempat kami ambik gambar kahwin dan video :)
















Tempat nie menarik dan sesuai untuk photoshoot. Photoshoot suka2 atau buat wedding, pre-wedding, post-wedding atau apa sajalah. Cantik! I love nature too :) Aku suka pergi tempat seperti nie daripada pergi shopping mall yang boleh mengempiskan dompet aku dalam beberapa kelip mata. Kalau sekelip mata rasa macam boros sangat pulak aku. Haha.

Untuk entri ni, hanya dua tempat je. Dah lewat malam. Nanti sambung dalam entri seterusnya okay :) Have a nice weekend everyone :) Bersukalah anda semua dan sila ingat esok hari Ahad, lusa Isnin, sila kerja ye. Hahaha. 

Edit: entri bersambung di sini :)

Sehingga bertemu lagi,

Love
  SiQaH 


14 comments:

  1. Wow, mcm kt korea pun ada, cuma daun tak warna warni, he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Itulah pasal. Pokok dan ranting je ada. Wish sangat kalau kat korea. Hihi.

      Delete
  2. Cantik2 gambar tuh.. okey apa..ambik gambar nie..boleh buat kenangan.. ada gak orang yg tak suka bergambar nie.. rasa rugi plak kalau pegi mana2 tak ambik gambar kan.. :)

    Anyway thanks drop by kat blog akak yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue kak. Ke mana-mana rasa rugi kalau tak bergambar. Boleh jadi kenangan kan :)

      Welcome kak dan thanks jugak drop by my blog yang tak seberapa nie. Hihi :)

      Delete
  3. Kenapa comel sangat insecure kita tengok u_u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Takde comelnya. Awak lagi comel dear :)

      Delete
  4. salam ptg..singgah sini ya... ")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh baru perasan ada komen kat sini.. tq singgah ye :)

      Delete
  5. cntik dan ciksu suka tgk
    sbb ciksu mmg suka ambil gambar tp tu lah my hubs tak suka bergambau
    hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cik su. Cik su suruh hubs cik su ambikkan gambar. Biar dia jadi photoG pulak.. ada jugak orang tak suka bergambar nanye. Hee

      Delete
  6. menarik..nice place.tq for sharing ye

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife