Malam nie aku boleh blogging lagi sebab Aliff tengah tengok bola JDT vs apa entah nama kelab tue sempena Piala Asia. Aku semestinya malas nak tengok bola kan. Baik gunakan masa yang terluang ini untuk update blog :) Nak tunaikan janji semalam. Janji tolonglah selalu update blog agar blog ini tidak bersawang lagi. Hii.
Entri kali nie aku nak bercerita mengenai hobi kami. Dulu kalau nak ambik gambar ala2 photoshoot, mesti gambar comel2 (konon), macho2. Haha. Tapi kali nie dah bertukar pulak gaya gambar kami :)
Dulu hanya Aliff saja yang suka ambik gambar lompat. Dan aku hanya menjadi photographer suami tersayang. Dengan menggunakan Iphone, aku tak jemu2 mengambil gambar Aliff melompat.
Tapi kini....
Aku pun nak join melompat. Tak jadi betul bila asyik ambikkan gambar Aliff je kan. Last2 aku pun try dan ternyata aku sukakannya :D Walaupun penat sebab aku lompat banyak kali, hihi, tapi baguslah. Sekurang2nya aku melakukan physical activity. Haha. Budak Sains Senaman dan Sukan kata kan :p
Minggu lepas, Ahad, kami ke Taman Tasik Perdana. Aktiviti hujung minggu kami yang tak pernah miss lagi sekarang. Setakat ini :p Banyak gambar lompat yang diambil. Aliff paling seronok nak melompat dan mengajar aku cara melompat. Siap kena ajar tau cara melompat. Haha. Konon nak nampak kelainan. Haha.
Pernah melompat dah dulu dan gambar ada post di Instagram @siqahiqa_ . Masa tue main2 je dan kali nie macam beriya pulak dah. Hii
Aliff kaki lompat. Jump dan Jump lagi dan lagi sampai dapat great shoot..
Freeze pun nak buat jugak :D
Cubaan aku melompat :D
Disebabkan kami keluar berdua saja, makanya tiada orang nak ambik gambar kami berdua. Cara yang aku gunakan untuk dapatkan gambar berdua adalah... Haha. Senang je. Ambik gambar asing2 dan gabungkan guna aplikasi phone.
Gambar Aliff
Gambar aku
Gabungan gambar kami.
Jadi tak? Kalau tengok sepintas lalu, mungkin tak akan perasan yang gambar ini telah digabungkan. Kalau tilik sunguh2, mungkin akan nampak garisan yang pudar itu :p
Lagi gambar yang telah digabungkan..
Banyak kan?? Hihi. Bayangkan kerja melompat je Ahad lepas, Seronok jugak bila asyik buat benda nie je. Hii. Bila gambar cantik, lagi aku seronok nak melompat. Tapi gaya aku sama je kan? Budak baru belajar, tak tahu nak gaya apa daaaa. Hihi.
Ohh yaa. Aplikasi yang digunakan untuk gabungkan gambar adalah SplitPic.
Okay cukup dengan cerita mengenai lompatan. Melompat penat, bercerita di sini pun penat. Hii. Sambung cerita mengenai Taman Tasik Perdana. Pendek kata, taman ini sangatlah luas. Nak tahu keluasannya, sila goggle sendiri ye. Hii. Aku suka pergi Taman Tasik Perdana daripada taman2 yang lain. Sebab taman nie cantik dan luas dan penuh dengan kehijauan alam sekitar. I love nature!!!
Laman Perdana
Sekian saja entri untuk kali nie. Siap entri nie dan tamatlah jugak perlawanan bola di antara JDT dan kelab itu ( sampai sekarang aku tak tahu nama :p). Kemenangan berpihak kepada JDT. Rasa macam JDT bangkit pada musim tahun nie. Harap berkekalan ye. Go JDT!!
Suami anak kelahiran Johor. Sudah pasti isterinya pun sokong JDT! Hihi.
Sumpah tak tipu cantik gile!
ReplyDeleteBila kat atas2 gambar jump2, terus bawah2 tu pun mencari korang jump lol :D
ReplyDeletestylo sangatttttt both of you!