Nanako Studio Cafe

instalife

February 07, 2015

Nanako Studio Cafe


Hari nie aku dan Aliff ke One South Street Mall untuk ambik video wedding kami. Sayangnya, masih ada benda yang perlu diperbaiki dan tak jadi ambik tadi. Maybe Aliff akan singgah ambik on the way untuk pergi kerja nanti. Aliff kerja malam nie. Ada wedding dalam kem. Pagi tadi aku teman dia pergi rehearsal. Selepas rehearsal habis, terus ke One South Street Mall.

Mall nie masih tiada banyak kedai buka. Maybe masih baru siap. Masih ada construction di sekeliling mall. Kami berjalan di tingkat 1. Tujuan sebenar nak ambik gambar. Biasalah Aliff dengan gambar lompatannya :D

Jalan2 dan terjumpa satu coffee shop comel di tingkat 1. Namanya Nanako Studio Cafe. Kami pun singgah makan sebab memang tak makan apa since morning. Dan aku sangatlah suka sebab yes, aku suka pergi cafe cantik2 :)

Dekorasi kafe bagi aku sangat simple dan nice. Environment pun okay. Cuma kedai nie malap sikit lampunya. Aku lebih gemar cafe yang terang lagi bersuluh. Hii. Tapi kedai nie dekorasi simple dan makes it looks nice :)

Beriyalah aku ambik gambar di sekitar kafe. We are the only customer at that time. So lagi berleluasalah aku mengambil gambar. Tak kurang hebatnya dengan Aliff. Pun beriya jugak. Hihi.


Close up







Ada jugak jual baju di sini. Tapi aku tak bertanya pulak pasal baju. Lebih fokus pada dekorasi kafe :)


Papan hitam nie boleh dipadamkan tulisan dan ubah ikut event. Contoh, ada tengok gambar orang sambut anniversary di sini, dan jugak bridal shower. Nice!! Can add a little decoration if you want to have an event here. If tak nak, apa adanya pun dah cukup.


Ada jugak photobooth. Kalau nak tahu, owner kafe nie namanya Nana Syazana. Sebaya aku derr umurnya, 29 tahun. Selain bukak kafe, Nana pun ada buat photobooth untuk wedding, birthday celebration, annual dinner company, dan sebagainya. Buat jugak photography, event and wedding planner, dan dikenali sebagai NanakoDesign.

Berkesempatan bersembang sebentar dengan Nana, the owner. Kecik je orangnya. Kagum dengan orang umur sebaya aku dan sudah ada bisnes sendiri. Keep it up!!














Dan finally, talk about the foods :) Main dish dalam kedai nie semuanya ada unsur waffle. Semua hidangan mostly ada waffle. Kira unik kedai nie pada makanan waffle lah. Kami order waffle choc with banana ( tak ingat nama ) dan waffle burger. Both sedap!! Dessert sedap, kombinasi makanan yang menarik. Waffle burger sedap jugak. Makan burger daripada waffle, bukan roti. Kelainan dan aku boleh telan dengan jayanya.

Nanako Studio Cafe adalah kombinasi kafe, jualan baju, dan photobooth. So pada sesiapa yang suka ambik gambar dan pergi kafe, bolehlah datang singgah di kafe nie. Recommended!!

Boleh singgah ke kafe untuk makan atau jika nak bertanya mengenai photobooth dan segala pakej yang ada.


Details as below:

C-1-1, One South Street Mall
Jalan OS, Serdang Perdana,
Seksyen 6, 43300 Seri Kembangan
Selangor
Phone: 017-3451323 (Nana Syazana)
Email: nana@nanakodesign.com


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife