A SHORT FILM REVIEW | THE BATTLESHIP ISLAND and BAD GENIUS

instalife

August 23, 2017

A SHORT FILM REVIEW | THE BATTLESHIP ISLAND and BAD GENIUS


Haa~Ahh ~ Hello semua ~ Semalam aku berpeluang tengok filem The Battleship Island bersama Geng Makan (kecuali Syira), dan pagi tadi aku menonton filem Bad Genius seorang diri. Ada 6 orang je dalam wayang tadi. Dahlah seat twin. Selesa duduk selama dua jam. Hihi.

Aku hanya nak berkongsi pendapat aku mengenai kedua-dua filem ini. Not a long review. I promise 😜 I know you can find a lot of review about these two films. Tapi bacalah review aku jugak eh. Hii. 


THE BATTLESHIP ISLAND



Jujur sejujur-jujurnya (berapa kali jujur da :p), aku hanya ingin menonton filem ini sebab ada Song Joong Ki dan So Ji Sub. Mereka berdua tergolong dalam kategori pelakon lelaki Korea kegemaran aku. Terbayang Joong Ki yang sangat comel dalam DOTS dan kekacakan Ji Sub dalam Master's Sun dan Oh My Venus 😍

Kisah berlaku di Pulau Hashima atau bermaksud Pulau Kapal Perang dan berlaku kira-kira semasa Perang Dunia Kedua (rasanya). Hehe. Tak pasti bab sejarah, sila rujuk Google untuk keterangan lanjut ye. 

Pulau Hashima


Filem ini mengenai orang Korea yang dibawa masuk ke Pulau Kapal Perang untuk menjadi buruh di lombong arang batu di sana. Bab jadi buruh satu hal, bab kerja yang kebanyakan gaji ditolak untuk bayar kos tempat tinggal makanan semua dah jadi hal kedua. 

Pendek kata, gaji mereka ciput dan dilayan seperti bukan manusia dan terpaksa bekerja tanpa cuti. Wanita pula dijadikan tempat melampiaskan nafsu serakah 😡

Terpejam-pejam mata aku apabila ada babak yang tak sanggup nak tengok. Kalau tak pejam mata, aku akan rendahkan cermin mata supaya penglihatan aku kabur. Sampai tahap macam tu wei tengok filem ini 😦

Kekejaman Jepun

Sangat kejam!! Kejam yang aku rasa nak bakar hidup sorang-sorang. Haa punyalah kejam. Well, kita semua sedia maklum akan askar Jepun dahulu yang kejam. Ingat kembali kisah sejarah semasa mereka jajah Tanah Melayu dulu. 

Dan sekarang Jepun adalah satu negara yang disegani dan terkenal dengan persekitaran yang bersih, rakyat yang bersih dan sopan. Tidak dinafikan setiap seorang mesti ada simpan hajat nak ke Jepun kan? 

Pembelotan Rakyat Korea

Orang yang sangat dipercayai oleh orang Korea di Pulau ini sebenarnya adalah orang yang bersuhabat dengan orang Jepun untuk menindas bangsa Korea sendiri. Kes ini boleh dilihat di mana-mana. Bahaya orang camni cuma tak sampai ke manalah penipuan kau tu. Akan dapat balasan setimpal jugak. 

Wanita sebagai Simbol Sex

Hmm sedih tengok. Hmm. Tak tahu nak cakap apa 😢


Kasih sayang seorang Ayah

Tidak kira apa yang terjadi, yang pasti, seorang Ayah hanya mahu anaknya selamat. Suka tengok babak mereka berdua menyanyi sambil menari di bawah lampu. Comel. 



Mereka berdua tidak kacak dalam filem ini. Muka tak bersih. Sentiasa comot. Dah nama filem perang kan. What do you expect? HAHA. 

Aku harap hubungan mereka berakhir dengan indah selepas berjaya melarikan diri tapi sayang sekali..


Rating: ★★★
Sebenarnya kan, aku tak tahu nak bagi berapa ★ untuk filem ini. Melihatkan lakonan mereka dan set filem ini, tak dinafikan yang filem ini berhak dapat lima ★. 

Tapi disebabkan aku tidak berapa suka akan keseluruhan jalan cerita (walaupun ini kisah benar), aku hanya mampu beri 3 ★ saja untuk filem ini. Sorry 🙏


BAD GENIUS



Ramai cakap yang filem ini best. Baca review pun semua cakap best. Jadi aku pun mengagahkan diri untuk menonton filem ini pagi tadi. 

Dan ini pula adalah review aku mengenai filem ini 😊

Pandai Meniru dan Menipu

Daebak!! (tak memasal bahasa Korea pulak :D) Haha. Pandainya kau weii! Aku beriya nak tahu apakah cara yang digunakan untuk menipu pada awal cerita. Dan okay, idea menipu kau memang terbaik. Haha. 

Kepada cikgu yang menjaga peperiksaan, selepas ini, sila perhatikan jari jemari anak murid anda semasa peperiksaan berlangsung. Mungkin ada yang seperti bermain piano 😂

Mentor. Mastermind. Genius. 

Cara dorang menipu di hujung filem ini memang tak terkata. Gila berani weii! Bukan kecik punya exam tu. Perghhh ~ Aku yang tengok pun berdebar-debar jadinya. Lepas ke tak korang menipu ni. 

Dalam hati, harap sangat dorang tak kena tangkap. Boleh tak macam tu? Seperti aku sokong pulak dorang menipu kan 😅🙅

Lynn & Bank.
Mereka berdua saja yang bijak dalam filem ini.


Idea dorang untuk menipu itu sangat risiko tapi masih dilakukan kerana wang. Iya, bila ada sekumpulan budak remaja yang kaya raya tapi agak tidak cerdik, mulalah buat tema #PAYFORA . Gitu ~ 

Persahabatan

Aku suka akan permulaan hubungan persahabatan antara Lynn dan Grace. One simple act of kindness can start a friendship 👭

The Ending

Aku setuju dengan ending filem ini. Kalau bukan endingnya begitu, tiadalah lesson learnt yang boleh diambil daripada filem ini. 

Pendek kata, berani buat beranilah tanggung. Berani mengakui kesalahan dan bersedia untuk menerima hukuman 👍

Rating: ★★★★


Pendek tak review aku? HAHA. 

Korang dah tengok ke kedua-dua filem ini? Apa pendapat korang? Jom berbincang di ruangan komen ^_^


53 comments:

  1. Weiii lajunyaaa buat review~ saya dok draft2 tak post pun lagi . Sad . Esok lah saya publish review movie nie adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeling nak update blog tapi tak tahu nak update apa. Jadilah taip movie review.

      Delete
  2. Haaa~ nnt baca lah review saya pulak tau hahaha

    ReplyDelete
  3. oh dua film ni nampak serious benau. tu yang tak terniat nak tengok. err terpejam mata tu sebab ada babab 18sx ke apa?

    and yang Bad Genius tu ramai yang komen cakap best gila. memula ingatkan film yang kena berfikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babak 18sx takde. Cuma babak ganas2. Huhu. Lawan2 yang menakutkan, seriau tengok T_T

      Haa Bad Genius memang best! Terkesima jugaklah tengok dorang menipu. Hehe. Takdelah bukan filem berfikir. Datang tengok je :D

      Delete
  4. Memang ringkas dan padat review Siqah..tapi buat kak PC tertarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah tengok kak PC. Hee. Tengok Bad Genius. The Battleship Island, siqah tak rekomen sangat tengok :)

      Delete
  5. Nak cari cd la utk filem ni, tp nak tunhyu bluray la kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tak lama lagi kuar dah cd tu. Beli cd boleh tengok banyak kali..

      Delete
  6. Belum tengok dua2. Nk sangat tengok The Battleship Island sebab Song Joong Ki je. But too bad review siqah 3⭐️ je.
    Yg Bad Genius tu pn macam best je kan. Letak dlm list dulu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Shea. Siqah tak rekomen sangat The Battleship Island. Sebab ceritanya macam ganas jugak lah walaupun mesej dorang tu sampai gak. Huhu.

      Yes. Bad Genius best!! Sila tengok :d

      Delete
  7. Wah boleh tahan tengok sorang... layan feeling ye... hihi... nice review... saya boleh faham sedikit daripada review tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan sorang on weekday okaylah. Kalau masa weekend, rasa lonely ranger sangat. Haha.

      Delete
  8. dua-dua belum tengok lagi. hanya menunggu dia online. hahahahahha
    hopefully ada! ^_^!
    kena masukkan dalam must watch film ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ada tu nanti online. Nanti tengok tau!

      Delete
  9. Bad genius.. memang terbaik aku bagi 5/5.. tapi ynang battleship island 3 je cam tak best ke? haha.. ingat nak tengok besok sbb kalau tengok trailer ada aksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh full star for Bad Genius tu 👍🏻
      For me, tak berminat sangat dengan cerita The Battleship Island. Tapi lain orang lain pendapat kan. Mungkin awak suka. Bolehlah pergi tengok dan share reviee nanti :)

      Delete
  10. Belum tengok dua dua lagi tapi teringin nak tengok dua-dua. Kena tunggu both of films available on internet sebab kat sini takde tayangan dua dua movies tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahhh yeke takde tayangan? Huhu. Takpe2, confirm ada kat online nanti. Biasanya sekarang semua cerita ada online kan..

      Delete
  11. Its sad that Japan still don't want to admit their past war mistakes. They don't even learn History here. The younger ones don't even know that Japan used to invade other countries and what kind of heinous crimes their past ancestors make.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo kat Jepun takde belajar History? Seriussssssss Rasya.. perghhh tak sangka pulak yang dorang tak belajar History. Hmm.. memang tak tahulah apa yang orang Jepun dulu buat. Huhu.

      Delete
  12. Dua dua tak sempat tengok lagi. Eh dah berbulan bulan tak pergi wayang ni hah. Busy dengan macam macam kerja, lepas tu dengan kendrui apa semua. Hahah! Lepas Raya Haji ni baru free sikit. Baca review semua cakap bad genius best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bad Genius memang best!! Nanti bolehlah tengok online. Hihi.

      Delete
  13. Siqahhhh, nanti baru nak ajak mak pergi tengok Bad Genius ni. :D harap2 masih ada tayangan.

    Dah tengok Dunkirk?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu ada lagi ke tak tayangan Bad Genius. Sebab siqah tengok Rabu lepas pun dah last day tayangan kat Citta Mall. Kalau takde tayangan boleh tengok online nanti, tak pun Astro First :D

      Dunkrik cerita lawan2 ke? Hehe. Siqah tak tengok lagi cerita tu.

      Delete
    2. Dunkirk pun real event masa WW2. Banyak tentera bersekutu terperangkap kat Dunkirk ni, macam dari UK, France... Citer ni pasal misi nak selamatkan tentera2 tu je. Tapi hahaha urut dada jugak berdebar2. :D

      Delete
    3. Ooo best jugak tu. filem lama ke baru? Kalau filem lama, nak kena cari kat mana nak tengok ni :D Siqah suka cerita tentera.

      Delete
  14. Sokong-sokong , cerita bad genius best....dramatik sgt masa nak kena kantoi..

    Battleship Island nak tgok lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Seram je tengok. Takut dorang kantoi. Huhu. Yes, tengok Battleship dan share review nanti.

      Delete
  15. akak suka si Song Joong Ki dan So Ji Sub tu tapi akak tak berapa sangat dgn citer2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payahlah kak tengok cerita ni. Hehe. Tak nampak muka dorang yang handsome tu pun. Hihi

      Delete
  16. tak tengok lagi dua dua filem tapi memang teringin nak tengok :) dua dua nampak best. SJS ngan SJK memang superb in acting jadi cam rugi tak tengok filem diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Lakonan dorang memang best! Menjadi sungguh. Tengoklah Farhana cerita ni nanti. Dan share review jugak :)

      Delete
  17. teringin nak tengokk Bad Genius ni, film thai biasanya kelakar dan kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Cerita Thai pun banyak yang seram jugak. Hehe😱 Nanti tengoklah Bad Genius okay.

      Delete
  18. Ish kak siqah rasa tak nak tengok filem Battleship tu pulak sy mmg kurang tengok cite perang2 ni tak minat langsung sbb tak suka tengok aksi yang ganas berdarah bagai tu X(.

    Bad genius mcm menarik tp tulah sebab kurang jugak layan filem thai hihi tapi ada tengok trailer dia dan nampak scene dia isyaratkan main piano tu utk bagi jawapann mmg bijakk la tektik diaa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kalau camtu, Shaf buat pilihan yang tepat. Tak payahlah tengok Battleship. Seram gak nanye tengok babak2 dalam filem ni. Tu yang terpejam2 mata. Huhu. Aksi ganas dan kasihan. Huhu.

      Akak pun kurang tengok cerita bahasa lain ni (kecuali Korea). Haha. Sebab ramai review best yang pergi jugak tengok. Betul2, taktik menipu dia memang bijak. Hehe :D

      Delete
  19. jarang dapat tengok filem korea yang ganas. tapi review ni menyebabkan rasa nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah biasa filem korea slow motion je kan. Hehe. Tengoklah filem ni, mungkin Raihanah suka ke :)

      Delete
  20. saya belum tengok lagi...pilihan hati nak tengok Song Joong Ki...hihihii...

    sis, jom join Face Mask GA by Ashiqin :)
    https://aztieyshana.blogspot.my/2017/08/face-mask-giveaway-by-asyiqin89.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sebab Joong Ki jugaklah pergi tengok filem ni 😅

      Wahhh bestnya face mask GA. siqah terjah nanti ye :) Tq invite tau :)

      Delete
  21. Yang bad genius tu memang ada plan nak tengok dengan kawan . tak pergi2 je lagi. yup betul kata Siqa dengar kata best. 4 bintang gitu siqa bagi. hehe. yang battleship tu mcm terlalu berat je genre nya. tgklah kalau rasa boring, pergi la tgk nanti. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bad Genius best!!! Nadhie pergi tengok nanti tau!! 😊 battleship tu boring jugak nanye. So kalau Nadhie dah boring, tengok filem boring, nanti bertambah boring pulak. Hihi.

      Delete
  22. pulau hashima ni kan pulau berhantu di korea. btw nmpak best cita ni.. tp busyra takut tngok aksi ganas.. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Hashima kat Jepun. Sekarang mungkin betul dah jadi pulau berhantu. Hihi. Haah busyra, filem ni aksi ganas banyak gak. Huhu.

      Delete
  23. Dua-dua tak tengok lagi yang korean tu tak mungkin tgk.. Hati tak kuat.. Huhuhu.. Yang bad genius tu akan tengok kalau berkesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. Kalau hati tak kuat, tak payahlah tengok filem Korea tu. Tak sanggup T_T Bad Genius best :D

      Delete
  24. bad genius org ckp best, tp battle ship ni mcm 18sx ja haha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bad Genius memang best 👍🏻 The Battleship bukan 18SX. Yang ganas apa kita panggil? 18SG eh? Haha. Tak tahu. Kiki. Tapi ganas gak sebab cerita perang kan.

      Delete
  25. Battelship tu teringin sangat nak tengok tapi bad news nak tengok. Tunggu tayang kat astro first dlu lah. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Itu yang terbaik. Tengok kat astro first pun okay :) Ganas gak ceritanya. Boleh tutup muka dengan bantal pada certain scene. Hehe

      Delete
  26. Sabor sabor kak Siqah. Nak download dua movie ni. Macam best je. Akak laju betul ya tengok movienya. hahaahahaha

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife