PULAU REDANG HOLIDAY TRIP : PART 1 - PACKAGE, ITINERARY, ACCOMMODATION AND BUDGET

instalife

May 03, 2017

PULAU REDANG HOLIDAY TRIP : PART 1 - PACKAGE, ITINERARY, ACCOMMODATION AND BUDGET



Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini, aku bersama kawan-kawan pergi bercuti ke Pulau Redang selama 3 hari 2 malam dari 29 April - 1 May 2017. Hanya pada masa cuti buruh saja kami dapat bercuti sekali dan sesungguhnya mesti seronok menanti hari nak pergi bercuti. 

Dan ini juga adalah percutian pertama aku dalam tahun ini. Pasti seronok berganda kan? =D 

Dalam entri ini, aku akan berkongsi mengenai pakej, jadual, penginapan dan perbelanjaan kami untuk percutian ini. Rasanya empat info ini adalah yang paling penting setiap kali untuk cadangan percutian. Betul tak? ^_^


PACKAGE & ITINERARY 


Hanis telah bertanya mengenai pakej dan penginapan di Pulau Redang pada beberapa resort dan akhirnya kami sepakat memilih untuk mengambil pakej penginapan di Redang Mutiara Beach Resort

Details of Package
Kami mengambil Package 3D2N seperti di atas dan kami memilih untuk berkongsi satu bilik semuanya. 

Makanya, pakej yang kami ambil di Redang Mutiara Beach Resort berharga RM350/pax.

Korang boleh visit laman web rasmi Redang Mutiara Beach Resort for further details ya. 


Full Itinerary


ACCOMMODATION


Kami bergerak pada jam 1 pagi 29 April 2017 dan tiba di Jeti Merang pada jam 8.30 pagi. Awal dan mengikut pada jadual yang diberi, bot yang membawa kami ke Pulau Redang adalah pada jam 9.30 pagi. 



Tapi memandangkan ramai orang, jadi, pihak pengurusan memberitahu yang kami akan terus dibawa ke Pulau Redang bersama dengan mereka yang telah sampai dahulu. Yes!! Sampai awal ke Pulau Redang, lagi seronok kan!! 




Tidak lama menunggu, kami dibawa ke Pulau Redang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Lama! Bertabahlah ye kepada mereka yang mabuk laut. 

Seawal jam 10 pagi, kami sudah tiba di jeti Redang Mutiara Beach Resort. Setiap resort di Pulau Redang mempunyai satu jeti yang terus menghubungkan laut dengan resort. Tidak perlu berjalan jauh untuk mencari resort. Ini yang aku bagi lebih point pada Pulau Redang. Hihi. 

Apabila sampai saja di Jeti Redang Mutiara Beach Resort, mata dah meliar melihat sekeliling. Cantik sangat!!! Serius cantik! Air laut sangat jernih. Dari dalam bot lagi dah tak sabar rasanya nak mandi manda di laut. Hihi. 


Jeti Redang Mutiara Beach Resort

Jeti 



Pemandangan dari jeti


Resort warna oren adalah Redang Mutiara Beach Resort. Senang tepi jeti je :)


Subhanallah. Cantik sangat <3


Ahhhh! CANTIK!! Air laut jernih!! <3



Lihat jambatan itu?
Jambatan untuk pergi ke Wisana Village Resort.
Cantik! 😍 Pemandangan dari jeti pun sudah cukup untuk membuatkan aku terkesima. Indah sangat! Sambil kaki melangkah ke resort, sambil itu jugalah tangan tidak putus merakam gambar dan video keindahan laut dan pantai. Sambil mulut asyik berkata, "cantiknyaaaaaaaaa"



Pemandangan dari depan bilik.. Bilik kami yang warna coklat di belakang. 

Bilik kami, D1.



Dalam bilik. Maafkan pada katil aku yang paling berselerak itu :D


View dari bilik menuju ke arah laut dan pantai


Indah sangat <3 Boleh seharian duduk di tepi pantai :)

Aku berpuas hati dengan bilik kami. Okaylah. Berpatutan dengan harga. Tidak terlalu kecil, muat untuk letak semua beg dan solat. Cuma bilik air terlalu kecil dan tidak ada shower. Boleh je mandi menggunakan paip yang ada, saja je nak jugak shower. Hihi. 

Di sini, tidak ada kedai makan ye. Hanya ada kafe resort saja. Kafe resort hanya menyediakan makanan untuk sarapan, lunch, dan dinner. Selain itu, ada disediakan roti, pembakar roti, nescafe, teh, susu, dan air panas. Jadi, kalau lapar, bolehlah buat sendiri. 

Punah harapan nak minum teh tarik di tepi pantai. Teringat teh tarik di Pulau Perhentian yang sedap :D

Dinasihatkan agar bawa bekalan makanan ke sini. Nanti korang lapar. Serius. Tambah lagi selepas mandi / snorkeling. Confirm lapar punya!

Bekalan makanan kami berlima. Banyak kan? Haha.
Ada tiga bekas Samyang di sebalik Mamee itu ye :D

BUDGET

Sekarang dah sampai ke point terakhir dalam entri ini. Berkongsi mengenai full budget kami pula. Kami pergi berlima maka semuanya berkongsi. Dan mungkin perbelanjaan kami agak murah sebab ramai orang. Lagi ramai orang dalam satu kumpulan, lagi murah harganya. 

Jumlah perbelanjaan / pax ke Pulau Redang: 

Pakej dan penginapan = RM350
Tiket Marine park       = RM5
Life Jacket & Mask  = RM20 
Add on minyak, tol, dan makanan = RM100 

                     Jumlah = RM475 / pax 


Done sharing mengenai pakej, jadual, penginapan, dan jumlah perbelanjaan kami ^_^ 

Harap entri ini sedikit sebanyak memberi info kepada kawan-kawan yang bercadang untuk bercuti ke Pulau Redang. Jika ada kekurangan, maaf ye.

Jika ada yang hendak bertanya dengan lebih lanjut, boleh drop komen atau email okay =) 

Entri seterusnya, aku akan ceritakan mengenai aktiviti kami di sana pula. Snorkeling, mandi manda, dan sesi mengambil gambar 😊

Stay tuned. Hihi. 

Note: all pictures are from us all. Sharing via AirDrop :) 

61 comments:

  1. waw.. cantiknya semua gambar.. mesti seronok dapat bercuti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Redang cantik 😍 seronok setahun sekali bercuti dengan kawan2 😊

      Delete
  2. seronoknya bercuti kat Pulau Redang...

    ReplyDelete
  3. masya Allah cantiknya view di Redang. ana kalau nak ke sana harus naik feri je kot sebab 50 minit nk pegang syafi memang kebas satu badan. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Memang kebaslah satu badan nak pangku Syafi kan. View Pulau redang cantik. Tak puas rasa macam nak pergi lagi 😍

      Delete
  4. Lha, betol ke RM445 je seorang? Thanks for sharing ya..

    theamazingjasmi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Round up sorang RM500 lah senang Jasmi :) Welcome :) Happy to share :)

      Delete
  5. Pulau Redang memang cantikkk sangatt. Bila agaknya Husniey dapat repeat lagi ke sana. 1st and last pergi masa honeymoon 3 tahun lepas.. Rinduu kejernihan pantainya. Macam kat Maldives​ dah 😍 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn!! Siqah baru balik dari Redang pun rasa nak ke sana lagi. Cantikkkkk! 😍😍 Insyallah nanti ada masa Husniey pergi sana honeymoon lagi ye 😍😍

      Delete
  6. bestnya kak siqahhh. cntik gila airnya tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redang cantik! Air laut cantik dan jernih 😍 ala Maldives dah. Hehe

      Delete
  7. bestnye..rasa nk p plak..tguu kumpul duit dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia pergi juga nanti ye :) Cantik Redang 😍

      Delete
  8. wahhh banyak jugak habis kan. tapi yg ok nya makan semua all in ke kak ? kalau all in semua dah ok dah harga tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua makanan all in. Tu rasa okaylah harganya kan :)

      Delete
  9. Jeles betuk tengok Siqah bercuti kat Pulau Redang. Hahaha! Nani tak pernah sampai lagi ke sana. Cantiknyaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alorr tak maulah jeles Nani. Insyallah ada masa nanti Nani pula ke sana ye. Redang cantik sangat 😍 nak pergi nanti, ajak Siqah sekali. Hihi

      Delete
  10. Cantikkkk sangat view kat sana Siqah. Bila la ada rezeki nk ke sana ni. G ramai2 baru seronok kan.jimat pun jimat.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik view kat Redang. Air laut pun jernih 😍😍 Haah Reen, lagi ramai lagi best dan murah. Hihi.

      Delete
  11. cantik sangat air laut tu! saya tak pernah pegi redang lagi :D
    ok sangatlah harga 320 tu utk satu bilik, include makan & aktiviti lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti Mazni pergi ye :) Serius lawa Redang 😍
      Haah harga sekali dengan makanan dan aktiviti. Cuma peralatan snorkelling kena tambah duit..

      Delete
  12. Hihihi macam best je nak letak honeymoon wishlist ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best. Mohon letak dalam honeymoon wishlist 😉

      Delete
  13. Dah Up dah entry pertama , Nadia tak up lagi tgk lah if rajin , insyaallah ... hihi... rindunyaaaaaaa Redang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seharian nak up entri pertama. Lama betul rasa 😅 entri seterusnya kita tengok bila nak up. Jangan makan tahun sudah. Hihi. Kannnn rindu Redang!

      Delete
  14. Assalammualaikum..tumpang iklan tuan tanah...
    Sy travel agent utk bercuti ke pulau pulau dan bersiar siar di Terengganu..jika ada pertanyaan sila call atau whatsapp no sy ini..0179799773

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam :) Selamat maju jaya dalam perniagaan ye :)

      Delete
  15. bestnye pegi pulau siqah.. e'in dalam mimpi jelaa dapat pegi sebab asben tak suke pegi pulau.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami E'in dan Siqah sama, both tak suka pulau! Huhu. Sebab tu, siqah pergi pulau dengan kawan-kawan. Suami terpaksa ikut kalau family trip jela.

      Delete
  16. Dekat sejam tu siqah.. Akak memang flat r..
    Tapi pemandangan dia cantik sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak dekat sejam jugak perjalanan naik bot. Lama sungguh rasa nak sampai. Tapi ye kak, view cantik sangat :)

      Delete
  17. ewahh. bestnyaaa bercuti pulau redang. cantik pantai nya jernih. nanti bole pegi nii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laut jernih, pantai putih bersih dan cantik!! Bolehlah nanti Nadyya pergi juga ye :)

      Delete
  18. SubhanAllah cantiknya siqahhhh.. tengok ke air laut tu.. jernihh sangat ...Pulau redang memang cantik. Ohh rupanya dia banyak resort dalam satu pulau tu....naklepaskan stress kena jejalan keluar tengok keindahan alam hii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik 😍😍 Haah banyak resort wani dalam satu pulau redang. Pengalaman pun based on resort mana yang kita stay lah :D Haa elok sangat tu, lepaskan stress kena g tengok keindahan alam 😊

      Delete
  19. Bestnyaa.. teringin sgat nak jalan2 pi negeri org.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Nanti Nurul pun boleh pergi jalan2 ye. Hii

      Delete
  20. Amboi bestnya depa p holiday. Hahahaha.. amer still struggle road to final nih haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Final dulu, pastu boleh p holiday gak 😁

      Delete
  21. MasyaAllah cantiknya view diaaa! pulau kapas sekarang ada daypack. cikja macam nak try dengan kawan. hehe pulau redang belum sampai lagi padahal orang terengganu jeee punnn hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik 😍 Pulau Kapas cantik jugak kan!! Nak pergi sana jugak! Daypack means balik hari lah eh? Tak tido sana? Hihi. Biasa orang dekat tak sampai lagi tempat dekat. Orang jauh sampai dulu. Haha. 😅

      Delete
  22. wahhhh bestnyaaaa kalau dapat pergi ngan kengkawan sekepala nie! salah satu pulau yg nak sangat jejak sebab cantikkk. harap dapat pergi situ satu hari nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Nanti BV pula ke Redang ye. Bersama geng kawan satu kepala jugak tau. Hihi :D

      Delete
  23. hi Siqah!salam kenal dr gee...gee org ganu pun x sampai lagi redang..so far baru perhentian...haha..maybe next!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zeera :) Salam perkenalan juga dari Siqah. Thank you tau follow :)

      Hihi. Biasa orang dekat tak sampai lagi. Next time pergi Redang tau! Best best 😍

      Delete
  24. subhanallah cantiknyaaa biru airnya.. teringin nk ke sana boleh la guna iti siqah ni 😀

    entry fery tomok dh up heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Nina laut Redang <3 Boleh je guna iti ni. Siqah pun ambil iti ni daripada resort. Hihi.

      tomok dah up ke mana? Tak faham. Hihi

      Delete
  25. Mesti sampai2 bilik terus charge phone hehehe. Kite kalau tidur hotel dgn family, selalu usaha jadi org pertama masuk bilik sbb nak ambik gambar sebelum org lain rasmi katil. 😅😅

    Rindunya pantai alahaiii. The perk of living in a land-lock country

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Hanis camne tahu? Haha. Memang masuk bilik, benda utama nak buat charge phone. Siqah kalau trip dengan dorang, memang akan bawa extension plug. Hihi. Senang boleh ramai guna. Dengan phone, powerbank lagi nak cas. Hihi.

      Haha. bab orang pertama masuk bilik tu betul jugak. Kena ambil gambar sebelum bilik bersepah. Hihi

      Hope hanis tengok gambar pantai dah lepas rindu sikit kat pantai. Nanti balik sini, boleh pergi road trip pantai lagi eh.. Hihi. Nak pergi Teluk Cempedak cakap, Siqah nak ikut. Hihi :D

      Delete
  26. frankly speaking aida x pernah bwk anak2 bercuti ke pulau lg, siqah.
    teringin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak Aida dah besar, bolehlah bawa pergi ke pulau. Kalau kecil lagi, kasihan pulak rasanya. Panas dan mungkin tak selesa..

      Delete
  27. kat kawasan sini memang tak ada kedai makan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Memang takde kedai makan. Hanya ada kafe resort saja. Air panas ada kalau nak buat maggi or buat air sendiri. Tapi bekalan, kena bawa sendiri.

      Delete
  28. tak nak naik jeti merang sbb jauh dari town,boleh kan req nak naik bot kat Syahanbandar TQ

    ReplyDelete
  29. Ingat nak pergi dgn member bulan April 2018 ni .. tapi Dari TBS sampai ke Kuala terengganu , then nak ke jeti tu jauh ke Dari station bus tu ?

    ReplyDelete
  30. Cikla belum pernah lagi bercuti ke pulau. Tgk gmbr yg siqah share ni teringin pulak nk p... Btw, good sharing dear

    ReplyDelete
  31. Cantiknya pemandangan, hajat di hati nk pergi gak, pulau redang ni, mntk tolong review my blog...
    http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/.
    boleh bertukar2 pandangan jika giliran saya ke sana kelak..

    ReplyDelete
  32. Cantik sgt laut di redang ni ya. Suci 😀

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife