APRIL 2017 WRAP UP

instalife

May 21, 2017

APRIL 2017 WRAP UP




Dah hampir penghujung bulan Mei 2017 dan aku baru nak post mengenai April 2017 Wrap Up. Sooooo lambat. Kura-kura sungguh :D

Bukan aku tak ingat post wajib setiap bulan untuk blog ini, cuma aku beriya siapkan entri Pulau Redang Holiday Trip. Mujur jugak siapkan, kalau tidak, tak tahulah bila nak siap. Mungkin tahun depan agaknya. Hihi. 

Tanpa menambahkan lebih banyak masa untuk menaip, ini adalah ringkasan dalam kehidupan aku dalam bulan April 2017. Mana yang aku ingat =) 


BLOGGING


1. Aku gagal lagi!! Gagal buat kali kedua untuk permohonan Google Adsense. Ada diberi sebab permohonan aku ditolak tapi aku masih tak tahu dan tak berapa faham akan sebab musabab itu. Aku ada google mengenai bagaimana untuk edit blog aku supaya permohonan Google Adsense diterima, tapi masih juga tidak berapa faham. Aku janji untuk mengambil serius perkara ini. Nanti aku belajar dan kaji lagi. 

Kepada rakan blogger yang boleh memberi tips untuk permohonan Google Adsense agar diterima, bolehlah bagi komen di bawah ye. Really appreciate it <3 

2. Aku nak tukar blog template baru seperti yang aku ceritakan dalam ENTRI INI, tapi sayangnya blog template itu terlalu mahal. Makanya, aku hanya tukar home page (view dan label square) dan sidebar (sebelum di sebelah kiri dan sekarang di sebelah kanan). 

Jadilah kan, nak juga tukar sesuatu di blog. Hihi. 

3. Semakin lama, aku perhatikan, semakin sikit jumlah entri blog aku setiap bulan. Makin merundum jatuh! Kadang-kadang ada banyak masa juga nak up entri baru tapi kalau dah malas tu, tak boleh nak buat apa lah. You know what I mean, right? =D 


WATCHING


4. Filem. Ada enam filem aku tonton dalam bulan April. Banyak juga ye. Hihi. Hanya dua filem saja aku tonton di pawagam. Filem lain semuanya aku tonton secara online saja. Hanya ada satu filem saja yang aku tidak buat review bertajuk My PS Partner (Korean Movie). Filem ini ditonton selepas aku up entri Korean Movie Review

Filem tonton di pawagam : Kimchi Untuk Awak dan Fast And Furious 8.

Filem tonton secara online (Korean Movies) : Fabricated City, Mood of the Day, A Man and A Woman, dan My PS Partner. 

5. Rancangan TV. Aku ada cerita ke yang aku suka tengok I Can See Your Voice (Korean TV Show) di blog? Kalau korang ada tengok InstaStory aku, rasanya dah tahu yang aku suka sangat post mengenai rancangan TV ni. Aku suka sangat!! Expect the unexpected! 😍

Nanti aku buat post khas mengenai rancangan ni. Hihi. 

6. Korean Drama. Aku hanya beriya tengok satu drama Korea bertajuk Strong Woman Do Bong Soon. Sumpah comel gilaaaaaaa drama tu!!!! 😍 Ada tengok drama Whisper tapi hanya bertahan sehingga episod 6 saja. Pening ahh!

Suka sangat view begini.
Cantik <3
Bersungguh screenshot :)



READING


Mood membaca kembali!! Sehingga sekarang, mood membaca masih kekal dalam diri. Kita tengok sampai bila ye. Adakah mampu bertahan sehingga hujung tahun? Haha. 

7. Finished reading: Aku habis baca lima buku dalam bulan April. Wow!! Satu pencapaian baik untuk diri sendiri. Maaflah aku up diri sendiri ye. Haha. Bukan senang aku nak mengadap buku je sebenarnya. Bulan March berjaya habis baca dua buku je. Itu yang terlebih seronok dalam bulan April. Hii.





Lagi dua review buku, Perfect dan Anding Ayangan, masih berada dalam draft. Expect my delay =p

8. E-Books: Aku mula mengenai erti E-Books. Aku ada post mengenai E-Books dalam entri Here's A Quick Way To Download E-Books tapi aku terpaksa delete atas sebab tertentu. Sebenarnya aku tak delete. Aku move to draft je. Sayang pula nak delete. Kalau ada sesiapa yang nak bertanya mengenai E-Books, boleh email aku personal lah ye =) 


Antara E-Books yang aku download.
Setakat sekarang: total ada 60 buku.
Tak tahu bila baca, yang penting download je dulu :D


FRIENDSHIP


9. Percutian bersama Geng Makan. Pada 29 April - 1 May 2017, kami bercuti di Pulau Redang. Best sangat!! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pulau Redang sangat cantik 😍 Aku dah siapkan semua entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip. Ada empat bahagian. Feel free to read =) Just click Categories >> Follow My Trail





10. Hadiah daripada rakan blogger. Gembira sangat apabila aku menerima bungkusan daripada seorang rakan blogger, Hanis Amanina. Berkenalan melalui blog dan terus kekal berkawan. Terima kasih Hanis sebab sudi jadi kawan Siqah. Semoga hubungan kita berkekalan sampai bila-bila. Hii. Nanti balik Malaysia, kita jumpa okay 😘 

Dalam sekelip mata, habis coklat ni Hanis.
Sedap =) 



FOOD


Mohon maaf siap-siap boleh? Bahagian makanan ini tidak boleh dilupakan. Semestinya ada dalam senarai Month Wrap Up. Hihi. 



11. Makanan di atas daripada Selera Ramai Ikan Singgang di Kampung Baru. Kalau nak makan di sini, pastikan order ikan rebus goreng, singgang, dan kerabu pucuk paku. Sedap!! 

Aku hanya makan di sini dalam dua kali setahun kot. Hihi. Akan singgah kalau pergi volunteer di tempat berdekatan. Kalau tidak, idok ler aku menapak ke Kampung Baru untuk makan. Jauh dan malas. 



12. Anis Coffee Latte di Petronas. Masih kekal menjadi kegemaran aku. Sekarang, packaging Anis Coffee telah bertukar dari botol besar kepada botol yang lebih kecil. Harga pun sudah berkurang. Baguslah keluarkan dalam botol kecil. Bukan banyak sangat pun nak minum.

Tak boleh minum selalu. Manis. Tapi aku suka. Anything about latte. Hihi. 



13. Wahai Fattah Amin! Kami datang makan di kafe awak tapi awak tiada pun. Sampai hati tak melawat kafe hari itu ye. Hahaha. 

Makanan di atas adalah daripada Stalkers Cafe by Fattah Amin. Pergi ke sini bersama Tasha dan Syira. Serius blur tak tahu nak makan apa. Lalu terus pergi ke sini. Ini adalah kali kedua kami makan di sini. Aku ada cerita details dalam ENTRI INI. Feel free to read =) 

Makanannya? Biasa je. Daging burger berkecai dan berterabur membuatkan aku rasa tak berapa wow! 




14. Makanan Jepun. Aku makan di Food Court NU Sentral. Nama kedai adalah Izumi Japanese Cuisine. Tak ingat nama menu di atas cuma sedap makanannya. Nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak weii. Jenuh jugak nak habiskan. Fuh!




15. Ikan Bakar Pak Din Tanglin. Ohhh ini ternyata sedap!!! Hihi. Aku ada cerita mengenai kedai ini dalam entri Food Must Eat in Kuala Lumpur. Boleh baca di sana ye kalau nak tahu details =) 




16. Makanan Korea. The Street Cafe di SS15 Subang Jaya. Ini adalah kedai makanan Korea kegemaran kami. Mesti cuba makanan di sini kepada semua peminat makanan Korea =) 


RANDOM PICTURES


Seperti biasa, kalau diperhatikan, setiap entri Month Wrap Up akan berakhir dengan gambar yang diambil untuk bulan itu. Gambar terpilih saja iaitu gambar yang nampak okay bolehlah cantik di mata aku. Hii. Mujur semua gambar masih ada dalam phone =)

Gambar di pagi hari dari balkoni rumah ;) 

Tiga gambar di bawah ini diambil di Tanjung Emas, Muar. Balik kampung sebentar dan pergi berjalan di sini bersama suami dan PIL 😊

Both are my favourites.
Husband and sunset <3

Suka warna langit masa ni <3

<3

Gambar langit je yang ada untuk bulan April. Macam biasa jugak lah kan. Always look up. Langit sentiasa cantik <3


Sekian saja entri April 2017 Wrap Up. Niat di hati nak gabungkan sekali dengan entri April 2017 Haul tapi macam dah panjang sangat entri ini. Lagipun, aku malas nak ambil gambar. Hihi. Makanya entri haul akan aku up di lain hari.

So, how's your April 2017? Lambatnya aku tanya soalan ni 😄🙏


52 comments:

  1. siqaaa, echa ada tulis tips untuk lulus adsense. blh tgk http://www.eecashyaa.com/2016/04/5-tips-lulus-google-adsense.html n hrp dpt bantu lah ye heheh. strong woman do bong soon tu echa ada tgk. aduii sweet betul kannn dorang huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Thank you Eeca :) Siqah datang terjah entri Eeca nanti ye. Nak jugak lulus google adsense tu.. huhu. hehe. Kannn! Sweet dorang dalam cerita Strong Woman Do Bong Soon. Berulang kali tengok final episod 😍

      Delete
  2. makanan tuuuuu. buat rasa laparrrrrr.. huargggghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lela dah kenyang kan sekarang? Mesti baru lepas lunch :D

      Delete
  3. nice wrap up

    suka tgk gambar2 siqah. menarik, lawa n ofkos tempting foods

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Husna :)

      Hee. Food tu rasanya macam selalu je nak update. Hihi :D

      Delete
  4. alahai..menarikknyaa makanan-makanan tu siqah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yummy :D Sedap2. Kalau nak g makan Korea tu, boleh ajak Siqah. Hihi

      Delete
  5. Cantik skills awak tangkap gambar, selamat meneruskan untuk buat permohonan google adsence

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je Syuhada. Siqah tak pandai ambil gambar nanye. Main snap je tu, tapi sunset memang dah cantik :) Apa pun, TQ Syuhada. Siqah cuba lagi buat permohonan google adsense lepas dah edit sikit2 blog..

      Delete
  6. Haha..takdelah lewat sangat update April wrap up.Mine was super busy. May is busier. Anding Ayangan tu macam best.Setuju bab habiskan buku tu,bukan senang ye. And I'm the kind yang kalau first chapter dah tak best terus letak tepi. Nak tunggu review Anding Ayangan from Siqah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan. Nak habiskan baca buku bukan senang. So bolehlah siqah up sikit kan. Hehe :D Waahhhh Sal first chapter je tak best terus letak tepi, cepat betul tu. hehe. Review Anding Ayangan masih draft lagi. Blur nak tulis apa nanye. Terlalu complicated ceritanya. Hehe. But I'll post the review later. Wait for it :D

      Delete
  7. bab makan tu banyak gile.. sedap2 pulak tu.. paling win, gambar semua cantik.. plzzz tlg ajarkan.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sebulan punya kisah makanan tau Lea. Bukan dalam satu hari tau. Hehe. Thank you Lea :) Gambar Siqah biasa je. Main snap je Lea. Siqah pun tak pandai sangat 😅 sunset dah memang lawa nanye.. Hihi. Nanti Siqah ke Kuantan, kita jumpa kat TC eh. Hehe

      Delete
  8. I have issues with Google Adsense too. Banyak kali juga apply, but always rejected. It happened so many times, I gave up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Siqah nak give up jugak tapi macam sayang je. Nuffnang dahlah tak seberapa. Nanti Siqah cuba jugak nak edit blog. Itupun kalau faham. Huhu.

      Delete
  9. My April was great. Tak sabar nak tunggu April haul Siqah. Syaza paling suka kalau bab-bab haul ni. Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Glad to hear that Syaza 🤗 hehe. Haul Siqah biasanya benda sama je belinya. Hihi. Nanti siqah up eh :) Siqah pun suka baca haul blogger ☺️

      Delete
  10. Hahaha banyak sangat bab makanan tu suka tengok nak pergi semuaaaa.kalau post ebooks tu dh xde xbleh la airah bkk kt fon pdehal dh sesiap favourite dh 😭 Menyesal tak screenshot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti boleh Airah pergi semua tempat makan tu ye :)

      Siqah move to draft je Airah. Kalau Airah nak, siqah boleh bagi via email. Boleh tak camtu? ☺️

      Delete
  11. Hai Siqah...bab makan dan percutian tu memang kak PC suka..tunggu je Siqah kongsi cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak PC :) Terima kasih kak selalu singgah blog Siqah 😍 Kalau bab makan memang siqah suka kongsi. Bab percutian tu biasa2 je kak. Tak bercuti sangat Siqah ni :D

      Delete
  12. As usual lah akak ni, walaupun senyap menyepi di blog tapi real life cerita dan aktiviti akak full selalu hehehe 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Blogging slump melanda. Aktiviti real life yang lain masih berjalan seperti biasa. Hehe. TQ Ira sudi baca. Hehe 😘

      Delete
  13. lenne suka tengok gambar gambar siqah! pandai siqah amik, lawa semuanya tau 😍

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Lenne 😍 siqah tak pandai ambil gambar pun. Main random snap je tu. hehe. Kalau bab sunset, sunset memang dah cantik dear 😍

      Delete
  14. Reen pun xlulis2 google adsence tu.dah malas ase nk mtk smula.huhu..

    Blog siqah da cantik. Xyah edit pun xpe da. Hee

    Reen tgh layan drama strong woman dobong soon tu. Bru episod 9. Kelakar citer dia n ensem heronya. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Siqah pun malas gak nak minta semula Google Adsense tapi macam nak juga ada. Huhu.

      Hehe. Thank you Reen 😍 Blog Reen pun apa kurangnya 😍

      Yeay!! Layan layan sampai habis tau. Boleh marathon tengok. Ke dah habis tengok? Hehe. Kelakar dan memang best gila. Dan hehe, haah hero handsome kan, comel 😍

      Delete
  15. Cantik cantiknya gambar dekat blog awak ni! Suka :)

    ReplyDelete
  16. Wahh tahniah Siqah, 5 buku berjaya dibaca dalam masa sebulan.. 👍😍

    Bukan senang tuu..


    Cantiknya gambar gambar Siqah. Tengok gambar makanan tu terus rasa lapar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bulan lepas Alhamdullilah boleh habiskan baca 5 buku. Gigihkan diri nanye. Hehe.

      Thank you Husniey 😊 biasa je gambar. Suasana yang dah cantik dear 😍 Lapar kan!! Siqah lapar jugak ni. Jom lunch 🤗😂

      Delete
  17. suke laa baca entry dalam blog ni...

    ReplyDelete
  18. Alaa tak pasti lah pulak kenapa tak lepas tu. Huhu. Sorry Siqah tak dapat nak membantu. Banyaknya buku dah baca! Jeles betul, tak sabar nak tunggu Ramadhan. Nani free sebulan tu boleh lah fokus baca macam macam buku. Eheheh. Syok kan sekali sekala bila dapat bercuti dengan kawan kawan :) Terliur tengok coklat daripada Hanis tu. Hahaha! Pernah nampak dekat kedai Arab tu tapi tak pernah beli.

    Banyaknya makanan sedap sedap ni! Siqah, Nani pun area Kl jugak. Heheh. Jom lah nanti bebila kita detim dekat Ikan Bakar Tanglin. Eh? Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani cuti sebulan ke Ramadhan nanti? Bestnyaaaaaa! Siqah kerja masih macam biasa je. Harap boleh balik awal jela dalam bulan Ramadhan nanti.
      Sesekali bercuti dengan kawan memang syok. Sesekali tu setahun sekali nanye. Hehe. Kedai Arab mana Nani jumpa coklat tu? Sedap tau. Nanti beli. Hehe.

      Sedapnya Ikan Bakar Tanglin!! Boleh je nak jumpa nanti eh kita set time. Hehe 😬

      Delete
  19. macam2 hal juga siqah ya, dalam diam tak diam. makan dan melancong tu semestinya best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. makan dan melancong paling best. Hehe

      Delete
  20. Selamat berpuasa shiqah..
    Lama akak tak singgah sini..
    Akak pun semakin lemau nak berblog 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut puasa juga kak ☺️
      Takpelah. Sekarang akak takde mood nak blogging, kadang2 siqah pun ada juga perasaan tu. nanti akak kembali aktif blogging ye 🤗

      Delete
  21. Seronok sungguh baca wrap-up Siqah..
    Banyak aktiviti Siqah buat, then Siqah abadikan dalam blog..
    Well done dear!

    It's okay mana2 yang kurang memberangsangkan, jangan down sangat, boleh ditambah baik dari semasa ke semasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak LZ seronok baca wrap up Siqah. Seronok juga Siqah baca komen akak ni tau 😍

      Insyallah. Semoga lebih baik di masa akan datang. Thank you kak :)

      Delete
  22. Menarik je wrap up siqa ni. semua gambar menarik. untung kan yang dapat google adsense tu . sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Untung mereka yang dapat google adsense. Tak tahu berapa kali nak apply baru dapat ni agaknya 😔

      Delete
  23. haii kak iqa! sara dtg dari ga sis elsa :)

    http://messarah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sara. Terima kasih singgah sini =)

      Delete
  24. Dugaan betul bila tengok gambar-gambar makanan tu di bulan puasa ini dah petang lak tu huhuhuhu.

    Kebetulan Mrs. A pun baru jer... apply lagi google adsense setelah fail bertahun-tahun yang lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur dah petang jugak Mrs A. Tak lama menunggu nak berbuka ni. Hehe.
      Camne Mrs A? Berjaya tak permohonan Google Adsense Mrs A?

      Delete
  25. Salam ramadhan siqah... Perasan gak siqah jarang update blog lately...

    ReplyDelete
  26. Siqah, nak tanya, ebook yg siqah download tu kena free atau berbayar? Kalau berbayar berapa harga?

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife