Dulu aku selalu juga usha blog template. Selepas tukar blog template ini, aku tidak usha blog template baru lagi. Cuma, hihi, aku ada tukar grid style dan homepage saja. Korang boleh baca dalam ENTRI INI.
Aku nak blog aku cantik walaupun isi tak seberapa. Hihi. Blog diibaratkan seperti diari online aku. Walaupun tidak semua benda aku ceritakan di sini, tapi kira diari lah tu, kan. Kenangan yang pasti aku datang untuk baca kembali di masa akan datang =)
Aku nak blog aku cantik walaupun isi tak seberapa. Hihi. Blog diibaratkan seperti diari online aku. Walaupun tidak semua benda aku ceritakan di sini, tapi kira diari lah tu, kan. Kenangan yang pasti aku datang untuk baca kembali di masa akan datang =)
Setelah empat bulan aku tidak usha blog template, tetiba rasa macam nak tengok-tengok template baru pulak.
Perasaan tu datang tiba-tiba. Aku pun tak faham 😜
Aku mulakan pencarian blog template baru di ETSY dan PIPDIG. Setelah lama menilik satu demi satu template, aku jumpa juga template yang aku NAK SANGAT di PIPDIG.
Jatuh cinta dengan template Homestead sebab:
Grid style. Aku suka grid style template ni. Nampak kemas dan cantik je.
Warna template. My favourite color. Tak tahu nak cakap warna apa. Pink belacan? Pink? Yang pasti, aku suka tone warna begini =)
Blog Header. I love simple blog header like this one. But I love my current blog header. I only need to change color of my blog header if I change to this new template.
Responsive Template. Semestinya ini menjadi salah satu kriteria untuk aku memilih template. Senang baca di phone. Yeahhh ~
Tapi sayangnya...
Aku tidak mampu untuk miliki template ini sekarang. Mahal weii! Harga template ini RM215 😱 Mahal sangat!!! Dan aku masih berkira untuk beli template yang mahal. Harga template yang pernah aku guna tidak pernah lebih daripada RM30.
Jadi, untuk membeli template harga RM215 perlu fikir banyak kali. Banyak, banyak kali.
Bagi aku, berbaloi untuk beli template mahal asalkan aktif blogging. Tapi aku bukan selalu update blog. Ikut mood dan masa yang ada. Kebiasaannya masa ada cuma mood menulis tiada. Tidak seiring nampaknya dua perkara itu.
Dan..
Setelah berfikir dengan lebih waras, haha,
Aku mengambil keputusan untuk kumpul duit dan beli template ini sebagai hadiah New Year untuk blog pada tahun hadapan. Ada lagi lapan bulan untuk menabung =D
Plan aku begitulah. Jadi atau tidak? Tunggu tahun depan 😁 Mana tahu tiba-tiba berubah fikiran ke kan? Boleh beli terawal atau tak jadi beli langsung? Fikiran dan hati boleh berubah 🙈
Ada rakan blogger nak join plan aku tak? Haha. Adakah korang pun suka usha template jugak? Dan berbaloi ke rasa beli template mahal?
kita tak pernah beli template. ambil yg free ja. tapi tu lah. kalau free ni ad kurang sikit la
ReplyDeleteKalau free template, banyak tak boleh ubah kan? Siqah dulu guna yang free juga. Bila tak boleh ubah, bengang tu yang start beli template 😅
DeleteKak PC pun sentiasa*sebenarnya kerap sgt..huhu* cari template yang berkenan dihati Siqah...dan lazimnya yang freelah..macam Siqah juga kak PC bukan jenis istiqhomah update..kadang lama juga tak update blog..terutama bila balik kampung..
ReplyDeleteBoleh je Siqah kalau membeli itu mendatangkan kepuasan ditambah Siqah ada domain blog sendiri...kalau betul caranya berbaloi Siqah..kira macam pelaburan..TETAPI jangan kerap...bahaya dik..atau mungkin cari yang murah sikit tapi seakan2 pun ok..yang lain boleh edit...
Kan kak PC. Kadang2 ada masanya tak update lama jugak blog ni. Huhu.
DeleteSetuju cakap akak. Kalau siqah beli template ni, memang bertahun kena tahan diri daripada beli template. Mahal sangat ni haaa 😔
Yeayyy! saya pun suka colour ala dusty pink ni, tudung pun leh tahan byk kale ni, hihi. Btw, template akak yg ni dah tiptop di mate shaf, hihi mcm ttak percaya pulak harga murah je. Kalau cukup duit no hal kak beli je sebagai dunia baru untuk blog.
ReplyDeleteNak tanya, paid template bayar satu kali atau setiap tahun kena bayar kak? Nak usha jugak template2 superb nanti untuk blog. :D
Oo dusty pink namanya. Hii. Haa, samalah warna kegemaran kita. Sentiasa nampak color ni je yang cantik kan. Hihi. Haah shaf, harga template yang akak pernah guna, semuanya murah je :)
DeleteBayar satu kali je untuk paid template. Lepas tu, boleh edit sendiri. Kalau tak tahu edit, kadang2 owner template boleh editkan, cuma kena bayar lebih lagi :)
Hii. Usha lah blog template. Akak datang nanti tengok wajah baru blog Shaf :)
Cantik sangat2 template tu Siqah. Ana pun tergoda juga. Tp bila tgh harga, kena pikir banyak kali juga ni. Hehe.
ReplyDeleteCantik kan Ana template ni 😍 tapi tu lah, harganya buat kena fikir banyak kali. Hihi.
DeleteTemplate yang sekarang ni pun dah cantik.
ReplyDeleteBaru tengok yg ala-ala template blog siqah ni kat etsy tadi. Rupanya dia dah pakai dulu. Huhuhu.
Nak tukar template idaman ni kena la mula menabung ye tak. Hihihi.
Siqah puas hati dah dengan template sekarang. Cuma tu lah tak pernah puas dengan apa yang ada kan. Haha.
DeleteAla yeke yank, boleh je cari template lagi. Banyak ada kat etsy tu. Hii.
Tue lah, nak kena menabung dari sekarang 😂
Mahal ke murah I think back to the blogger sendiri. Kalau mampu I'd say go for it! Even menabung lapan bulan is okayyyyyyyyyyy. Tapi bg saya personally, sbb suka cari good bargain, RM215 is so mahall.
ReplyDeleteKannn. Mahal nanye 😔 nak beli pun sayang duit gak. Huu
DeleteWahhh. Mahal jugak tu. Xpe. Sempat lagi nk menabung tu siqah. 😊 reen tgk da live preview tmplate tu. Mmg cntik . Suka warnaaa dia.
ReplyDeleteMahal tapi cantik kan Reen 😍 tue lah kena menabung ni. Menabung sambil masih berfikir nanye. Hii
DeleteTidak berbaloi kalau jenis nak tukar setiap bulan...tapi kalau sekali sekala nak hadiahkan diri sendiri apa salahnya, hihihihi. Mai pun ada juga impian nak beli baju mahal untuk blog sendiri. :D
ReplyDeleteTak salah kan Mai kan. Kali ni je rasanya. Hii. Nak juga sesekali blog pakai baju mahal. Sekali je jadilah 😊
DeleteKan! Bila blog cantik bukan je kita yang senang tengok, orang yg datang pun suka. huh, serabut je rasa template saye tu. hihi
ReplyDeleteKannnn! Setuju sangat nadhie :) Tuan blog pun suka datang tengok blog sendiri. Harap orang lain pun suka juga :) Hii. Template boleh diubah lagi nadhie. Asalkan sedap di mata Nadhie dah okayy :)
DeleteSetakat ni Lya tak pernah purchase template, biasa pakai yang free je hihi. Sebab tu la, rasa macam pencapaian blog belum berbaloi utk purchase template haha. Btw nice gila template ty Siqah! Semoga bakal jadi milik ye :) menabung dari sekarang haha
ReplyDeleteHaha. Nak kena menabung ni. Kena kurangkan penggunaan duit. Hihi. Macam susah nak berjaya je nampaknya 😅 pencapaian blog siqah pun tak seberapa jugak. Tapi beriya kan nak beli template. Hihi
DeleteCantiknyaaaaa. Mesti rambang mata nak pilih kan dan meremamang bulu roma tengok harga sobs :')
ReplyDeleteRambang mata dan yes, 😭 tengok harga. Sob. Sob.
Deletecantik template tu! pasal berbaloi tak berbaloi tu kne ikut kata hatilah hehe. pada saya harga template tu padan dgn design dia
ReplyDeletetpi template yg tgh pakai sekarang ni pun cantik apa! :D
Hehe. Template sekarang dah okay nanye kan. Saja gatal jugak nak yang baru, mahal pulak tu. Aduhai 😂😅
DeleteSeperti yang dibincangkan dlm whatsapp hari tue . Jom kumpul duit beli template nie . Saya pun suka template homestead nie cantik!!!! Jom beli sesama even mahal . Sempat lagi kita kumpul duit yank. Jom !!! Berbaloi ke beli template mahal ? Even kita nie jenis tak update blog kerap sgt. Sekali beli utk reward diri sendiri apa salahnya kan ? Hahaha . End up kita jugak yang nak tgk blog sendiri. Jom target Pipdig template - homestead
ReplyDeleteNadia nak beli template ni jugak ke? 😅 Tue lah, sesekali reward blog apa salahnya, walaupun update blog ke laut jugak. Hihi. Yang penting plan ada 😂
Deletesebab cantik tue nak jugak tapi tak tahu lah kot kot tiba2 nampak template lain lagi ke ... berubah lak kan nak beli yang lain hahaha... tgk lah mcm mana.
Deleteeh baru saya perasan awak dah tukar page main awak . menarik2!!!
Haha. Siqah rasa tak beli template ni cuma suruh orang edit look alike template ni. Tengoklah camne jugak. Mahal sangat lak bila fikir lagi T_T
DeleteHihi. Nak jugak tukar sesuatu walaupun tak beli template ni, dapat tukar homepage jadilah :D
lawaa sangat, berbaloi kalau nak guna
ReplyDeleteTQ :) Hii. Menaikkan semangat nak beli 😁
Deletecantik pulak blog template tu. nampak kemas! :o
ReplyDeleteKannnn Eeca 😍 Kemas :)
DeleteTemplate Siqah yang sekarang pun dan cantik dan kemas.
ReplyDeleteMujurlah Mrs.A takde penyakit tukar-tukar blog template ni huhuhuu....
Hii. Penat jugak request owner template edit kan template sekarang :)
DeleteMujur Mrs A. Jimat duit tau :D
memang cantik dan kemas..sesuai sgt! ada lebih boleh beli template tu..
ReplyDeleteMengumpul dari sekarang 😊
DeleteSaya pun nak start menabung gak la nak beli template mcm siqah ni.. Skrang duit menabung habis Kat Travel jer 😥😥😥😥
DeleteLagi best pergi travel kak 😊
DeleteSyed rasa siqah punya template sekarang pun dah cantik sangat dah! hehe cuma beza dengan yang atas tu ialah grid style sahaja. Tapi macam Siqah cakap la, Siqah suka usha template kan hehe. Good luck menabung! :)
ReplyDeleteSebenarnya kan, Siqah pun rasa bezanya hanya grid style je. So boleh kot suruh owner template sekarang ubah grid style je. Jimat duit banyakkkkk! Hii. Haha. TQ Syed :)
DeleteMahal sangat masalahnya. Hehe.. Cuma, as a new year reward untuk motivate blogging apalah salahnya pulak kan. Tapi serius cantik sangat template tu!
ReplyDeleteP/s:- It's dusty pink, currently pun saya suka sangat warna ni! ♥
Masalah kan kalau mahallll! Template je pun 😭 hii. Tu lah, harap hadiah new year so rajinlah update blog ke tahun depan. Jangan beli template mahal, pastu terbiar sepi ek blog 😅
DeleteYess! Dusty pink!! Lawaaaaaaaa ❤️😍
cantik template ni ! betul..kadang bila template tu cantik sngt mmg mahal...tp klau dah betul2 suka rasanya tak salah kt untuk diri sendiri jugak kan :)
ReplyDeleteCantik kan template ni 😍 tapi tue lah, mahal. Siqah fikir lagi ni :D
DeleteHaah keinginan nak tukar template tu memang selalu datang tiba-tiba je. Lepastu time tu jugak lah kita gigih nak tukar kan hahah.
ReplyDeleteHaha! Yes! Nad memahami. Hihi. Disebabkan tak boleh tukar template sebab mahal, siqah tukar juga homepage dan beberapa lagi. Nak jugak tukar walaupun sikit. Hihi
Deletedaripada bayar RM215 baik edit blog yg sedia ada je... lagipun hanya 4 perkara je yg berkenan kat situ.. ataupun cari designer blog minta dia buat sebijik macam tu... sis rasa harga paling mahal pun RM50 jer.. jauh beza dgn RM215
ReplyDeleteSetuju dengan Sis Hawa. Betul, Siqah dah tanya sorang designer blog, dia boleh buat macam template ni dan upah jauh lagi murah daripada beli yang mahal ni haa. Siqah maybe akan tukar later. Baru je tukar homepage nanye 😅
DeleteMesti cantik kan kalo main beli...macam best pulak
ReplyDeleteBest kalau belilah Lulu. Jadi tak best bila tak beli sebab mahal sangat. Membazir ada gak kan :(
Deletememang cantik blog template nih, semoga rajin update blog
ReplyDeleteHii. Thank you Ainul :)
DeleteTemplate tu cantikkkk tapi bagi anis, RM200 for a template macam tak berbaloi.. My suggestions, apa kata Siqah try carik yang lagi murah, and since Siqah berkenan dekat grid yang macam tu, carik yang grid sama, ignore the colours sbb colour tu setakat tukar sikit2 je.. Kejap je tukar kaler2 tu.. XD
ReplyDeleteTak berbaloi kan Anis! Baik beli tudung. Hahaha. Siqah dah tanya seseorang untuk edit camni, dan dia kata boleh buat. Cuma tak buat lagi sebab Siqah baru tukar juga homepage. Nak pakai lama sikit baru tukar yang lain 😅
DeleteCantiknya template blog siqah yang baru ni... Saya suka sgt.. Saya tak pernah pun usha template blog -malas... just guna template default je dari blogspot
ReplyDeleteBaguslah akak tak suka usha template. Tak membazir kak :) Baik simpan duit g travel kan. Hii
DeleteMaigod kenapa mahal sgt? Cantik memang cantik, tapi harga dia tu sedih sikit T_T but whatever so on, kalau betul-betul nak, mohon usaha kumpul duit.
ReplyDeleteMahal sangat kan T_T Siqah maybe suruh orang lain edit macam blog template ni je kot. Rasa tak lah beli template ni. Haih, tengok camne nanti T_T
DeleteSiqah punya memang sentiasa cantik. Yg dulu pun cantik. Yang dulu dulu pun cantik. Dulu, dulu, dulu, saya rasa dah cukup cantik.
ReplyDeleteKalau saya jadi siqah, saya tak tukar. Buat apa ambik yang cantik bila kena lepaskan yang cantik jugak.
Blog saya tak akan tukar kepada apa2 (agaknyalah). Sejak ujud se tahun yg lalu mungkin hingga ke akhir. Lagi pun saya ni rabun blog.
Saya lama tak nampak zetty.
Betul jugak cakap Adam. Buat apa ambil yang cantik dan kena lepaskan yang cantik jugak kan. Dahlah susah jugak nak tukar template sampai jadi cam sekarang. Walaupun upah orang. Haha.
DeleteBagus Adam tak minat template. Takdelah nak membazir ke sana pula.
Haah siqah pun lama dah tak nampak zety. Mana dia menghilang ek?
whoaa..Umi dulu suka sgt jengah template dan tukar2 tapi la ni dh malas..buat masa ni la cuma takut nnt ter pulak huhu
ReplyDeleteBab "ter" yang tak boleh percaya kan Umi :D
DeleteI also love to tengok kat Etsy tapi cam biasalah, mampu tengok hahaha. It is not worth it kalau siqah jarang update. Tapi kaau always update dan siqah berjanji pada diri sendiri akan naikkan ranking blog, the I say, you go girl! I wait for tahun depan, let see if you buy it or not :P
ReplyDeleteSiqah dapat rasakan yang Siqah jarang update blog. Macam mana pulak nak naikkan ranking kan 😅 Let's see ye, entah2 tahun ni jugak tukar tapi bukan beli yang nie lah kot. Mahal sangat rasa ni T_T
Deleteperghh dasyat siqah.. mahai tu.. tapi tak pe hadiah utk diri sendiri kan.. :)
ReplyDeleteTak dasyat lah Lea. Berkenan je tapi mahal sangat nie rasa T_T
DeleteSiqah, kalau tanya sis tentang blog template ni memang kegemaranku jugak - sip sikit..
ReplyDeleteBoleh habis berjam-jam pilih blog template macam pilih kasut..
Pilih sampai puas hati.. Jadi baik jangan start belek blog template, apatah lagi free template sekarang pun banyak cantik-cantik kann..
Setuju kak LZ. Untuk pilih blog template pun berjam kan. Hii. Free template banyak yang cantik cuma Siqah tak suka sebab tak boleh edit banyak. Kena jugak beli template tapi yang nie mahal sangat T_T
DeleteBaru saya perasan, blog cantik memang khas untuk orang cantik. This goes to every one, the ladies.
ReplyDeleteLadies happy to hear :p
Deletemahal tu kak siqah.. hehe.. betul jgk kak sis hawa tu. boleh upah blogger untuk buat sebijik mcm tu.. tp kalau itu impian akak, tak salah kan.. buat apa yg kita suka :)
ReplyDeleteHaah busyra. Mahal kan T_T Akak dah tanya seseorang untuk edit blog macam yang akak nak nie dan dia boleh buat. Nanti akak tukar juga :) Dapat lebih kurang camni pun jadilah kan. Lagipun akak baru tukar home page. Tak boleh nak tukar sekarang :D
Deletesaya belum pernah beli template lagi but recently memang perasaan nak spend a lil bit tu membuak-buak sebab bosan yang free ni tak berapa flexible kan. might consider ur idea nak menabung tu mungkin boleh splurge sikit kan pilih yg betul-betul kita berkenan. :)
ReplyDeleteLadynisa,
DeleteTak payah tukar template. Tukar template ni ibarat tukar jantina. Bila ldynisa nampak template saya bertukar bermakna jantina saya dah tukar lah tu.
Betul nisa. free template tak flexible. Limited nak edit pun. Kalau template beli, semua benda boleh edit :) Boleh nisa menabung jugak, pilih betul2 template yang berkenan :) kat Etsy, banyak template cantik2 dan ada yang harga less than RM50 :)
DeleteKalau ianya memberi satu kepuasan dalam diri Siqah, why not beli template tue, dan ianya memang cantik.. :)Best of luck to saving the money..
ReplyDeletePasti kepuasan tapi mahal kak T_T Rasa edit macam ni je kot. Tak payah beli yang mahal :D
Deleteeh !! cantik plak kaler pink ni.. hee~ pink belacan katanye..
ReplyDeleteKannn. Pink belacan cantik 😍
DeleteWow cantik template dan warna yang awak pilih.pening jugak kekadang nak pilih template.penyudahnye blog saya guna warna hitam putih jew.
ReplyDeleteHitam putih cantik juga awak. Dulu siqah pun pakai warna monochrome je. Senang. Sure sesuai dan nampak minimal 😍
Deleterietta xpndai nak ubah ubah templete....
ReplyDeleteSamalah. Siqah pun tak tahu. Suruh orang editkan je :D
DeleteCantikkkk. Nampak minimal dan modern template tu ^^
ReplyDeletetapi mahal nya lah T_T
Kannnnnn mahal!! T_T Rasa macam tengok je mampu ni. Huhu.
Deletenie nak leave comment tak ada kena mengena dgn entri nie. hihihi
ReplyDeleteCongratzzz.... Siqah . Nadia scroll blog Siqah dah nampak dah viewers Siqah dah hit 300K . Followers pun dah 200++ , bloglovin pun dah 61 . Komen satu entry dah dkt 70++ . Lagi-lagi dapat komen dari blogger tersohor Cik Epal. Bestnyaaa semua makin meningkat. tersgt lah best. If blog nadia mcm Siqah , happy nya Nadia. tapi blog Nadia belum jadi mcm siqah lagi . Sedih .
Saya punya blog alhamdulillah jugak lah sebenarnya. Even tgk tak meningkat dengan cepat nombor2 tue tapi ada jugak lah kan. Cuma kdg-kdg tgk nombor2 tak tinggi mana if nak bandingkan dgn blogger lain, tue kdg rasa down jugak and sedih sgt tapi tak ptt saya give up kan.
Bak kata Syed . Maybe ramai tak jumpa lagi kot jalan ke blog saya. atau maybe blog saya tak best ke ? =( atau saya tak rajin blogwalking ? atau saya punya entry tak menarik perhatian ? sedihnya...
saya selalu kena positive kan diri sendiri if compare blog saya dgn blogger lain. =(
Give me motivation please supaya saya tak down and quit dari blogging semata-mata tgk number followers and viewers tak tinggi mana =(
Saya dah reply kat Redang kan? Hii..
DeleteViewers dan followers saya pun lama juga baru nak meningkat. Huhu. Yang penting teruskan blogging Nadiah. Akhirnya, blog kita adalah kenangan untuk diri sendiri juga :) Always keep blogging ya 😊
wuuuu! tak tergamak..mahal nak amat...duit belanja untuk sebulan tuhh..hahhaa
ReplyDeleteHaha. Kannnnn! Boleh beli makanan dan bayar parking kereta sebulan. Hihi
Deletemahal benor. tapi lawa design dia
ReplyDelete