REVIEW FILEM - KIMCHI UNTUK AWAK

instalife

April 04, 2017

REVIEW FILEM - KIMCHI UNTUK AWAK




Aku pergi juga menonton filem ini seorang diri. Aku lebih suka menonton filem komedi romantik begini berseorangan.

OK, full disclosure. Siapa nak teman aku pergi tengok wayang on weekday? Orang lain semua kerja. Aku je yang cuti. Aku cuti hari ni sebab Hong Kong cuti. Aku follow public holiday Hong Kong, bukan Malaysia ye 😁 


Why I want to watch this film?

1. Aku baca novel Kimchi Untuk Awak by Suri Ryana (review novel DI SINI) dan aku suka novelnya. Novel yang membawa aku terbang bersama angan-angan berjumpa dengan prince charming like Danial Lee 😛

2. KOREA!! Aku sangat suka Korea! Novel Kimchi Untuk Awak penuh dengan babak di Korea dan semestinya filem juga begitu kan? Dapat tengok sedikit Korea dalam filem ni pun jadilah. Nak pergi Korea lagi entah bila? 😇


SINOPSIS 


Selepas dua tahun di Korea, Bella (Emma Maembong) pulang ke Malaysia selepas mendapat tiket penerbangan percuma kelas bisnes daripada Kak Long Bella (Dira Abu Zahar). Bella terlanggar dengan Danial Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Redza) di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan dari situlah permulaan kacau bilau dalam hidup Bella. 

Kak Long memaksa Bella membuat kimchi untuk presiden syarikat tempat kak long bekerja dan presiden itu adalah Danial Lee. Makin tidak keruan apabila Bella mengetahui kenyataan itu. 

Bertambah kecelaruan dan kacau bilau dalam hidup Bella apabila Danial merupakan anak kepada Pak Cik Dani (kawan baik keluarga Bella) dan sebenarnya adalah bakal tunang arwah Kak Ngah Bella yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. 

Insiden di kampung menyebabkan Bella terpaksa menerima kehadiran Danial sebagai suami. Cinta mula hadir dalam diri Bella tapi disebabkan salah sangka terhadap Yoo Ri (adik susuan Danial), Bella membawa diri ke Seoul. 

Danial Lee menjejaki Bella ke Seoul dan cinta mereka mula kembang mekar di sana. Mereka bahagia sehingga diganggu oleh kedatangan Yoo Ri dan Zara (Janna Nick) yang cuba menggangu perkahwinan mereka. 


REVIEW 


Peringatan. Ini adalah review daripada seseorang yang membaca novel Kimchi Untuk Awak. Mungkin berbeza daripada mereka yang hanya menonton filem saja ☺

Apa yang aku bayangkan semasa membaca novel adalah sama diterjemahkan dalam filem. Dan ini membuatkan aku suka akan filem ini. 

Yes. Story is cliche. As always kalau cerita datang daripada novel kan? You should know already. Hihi. 


Lakonan 

Emma Maembong as Bella sama seperti yang aku bayangkan. Gerak geri dan personaliti! Manakala Aiman, okay, aku ingatkan orang Korea kacukan yang berlakon sebagai Danial. Haha. Mana nak dapat weii! Okay. Okay. Seperti biasa Aiman. Kalau berlakon jadi lelaki berlagak, annoying dan romantik, memang dia pandai lah. Tak payah nak cakap dah walaupun aku geli juga melihat. Hihi. 



Sebenarnya, sungguh tidak manis apabila melihat babak Danial Lee mengendong Bella ketika menuju ke guest house dan Danial Lee yang menunjukkan aurat kepada Bella dan babak-babak romantik yang lain. 

Ini adalah lakonan untuk menunjukkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri. Aku tahu hanya lakonan. Dalam novel pun, selepas mereka mula bercinta, adegan memang sumpah romantik! Itu yang hati sentiasa berbunga ketika baca novel 😜

Cuma apabila dilakonkan, adalah lebih baik mengambil pelakon wanita yang tidak berhijab untuk mengenakan hijab untuk membawa watak Bella. Biarlah hipokrit hanya mengenakan hijab ketika berlakon saja daripada status pelakon berhijab diperkatakan. 


Aku suka watak Sharifah Sakinah. Kelakar! Nama sebenar Aminah, nama panggilan di Malaysia Minah tapi apabila di Korea, nama panggilan menjadi Min Ah 😆 Baru Korea katanya. Hihi. Kemunculan Sharifah Sakinah sekejap je. Tapi setiap kali ada watak Min Ah, mesti lawak! 

Satu lagi watak kelakar adalah Ungku Haris yang membawa watak Faris. Faris yang suka sangat pada Bella dan sangat annoying. Sanggup datang meminta restu mak Bella dengan kostum pengantin. Sumpah lawak gila masa ni. Hihi.  


Watak antagonis dibawa oleh Janna Nick sebagai Zara. Berkesan sungguh sampai rasa nak tampar Zara laju-laju. Rasa best bila Bella tampar Zara akhirnya. Yes! You go girl! 


Lokasi Pengambaran di Korea

Paling aku suka apabila ada babak di Korea. Hihi. Babak paling best, menarik, daebak adalah masa Bella dan Danial Lee pergi ke Nami Island dengan menaiki Nami Skyline Zipwire Ziprider!! Ahhh bestnyaaaaaa! 😍 My wishlist nak pergi Nami Island naik Zipwire tau! Pemandangan sangat cantik!!!  

Filem ini berjaya menunjukkan yang Korea itu cantik dari segi sinematografi 😍


Official OST Best

Lagu tema filem Kimchi Untuk Awak bertajuk Dia Untukku dan dinyanyikan oleh King of OST iaitu Ippo Hafiz. Feeling habis dengar lagu ni. Tambah lagi bila dengar lagu ni dalam filem. Fuhhh best!!! Suara Ippo Hafiz memang sesuai dijadikan lagu tema filem / drama. Mendayu-dayu rasa dengar 😊 Lirik pun 😍

Tuhan yakinkan aku
Dia untukku
Agar ku takkan luluh
Genggam tangannya

Suluhlah jalanku
Selama bersamanya
Dia untukku

Aku suka juga apabila novel adaptasi ini dijadikan filem. Jadinya, hanya dua jam aku mengambil masa untuk menonton. Kalau drama, dah makan berjam-jam. Kebiasaannya aku tengok di awal cerita je. Hii. 

Pada yang membaca novel Kimchi Untuk Awak, bolehlah menonton filem ini. Yang tidak membaca novel pun boleh juga menonton. Cuma perasaan dan tanggapan anda untuk filem ini mungkin berlainan 😊

Rating: ★★★★ 

Aku beri 5 ★ untuk novel tapi tidak untuk filem. Sesungguhnya, novel jauh lagi best daripada filem 🙋

p/s: Aku dengan sabar menanti kemunculan filem pertama adaptasi novel Ramlee Awang Murshid bertajuk Tombiruo. Harap filem itu sebagus novelnya.


62 comments:

  1. Selalunya macam tu lah. Baca novel lagi kuat feeling dia dr tonton movie atau drama. Totally different. =D

    Rindunya dekat Korea. Jom Siqah kita g korea (^•^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana. Kalau baca novel, kita lebih faham setiap karakter. Kalau filem, biasanya tak faham sangat. Hi.

      Jom Ana kita g Korea sama2 ^_^

      Delete
  2. Wahh.. best reviewnya. lepas baca terus rasa nak tgk.hihi. tulah tu ingatkan dia amik mix2 korea as Danial Lee. Tapi tkpalah kan as long as jalan cerita sedap^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah jalan cerita cliche tapi okaylah. Hihi. Suka juga lakonan mereka berdua walaupun yes,,, ingatkan ada pelakon laki kacukan korea rupanya takde. Hii.

      Delete
  3. Kawan anis beriya nak tengok cerita ni.. hihi.. To be frank, aiman hakim macam tak sesuai, tak nampak korean tu.. Ada je pelakon malaysia (the new ones) yang nampak la sikit macam korean compare to aiman ni.. Tak pun kalau Aaron pun ok.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. So Anis pergi tengok dengan kawan tak? Hii.

      Siqah setuju dengan Anis. Aiman macam tak sesuai dari segi fizikal. Mungkin ada pelakon lelaki lain yang sesuai kan. Cerah lagi gaya mix korean ke. Hihi. Aaron berlakon drama lawak pulak sekarang :D

      Delete
  4. Nani tak baca novel tapi dah tengok jugak Kimchi Untuk Awak Isnin baru ni. Heheh. Baru sempat layan movie, dua movie sekali tengok. Kalau nak tengok movie yang chll chill je boleh lah layan ni. Best dan tempat tempat dekat sana semua lawa. Terus pasang angan angan nak ke sana pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Akhirnya Nani dah boleh layan movie. Sekali layan terus marathon dua movie ek. Satu lagi tu, Beauty and The BEast ke? Hihi.

      Layan jugaklah filem ni kan. Paling best sure Korea. Jommmmmm kita g Korea sesama. Hihi :D

      Delete
    2. Takk berminat pulak kali ni nak tengok Beauty & The Beast. Hahah. Nani tengok LIFE :) Best sangaaat!

      Delete
  5. Review siqah memang tak pernah mengecewakan.. Seronok baca dari awal hingga akhir.. admire betul.. leh tgk pas ni cite ni.. novel dia belom baca agik eceli.. hehe.. novel ramli awang murshid tu best sgt ke ehh?? ramai betul peminat.. konfius betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boring ke baca review Siqah? ASyik review je kan Siqah ni. Hihi. Terima kasih Lea for your kind words. Happy Siqah dengar. You put a smile on my face =)

      Bolehlah layan filem ni. Fefeeling g Korea sekali. Cantik!! <3

      Haha. Siqah lah salah seorang peminat Ramlee Awang Murshid. Siqah suka jalan cerita dan konsep novel RAM. LAin daripada lain. Kisah cinta sangat sikit. Majoriti kisah mengembara dan lain2 selain cinta dan yang pastinya RAM akan menekankan Islam dalam setiap novel beliau.

      Kalau Lea nak cuba baca novel RAM, Siqah syorkan baca novel tajuk Ungu Karmila :)

      Delete
  6. Nama kemain Korea tapi muka memang melayu sejati ehhh? And memang geli sikit kalau part romantik2 ni, idk why 😅😂.
    Tak tahu pulak ada part dukung2 dlm filem ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaahahahah! Kannnn Erni!! Nama Korea tapi muka alahai tak Korea langsung!! :D Serius, siqah pun rasa geli juga tengok part romantik. Feel lain dengan baca novel part romantik. Kalau novel, berbunga2 je rasa hati. Hihi.

      Ada part piggyback dalam filem ni. Sekejap je part tu but still hmm tak bestlah tengok walaupun selalu tengok dalam drama Korea kan ,,

      Delete
  7. hihihi jarang tengok malay romance kat wayang...tapi comel je pasangan ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak berbaloi bayar lebih untuk tengok kat wayang kan? Hihi. Haah pasangan comel =)

      Delete
  8. Oo baru taw sinopsis filem ni. Jom g tengok wayang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jom tengok wayang tapi tak nak tengok cerita ni lagi. Hihi :D

      Delete
  9. hurm..tak sangka jadi filem ye, masa tengok trailer ingat cerita bersiri. Suka sharifah sakinah, tapi rasanya belum cukup tertarik nak tengok filem ni. Tak minatlah drama kahwin paksa dan sewaktu dengannya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kannn sebab dah terlalu banyak sangat drama kahwin paksa orang kaya., lelaki kaya, perempuan biasa je, kahwin tak suka last2 suka. Hihi.

      Delete
  10. Kalau baca novel memang best tapi filem mesti lagi best kan.. BTW, nak bagitau nie, tahniah Siqah kerana awak menduduki senarai bloglist special akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/04/top-commentor-mac-april-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALamak. Siqah suka novel lagi berbanding filem kak. Kalau filem mungkin tak sampai sangat perasaan setiap watak kat Siqah. Hihi.

      Wahhh terima kasih kak. Terharu tau dalam carta bloglist akak =)

      Delete
  11. Mmg selalu mcm tue kan . Buku lagi best dari movie . Tapi tapi tgk gmbr yg bella pakai hanbok tue alaaaa cantiknyaaa. Chika jom lah ikut kitaorg 2018 gie Korea lagi. Mmg plan nak naik zipline zipwire ke apa namanya tue.

    Kita doa sesama semoga chika dpt ikut. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn!! nak pakai hanbok lagi!! <3 Chika memang nak ikut korang, sangat nak ikut. CUma tu lah kerja ni haa. aduhaiiii T_T Harap sangat boleh join. Last minit kena bayar lebih pun takpe, yang penting pergi.. Huhu. #doakansaya

      Delete
  12. tu dia, filem kpop la ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Fefeeling K Pop lah ada babak piggyback. haha

      Delete
    2. tapi rasa yang jadi daniel tu tak macam korean la. bestnya kalau amik song seong heon

      Delete
  13. bestnya baca review siqah terus rasa nak pergi tgk tapi husben cnfirm tak suka cerita cemni hahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul lah tu Airah. Husband Siqah pun tak layan tengok cerita camni. Tu yang pergi seorang je tengok. Hihi

      Delete
  14. alaaa, baca review ni terus rasa nak tengok sebab dah baca novelnya ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn!! Kalau dah baca novel, lagi semangat rasa nak tengok <3 Ada masa nanti, Nour pergi tengok filem ni ye =)

      Delete
    2. tapi macam nak tunggu download ja ��

      Delete
  15. Baca novel mmg boleh buat kita emosi..mmg nak tengok Emma sebab dia dlm drama Sayang Papa Saya Tak tu mmg lawak walau ada yg tak suka lepas tgk dia dalam The House..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Baca novel penuh emosi kan.. Hihi. Haah siqah salah seorang yang tak suka dia dalam The House :D

      Delete
  16. Kalau novel tu mesti imaginasi tu tinggi. hehe, :D

    ReplyDelete
  17. sangat best kalau dapat pi tgok wayang cite ni..tp akak dah lama x dapat..kalau dapat pi pun tgok citer omputih je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita orang putih biasanya lagi best kak. Faham2 jela kan. Takpe, kat Astro First nanti sure ada tayang filem ni :)

      Delete
  18. Novel memang best untuk dibaca tetapi bila dilakonkan kekadang watak tu memang perlu mencari mereka yg sesuai dengan karakter kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Pelakon lebih memainkan watak utama dalam menentukan samada lakonan filem / drama adaptasi berkesan.. kan..

      Delete
  19. shooting utk filem ni last year. Masa tu my family (excluding me) pergi sana & kebetulan dapat tengok diaorang shoot.. Rasa kejap je masa berlalu, tup2 hari ni dah keluar filem ni.. Rasa macam nak tengok, tapi for sure saya tak kan tengok kat cinema.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh bestnyaaaaaaa!! DS pula tak follow ek. Kalau follow, entah2 masuk dalam filem. Hihi. Faham2. Orang tak suka tengok filem Melayu kat cinema. Tak berbaloi katanya kan. Hehe

      Delete
  20. siqah, siqah tahu tak, lepas akak baca blog siqah, akak rasa macam berkobar2 je nak gi tengok movie kat cinema, sebab akak dah lama tak layan movie ni.. kalau kebetulan ada movie lama-lama ditayangkan kat TV jer akak tengok, or tgk kat dlm flight.. huhu.. so sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah cinema kak. Kalau ada masa. Hii.

      Delete
  21. aida da tgk. dgn anak2 last weekend.
    pada aida, yes. cari la pelakon x berhijab ganti tempat emma.
    bcoz few scenes aida dpti mcm x sesuai.
    holding hands, etc. agak terkejut la.
    bcoz yg aida peratikan industri filem and drama negara kita recently, if involved pelakon berhijab, takkan ada holding hands or berpeluk or yg sebagainya.
    i am happy. aida salute perkara sedemikian.
    pe pun. nice movie. lakonan semuanya sgt ok. hiburan keluarga yg santai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same points of view. Kannn tak sesuai bab bersentuhan tu. Jalan cerita memang cliche but it will be nice if part tu tiada.

      Delete
    2. Apakah Kimchi kegemaran Danial Lee

      Delete
  22. Kalau filem yang adaptasi dari novel memang tak dapat lari la dari cliche dia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya syed. kalau dah namanya adaptasi novel..

      Delete
  23. ramai blogger yg tulis pasal ni.. best ke citernya? sy jarang layan citer melayu hehe kalau kalau based on novel biasanya best hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Ikut atas orang jugak. Bagi siqah best juga ceritanya walaupun cliche.

      Delete
  24. da lama dah teringin nak tgok tp tulaa xthu bilaa.. mybe tunggu cite nih kuar kat online kot.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti tak lama lagi kuar kat online :) Nanti boleh tengok ye :)

      Delete
  25. Nice review dear:)
    So far movie tak berpeluang nak tengok lg. Ada masa bolehlah try. Novel kebiasaannya best dibaca dan dibayangkan,hati pon mudah berbunga-bunga tp bila buat cerita mesti ada je "erkk moment". Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear :)
      Setuju sangat tu Ain!! Kalau baca novel, perasaan indah je. Tapi bila tengok movie, ada jugak moment, "hmmm". 😂😂

      Delete
  26. Apakah Kimchi kegemaran Danial Lee

    ReplyDelete
  27. Nak tya sikit..apa kimchi kegemaran daniel lee

    ReplyDelete
  28. kak ekin baru layan cerita ni boleh ok la filem ni.. terhibur la sambil2 belajar bahasa korea hihihihi

    ReplyDelete
  29. Dh tgk filem dia best sgt,cuma bagi saya cerita nya agak terlalu cepat..scene yg dlm novel ada dlm flashback jer..saya rasa kalo jadi drama lagi okey kot....TT_TT

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife