REVIEW BUKU WOR(L)D - by BUDAK TOMATO

instalife

April 06, 2017

REVIEW BUKU WOR(L)D - by BUDAK TOMATO


Aku beli buku ini ketika menjelajah ke setiap rak di Popular. Terpikat untuk membacanya setelah aku tahu isi kandungannya berupa kata-kata indah / quotes saja. Meingatkan aku pada buku yang pernah aku baca sebelum ini iaitu Kanvas by Muharikah

Aku tidak membaca buku pertama daripada penulis Budak Tomato bertajuk Esc. Ini adalah buku kedua penulis.

Title: World
Author: Budak Tomato
Pages: -
Publisher: Iman Publication
Publication Date: Januari 2017 

Buku ini dibahagikan kepada lapan bahagian. Aku tak nampak beza antara setiap bahagian. Haha. Mungkin perbezaannya daripada segi tema quotes yang ingin disampaikan. 

I love all inspiring quotes in this book. Ayat-ayat Budak Tomato mudah difahami dan dihadam. Penggunaan bahasa ringkas saja dan kebanyakkan quotes ada diberi dalam dwibahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi, mungkin ini memudahkan pembaca untuk lebih memahami setiap kata. 

Kadang-kadang pemahaman kita berbeza apabila baca dalam berlainan bahasa. Eh ke sama? Haha. Aku rasa berbeza. Tak tahulah kalau orang lain. Hiks. 

Penulis ini sangat santai. Aku suka gaya penulisannya daripada muka surat penghargaan lagi. Sempoi sungguh ayat. Tersenyum aku membacanya 😊

Buku yang pertama aku baca tanpa nombor muka surat. Hii. Kalau tengok aplikasi Goodreads pun tiada jumlah muka surat. Tiada siapa rajin mengira. Haha. 

Dan satu lagi, ada juga disertakan tulisan jawi Bahasa Arab dalam buku ni. Malunya nak mengaku yang aku tidak tahu membaca tulisan jawi Bahasa Arab. Jenuh aku nak cuba faham tapi masih tak faham. Sesiapa yang pandai membaca jawi Bahasa Arab, boleh cuba terangkan apa yang ditulis itu? 🙏

Setiap muka surat ada tulisan jawi Bahasa Arab. Sangat sayang apabila aku tidak memahami 😔

Aku sertakan beberapa (macam banyak je) kata-kata indah / quotes dalam buku ini untuk dikongsi bersama. Mungkin selepas ini, korang akan terpikat dengan buku ini pula 😉



Well said! Sepenuh perasaan telah diletakkan dalam setiap penulisan tapi kadang-kadang rasa macam tak cukup. Rasa tak sampai je kepada pembaca. #DilemaSeorangBlogger . Adakah anda juga berasa begitu?



Ini adalah benar. Khabar angin itu sangat bahaya. Benda yang boleh memusnahkan bukan saja persahabatan malah apa jenis hubungan sekalipun. Orang yang menyebarkan khabar angin ini sangat menakutkan! 

Oleh itu, lebih baik kita bertanya kepada tuan punya badan akan sesuatu khabar angin yang kita dengar. Cuma masalahnya, manusia lebih cenderung untuk mudah mempercayai khabar angin daripada perkara sebenar. Kan? 



Masalah sekarang. Bila diberi teguran, dikatanya kita haters. Sedangkan kita ikhlas memberi teguran. Hmm. Kalau aku dapat orang camni, kadang-kadang aku biarkan je. Mulut berbuih dah bercakap. Daripada menyakitkan hati, baik diam. Settled. Haha. 

Cuma kan, ada juga aku dengar cerita orang yang dihentam kerana selalu sangat post gambar anak / suami di media sosial. Bila selalu sangat post, dikatanya nak menunjuk. Bila tak post, dikatanya bergaduh dengan suami. Jadi macam mana sekarang? 

Kalau bab selalu post gambar anak, aku suka je tengok. Suka tolong like. Hii. Mana tahu Insyallah ada rezeki ada anak nanti, aku pun buat benda yang sama. Haha. 


Time Never Heals 

Kata-kata yang membuatkan aku berfikir panjang dan relate dengan diri sendiri. Aku setuju dengan kata-kata ini. Bukan masa yang menyembuhkan, cuma kita suda terbiasa dengan sakit itu setelah sekian lama. 

Di awal peninggalan arwah Mak, aku selalu termenung seorang diri dalam bilik. Air mata keluar tanpa disangka. Tambah lagi bila aku belajar. Arwah mak adalah insan yang akan menjenguk aku dalam bilik belajar walaupun sekejap setiap hari. Dan bila arwah Mak tiada, aku rasa kosong. 

Aku berhenti belajar walaupun masa tu lagi dua bulan menghampiri SPM.

Dan lama-kelamaan, aku jadi lebih kuat dan berazam untuk belajar dan banggakan Mak. Aku tahu Mak nak aku berjaya dalam SPM. Jadi aku kuatkan hati untuk belajar. Dan masa ni, aku sangat bersyukur sebab aku bukan pelajar yang belajar last minute. Aku hanya perlu baca nota kecil yang aku dah buat. Nota itu menyelamatkan aku, dengan izin Allah. 

Al Fatihah untuk arwah Mak


Kalaulah semudah A, B, C untuk amalkan semua benda yang difikirkan. Alangkah bagusnya. Yang penting hati dan fikiran kena kental. Dan masalah utama di sini adalah MALAS. 



Allah tidak akan biarkan kau sendirian.


Sesungguhnya Allah menjaga aib kita. Maka tidak perlulah kita mengorek aib orang lain sedangkan aib diri sendiri sudah begitu banyak. Marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain. Kalau kita menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib kita juga. Insyallah. 


Deep

LOVE
Suka kata-kata dalam kedua-dua muka surat ini.
"Give you my words, hoping that they can touch your heart"

Another symbolic of LOVE



Aku teringat akan drama Korea Innocent Defendant masa baca kata-kata di atas. Haha. Teringat Ji Sung 😐Apabila dunia tidak berpihak kepada aku, adakah kau akan menemani aku? Sila tanya soalan ini kepada insan yang paling dekat dengan anda.

Reminder #1

Reminder #2

Reminder #3

Reminder #4
Hmm. Masih tidak memaafkan seseorang membuatkan aku terkesan dengan ayat ini.

See.Miracles.In.Life.Everyday.
S.M.I.L.E.

Jadi, ada pembaca yang dah terpikat dengan buku ni? It is really nice to read 😊

Rating: ★★★★★

"Untuk yang malas baca berjela, atau untuk yang mampu mendapat selaut makna dari beberapa kata. Have a go". - Iman Publication.

"Cukup-cukuplah mencari kesempurnaan dalam cacat cela manusia, sebab aku tak nak kau kecewa. Dan cukup-cukuplah mencari kesempurnaan dalam dunia, kerana ini bukan syurga". Budak Tomato

Selamat pagi semua. Semoga hari ni penuh keberkatan dan senyuman 😊


56 comments:

  1. Kak, tulisan jawi tu dalam bahasa Arab. Tapi penulis ada bagi makna apa yg dia tulis dlm bhs Arab tu kpd bhs Melayu. By the way, buku tu mmg awesome! Nice and contains a lot of inspiration :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat akak tak tahu baca bahasa Arab pun. Kalau translate sama BM akak eja macam lain je. Ingatkan lain. Hihi.

      Delete
    2. Akak, sebab akak review buku ni macam Best je, saya pun terus pergi book store and terus beli buku ni. Tak sabar nak baca. 🙆🙆

      Delete
    3. Yeayy!! tak sabar akak nak tahu pendapat Nadya pulak :) Happy reading ye :)

      Delete
  2. Pray after you sin. Kadang kita rasa kotor untuk mengadap Tuhan setelah melakukan dosa. Tapi, jika kita layankan perasaan tu dan tidak solat/bertaubat bukankah akan membuatkan kita bertambah kotor? Syaitan itu sangat licik. Percayalah, Allah itu Maha Pengampun.

    Menariknyaa buku ni. Duk usya2 jugak, tapi tak beli lagi. Buku first penulis ni best kak. Sangat recommended untuk dibaca. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan cakap Fatihah. Kalau kita berterusan tidak solat selepas buat dosa, makanya kita bertambah kotor kan. Huhu.

      Akak beli buku ESC nanti. Hari tu kat Popular dah tak nampak buku ESC. Hii

      Delete
  3. Siqahhhh, all those quotes, reminders... T___T

    Baru perasan, it is a bit awkward to read all three languages in a page. Hehe kita rasa yg tulisan jawi tu more pada arabic kot. Contoh macam gambar last tu, smile = ibtisam.

    How I wish I can walk the talk.. ni antara quote yg terkesan sikit. Sebab bila blogging kan Siqah, I'll think twice before hitting the publish button. Niat memang nak ajak orang pada kebaikan, tapi kalau kita sendiri tak berusaha ke arah tu.... ayat kita boleh makan diri sendiri. Bukanlah nak cakap kita kena jadi baik baru tegur orang, tapi at least kita pun berusaha sambil ajak orang. This is my biggest blogging dilemma. T___T

    Ada satu quote pasal hater tu... hohooo teringat satu sharing yg kata hanya kerana SATU teguran / kesilapan / kelemahan seseorang boleh buat kita lupa SEPULUH kebaikan dia. T_T

    p/s - sekarang buku2 yg kita nak baca kena set as 'to read' dalam goodreads. nanti lupaaa. Thanks for sharing!
    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is.... T_T

      Kan.. baca benda yang sama je semua. Cuma good job juga pada penulis. Means dia tahu 3 languages. Yes, bahasa arab. Hii

      Yes yes yes! Hanis, susah kan sebenarnya jadi blogger. We want something good people can gain from our blog and it is so hard. Berubah jadi baik bukanlah senang. Syaitan sentiasa menghasut. Harap kita sama-sama dapat berubah dan ajak orang lain juga. Huhu.

      Yesssss! So true!! T_T Hanya kerana satu kesilapan, lain semua tak nampak dah. Huhu.

      same like me! Goodreads as tracker untuk buku.

      Delete
  4. Nani tak beli lagi buku ni. Memang suka sangat dengan Mato punya buku sejak buku dia ESC tu lagi. Lepas baca buku ESC tu lah start follow dia rapat rapat dekat Twitter. Hahaha 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah nak kena baca juga buku ESC ni nampaknya. Dah dua orang cakap best ni haa. Hii. Siqah pun baru follow dia kat twitter dan blog. HIi

      Delete
    2. Buku esc tu, serious talk Best gila. Rugi tak baca. Nadya ada buku tu and buku tu awesome and contains a lot of positive

      Delete
  5. huarghh bestnya buku ni.kena beli

    ReplyDelete
  6. wow, suka2 �� sebab ada bahasa Arab. bilalah dpt p popular ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah.. dekat je tu :D

      Delete
    2. dah balik kampung ni, dah jauh dari popular atau mana2 kedai buku 😭

      Delete
  7. rasanya tu bahasa Arab..so tak dapat nak tolong. bahasa Jawi boleh lagi. Time never heals..setuju sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan!! Siqah pun tak pandai baca...

      Delete
  8. buku yang bagus untuk muhasabah diri..

    ReplyDelete
  9. tag sis di sini http://airahsyahirah.blogspot.com/2017/04/sunshine-blogger-award-tagged-by.html

    ReplyDelete
  10. Maslah utama akak pun - MALAS - jugak... aaduussss malas betul la nak belajar.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo kalau belajar memang malas. Tambah lagi bila dah lama habis belajar kan..

      Delete
  11. Unik...persepsi pertama kak PC..kombinasi 3 bahasa..English (bagasa antarabangsa)..Bahasa Melayu(bahasa ibunda jiwa bangsa) kemudian Bahasa Arab(bahasa wahyu Al Quran)..sangat menarik..
    :) terima kasih Siqah berkongsi apa yang tercatat di dalam naskah ini..best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.. Bijak Budak Tomato ni :)

      Welcome kak. Happy to share good books :)

      Delete
  12. The illustrations is so good. Quotes pon bagus so berbaloi buat jadi buku tapi bukan jenis saya baca buku quotes ni so tak beli kot.

    ReplyDelete
  13. nak cari juga sebab anak tergolong dlm golongan malas nak baca lately nie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laahh yeke Ana. Bolehlah beli untuk bacaan anak. Moga anak Ana suka membaca buku ni :)

      Delete
  14. Menarik buku tu.. Anis try baca tapi anis konfius kejap.. Dia jawi ke arab? Kalau jawi anis boleh baca tapi tu mcm bahasa arab.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Bahasa Arab tu Anis. No wonder lah tak faham. haha.

      Delete
  15. Memang sangat santai buku ni tapi Mrs. A lebih mudah terima dengan cara begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara mudah lebih terkesan di hati ye Mrs A :)

      Delete
  16. semuanya best.
    Akak rasa kalau curahkan semuanya dalam penulisan, panjang menyela-jelalah jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mujur takde limit patah perkataan. Kalau ada, memang tak cukup lah. Hii

      Delete
  17. bukunya sangat cantik. ilustrasi yang digunakan juga sangat menarik. kata2 dan madah yang sangat indah. memang terpanggil2 juga rasanya nak ada 1 . hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Boleh Mieza miliki buku ni juga. Buku yang menarik dan berbaloi untuk disimpan :)

      Delete
  18. Menarik buku ni.. Qoute yang beri pengajaran dan teguran...

    ReplyDelete
  19. ye,... bagus nya buku nih...
    suke quote2 yg ada tuh... sgt menginspirasi...

    ReplyDelete
  20. Saya rasa buku ni sangat menarik. Satu, sebab dia punya illustrasi. Cantik ja dan menggambarkan quote yang dia tulis tu. Kedua, sebab ada 3 bahasa. Unik juga lah sebab kita boleh baca dalam ketiga-tiga bahasa tu. I believe different language brings different meaning to us. Ketiga, cara dia tulis quote tu i likeeee. the font and the way they put it in pages tu rasa macam tertarik nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "I believe different language brings different meaning to us. " - Yes, same here! :D

      Kan.. walaupun kebanyakkan pages hitam putih, but still menarik untuk dibaca sebab font dan how they put it

      Delete
  21. Cover dia menarik gila! Nad biasa kalau buku camni baca dekat rak Popular tu je. Jarang lah nak beli hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Siqah suka simpan buku quotes camni. Untuk peringatan dan satu lagi boleh copy ayat if blur tak tahu nak letak caption apa kat gambar. Muahahaha. :D

      Delete
  22. terima kasih pinjam... buku macam nie mmg sehari je dah cukup dah terus habis. Dah siap snap dah beberapa quote yang boleh simpan dlm hp sebagai reminder . hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..Kan.. sekejap je boleh habis baca dah :D

      Delete
  23. Rasa mcm terharu pula baca gambar2 yg siqah gambar utk buku tu. Huhu. How actually words like english and malay echoes none cant beat that arabic. Sbb sastera arabic was more deeper, some words cant be translated into english nor malay.

    Terus tringat mcmana bahasa ni sbnrnya dapat menaikkan semangat yg hilang. Good choice siqah. ^^ and the arabic actually dia translated jak tu perkataan english/melayu. Cuma some words had been alter sesuai dgn pemikiran belia masa kini. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya siqah tak pandai baca 😔 Bagusnya Eyqa pandai baca arabic. Walaupun dia translate daripada bahasa english/malay but still kalau boleh nak juga faham sendiri kan. Bak kata eyqa arabic more deeper :)

      Delete
  24. Siqah, your review ni buat diri terasa nak beli World. Serious 😻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Belilah Erni. Kalau tak nak beli, boleh baca di kedai buku je. Confirm boleh habiskan dalam masa sejam 😍

      Delete
  25. Terima kasih atas review buku #world ! Dapatkan buku terbaru dari kak Iman di imanshoppe.com

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife