MY SHOPPING HAUL IN TWO MONTHS (APRIL AND MAY 2017)

instalife

June 23, 2017

MY SHOPPING HAUL IN TWO MONTHS (APRIL AND MAY 2017)



Ohhh sekarang dah tiba di penghujung bulan Jun 2017. Tapi aku baru nak bercerita mengenai kisah membeli pada bulan April dan May 2017. Maafkan aku wahai blog tersayang kerana terlambat untuk berkongsi di sini. 

Bulan puasa ni, tidak banyak masa untuk bersama blog. Banyak draft tapi satu pun susah nak siapkan. Aigoo ~ 

Sebelum Syawal menjelma tiba (Insyallah pada hari Ahad ini), aku nak update mengenai my shopping haul in April & May 2017. 

Secara ringkasnya, barang yang aku beli terbahagi kepada empat kategori.

Jom tengok apa aku beli selama dua bulan ^_^ 


SHAWL


Seperti yang aku juga sangka, hihi, aku tidak lepas daripada membeli tudung baru. Dan guess what? Aku berjaya untuk tidak membeli tudung dalam bulan April tetapi tidak berpanjangan rupanya kejayaan itu. 

Akhirnya aku tewas juga =D 

Aku sangat suka tudung printed. Tak kisahlah printed macam mana sekalipun. Yang paling aku suka apabila corak tudung itu seperti lukisan di kanvas. Cantik sangat! 😍

Tak tahan rasa melihat tudung yang cantik tau. Rasa macam gatalnya lah tangan ni. Hehe. 

Pilihan tudung aku dalam bulan May 2017 adalah daripada Tudung People dan Ariani. Both are my favourite scarf brands. Add one more to the favourite list, dUCkscarves =) 


1) Papillon Printed Shawl Eyelash - Ariani
2) Tudung People Limited Edition 2017 - Fleur Du Jour Collection

Aku tidak suka akan material kain untuk Tudung People Limited Edition. Kainnya agak keras dan tak kelihatan flowy bila pakai. Aku pernah pakai sekali je. Tak suka sebab material kain tapi aku suka akan coraknya!! Cantik!! 

Material kain Ariani? Tidak perlu disangkal lagi. Semua material kain untuk tudung Ariani adalah yang terbaik. Tidak pernah walau sekali aku tidak berpuas hati dengan Ariani =) 



BOOKS


Ini adalah satu kategori barang yang pasti ada dalam setiap bulan. Sekurang-kurangnya satu. Mesti adalah. Pelik agaknya kalau aku tak beli buku dalam sebulan. Aku harap hanya satu buku tiap bulan tapi ada je buku yang menarik perhatian. Terpaksa beli lebih daripada satu 😁

Cara aku pula jenis yang beli je dulu buku yang aku dah senaraikan dalam TBR list. Aku tak kisah bila aku nak baca. Ikut mood juga sebenarnya. Tapi yang paling penting adalah buku itu sudah ada dalam rak buku dan hanya perlu diambil saja apabila sudah tiba giliran untuk membacanya. 

8 buah buku weii! Pening laki aku tengok rak buku makin penuh sedangkan kata dah banyak E-Books 😅


Laki aku yang pening. Aku suka kalau rak buku penuh dengan pelbagai jenis buku. Rasa bahagia je tengok. Hihi. Bahagia tau! Hanya mereka yang minat buku saja boleh faham perasaan aku. Hihi. 

Dalam 8 buah buku yang dibeli, aku dah habis baca empat daripadanya. Okaylah dari takde langsung kan #sedapkanhati 

Tapi.. Tapi.. Hanya satu buku saja yang sudah siap aku buat review. Lagi tiga review buku, seperti biasa, masih dalam draft. Hii. 

Emosi bercampur-baur semasa baca buku ni. Serius tak tipu.
Rating: 5/5 stars


MUSIC


Kategori ini pun dah jadi wajib jugak kot. Haha. Hasil aku yang suka tengok drama Korea telah menyebabkan aku suka beli OST Korean Drama. Mostly lagu yang aku beli adalah OST je. Cuma dalam dua bulan ini ada sedikit perbezaan untuk kepelbagaian lagu. Hii. 




Apakah perbezaan itu? Haha. Tidaklah besar mana pun perbezaan. Cuma dalam dua bulan ini, aku ada beli lagu yang tidak merupakan OST Korean Drama. Hihi. Lagu Beauty and the Beast pun ada (Aku lagi suka versi lagu ni dalam I Can See Your Voice 4)

Lagu OST yang aku beli adalah daripada drama Strong Woman Do Bong Soon (done watched), My Secret Romance (done watched), dan The Emperor: Owner of the Mask (ongoing). 



BEAUTY 


Aku bukanlah orang yang suka beli barang mekap. Paling pandai pun aku beli hanya lipstick. Dan iya, dua bulan berturut, aku beli lipstick. Hihi. To be exact, matte lipstick. 

Sekarang, aku suka pakai matte lipstick dari IN2IT. Sejak diperkenalkan oleh Hanis beberapa bulan lepas, terus aku aim je lipstick IN2IT. Sekarang aku ada tiga warna yang berbeza daripada matte lipstick IN2IT. 

Atas: VM 04 Regal
Bawah: VM 03 Ravish

Dah habis cerita mengenai my shopping haul in two months! Biar lambat asalkan hutang entri wajib tiap bulan telah selesai dibayar. Hihi. 


What is your favourite product now?



51 comments:

  1. Memang kita nie tak leh lari dari beli shawl . Adoi duit habis dkt beli shawl je oh and buku. Tapi nak berhabis dkt buku tak le lagi. Hahahha tapi nak buat mcm mana kan ? Dah minat shopping shawl and membaca ok lah kan .

    Haaaa~ satu je brand yg saya tak beli dari dua bulan lepas , shawl ariani. Nak ke kedai dari sehari ke sehari malas . Nak beli online malas jugak tak tahu kenapa. Sudahnya tak beli lah hahahah

    My fav current product : tudung people limited edition Raya 2017 !!!! Serious paling cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Shawl dan buku memang dah jadi minat kita. Susah nak tinggal tu!!
      Yes!! TP Limited Edition Raya 2017! Cantik sangat 😍

      Delete
  2. in2it tu best ke? mengeringkan bibir tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IN2IT matte lipstick best! Kalau untuk Siqah, tak mengeringkan bibir. Siqah pakai lip balm dulu pastu baru letak matte lipstick.

      Delete
  3. untuk shawl e'in dah jatuh cinta dengan neelofar hijab and cakenis.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Both brands cantik kan color2 nya!! Bergaya E'in raya tahun ni ye 😍

      Delete
  4. haha perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan.bagaikan terapi utk kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Siqah suka Mama cakap bagaikan terapi =D

      Delete
  5. Suran lagu yg ana suka step step. Jadi ringtone since last year. Tak tukar2 lagi ni. Hehe.

    Cantik tudung2 tu. Ariani skrg semua koleksi printed shawl dia cantik2 kan. Rasa nak beli semua pula. Tp masih mampu tahan utk beli yg perlu je. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah dengar lagu tue nanti. Siqah first time dengar Suran masa lagu Heartbeat ni lah. Sedap suara dia <3

      Kannn! Ana, shawl printed Ariani semua lawa. Siqah haih suka sangat. Ikutkan hati memang nak beli semua tapi tue lah, bawak bersabar dan bertenang. Hehe.

      Delete
  6. Wah, blog Siqah dah baru! cantik! hehe :D
    Banyaknya buku Siqah beli semua best best :)
    Lagu Twice dua dua tuh best hehe favourite sangat!

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thank you Fatina =) Tetiba rasa nak tukar template pulak. Hehe =D
      Hahaha. Terbeli banyak ni Fatina. Bacanya tak habis pun. Hee.
      Kan!! Lagu Twice catchy. Rasa nak nari tiap kali dengar 😍

      Delete
  7. Erin pun suka tudung Ariani, semua lawa lawa. Moon shawls dia banyak kat rumah ni ha tapi tu lah pakai sekali pastu taknak pakai dah hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Lawa lah tudung Ariani. Semua cantik tambah lagi printed 😍 lahh dah kenapa tak nak pakai dah tudung tu? Tak best ke?

      Delete
    2. best cuma dah terbiasa pakai shawl keknis 10 ringgit siqah! hahah.

      Delete
    3. haha. Selesa kan shawl keknis. Material chiffon is the best =D

      Delete
  8. woww wowww BTS Spring Day! Are you an ARMY? Because I'm an ARMY too hahaha. Bytheway, menarik-menarik la buku awak beli tu. Rasa nak pinjam semua nak baca sekali hehe.

    What is my fav product now? Always SAFI Balqis hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. I'm not an ARMY. Siqah suka lagu Spring Day je (setakat sekarang =D). Hehe. Siqah baru baca sikit je. Nanti siqah review eh. Hehe.

      Mesti awak sesuai pakai Safi Balqis kan? Siqah pernah pakai Safi tapi tak sesuai dengan muka. Naik banyak jerawat halus. Huu

      Delete
  9. Eyqa pun baru nak latih diri guna matte. skrg guna silkygirl matte fever and mmg suka mcmana kejadian dia bila tepek kat bibir. Kalau siqah beli matte eka pula kumpul mascara. Hehe. tp between matte and tint gel eka lbih suka guna tint gel by in2it. sbb kesan dia taklah se kering matte. maklumlah bulan puasa, bibir selalu kering. ehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna lipstick silkygirl cantik kan! Siqah suka juga tapi tak boleh pakai lipstick silkygirl sebab nanti bibir jadi membesar pulak 😅 Hehe. Siqah ada satu je mascara. Itupun rasa dah keras. Hehe.

      Nanti Siqah cuba tint gel pulak. Menarik pulak rasa bila Eyqa cakap tak sekering matte. Hee

      Delete
  10. Okay nnti nak cari lipstick tu. macam cool je.. hahaha
    Spotted Alhambra there :P
    Btw, my favourite product now is InfinenceXRizmanRuzaini Shaawl. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Cool sangat ~ =D
      Wahhhh Aqma pakai shawl Rizman Ruzaini. Siqah ingatkan RR ada baju je. Hee

      Delete
  11. Lenne ada shawl Ariani yg fazura punya collection utk hero seorang cinderella! Tapi tulah, pakai sekali pastu tak pakai dah. Tak tahu jugak kenapa macam tu, lagi berkenan shawl chiffon biasa biasa macam radiussite, sugarscarf and naelofar hehehe :D

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantiklah shawl Ariani untuk HSC 😍 Siqah suka juga tapi lebih berkenan dengan shawl lain. Hehe. Alaaaa kenapa pakai sekali je. Pakailah Lenne. Lawa 😍 betul jugak cakap Lenne. Chiffon always the best material for shawl kan =)

      Delete
  12. Peergggghhh!! Banyaknya shopping. Takpe, tu terapi diri bagi orang perempuan. Hehe.. Btw, selamat hari raya siqah.. Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Anggaplah terapi kan DP 😅 Selamat hari raya DP. Maaf zahir batin.

      Delete
  13. Maigad! That shawl really beautiful.. napa tgok org beli nampak lawa ja .. haha kalau sy x pandai pun pilih huhu.. btw sy tag segmen bloglist ya hehe http://ciknurul23.blogspot.my/2017/06/segmen-bloglist-haslina-july-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul pandai pilih tu cuma tak yakin dengan pilihan kot. Hihi. Thank you Nurul tagged Siqah. Siqah join nanti okay =)

      Delete
  14. Part buku tu setuju sangat.. Susah gak nak menahan diri dari membeli sebenarnya.. Hehehe.. Tu yang terpaksa jual balik sesetengah buku sebab dah tak de rak nak bubuh.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan Sha!!! Banyak sangat buku dah, rak tak muat. hihi. Siqah dah asingkan buku nak dijual jugak. tapi biasa Siqah bagi charity je. Punya malas nak jual. Hihi.

      Delete
  15. OMG!! Tak kisah apa barang yang siqah beli tu.. Lea lebih kisah dengan gambar yang diambil.. Sangatlah ohsemness cantiknyaa... Pandai sangat siqah snap pic.. Sgt profesional..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak 🙈 Siqah bukan profesional Lea. Main ambik je gambar tu. nampak cantik kat mata jadilah 😅 Btw, thank you tau Lea. Hehe. Suka juga orang cakap gambar Siqah cantik 🙈🤗

      Delete
  16. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Shiqah..😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin jugak kak 😍

      Delete
  17. teringin nak try in2it liquid lipstic tu...btw selamat hari raya awaakk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah lipstick in2it! Siqah suka tak tahulah Huda camne. Hee. Selamat hari raya Huda!

      Delete
  18. lagu2 ost hwarang best2.. hehe.. wow syioknya shawl mahai2.. hehe..
    cantik2 and puas hati pakai takpa pelaburan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti tengok drama Korea jugak ke? Hee. Best OST Hwarang 💕
      Hee. Alhamdulillah puas hati pakai shawl yang dibeli. Kalau boring nanti jual balik. Hehe

      Delete
  19. hehehe.irda pun baru beli buku,3 buah,salah satu buku yang irda beli,yang pernah siqah review,pelukis jalanan,lepas siqah review tu,tak sabar irda nak cari.guess what?irda habis baca dalam masa dua jam lebih...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy! Irda beli buku jugak! 💕 best kan buku pelukis jalanan. Lagipun buku tu tak tebal. Boleh habiskan baca dengan cepat. Irda habiskan baca dalam masa 2 jam lebih, lagi hebat. Hee 😊

      Delete
  20. cantiknya shawal ariani tue..haritue try pakai shawl ariani kak ipar punya..memang best & senang terbentuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Radhia. Shawl ariani cantik dan material kain pun best je pakai. Dah try pakai tu bolehlah beli nanti ye 💕

      Delete
  21. Seriusly tudung tu sangat cantik tau

    ReplyDelete
  22. hai Siqah :)

    tyra ade jugak lipstick in2it tu tapi code 02 & 05, lipstick ni kaler cantik kan

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife