Bila tiba hari raya, semestinya kita pun akan dengar lagu raya. Feeling dengar lagu raya melalui corong radio dan online lain tau. Aku lagi feeling nak raya kalau dengar lagu raya di radio berbanding online.
Tak tahulah kenapa tapi itulah hakikatnya =D
Aku suka lagu raya zaman dulu dan sekarang. Kalau lagu raya zaman sekarang, tidaklah semua lagu bila didengar terasa seperti hari raya.
Ada lagu yang macam tak sampai perasaan hari raya tu. Hehe.
Dalam banyak lagu raya, hanya ada satu lagu saja yang buat aku menangis. Terkesan sungguh di hati ðŸ˜
Lagu yang dimaksudkan adalah
SALAM AIDILFITRI AYAHANDA & BONDA - HUJAN & RAIHAN
Aku sedih sangat dengar lagu ni. Tetiba air mata mengalir je. Lirik lagunya sangat menyentuh hati. Dari awal lagu sehingga penghujung lagu, setiap kata yang dilafazkan itu terasa sangat dekat dengan jiwa.
Teringat masa kecil dulu. Betapa ayah mak berusaha untuk pastikan kelengkapan hari raya kami empat beradik tersedia. Balik kampung naik bas lompat-lompat semasa tiada kereta.
Bila tengok muzik video lagu ni, lagilah bertambah sedih.
Bila hayati lirik, 😠, Tambah lagi masa bahagian lirik ini:
Tetapi baru ku sedari. Tidak mungkin kan terbalas budi. Pengorbananmu tiada ternilai. Hanya Tuhan kan membalasnya... Maafkanlah anakmu ini. Kerna belum cukup berbakti.
Bercucuran air mata ðŸ˜
LIRIK LAGU:
SALAM AIDILFITRI AYAHANDA & BONDA - HUJAN & RAIHAN
Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
Sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andai anak-anakmu bahagia
Semoga Ayah dipanjangkan umur dan dianugerahkan kehidupan dan kesihatan yang baik sentiasa. Begitu juga buat Mama.
Al Fatihah untuk arwah Mak.
aduhai...alfatihah buat mereka yg telah tiada...jangan bersedih...let's cheerish the moment now :)
ReplyDeleteThank you Sally =)
DeleteSy pula sedih dgr lagu sudirman ..hihi
ReplyDeleteDari jauh ku pohon maaf kan :D
DeleteLagu raya zaman sekarang versi happy² je. yang dulu² menusuk kalbu gitu :)
ReplyDeleteBetul tu. Setuju sangat. Lagu dulu lagi rasa nak raya =)
DeleteHi Siqah! Lamanya tak blogwalking dekat blog kawan kawan blogging! AAAAAAAHHHH rindunya!
ReplyDeleteSedih lagu ni siqah lagi lagi bila mak atau ayah dah takde. bertabah ye siqah. semoga mak siqah tenang di sana, aamiin.
Selamat Hari Raya Siqah! <3
HI Erin!! Hii. Busy hidup Erin sekarang as a student kan. Takpe, nanti ada masa boleh blogwalking blog kawan blogger okay <3
DeleteAmin. Dah lebih daripada 10 tahun pemergian arwah mak, rasa sedih masih ada.. Huhu.
Selamat Hari Raya Erin! <3
Yup. Memang sayu bila baca bait-bait liriknya. Moga Siqa bertabah ya, dun sad2. Saya faham perasaan Siqa bia dengar lagu ni, lagi2 bila melibatkan insan paling berharga buat kita kat dunia ni. Al fatihah buat mak Siqa. Moga di tempatkan dikalangan org2 beriman. amin
ReplyDeleteTerima kasih nadhie. Sejuk hati Siqah baca komen Nadhie <3
Deleteliriknya mmg menyentuh hati...
ReplyDeletekalau akak sgt tersentuh ngn lagu dendang perantau... lagi2 masa masih belajar dulu2...
udahla jauh dgr je lagu tu meleleh airmata
Masa belajar memang touching habis lagu dendang perantau kan kak. Selagi tak balik raya, feeling betul dengar lagu tu. Mujur tak pernah tak balik raya masa belajar dulu. Hii
DeleteAna pun suka sgt lagu ni siqah. Best sgt kan. Lirik dia pun mendalam.
ReplyDeleteKannn Ana.. Lagu lirik semuanya sangat menusuk kalbu..
DeleteBest lah lagu ni tak pernah dengar pulak. Lya pulak suka lagu ku pohon restu ayah bonda. sayu je bila dengar. and lagu balik kampung never disappoint bila on the way balik kampung hihi
ReplyDeleteLya tak pernah dengar lagu ni? Hii. lagu ni jarang keluar di radio. Siqah suka juga lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda, sayu dengar. Haha, lagu balik kampung wajib dengar masa balik kampung. Excited gila jadi! Jalan sesak pun takpe, feeling balik raya tu ada. At least ada kampung kan :D
Deletebetul tu siqah.. lagu raya zaman dulu lagi best dari yang sekarang..
ReplyDeleteKannn E'in. Lagu sekarang ni banyak yang happy2 je. Santai..
Deletesama jugak, BV pun lebih suka lagu raya zaman dulu dari sekarang. sebab feel kot. walaupun tiap tahun main lagu sama, tetap best dan feel. cewahhh.
ReplyDeletememang sedih la lagu tu, tetiba rasa nak menangis sama T^T
Betul betul. Setahun sekali je dengar lagu raya. tapi lirik lagu tak pernah tak lupa. Sentiasa ingat boleh je nyanyi dengan jayanya. Hihi.
DeletePlease tak mahu menangis T_T
AlFatihah buat arwah Mak Siqah ya...mmg lagu ni best dan Umi pulak suka lagu Kepulangan oleh Aishah dan Sepasang Kurung Biru..mmg syahdu dengar
ReplyDeleteTerima kasih atas doa Umi. Lagu Kepulangan Aishah best jugak. Recall jap lagu Sepasang Kurung Biru. Tak berapa ingat lagu tu
DeleteAl fatihah utk mak siqah. Tak kuat eyqa nak baca lirik tu, yg siqah quote tu pun mcm mencucuk hati sedihnya. huhu.
ReplyDeleteSelamat hari raya siqah. maaf zahir dan batin.
Terima kasih Eyqa. Huhu. Lirik lagu ni sangat mencucuk hati T_T
DeleteSelamat hari raya Eyqa. Maaf zahir dan batin.
Betul - betul !!! Lagi nie paling menusuk hati . Even saya jarang dgr lagu raya tapi bila di radio pasang lagu nie mmg confirm airmata jatuh. Adoi. =,(
ReplyDeleteKannn. Sedihlah lagu ni. Liriknyaaaa ðŸ˜
DeleteAlaaaa sayupnya cite pasal lagu raya ni.. Teringin nak ada feeling balik kampung beraya maybe I need a husband out of KL baru la feeling. huhuhu
ReplyDeleteOoo Aqma beraya kat KL je ke maksudnya? Siqah doa agar Aqma jumpa jodoh yang asalnya di luar KL eh =)
DeleteLagu lama selalunya memberikan memori dan rasa pada telinga yang mendengar.. Sha paling tersentuh bila dengar lagu Sudirman..
ReplyDeleteLagu Sudirman, Dari jauh ku pohon maaf? Lagu tu pun sedih dengar =(
Deletetahun kedua CT braya tanpa ayah.. memang masih tak ada mood beraya. hari raya first pakai baju raya few hours saja then dats it.. terus sambung tido.. lagu raya tahun ni x trasa tapi lagu baru mawi tu.. tajuk ayah T.T
ReplyDeleteTakziah Siti. Semoga arwah ayah Siti tenang je di sana. Siqah tak pernah dengar lagu baru mawi tu. mesti sedih kan Siti T_T
DeleteYess lagu lagu lama jugak yang paling suka dengar compare dengan lagu lagu Raya zaman sekarang. Huhu. Bila hayati betul betul memang boleh mengalur air mata.
ReplyDeleteAnyway Selamat Hari Raya Siqah! Maaf Zahir & Batin. Semoga lebaran kali ini memberikan 1001 kebahagiaan 😊
Kann! Lagu sekarang dah macam tak feel raya pulak rasanya.. hee
DeleteSelamat hari raya Nani!! Maaz zahir batin jugak 😊
lagu dia catchy, tapi maksud dia sangat mendalam. Alfatihah untuk arwah maknya
ReplyDeleteBetul. Makna lagu ni sangat menyentuh hati
Deletesuka lagu raya dulu2..skrg punya aiiii..sedih
ReplyDeleteHehe. Tak sampai perasaan raya tu kan =D
Delete