Gantung The Series | Terpaksa Tonton Secara Haram di Media Sosial

instalife

March 12, 2018

Gantung The Series | Terpaksa Tonton Secara Haram di Media Sosial


Peminat buku Fixi daripada Nadia Khan bertajuk Gantung dan Gantung 2, pastinya teruja dan tidak sabar untuk menonton siri drama adaptasi daripada buku tersebut. 

Begitu juga dengan aku. Aku suka akan penulisan Nadia Khan yang berterus-terang dan keluar daripada isu cliche. Disebabkan itu, aku telah membaca semua buku hasil penulisan Nadia Khan di bawah terbitan Fixi. 


Buku Fixi bertajuk Gantung telah diadaptasi kepada drama bersiri yang mengabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia. Nadia Khan turut memainkan peranan dalam pemilihan pelakon dan penulisan skrip dalam drama bersiri Gantung. 

Pengambaran drama bersiri ini dilakukan di salah sebuah International School di Malaysia. Tak tahu pulak sekolah mana. Padanlah sebab dalam novel pun, mereka semua datangnya dari sekolah elit. 

Gantung The Series telah mula ditayangkan di Indonesia pada akhir tahun 2017 dan telah tamat tayangan di Indonesia. 

Tapi, permasalahannya sekarang, masih belum ada tarikh rasmi untuk tayangan Gantung The Series di Malaysia. 

Aku tak tahu nak tunggu sampai bila. Nadia Khan juga tiada komen mengenai tarikh drama ni bakal ditayangkan di Malaysia. Hanya diserahkan pada yang pakar. 

Disebabkan aku tidak sabar untuk menonton drama ini, aku tengok juga secara haram di media sosial. Dah ada beberapa akaun Facebook yang berkongsi full episode of Gantung The Series. 

Tak nak support secara haram tapi terpaksa sebab lambat sangat nak tunggu. Haha. Terpaksa okay. Tolong jangan salahkan kami peminat Gantung di Malaysia kerana menonton secara haram 😅

Credit here

Empat pelakon utama dalam Gantung The Series yang memegang watak Gibbs, Ray, Troll dan KJ. Mereka berempat membentuk satu kumpulan bernama The Musketeers.

Semua pelakon membawa watak yang diberikan dengan baik. Apa yang aku bayangkan ketika baca novel ni, itulah yang ada dalam drama. I love it!! 

Drama ni telah membawa aku kepada pengenalan pelakon lelaki bernama Ikmal Amry (pelakon yang memakai kemeja kotak-kotak dalam gambar di atas) yang memegang watak Ray 💕 Baru tahu dia ni wujud dan terus follow Twitter. Haha. 

Sejak baca novel dah crush on Ray sebab dia orang yang tenang je. Cool tak berapa layan benda bodoh yang The Musketeers buat. Satu lagi, Ray ni orang seni. Orang seni kan katanya mudah memahami dan nampak cool 😬 

Disebabkan drama Gantung, aku bersungguh marathon all 16 episod semalam. Babak ada roh seram pun aku tengok jugak. Takde pejam mata langsung! Kenapa entah tiba-tiba berani? Haha. 

Credit here

Ini adalah adegan terakhir dalam drama bersiri Gantung. Bertepatan dengan tajuk Gantung, ending drama pun nampak orang tengah gantungkan diri. 

Sebenarnya dalam novel, ending bagi Gantung bukan begini. Mungkin itu akan disambung dalam Gantung The Series Season 2. Harap sangat ada Season 2 🙏🏻 

Pendek kata, drama Gantung best!! Walau ada yang diubah sedikit mungkin untuk kesesuaian penonton, tapi tetap best! Aku suka semua pelakon, jalan cerita, eh semualah! Paling suka mestilah Ray. Ulang lagi sekali. Haha 💕

Kepada peminat Gantung The Series mesti dah tengok drama ni kan? Terpaksalah kita sama-sama tengok secara haram 😉

Nanti aku akan ulang lagi tengok jika disiarkan di Malaysia. Don’t worry. Sebab kita kena tengok secara halal barulah akan ada Gantung The Series Season 2. 

Korang dah baca buku Gantung dan Gantung 2? Kepada yang sudah menonton drama ini tapi tak baca buku lagi, lebih baik pergi cari buku Gantung dan Gantung 2 agar tidak tinggal tanda tanya 😬

71 comments:

  1. Bila adik sorang ni terlalu excited dan bersungguh menonton...maknanya memang best la Gantung The Series ni...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. TQ Kak PC memahami Siqah. Hihi. Best Gantung The Series. Marathon tengok 😍

      Delete
  2. Belum tengok lagi. Sama,...suka watak Ray :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok nanti tau!! Mesti lagi suka dengan watak Ray :)

      Delete
  3. hahahhaha lawak bila baca tajuk post nie. BV pun suka novel gantung cuma belum baca yg part 2. :D
    memang ada jugak tengok secara haram kt fb, rasanya lama sikit nak masuk tv malaysia sebab kena tapis XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti BV baca part 2 okay. Itulah rasanya macam susah nak masuk Malaysia drama tu. sebab hmm faham2 jela kan. Hehe.

      Delete
  4. Lohhh! Sally pun tunggu lepas tgk promo Nadia Khan harituuu...tak tau plak tarikh tayangan Malaysia & Indonesia tak sama..alaaa...ape ni....tak tauu pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama dan sampai sekarang tak tahu akan ditayangkan di Malaysia or tak. Rasa macam tak tayang kat tv. Macam tak lepas je tayang kat TV Malaysia. Tapi tak tahulah. Huhu

      Delete
  5. Wahhhh ramainya crush kat Ray, mmg hensem. Hahaha. Nak cari novel Gantung dulu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Crush dengan Ray dalam novel, dalam drama bertambah crush kat Ray 😂 Bacalah novel Gantung. Boleh beli ebooks jugak kat E Sentral app. Harga half daripada buku.

      Delete
  6. Best!!! Dah tengok jugak. Takpe haram pun asalkan bila dah officially release kat Astro support lagi. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Betul tu! Kita kena re-support bila keluar kat Malaysia nanti. Yeayy!!

      Delete
    2. tgk kat mana?boleh tak nak tgk jugak....x sabar la...

      Delete
    3. tgk kt fb mana?saya cari tak jumpa....boleh tau link...pleaseeeee

      Delete
    4. Saya tengok kat FB. Tapi semalam cari link pun dah tak jumpa dah. Rasa link haram semua dah kena remove T_T

      Delete
    5. Baru jumpa link baru. Boleh tengok kat FB Eiyna Sabrina.

      Delete
  7. Bukan genre pilihan Hana but nice review ^__^

    ReplyDelete
  8. First, kena baca novel dulu!!! Haha sebab tak pernah baca lagi. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Fatihah kena baca novel dulu. Barulah rasa tak “tergantung” lepas habis tengok drama ni :D

      Delete
  9. Yeah.. Sha pun team Rah.. kikiki..

    ReplyDelete
  10. Famous betul Gantung sekarang terus rasa nak beli buku dia jugak sebelum tengok cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Famous Gantung sebab serius buku dia best walaupun jalan cerita gitu. Yes. Airah kena baca novel dulu barulah tak rasa “tergantung” di akhir drama.

      Delete
  11. yay!!!
    tul..setuju dgn pemilihan watak pelakon.. sesuai and atie tak rasa malaysia boleh ambik sbb bahasa yg diorg guna agak kasar.. then finas sure tapis mcm2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn!!! Itulah. Tema The Musketeers sendiri rasa macam tak lepas kat Malaysia. Tapi tak tahulah. Maybe daripada tayang kat TV, boleh tayang kat channel lain. Web drama ke jadinya.

      Delete
  12. ramai review gantung ni. kena tngok jugak ni nanti! rasa macam nak cari jugak la kat fb nak tngok cite ni. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cari dan tonton! Best!! Kalau Azah baca novel dulu lagi best. Hehe.

      Delete
  13. Nad tak pernah baca buku fixi. Dan taktau pulak drama ni berdasarkan novel fixi. Tapi hero drama ni buat kita rasa nak tengok lah hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah baca buku Fixi daripada Nadia Khan je. Penulis lain tak pernah lagi baca. Hee. Hahaha. Tengoklah drama ni. Mesti jatuh cinta kat Ray 😂

      Delete
  14. baru tahu psl drama gantung nih... terjakun kejap akak hehehe....
    mmg cite seram ke camne nih dik? akak klu cite seram ke cite antu2 mmg seram nk nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ada part seram jugak kak. Sebab ada roh yang mati bunuh diri menghantui mereka yang hidup. Tapi takdelah banyak pun babak seram tu. hehe

      Delete
  15. ha'ah ending dibiar tergantung sebab nak audience curious apa jadi & minta season 2 tapi tu lah, dekat Malaysia ni tak dapat tarikh lagi. Kesian team Gantung sampai ke sudah tergantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang tak baca novel memang rasa tergantung. Hee. Kita yang dah baca novel, okay jela. Cuma tak puas sebab nak tengok sampai habis macam dalam novel. Kann, harap ditayangkan jugak di Malaysia.

      Delete
  16. Dah baca novel 2 tahun lepas. Kat mana nak tengok online? Penat cari ada link tak? Dont worry nanti official keluar tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok kat Facebook. Search Gantung The Series, pasti jumpa punya :)

      Delete
  17. Aku mmg suka ngat baca novel Gantung. Smpai rasa cm tkde novel lain dh sbb novel ni srs best.tk jemu pulak tu baca. Srs tk saba nak tgk gantung the series ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Walaupun jalan cerita macam over jugak lah (untuk novel Melayu, kalau novel English biasa dah 😅), tapi still best!! Tengoklah Gantung The Series. Nak tunggu kuar kat Malaysia tak tahulah bila sebab maybe kena tapis banyak.

      Delete
  18. Aish..padanla semua excited bila sebut buku fixi. Terpaksa masuk bookstore nanti nak cari gantung jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Buku fixi kalau Nadia Khan ni kira legend lah 😁 Boleh Auni pergi beli kat bookstore, kalau nak baca ebook, boleh beli kat E Sentral. Harga ebook half price daripada harga buku :)

      Delete
  19. OMG !!! ada movie Gantung ke? mcm best je even saya tak baca buku Gantung nie. hhihii. Suka Randy tue !!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan movie. Drama ni 😅 Haah siapa yang tak suka Randy kan. Cuma dalam ni, Siqah crush on Ray :D

      Delete
  20. baru episod 7! takleh nak straight tengok sampai 16 episod padahal kejap je, sha ada jugak tutup mata :p ray handsomeeeeeee!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis tengok ke tu? Best kan? Hehe. Yes. Ray handsome!! 😍😍

      Delete
  21. tengok dekat mana?
    cari tak jumpa pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kat FB. Search Gantung The Series. Tapi dah check semalam, takde dah link haram T_T

      Delete
  22. ouuuuu randy pangalila! saya baca review org2 kat twitter, dorang kata citer ni tergantung ahaha
    ramai yg mcm tak puas hati dgn citer ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Ramai tak puas hati. Hee. Yang tak puas hati maybe yang tak baca novel kot. Siqah rasa ending okay je sebab dah tahu apa yang jadi nanye. Hehe

      Delete
  23. Dah tak jumpa nak menonton secara haram >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Siqah check semalam pun dah takde link haram T_T

      Delete
  24. Syaza tak pernah baca novel fixi tapi selalu lah dengar orang cerita atau cerita pasal Gantung ni. Lepas tu ada nampak few episodes on Facebook. Ingatkan nak tengok. Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Baik tengok cepat sebelum link takde. Hee. Siqah tengok semalam dah takde link yang Siqah tengok hari tu. Best Gantung. Novel best drama pun best!

      Delete
  25. saje je nak bagi saya tgk secara haram jugak kikikh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nak tunggu yang halal macam lambat lagi je 😬

      Delete
  26. hi, mcm mana ye nak tengok cerita ni kat socmed or ade tak link untuk download cerita ni... sy dah baca cerita ni, nak tengok movie dia pulak... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya baru share link baru hari ni. Boleh tengok full episode kat Facebook Eiyna Sabrina.

      Delete
  27. salam..
    minat drama series rupanya ye..=)
    kena bc novel dlu la bru bole lyn drama dia kan..
    klo xbc,xfhm cerita ke nti..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Tak minat sangat drama series sebenarnya, cuma Gantung The Series terkecuali :D
      Rasanya kalau baca novel dulu baru mudah faham jalan cerita dan takdelah rasa tergantung di akhir series ni. Hihi

      Delete
  28. Memang best la tu kalau dh smpi siqah xsabar2 nehh..huhu

    ReplyDelete
  29. Dah baca buku dia, tapi yang series tak tengok lagi. Kena cuba ni!

    http://ohhdina.blogspot.my/

    ReplyDelete
  30. tak pernah baca pun cerita gantung. sebab agak kurang dengan fixi. tapi agak interesting bila baca review sebab roomate aku tengok sampai habis gantung series ni.

    salam jejak
    https://thethiamirash.blogspot.my

    ReplyDelete
  31. Tetiba rasa nak tengok kerana Siqah sgt excited tentang Ray... haha

    ReplyDelete
  32. eyy this could be my first malay series to be in the to-watch list... haha :D

    ReplyDelete
  33. 1-11 jak saya jumpa yg lain fah kena delete ke??

    ReplyDelete
  34. tak leh move on tgk ikmal amry ni, bergetar tulang rusuk HAHHAHAH. and tk leh move on tgk ceta gantung ni tegantung. rase mcm aku yang trgantung tgk ceta trgantung mcm nie

    ReplyDelete
  35. Well...seriusly......cite ni betol2 dah buat aku rasa gelisah kes TERGANTUNG . Hahhaa.by the way,.jenis² cite mcm ni...kuar lh ikut mne pun..berjuta kali aku akn re-re-re-re-re-re-re-re-support...!!!!!

    ReplyDelete
  36. I could not refrain from commenting. Well written!

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife