REVIEW NOVEL | TI AMO SWEETHEART 100 HARI by SURI RYANA

instalife

June 14, 2017

REVIEW NOVEL | TI AMO SWEETHEART 100 HARI by SURI RYANA





Dah kata aku adalah salah seorang peminat Suri Ryana, semestinya aku dapatkan novel terbaru beliau. Aku beli novel ini terus daripada kak Suri Ryana di Instagram. Punya tak sabar dan sebenarnya sekarang dah agak malas nak ke kedai buku. Hehe. 


SINOPSIS


Sila baca sinopsis di sini ye =) 

REVIEW


It was an enjoyable reading even though this novel is not my most favourite novel from Suri Ryana. 

Jalan cerita yang tidak sarat dengan konflik. Konflik pun tidak sampai tahap kritikal. Watak antagonis itu ada tapi tidak sampai rasa geram ya amat. Aku suka part tu sebab aku agak bosan dengan orang jahat yang terlalu jahat dalam setiap novel yang ada. 

Hadirnya peluang kedua yang tidak dipersiakan oleh Iskandar. Bukan senang nak dapat peluang kedua. Bila dah dapat, jangan ulang perkara yang sama kerana biasanya susah untuk diberi peluang ketiga. 

Aku suka akan watak Malissa yang comel dan menidakkan perasaan terhadap Iskandar walaupun hati tak keruan apabila berdepan dengan Iskandar 💘

Tapi dalam masa yang sama, aku agak annoying juga dengan sikap Malissa. Haha. Adalah certain part yang rasa macam, "kau dah kenapa?" Haha. 

Geram juga dengan Iskandar yang menghukum Malissa tanpa memberi peluang untuk Malissa membela diri. Tapi itulah, in real life, mungkin terjadi perkara sebegini. Aku faham benda ni akan terjadi apabila kita terkejut sangat dengan berita yang disampaikan sehingga terus menghukum seseorang tanpa usul periksa. Tak boleh berfikir dengan waras semasa kejadian berlaku. 

Kadang-kadang pergolakan ibu bapa menyebabkan anak menjadi mangsa. Kasihan dengan Iva tapi aku tabik spring juga dengan dia yang masih maintain comel dan berperangai agak matang dalam usia yang masih kecil. 

Novel Suri Ryana tidak pernah lari daripada membawa pembaca melancong bersamanya. Novel Klik! Pengantin Musim Salju membawa aku ke Jepun manakala novel Kimchi Untuk Awak membawa aku ke Korea. 

Dan novel ini membawa aku ke Itali. Aku suka baca part Suri Ryana menceritakan keadaan di Itali. Rasa macam aku di sana juga walaupun tak pernah pergi. Bayangan pun jadilah. Hihi.

Ada satu tempat romantik sangat bak kata Iskandar iaitu Piazzale Michelangelo (Florence's most popular viewpoint). Seperti biasa, aku google lah tempat tu. Nak tengok bagaimana rupanya. Maklumlah, jauh lagi perjalanan nak jejak kaki ke Itali. Dalam novel kata, view sunset di tempat ini sangat cantik 😍 Pantang betul rasanya kalau dengar sunset 🌇 Hihi. 

Cantik. Credit photo here.

Haa dalam novel ni pun ada beberapa ayat dalam bahasa Itali. Tergeliat lidah aku menyebutnya. Bersungguh juga mengeja. Haha. 

Zati dan Fatin. Dua orang rakan Malissa yang sentiasa menyokongnya walau apa yang terjadi. Seronok ada kawan begini. Sering menghulurkan bantuan tanpa dipinta =) 


Favourite Quotes:

Don't cry. Stay strong. Fake a smile and move on. They don't worth your tears.

The most painful goodbyes are the ones that are never said and never explained.

It's true you hurt me. But not as much as I'm hurting myself by still loving you.

Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dihadapkan dengan pelbagai ujian yang bagi aku sangat besar dan tak tertanggung ini? Tapi, tak pernah pula aku tertanya-tanya kenapa aku yang terpilih untuk mengecapi nikmat-nikmat lain yang mungkin tidak orang lain kecapi? Angkuhnya makhluk yang bernama manusia. 

Mungkin selama ini aku alpa, Allah turunkan ujian ini kepadaku. Bukan sebagai hukuman tetapi, sebagai tanda kasih sayang-Nya yang tiada bandingan.  

Yasmin Mogahed is right indeed. Loss is the returning of what never actually belonged to us in the first place. 

Bagi aku, segala janji harus ditepati. Bukan sahaja kepada orang dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak. Jangan sesekali ingat kanak-kanak tidak tahu menilai. Mereka akan ikut apa yang mereka nampak. Kalau kita terlalu serius dengan melentur buluh dari rebungnya maka, kita juga harus serius dalam menepati janji. 


Novel ini menarik untuk dibaca oleh mereka yang tidak mahu konflik yang berat dan jalan cerita yang melarat.

Rating: 4/5 stars

Suri Ryana tidak pernah menghampakan aku dan mungkin semua peminat karya beliau. Teruskan berkarya kak Suri Ryana.


Waiting for your next novel =)



Happy reading, dearest 😊

52 comments:

  1. Nak beli jugaklah novel ni nanti. Hari tu bajet dah lari so tak beli lagi novel Suri Ryana ni. (Sejenis tak sedar diri banyak lagi novel tak baca, lepas tu nak beli lagi. Hahah!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nani sama jenis macam Siqah jugak. Buku dah banyak tapi duk beli. Siqah sekarang kerja download ebook je pulak. Hehe. Tamak betul rasa. Hehe. Belilah nanti novel ni ye =D

      Delete
  2. Cerita ni mungkin sedap tapi bulan puasa saya tak boleh tumpu bila baca. Tertidur.

    ReplyDelete
  3. Salah satu sebab ana suka baca novel bila ada part melancong tu. Rasa mcm kita pula ada dekat sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana. Rasa kita melancong sekali. Hee

      Delete
  4. Bila baca novel memang ralit terasa kita antara watak-watak dalam cerita..
    Sis tabik spring dengan Siqah, tekun membaca novel tanpa jemu..
    Keep it up dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak boleh perangai membaca ni. Hehe. Thank you kak LZ =)

      Delete
  5. pinjam boleh novel? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh E'in. Hii. Nanti email Siqah if nak pinjam k =)

      Delete
  6. Lea sampai tak tengok review buku ni sebab syiokk tengok pic yang siqah snap ni.. Cantik kot... ajarin ku... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar yang mana Lea? Siqah bantai ikut dan je ambil gambar Lea. Bukan tahu sangat pun. Try and error 😅

      Delete
    2. tp semua gambar siqah amek semua lawa2...

      Delete
    3. Gambar Lea ambil pun apa kurangnya. Cantik juga tau 😍 Serius Lea, Siqah try and error ambil gambar nanye. Tak tahu sangat pun. Hehe. Guna apa adanya as prop 😄

      Delete
  7. Kalau baca blog siqa memang tahu yang siqa ni sukaaa sangat baca buku-buku Suri Ryana hahaha

    ReplyDelete
  8. Itali memang mempunyai tempat yang cukup cantik.. =)

    ReplyDelete
  9. Gara-gara tgok story Siqah ada post gambar novel ni terus laju pegi beli hehe cerita ni best! Terasa macam di itali dah hehe :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Baca sinopsis pun tahu dah citer ni best. 😊😊

    Suka quote ni

    "The most painful goodbyes are the ones that are never said and never explained."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum Reen baca novel ni lagi. Sure lagi rasa best. Hii.

      Delete
  11. jalan cerita yg best.. baca sinopsis dh ckup . hehe.. btw gmbar akak ambil cntik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear ~ Akak guna prop sama je untuk setiap gambar akak =D

      Delete
  12. ehhhh dah baru dah template... menarik !!! lain sikit <3

    tgk awak tukar template buatkan saya nak search template baru pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template kali ni tiada sidebar pulak. Itu yang nampak lain sikit =D

      Awak baru juga tukar template kan. Hihi

      Delete
  13. Yang ni lom baca lagi. Klik! Pengantin Musim Salju tu ada di rumah, tu pun belum baca �� Kimchi untuk awak best ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bacalah bacalah Nour =) Siqah lagi suka Klik Pengantin Musim Salju <3

      Delete
  14. Itali.. Memang best bila penulis berjaya menggambarkan sesuatu tempat hingga membuatkan kita sebagai pembaca rasa seolah-olah berada di tempat tu kan siqah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sha. Itu yang Siqah suka baca novel. Bila baca kita pun boleh bayangkan sekali tempat tu. nak pergi rasa macam tak je kan =)

      Delete
  15. novel suri ryana first n last sy baca was m.a.i.d... skrng x layan sgt dh novel cintan cintun hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Layan buku genre lain pula ye =D Siqah pun novel Malay beli daripada author kegemaran je. Tak tahu lah nak beli mana satu drpd banyak2 novel kat pasaran. Hee

      Delete
  16. Best jalan ceritanya. Suka part novel yang bawak kita melancong ke satu tempat & konflik yang tak terlalu berat. btw novelis ni memang berbakat n luas pengalaman dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat melancong drpd novel pun jadilah =) Sama Siqah pun suka konflik yang tak berat. Penatlah baca kalau konflik berat sangat kan. Suri Ryana selalu travel. Itu sebabnya dia boleh bercerita detail mengenai sesuatu tempat =) Siqah follow IG dia. Hehe

      Delete
  17. citer ni memang best !!!!!

    ReplyDelete
  18. rate 4/5 ke..macam nak baca tapi tuela.. tak dapat nak spend masa lagi untuk baca novel..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dah baca ke novel nie sekarang? hihi. tak perasan nak reply komen di sini. Ampun

      Delete
  19. dengar cite zul ariffin n neelofa bakal berlakon citer ni. sy minat zul arifin...hehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun minat zul arifin!! Dah terbayang Iskandar ni. Haha. Tapi tak minat Neelofa. Adoi

      Delete
  20. Thanks share review buku ni, mmg nak grab satu... baru nak menempah , hope dpt la sebiji buku ni nnt ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Pip dah baca ke belum tu? Hihi. Lambat betullah reply komen kat sini. Lupa 😅

      Delete
  21. tiap kali nampak novel ni kat kedai mesti rasa nak beli tapi bila baca sipnosis tak rasa nak beli pula. dilema betul nak decide..adoi~ hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dilema seorang pengemar novel. Hii. Bagi Siqah, ini bukan novel terbaik daripada Suri Ryana. Tapi siqah masih suka je. Suka novel, tapi tak suka drama adaptasi 🤭

      Delete
  22. Cerita ni dgn crita kat tv tu kalau kajian berapa % ya yg different. Hehe. Tgk drama dia kelakar la. Byk part yg tak logik. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih kurang je. Mostly ikut novel. Siqah tak suka drama adaptasi, kalau novel nya rasa okay je 😊

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife