10 KM FINISHER - STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2017 STORY

instalife

June 01, 2017

10 KM FINISHER - STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2017 STORY



Salam semua ~ Selamat berpuasa dalam bulan Ramadhan. Lambat aku wish kan. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan memperbaiki puasa kita dalam tahun ini supaya menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyallah. 

Ini adalah entri pertama blog ini dalam bulan Ramadhan. Hari ini 1 Jun 2017. Mungkin dalam bulan ini, aku akan kurangkan sedikit aktiviti blogging. Sebenarnya mood blogging semakin merundum ni haa. Tapi aku cuba juga up entri agar blog ini tidak bersawang. Malas eh nak bersihkan sawang kat blog 😛

Seperti aku katakan sebelum ini juga, at least up new blog post once in a week 😊



Aku mulakan entri bulan ini dengan kisah utama dalam bulan May iaitu Standard Chartered KL Marathon 2017 (SCKLM2017) yang berlaku pada 21 May 2017. Boleh dikatakan SCKLM2017 adalah aktiviti tahunan aku. Terpaksa sebab dah kata kerja di Standard Chartered Bank. Terpaksa tau. Hihi. 

Kisah larian tahun lepas, korang boleh baca dalam entri ini >> First Time Marathon in Standard Chartered KL Marathon 2016.



Tahun ni SCKLM2017 semakin meriah sebab ramai rakan sekerja dan seorang rakan Uni yang join sekali. Lagi seronok berlari bila ada geng walaupun tidak lari bersama-sama. Yela, lain orang lain ketahanan mental dan fizikal kan. Hii. 

Pada hari kejadian, kami (aku, Tasha, dan Hanis) berjanji bertemu di LRT Asia Jaya seawal jam 5.30 pagi. Lebih baik awal sebab nanti confirm LRT penuh sesak dan itulah yang terjadi sebenarnya. Berhimpit dalam LRT sehingga ke Masjid Jamek. 

Sesudah tiba di Masjid Jamek, disebabkan sudah ada pengalaman, chewahh, kami terus beli sarapan (roti dan milo) di kedai serbaneka di situ. Wajib sarapan dulu sebelum lari. Nanti kang takut pengsan dan tiada tenaga pula di tengah jalan. 

Walaupun rasa payah nak habiskan larian 10 KM, tapi tak nak lah aku naik ambulans 😵

Aku pilih Leisure. Ikutkan waktu kena habiskan larian 10KM dalam masa dua jam. Tapi takpe, tak kisah pun. Yang penting habiskan larian 10KM =) 



START! 
Nervous juga sebenarnya nak lari 10KM. Without proper training. Sebulan lebih aku tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Dengan berat badan yang makin meningkat tahun ini, rasa lagi lemah dan nervous nak berlari. 

Alhamdullilah. Semua berjalan dengan lancar. Paling best bila, haha, tahun ni kaki aku tidak cramp! Yeayyy! Boleh berlari sehingga ke garisan penamat. Syukur sangat. Dan lagi seronok juga apabila berlari sejauh 3 KM dalam hujan. Hihi. Kalau ada daun pisang, dah boleh jadi memori daun pisang tengah jalan 😆

Bila hujan, rasa sejuk je. Cuma risau sebab takut jalan licin. Tapi Alhamdullilah, semuanya baik saja =) 

Semestinya sesi bergambar selepas lari. Yeayyyy! Tahun ni, kami tidak bergambar di finish line. Malas nak tunggu orang lain habis lari. Masa ni fikir nak balik je. Lagipun encik suami tak boleh datang pada hari tersebut atas tuntutan kerja. Dah tiada photographer. Tahun lepas, dia yang beriya suruh bergambar di finish line =D

Kalau ada orang nak layan ambil gambar, kami lagi melayan. Haha =D

10 KM Finisher =)
Alhamdullilah. Medal tahun ni bulat pula bentuknya =D



With ITT team!
Congrats all ~ Yeayyy! 💪

Bersungguh ambil gambar lompat dengan red skirt tutu. Hihi.
Dua orang lelaki itu lagi kurus daripada kami T_T

With Fiza, kawan USM.
Kami graduasi Sains Senaman dan Sukan di USM Kubang Kerian.
Fiza kerja dalam bidang sukan di ISN. Aku je yang dah beralih ke dunia banking. Hihi. 

Kisah sebelum lari.
Terjumpa pula dengan akak senior di USM.
Maaf kak, saya lupa nama akak. Tapi ingat muka akak =) 

Dah habis kongsi gambar, ini pula cerita mengenai prestasi larian aku. Aku rasa happy juga sebab tahun ini aku tamatkan larian 10KM dalam masa kurang daripada dua jam dan kurang 4 minit daripada tahun lepas. 

Empat minit yang berharga. Hehe. 🙈😂


10 KM in 1 hour 49 min 26 sec. 

Berlainan pula dengan keputusan larian di Nike Run Club App. Beza satu KM weiii! Jauh tu 1 KM. Tak tahulah mana yang tepat. Tak kisahlah kan. 


11.44 KM in 1 hour 47 min 53 sec


Pencapaian terbaru aku dalam larian ini.
Seronoknya ada 5 pencapaian baru. Hihi. Setahun sekali je ada pencapaian baru beb! =P

Suka tengok peta larian!
Pusing mengelilingi KL. Baru aku tahu lokasi Quill City Mall. Selama ni dengar je. Hii. 


Alhamdullilah. Larian tahun ini lagi baik daripada tahun lepas. Tahun depan? Tengoklah macam mana nanti. Hihi. 

Aku macam tertarik nak join larian di Dataran Batu Buruk Terengganu pada 23 September ini tapi hmm tiada teman. Lagipun jauh pula rasanya nak pergi. Encik suami pula tak tentu kerjanya. Makanya, boleh join larian di sekitar KL saja. Dengan syarat, ada geng! Hihi. 

Korang pernah join larian tak? Kalau ada yang berminat nak join Standard Chartered KL Marathon 2018, bolehlah bagitahu. Nanti boleh kita jumpa di sana. Insyallah ^_^ 

Thank you for reading =)



41 comments:

  1. Teringin nak cuba larian macam ni. Nak test stamina, kuat ke tak. Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Syaza next year masuk SCKLM nak? Hehe ☺️

      Delete
    2. Venue sama ke nanti? Kalau free, inshaAllah bolehlah join. Tahun depan kalau dah ada date bagitau lah ye? 😊

      Delete
  2. Ala kenapa mood merundum. Suka lah baca entri blog Siqah.

    Bestnya dpt habiskan 10km tu. Skirt merah tu nampak comel jer. Hehe. Tp yg bawah tu awat seksi sgt. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas lebih ni nanye Ana. Hehe. Akan cuba update at least seminggu sekali 🤗 TQ Ana suka baca entri blog Siqah yang tak seberapa ni. Hehe 😘

      Hahahaha! Seksi kan? Entah kaki sape tak tahulah 🤣 Tak padan sungguh. Atas besar, bawah kecik. Hehe

      Delete
  3. Rajinnya siqa...farah kalau bab lari@joging la paling tak suka haha. Semput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak rajin pun 🙈 ini jela acara tahunan siqah buat. Larian lain takde pun nak join. Jogging pun malas dah sekarang. Semput gak nanye. Hehe

      Delete
  4. wow..tahniah berjaya habiskan 10KM ...hebat tu ..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thank you Mawar. Sekali setahun. Hehe

      Delete
  5. Wow bestnya dapat ikut marathon, eka tak pernah lg sbb maybe erm.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Best sebab ramai2 je Eyqa. Kalau sorang memang tak pergilah. Hehe.

      Delete
  6. Member reen ada yg join larian SCKLM ni. Comell je lari pakai tutu skirt tu. Heee😙

    Reen tak pernah join tpi teringin nk join. Kot ada rezeki join SCKLM tahun dpan. Leh mtk siqah dftrkan. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai tutu skirt agar nampak sopan sikit. Faham2 jela 😅

      Boleh boleh Reen. Next year bila dah confirm date larian, nanti Siqah inform Reen okay. Boleh jumpa nanti =)

      Delete
  7. Terkejut tadi ingatkan lari time posa. Bagusnya still go for the run walaupun tak training. Kalau saya mmg taklaaaa. Tapi teringin nak join running event ni just like memikirkan training tu jadi malas amat. Maybe kena keep track mcm siqah baru rasa semangat sikit.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Komen Nurul buat siqah gelak tau. Sebab siqah update lambat kan kisah ni. Bulan puasa dah pun. Hehe.

      Walaupun tak training, tapi rasa rugi kalau tak pergi lari jugak. Konon nak cabar diri lah ni 😅 Jom Nurul next year join larian SCKLM nak? 😊

      Delete
    2. Doakan banyak-banyak time bulan posa ni so that I go !!

      // afifahaddnan

      Delete
  8. memang time lari kena pakai skirt merah tu ke? comel pulak x'D tergelak jap tengok gambar melompat tu hehe
    cantiknya medal dia! tahniah berjaya habiskan larian :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Haha. Lari pakai skirt merah untuk support Positive Living MY for HIV program. Tiap tahun ada open for staff. Hehe.

      Hahaha. Kelakar ke kami lompat? Muahahah. Geram sebab bila tengok gambar baru perasan (walaupun dah tahu) yang lelaki itu lagi kurus kurus lagi. Hahaha.

      Thank you Mazni. Alhamdullilah berjaya jugak habiskan lari =)

      Delete
  9. Alolololo...cumil sangat tuh...alhamdulillah..bukan mudah nak habiskan 10KM kurang 2jam Siqah...tahniah...

    ReplyDelete
  10. Siqahhh haha kita nak komen banyak tapi nanti kita duduk properly, baca properly haha :D

    Rindunya blogwalkinggggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Hi Hanis =) Ala Hanis, takpe. Take your time. Relax dulu. Hehe.

      Delete
  11. comel pulak pakai skirt tutu merah :D
    teringin nak join event2 macam nie, tapi jarang berkesempatan, tambahan BV jenis kurang stamina, lari sikit dah semput XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab nak dapat volunteer leave, larilah pakai skirt tutu merah =D
      BV boleh jalan hari-hari, lama2 mesti dah tak semput. Hee. Siqah pun semput jugak BV. Jalan kat mall pun dah cepat penat sekarang. Simptom badan makin besar T_T

      Delete
  12. amboi sangat tau tutu skirt ittew-- hee~ comel !!!

    ReplyDelete
  13. Betul tue tahun nie meriah sbb satu team kita masuk andddd abg Zaidi paling win melayan gak team kita . 😊 .

    Next run jom kita masuk Sukan sea run . Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Sukan Sea Run 15KM kan? MAcam tak mampu je. 10KM pun dah jenuh nak habiskan. Hihi

      Delete
  14. Tahniah! Siqah berjaya menamatkan 10km.

    Happening jer... Mrs. A tengok gambar-gambar tu. Time lari pun yang lelaki tu pakai skirt tutu tu ke time bergambar jer hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mrs A =)
      Hii. masa ambil gambar je lelaki pakai tutu skirt. Masa lari, dorang tak pakai pun. Hihi

      Delete
  15. cayalah, even tak exercise pun boleh habiskan larian 10km. 👍

    ok, yg laki lompat dgn skirt merah tu kelakar yg amat. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paksa rela nak habiskan 10KM nanye =D

      Haha. Sporting dorang, terus pakai je skirt tutu bila disuruh. Hihi

      Delete
  16. Walaupun terpaksa join, tapi mcm seronok je Siqa. ha.. best tang part dpt medal tu ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join sebab nak dapat medal lah ni nadhie =D Hihi. Seronok sebab ramai2. Kalau sorang, memang tak lah pergi..

      Delete
  17. rajin nye siqah... dah kenapa ada 2 org pompom gel yg berlainan jantina tu.. hahaa. salah masuk group ek... kikikki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dorang sporting melayan bergambar. Terus pakai je tutu skirt tu haa. Hihi

      Delete
  18. comelnya skrit tu. hehe.. bestnya dpt lari ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ramai2 baru rasa motivated lebih sikit. Hehe

      Delete
  19. These banks were founded in 1863 and 1853 respectively. The bank's values are: Courageous, Responsive, International, Creative, Trustworthy.guarantor loans

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife