BOOKS I WANT TO READ IN THREE MONTHS

instalife

June 12, 2017

BOOKS I WANT TO READ IN THREE MONTHS




Assalamualaikum semua ~ 

Sememangnya aku adalah pengemar buku. Rasanya itu bukan rahsia lagi kan? Hihi. Sekarang sejak aku sudah mengenali E-Book, aku suka download E-Books sehingga tidak terkira banyaknya. Setelah dikira, aku ada almost 200 E-Books. Gila!! 😆

Selain itu, aku juga ada buku yang sudah dibeli tapi tidak dibaca lagi. Beli bukan main semangat, siap beli online weii! Tapi bila buku dah ada depan mata, masih tidak dibaca. Tersusun kemas saja di almari buku. Hmm. 

Bila banyak sangat E-Books dan buku, jadi pening gak nanye nak baca yang mana satu dulu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk memilih E-Books dan buku yang perlu diberi keutamaan untuk dibaca. 

Jom tengok buku apa yang aku rancang untuk habiskan selama tiga bulan. Aku plan untuk tiga bulan sebab bulan depan adalah bulan Aidilfitri. Mungkin sibuk nanti. Mungkinlah. Hihi. 


E-BOOKS





1) ONE OF US IS LYING - KAREN M. MCMANUS

Aku ternampak Claudy post buku ini di Instagram. Macam menarik bukunya. Dan aku terus buka aplikasi Goodreads untuk baca sinopsis buku ini. Aku terpikat untuk baca buku ini selepas baca sinopsis. Jalan cerita buku ni menarik! Kisah pembunuhan dan empat orang jadi suspek utama. 

Aku sedang baca buku ini sekarang. Semangat nak tahu siapa yang menipu dan siapa pembunuh sebenar. Tak sabar nak habiskan baca.

Di sini, aku letak sekali sinopsis daripada Goodreads =) 

Synopsis from Goodreads
One of Us is Lying is the story of what happens when five strangers walk into detention and only four walk out alive. Everyone is a suspect, and everyone has something to hide. 

Pay close attention and you might solve this. 

On Monday afternoon, five students at Bayview High walk into detention. 

Bronwyn, the brain, is Yale-bound and never breaks a rule. 

Addy, the beauty, is the picture-perfect homecoming princess. 

Nate, the criminal, is already on probation for dealing. 

Cooper, the athlete, is the all-star baseball pitcher. 

And Simon, the outcast, is the creator of Bayview High's notorious gossip app.

Only, Simon never makes it out of that classroom. Before the end of detention, Simon's dead. And according to investigators, his death wasn't an accident.

On Monday, he died. But on Tuesday, he'd planned to post juicy reveals about all four of his high-profile classmates, which makes all four of them suspects in his murder. Or are they perfect patsies for a  killer who's still on the loose? 

Everyone has secrets, right? What really matters is how far you would go to protect them. 


2) SAD GIRLS - LANG LEAV

Aku tertarik untuk baca buku ini selepas Nadiah beli buku ini secara online. Pada mulanya, aku hold dulu sebab buku ni masih tiada di kedai buku (rasanya, dah lama tak pergi kedai buku :D). Plan mungkin nak pinjam daripada Nadiah atau beli online jugak. 

Sehingga, aku jumpa buku ini di laman web yang biasa aku download untuk E-Books. Terus aku download dan mestilah masuk terus dalam TBR list =) 

Aku suka akan quote dalam sinopsis buku ini di Goodreads. 

"Your first love isn't the first person you give your heart to - it's the first one who breaks it." - True in my story.


3) FRAGILE LIVES: A HEART SURGEON's STORIES OF LIFE AND DEATH ON THE OPERATING TABLE - STEPHEN WESTABY

Ini adalah E-Book yang aku jumpa dan terus nak baca sebab cerita mengenai kisah benar yang diceritakan oleh pakar bedah jantung. Aku minat sangat kalau bab doktor! 

Masa kecik dulu, cita-cita aku nak jadi pakar bedah jantung. Haha. Tak tipu. Serius ni. Tapi apakan daya. Keputusan akademik tidak cemerlang mana, jadinya cancel jadi pakar bedah jantung 😂

Sekarang, aku yakin ada hikmahnya kenapa aku tak boleh capai cita-cita aku itu. Aku tak boleh tengok banyak darah dan ngeri tengok orang luka yang menakutkan in real life. Mama aku kena potong ibu jari kaki beberapa bulan lepas. Luka ibu jari itu pun aku tak tengok. Seram. Huhu. 

Dan lagi satu, aku bukanlah orang yang mempunyai keupayaan untuk bagi keputusan dengan pantas. Jadi doktor, kalau kau tak pantas berfikir dan do action, habislah pesakit. 

Jadi, yes, ada hikmahnya kenapa Allah tidak tunaikan impian aku yang satu itu. Sekarang aku selesa dengan kerjaya aku, in banking sector =) 

Okay. Aku dah melalut sampai ke cita-cita masa kecik pulak. Haha. 

Aku suka tengok cerita mengenai doktor. Drama kegemaran semestinya Grey's Anatomy dan Romantic Doctor Teacher Kim. Dan sekarang, nak baca buku kisah doktor pula. 

"The balance between life and death is so delicate, and the heart surgeon walks that rope between the two. In the operating room there is no time for doubt."



PHYSICAL BOOKS





4) PERANG MELAWAN MITOS - MEDTWEETMY TEAM

Okay. Kalau bab melawan mitos, memang aku nak sangat baca. Bukan apa, sekarang, kita lebih disogokkan dengan cerita di laman sosial dan mesej berantai di Whatsapp. Kadang-kadang aku jadi pelik pun ada. Betul ke tak boleh? Biar betul? Macam tak logik je? 

Sebab tu terus terang aku cakap, aku tak berapa suka akan mesej berantai di Whatsapp. Aku skrol je laju-laju. Biasanya. Huhu. 

Aku suka akan buku ilmiah begini. Insyallah ada ilmu yang akan kita dapat dengan membaca buku sebegini. 

Aku pernah baca buku Pena dan Picagari by Dr Khairul Hafidz dan aku sangat suka buku itu. Banyak kisah mitos yang aku yakin ia adalah mitos dan memang benar, ianya hanya mitos semata. Dan ramai orang yang lebih mempercayai mitos daripada kata-kata daripada orang profesional. Hmm. 


5) HIDUP YANG AKU PILIH - MUHARIKAH

Muharikah atau nama sebenar beliau, Dr. Nur Aisyah Zainordin. Aku suka akan penulisan Muharikah dan tidak menunggu lama untuk beli buku ini secara online selepas buku ini dikeluarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2017. 

Buku pertama daripada Muharikah yang aku baca bertajuk Kanvas. Buku wajib ada yang comel dan penuh dengan catatan positif di dalamnya. 

"Cukuplah diketahui bahawa setiap saat dalam hidup adalah pilihan kita sendiri, dan kita akan kelak ditanya tentang setiap satunya. Jadi, hidup yang bagaimana yang kita mahu pilih?"


6) ARKITEK JALANAN - TEME ABDULLAH

Sama seperti Muharikah, buku ini juga aku beli kerana suka akan penulisan Teme Abdullah selepas baca buku pertama beliau, Pelukis Jalanan


7) ESC - BUDAK TOMATO

Sama juga kisahnya untuk buku ini. Hihi. Aku telah baca buku kedua daripada Budak Tomato bertajuk Wor(l)d. Selepas ada beberapa rakan blogger yang komen mengatakan buku ESC ini best juga, aku pun beli. Hii. Terima kasih korang berkongsi buku menarik =) 


8) 365 - DR. ANWAR FAZAL

Aku tidak pernah baca penulisan beliau. Buku Diagnosis popular kan? Mesti ramai yang dah baca buku tu. Ini adalah buku yang aku ambil dan terus bayar tanpa baca sinopsis. Mungkin tertarik dengan buku yang putih bersih ini. 

"Ada apa sebenarnya dengan 365? Ada jawapan bagi gundah gulana, putus asa dan segala rasa yang mendera jiwa. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U pada tiap salah laku."


Berakhir sudah lapan buku yang ingin aku baca dalam masa tiga bulan. Wish me luck! 😊 Mungkin ada penambahan buku secara tiba-tiba. Mana tahu? 😅

Any books in the above list that you have read? Please share your review =)

Thank you for reading and have a nice day ^_^


54 comments:

  1. waww.. 8 buku dlm 3 bulan.. amazing... all the best babe..

    ReplyDelete
  2. Nak baca Arkitek Jalanan, Perang Melawan Mitos dengan buku husband Fatin Liyana tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Dr Anwar tu husband Fatin Liyana ke? Hehe. Tak tahu pulak. Selamat membaca Rasya =)

      Delete
  3. banyak nyaa bukuuu baruuuuu. lela cuti ni boleh la nak baca buku ppun. mintak ka siqah belanja buku la 1.hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dah tu Lela baca buku cuti sem ni. Ada jugak untuk mengisi masa terluang kan? Hee. Nanti akak buat buku preloved okay. Buku preloved yang free punya =)

      Delete
  4. Selamat membaca, Siqah.
    Samalah kita, akak kalau e-books tu, siap main susun2 ikut cover mana yang cantik. Bacanya tidak ;)
    Kira kategori tsundoku lah kita ni.

    Akak tertarik dengan Perang Melawan Mitos tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan kak. Download e-books pun kadang2 sebab cover cantik jugak. Hehe.
      Nanti Siqah review Perang Melawan Mitos ye =)

      Delete
  5. buku perang melawan mitos tu macam best je siqah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. siqah pun rasa best sebab melawan mitos. Dah baca nanti Siqah buat review ye =)

      Delete
  6. Perang melawan mitos 😍 ramai yg cakap best. Teringin nak baca but tak menyempat lagi nak ke kedai buku haha 😅 bila dah baca nanti, please buat review! Lenne suka baca review Siqah xx

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lenne. Ramai cakap buku mitos ni best. Siqah followers doktor2 ni kat Twitter. Asyik tengok orang post je pasal buku ni. Hee. Siqah dah habis baca nanti, Siqah buat review okay. Thank you Lenne suka baca review Siqah <3

      Delete
  7. Selamat membaca Siqah...bagus...apa pun bentuk sumber bacaan selagi memberi manfaat...teruskan ya.. :)

    ReplyDelete
  8. Perghh buku2 siqah baca memang dasyat2.. mesti dah byk koleksi siqah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sampai kena pilih mana satu nak baca :D Lea pun apa kurangnya kan =D

      Delete
  9. saya banyak beli buku online kat google. ada a few belum habis baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan membaca awak. Nanti boleh share review buku yang awak baca tu =)

      Delete
  10. banyak buku saya pun belum habis baca. jom sama2 baca

    ReplyDelete
  11. Alamak buku yang akak beli tu best and hotseller kot, ira baca review reader kat twitter kata best tapi nak beli tulah takut ira kepam je 😏 Em emm ira tunggu kak siqah tolong review overall story lah untuk ira hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti akak baca dan buat review k Ira. Tunggu tau. Hehe.

      Delete
  12. Haaa~ ebooks tue buku sama kita download lah . Hahhaha meh lah kita baca sesama . Kan !!! One of us is lying tue tak sabar nak tahu ending.

    One of us is lying and sad girls tue tak sabar nak baca beli physical book lastly baca ebook jugak . Hahahha

    365 tue best !!!! Dia quote tapi bagi kesedaran dkt kita . Best lah. Saya suka .

    All the best Siqah !! Tapi , saya rasa awak bleh je habiskan 8 buku dlm sebulan awak baca buku laju kotttt hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ebook lagi mudah nak baca kan. Tu yang duk baca ebook je pulak. Hihi. Saya baca tak lah laju sangat pun. Depend on jalan cerita jugak. Kalau menarik, memang saya baca je tak sudah. Hehe.

      Delete
  13. Wahh,banyak buku! Selalu download e-book di mana? (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah DM awak dah ye. Selamat mendownload dan membaca Azra =)

      Delete
  14. Buku Dr. Anwar tu salah satu buku kegemaran ni. Banyak sangat quotes yang bagi kesedaran. Banyaknyaa Siqah baca ebook. Nani ni bulan puasa mashaAllah malas dia. Buku beli masa pbakl banyak lagi tak baca. Huhu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Siqah suka baca ebook sebab senang dalam phone je. Sekarang malas dah bawa buku ke mana2 sebab dah ada ebook. Hee.

      Takpe take your time Nani nak membaca. Baca ni pun nanye ikut mood jugak kan =) Yang penting lepas baca sila review okay. Mana tahu Siqah berkenan nak baca pulak. Hehe

      Delete
  15. Wow seems like kita samalah suka buku. Nak beli buku perang melawan mitos tu tapi susah nak cari kat bookstore huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Fatini. Siqah ada juga baca komen kat Twitter kata buku Perang Melawan Mitos susah nak dapat di kedai buku. Fatini boleh beli online direct daripada MedTweetHQ. Siqah beli dari sana =)

      Delete
  16. Banyak buku kena habiskan Siqah..
    Marathon gitu..
    Eloklah Siqah ada hobi membaca sebab ianya baik untuk kuatkan daya fikiran..
    Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak LZ! Tapi siqah ni pelupa jugak nanye. Hehe.

      Delete
  17. Bagus Siqah. Rajin baca. Keep it up siqahhh. Hee..

    ReplyDelete
  18. Sy tertarik dengan buku no 6, 7 dan 8 ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak baca lagi semua buku itu. Hehe. Nanti dah baca, Siqah review okay. Mana tahu Nour pun berminat nak baca nanti =)

      Delete
  19. Semua tak baca lagi.. hehehe.. menantikan review siqah nie.. You can do it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat sekarang, baru baca 2 buku je 😅 Thank you Sha nanti Siqah review okay =)

      Delete
  20. ARKITEK JALANAN tu ramai cakap best, heehe husniey baca kat twitter penulis tu je ramai bagi feedback best katanya ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Buku first penulis tajuk Pelukis Jalanan best! Tu yang Siqah beli Arkitek Jalanan. Ramai cakap buku kedua lagi best.

      Delete
  21. Memang tak dpt dinafikan lagi yang Siqa memang ulat buku. :) dasat ar online banyak, physical pun banyak. btw hobi yg sangat bermanfaat ni Siqa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Itulah. Siqah rasa bahagia je bila ada banyak buku walaupun tak tahu bila nak habiskan baca semua. Hehe.

      Delete
  22. Selamat membaca siqah. hehe. Eyqa pun sama nak baca One of us is lying.tp skrg sdg reading slump. jadi. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah baru habis baca dua buku je Eyqa. Lambat rasanya bulan ni. Hehe. Lahhhh EYqa sedang reading slump rupanya. Patutlah sunyi je rasa takde update new novel. Hehe. Takpe2. Next month maybe reading slump dah pergi =D

      Delete
  23. Lya memang suka membaca but only bila ada mood. Masa takde mood tu nak habeskan satu ayat pon susah haha. Lya tengah cari Arkitek Jalanan! Belum jumpa lagi.

    Good luck dalam misi membaca siqah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya dah baca ke Arkitek Jalanan? Siqah dah baca sikit, pastu duk pending je pulak buku tu. Hii

      Delete
  24. Baru habis baca arkitek jalanan pastu baru tahu tu buku kedua. Haha kelmarin pergi cari buku first yg pelukis jalanan, boleh pulak sold out. Adoi laaaaa.

    Esc akan dibaca dalam minggu ni harapnyaaaa. Nak cari buku Muharikah especially Kanvas, tapi macam tak jumpa kat Popular hari tu. Mungkin terlepas pandang kot alahai.

    On the way nak baca - Cakar Ayam Seorang Doktor 1 (done),2,3. Haaaa, Siqah kan suka buku2 doktor ni haha sila cariiii. Best jugak sbb banyak ilmu perubatan diceritakan dalam bahasa pasar (omputih panggil Layman terms).. pastu banyak tips2 jugak.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Adoii. Buku pelukis jalanan dah sold out. Hanis kalau nak pinjam buku tu daripada Siqah, cakap lah. Siqah boleh bagi pinjam kat Hanis. WS je okay :)

      Haa siqah tak baca lagi ESC. Haha. Terpikat nak baca buku lain lagi.. Hihi. Haa nak pinjam Kanvas pun boleh :)

      Siqah dah ambil beberapa kali dah buku Cakar Ayam tu tapi entah kenapa masih tak beli. Hanis cakap best ni, mulalah kang beli. Hihi. Hanis habiskan baca semua buku Cakar Ayam okay, pastu review. Siqah tunggu. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife