Mencari Barang Lama / Antik di Pasar Karat

instalife

August 16, 2016

Mencari Barang Lama / Antik di Pasar Karat

Assalamualaikum dan hello semua =) 

Tengok tajuk entri ini yang panjang pastinya korang dah tahu entri ini nak bercerita mengenai apa. Hehe. 

Pasar karat atau Flea Market dah banyak tumbuh di negara kita. Dinamakan pasar karat kerana kebiasaanya tempat ini menjual barang antik atau lama, dan juga barang terpakai. 

Antara tempat pasar karat yang popular di negara kita adalah Lorong Kulit Pulau Pinang, Pasar Loken Ipoh, Pasar Karat Jalan Hang Lekir Melaka, dan Amcorp Mall Flea Market Petaling Jaya. 

Aku berpeluang ke Amcorp Mall Flea Market pada hari Ahad lepas. Tujuan aku untuk beli satu benda je. Satu je! Apakah? Hehe. 

Amcorp Mall Flea Market diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Aku syorkan korang pergi pada hari Ahad sebab lagi ramai peniaga ada di sini. Dan pergi di awal pagi. Sebab kalau tengahari dah ramai orang dan satu lagi tempat parking pun susah nak dapat. 

Bayaran parking di sekitar Amcorp Mall agak mahal sebenarnya. Boleh parking dalam bangunan Amcorp Mall kalau korang datang awal. Harga lebih murah berbanding parking di luar. 

Hari tu, aku datang lambat juga memandangkan kami ke KL dulu di awal pagi. Makanya, parking jela di luar Amcorp Mall. Redha jela bayar parking mahal. 

Aku tak ambil gambar setiap gerai. Malas nak pegang phone di kala orang ramai. Makanya hanya gambar dari pemandangan atas dan jauh jela eh yang boleh kongsi di sini.

View dari atas 
 

Ada lebih 300 gerai dibuka pada hari Ahad. Banyak kan? 

View di tingkat bawah 
 

Di tingkat atas pun ada juga flea market ini. Bukan di bawah saja. Jadi memang banyak masa dihabiskan di sini untuk melihat semua gerai yang ada. 

 

Banyak barang yang dijual. Kalau korang pengumpul duit syiling, duit kertas lama, dan CD/DVD dan piring hitam, tempat ini lah tempat yang sangat sesuai untuk korang datang. Serius, banyak betul ada. 

Selain itu, ada juga setem, tembikar lama, almari ( yang kecil ), buku, keris, barang perhiasan wanita, barang permainan kanak-kanak, barang-barang Coca Cola, jam lama dan sebagainya. 

Dalam banyak barang tersebut, mata aku hanya fokus mencari satu barang saja iaitu: 

NOVEL ENGLISH LAMA 

 

Tengok muka depan, dah terfikir benda lain ke korang? Haha. Novel ni semua bukan untuk aku. Mak Lang aku pesan suruh carikan novel sebegini untuk dia. Sebab dia dah baca sekali dan katanya seronok. Cerita zaman dahulu. Cerita Lord, ballroom, ada majlis tari-menari.

Aku pernah baca satu novel macam ni di rumah Mama. Tak faham weiii. Bahasa yang digunakan high level sangat rasanya. Lagipun aku tak berapa minat dengan kisah zaman dahulu ni. Tak minat membaca, kalau tengok filem, aku minatlah. Sebab ada subtitle. Hehe. 

Nak tahu harga novel di atas berapa? Haha. Murah gila! Aku terkejut bila dengar. Boleh tanya sekali lagi kat Uncle tu sambil besarkan mata. Haha. Hanya RM2 untuk satu novel. Murah kan?? Aku borong semua novel yang ada kat gerai tu. Ada 13 novel. Baru RM26 total. Hehe. Berbaloi sangat rasanya! 

Sesiapa yang berminat dengan barang lama/ antik atau barang terpakai, bolehlah terjah ke Amcorp Mall Flea Market. Mungkin korang akan jumpa barang yang dihajati. Cuma kena rajinlah tengok setiap satu gerai yang ada. 

Flea market di dalam Amcorp Mall. Di luar Amcorp Mall, ada juga gerai jual baju, tudung, kasut, dan sebagainya. Makanya, selamat berbelanja eh! Hehe. 

Note: Mak Lang sabar ye menunggu sehingga Hari Raya Aidiladha nanti =D 

25 comments:

  1. officemate i india sorang,suka sangat beli novel cam tu tau siqah,katanya lepas baca mesti dia makin sayang husband dia..hehe i gelak je siqah..tapi ye lah tu kot,ikut orang kan,btw dulu i pernah jugak plan nak niaga kat amcorp mall untuk weekend,tapi tak jadi sebab tak tahu nak business apa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin sayang husband ek? Boleh camtu.. Hehe. Agaknya macam2 reason orang membaca kan =)

      Kalau irda berniaga kat situ, dah boleh siqah terjah. Takpelah, irda kira berniaga jugak. Jual coway =)

      Siqah pun pernah jugak plan nak berniaga kat amcorp mall tu. Nak berniaga novel yang bersepah dan baju preloved. Haha. Tapi plan je, tak pernah jadi pun =D Tak boleh nak curi masa lagi.. Hee

      Delete
    2. cmane nak meniaga kat sana

      Delete
  2. murahnya novel2 tuh dik oi... selalu novel omputih kan mahal

    tp yelah nengok dia nyer cover tuh mmg tak menahan kih3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murahkan kak.. Maybe sebab novel lama kot, tu yang murah. Cuma siqah tak sangka murahnya sampai tahap rm2 satu. Hee

      Hehehe. Itulah pasal kak. Tengok cover buku pun cam segan. Hahaha.

      Delete
  3. berbaloi tu membeli :)
    sgt murah...

    ReplyDelete
  4. mmg every weekend ade flea market ke siqah????

    ReplyDelete
  5. perghhhh dia punya cover >< tapi memang berbaloi kan? murah kot RM2 ! sape nk bg ! Dah la tebal, cover pulak ehemmm. hahahah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Berbaloi sangat.. Dan cover buku memang ehemm ehem. Hahaha. Orang kedai pun buat muka pelik masa siqah borong semua =D

      Delete
  6. oit.. oit.. tak ajak lea pownn...!! majokk ar camni.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Pengemar buku sudah datang =D

      Nanti kita set time jumpa kat flea market eh lea. Hehe. Tak mau merajuk eh =D

      Delete
  7. murah dan berbaloi..nanti nak terjah juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kak linda.. Memang murah dan berbaloi :)

      Delete
  8. akak pun selalu turun ke pasar karat ni tapi kat perak je lah. -Pasar Loken Ipoh tu..
    kadang-kadang tak beli apa-apa pun, saja suka jalan-jalan dengan family tengok barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo akak tinggal di ipoh eh? Teringin siqah nak ke ipoh. Banyak tempat menarik kat sana. Kafe hipster pun banyak kan.. Hehe.

      Jalan-jalan pun best. Macam-macam barang ada kan kak =)

      Delete
  9. Yup murah..! Reen pun sama macam Siqah.. Tak reti baca novel lama macam gini. Hihihi tak berapa faham.. Haahaha 😄😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 reen! 😁 serius tak faham baca novel lama. Bahasa jiwa bangsa sangat 😂😂

      Delete
    2. Hahahaa Pernah beli novel fantasy.. Tapi bila baca, pening kepala. Lepas tu.. Reen tutup buku dan perap hihihihi

      Delete
  10. Hehe. Itulah yang sebaiknya reen. Daripada kita teruskan pening, baik tutup terus. Hehe.

    ReplyDelete
  11. OMG Siqahhhh, novel English lama tuuuuu, mak suka sangat! Kalau pergi kedai Novelhut (tempat sewa jual beli buku) memang satu beg penuh mak sewa untuk stok bacaan dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu ada kedai untuk sewa buku eh? Kat KL takde pulak, or Siqah yang tak tahu. Hihi. Iya, Novel english lama. Mak Lang Siqah suka sangat, siap pesan suruh beli. Hihi.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife