Hi semua =)
Ingat sushi, ingat Jepun! Hehe. Aku menyimpan hasrat mahu ke Jepun. Rasanya semua orang ada hasrat begitu kan? Betul tak? Teringin nak pergi semua tempat menarik di Jepun terutama Gunung Fuji. Tengok gambar cantik gila! Kalau pergi tengok dengan mata sendiri, terkedu rasanya.
Gunung Fuji
Wish nak pergi Jepun masa musim bunga. I love flowers! Suka sangat. Masa ke Korea tahun lepas pada musim bunga, dah rasa gila tengok bunga. Tak tahulah Jepun macam mana pulak. Lagi gila kot! Haha.
Cuma Jepun, mata wang mereka sangat tinggi. Kalau Korea masih boleh gigih lagi nak pergi. Kalau Jepun, jumlah wang simpanan wajib tinggi baru boleh ke sana.
Takpelah. Aku simpan angan-angan dulu nak ke Jepun. Insyallah, jika diizinkan, sampai juga ke sana. Biar lambat asalkan pergi =)
Sebab apa tiba-tiba aku bercakap mengenai Jepun? Hee. Semua kerana persembahan Warming Up Tokyo 2020 Olimpic yang gempak gila masa Closing Ceremony RIO 2016.
Persembahan mereka best sangat! Jepun terkenal dengan teknologi yang hebat. Persembahan pun nampak menggunakan teknologi yang ada. Amazing! Dan comel bila ada Mario dan Doraemon. PM Jepun bertukar jadi Mario untuk ke RIO, lepas tu Doraemon datang bagi pintu ajaib. Terus sampai RIO. Hehe. Comel!
Korang dah tengok ke? Kalau belum, aku ada sertakan sekali video di bawah. Mana yang dah tengok tu, sama tak keterujaan macam aku? Haha. Terus rasa nak pack barang pergi Jepun. Tapi tiket flight tak beli lagi. Acane? Haha. Memang tak sampai lah :p
Tokyo 2020 Olimpic
Dengan ini, tabung ke Jepun dilancarkan! Hehe. Niat nak pergi masa Olimpik tapi diadakan masa musim panas. Apa ke nak pergi musim panas. Cukuplah Malaysia panas!
Tapi nak sokong atlet Malaysia! Teringin nak pergi tengok live sukan badminton, berbasikal, dan swimming. Tengoklah camne. Duit wajib ada dulu. Hee. Sekarang berangan je mampu. Semoga semua dipermudahkan. 4 tahun lagi.
Korang tolong doakan ye. Hehe.
woowww bestnyaa kita pun nak sangat p japannnn!! :D
ReplyDeleteBest!! Jom kumpul duit sesama :)
Deletelagi 4 tahun, in shaa Allah, boleh penuh tabung tu...*fighting*
ReplyDeleteInsyallah. Moga bolehlah penuh tabung. Takut tabung banyak kena dibocorkan nanti π π
DeleteSee youu soon in tokyo! InsyaAllah.Nk g jgkk!!
ReplyDeleteHee. See you soon in Tokyo jugak mas. Moga semua dipermudahkan π
Deletewahhh..bestnyeee..dah siap ada tabung ke jepun ye dear..irda doakaj siqah dapat p jepun ya..irda pun teringin sangat nak p jepun...tp skrg keje keras kumpul.duit utk capai impian je dulu..hehe...nanti kalau siqah p jepun jgn lupa beli fridge magnet gau..haaa lepas tu buat getway dpt fridge tu..confirm.irda org pertama join..hahah
ReplyDeleteHehe. Insyallah dear. Impian siqah begitulah tapi tak tahulah kan. Sekarang angan2 dulu dan sediakan tabung dulu. Hehe. Kalau pergi, sure buat GA fridge magnet. Kiki.
DeleteMoga impian irda tercapai! You can do it irda. Siqah percaya irda boleh buat ❤️πͺ
pebret part mario tu. hahahhhahha
ReplyDeleteHahahah. Kan best part tue! π
Deletegood luck on tabung olimpik 2020 ! berangan takpe babe tapi bior dengan usaha :) mek sokong awk !
ReplyDeleteBetul tu mek! Angan dengan usaha. Moga tercapai. Amin π Tq mek bagi semangat. Hihi
Deletekalo sebut tokyo mesti kita nak tgk bunga sakura tu kann
ReplyDeleteBetul tu jue. Memang nak tengok sakura. Cantik sangat πΈπΈπΈ
DeleteinshaaALLAH moga dpt p jepun plak ya..
ReplyDeleteInsyallah yui π
DeleteSemoga hasrat untuk ke Jepun akan tercapai ;-)
ReplyDeleteHee. Thank you Mrs A :)
Deletesemoga tercapai. dulu masa kekecik suka sangat Jepun, sebab minat anime. selalu berangan nak pegi Harajuku street tu sebab nak pakai cosplay sailormoon/cardcaptor sakura siap rambut kaler pink. memandangkan sekarang dah pakai tudung and dah jadi mak budak macam huduh je buat perangai gtuh. hahaha
ReplyDeletein sha Allah masih simpan angan angan nak pergi. tunggu anak besau lah kot
Wahh mommy minat sangat anime ye. Hehe. Insyallah, nanti anak dah besar boleh pergi kan. Siqah pun simpan angan-angan dulu nie :)
Delete