REVIEW FILEM | BISIK PADA LANGIT dan TEROBEK RAYA

instalife

September 25, 2017

REVIEW FILEM | BISIK PADA LANGIT dan TEROBEK RAYA




Review datang lagi. Hihi. Disebabkan review filem adalah entri paling senang nak dibuat, maka aku masih dalam mood review ye ^_^

Aku gabungkan dua review filem dalam satu entri. Mudah dan pantas :D

FILEM BISIK PADA LANGIT




Filem yang sangat aku nantikan.  Bila dah habis baca novel, lagi semangat nak tengok filem ini. 

Untuk pengetahuan semua, jika masih ada yang belum tahu, novel Bisik Pada Langit adalah adaptasi untuk filem ini dan bukan sebaliknya. Maksudnya, skrip Bisik Pada Langit dihasilkan dahulu kemudian Siti Hajar mengarang sebuah novel berdasarkan skrip tersebut. Aku pun baru tahu selepas seorang insan meninggalkan komen di ENTRI INI. Barulah selepas itu, aku membaca fakta yang sama di page Karya Siti Khadijah di Facebook. 

Aku akan terus berkongsi ulasan mengenai filem ini. Rasanya korang dah tahu sinopsis filem ini kan? Kalau belum tahu, boleh juga baca dalam entri review novel Bisik Pada Langit

REVIEW

Sebuah kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh hati. Plot cerita filem ringkas dan tidak meleret. Apa yang paling penting adalah mesej kekeluargaan yang disampaikan dalam filem ini.


LAKONAN BERKESAN 

Semua pelakon sangat bijak membawa watak yang diberikan. Sungguh berkesan terutama watak Wak Rosli yang dibawa oleh Jalil Hamid. Sedih gila weii! Tengok reaksi muka Jalil Hamid pun dah sedih, belum dia bercakap lagi 😭 

Ada juga dialog Jalil Hamid yang sebenarnya serius tapi kelakar pulak. Haha. Akan mengingatkan kita pada ayah-ayah kita yang bercakap kuat tiba-tiba. Marah tapi sebenarnya dia tengah serabut tu. Hihi. Automatik teringat kat Ayah <3


Watak Siti Hajar yang dibawa oleh Ummi Nazeera, walaupun babaknya tidak terlalu banyak, tapi disampaikan dengan sempurna. Aku suka melihat wajah Ummi dalam filem ni. Comel tambah lagi babak dia berlari kutip botol. 

Pelakon lain juga sama. Semua bijak melakonkan babak yang diberikan. Salah seorang daripadanya adalah Beto Kusyairy. Lakonan Beto tak pernah menghampakan aku. Sentiasa best! 


SINEMATOGRAFI TERBAIK

Serius terbaik! Nak cakap lebih bab ini pun aku tak tahu sangat. Tapi yang pastinya, cara penyampaian dan penyusunan setiap babak sangat menarik. Babak rewind selepas semuanya berakhir adalah pelengkap untuk filem ini. Best! Tahniah kepada Kabir Bhatia dan semua krew yang terlibat. 


PASTI MENITISKAN AIR MATA

Aku menangis tiga kali semasa menonton filem ini. Ketika Wak Rosli mengajar Hajar mengucap di telefon, semasa jenazah Hajar tiba di kampung, dan semasa video Hajar dimainkan selepas pengebumiannya. Sedih sangat. Bercucuran air mata 😭

Korang menangis je masa masa tengok filem ini. Jangan segan dan malu. Orang sebelah kau pun pasti menangis jugak. Orang sebelah aku teresak-esak menangis. Selang satu kerusi dan aku masih dengar dengan jelas dia teresak-esak. 

Satu lagi, korang tak payahlah lap air mata yang mengalir. Sebab korang akan menangis dan menangis lagi. Biarkan saja air mata kering sendiri di pipi seperti yang aku buat. Hihi. 


BANYAK MESEJ MENGENAI KELUARGA DAN KEHIDUPAN 

Aku tak nak taip lebih mengenai bab mesej ini sebab aku dah taip panjang berjela dalam Review Novel Bisik Pada Langit. Korang boleh klik LINK INI untuk baca ye :)

RATING AND RECOMMENDATION

Rating: ★★★★

Filem berkisarkan keluarga yang pasti akan membuatkan kita mengingati keluarga dan secara tak langsung lebih menghargai keluarga kita. Setiap pengorbanan ayah mak dan adik-beradik, hanya Allah yang mampu membalasnya. 

Filem mesti tonton! Kalau tak sempat tonton di pawagam, boleh langgan nanti di Astro First okay ^_^ 


****************************

FILEM TELEVISYEN TEROBEK RAYA




Review filem televisyen (FTV) ini selingan je sebenarnya. Hihi. Nak jugak buat review untuk FTV Terobek Raya!!

Kalau korang tengok senarai pelakon dalam gambar di atas, pasti korang dah dapat agak yang ini adalah cerita berkonsepkan komedi dan hiburan ringan. 

Terobek Raya akan mengimbas kembali kenangan berpuasa, menyambut hari raya, pergi beraya ke rumah orang kampung (nak duit raya je, tak nak makan 😆), amalan bertandang dan meminang, serta banyak lagi yang dilalui oleh masyarakat zaman dahulu. 

Idea asal daripada Johan dan  Ozlynn dan tiada skrip untuk filem ini. Semua pelakon perlu menjadi kreatif dan spontan dalam melontarkan dialog yang dirasakan sesuai untuk babak itu. 

Pendek kata, seperti kita melihat Super Spontan. Hihi. 


LAWAK! LAWAK! LAWAK! 


Tolonglah langgan filem ini. Haha. Tolonglah. Aku dah dua kali langgan di Astro First dan berulang kali tengok selama dua hari setiap masa. Haha. Serius lawak weii!! Berkali tengok pun masih ketawa terbahak-bahak. 

Tak boleh bla lah dorang semua ni 😆

Lagu Zapin Usik Mengusik yang dipopularkan oleh Senario dan Haida turut diselitkan dalam filem ini. Bukan diselitkan je dah, satu lagu habis dorang nyanyi. Haha. Yang jadi Saadon masa lagu ni adalah Beto Kusyairy. Serius lawak weii!! Belum lagi bab Beto Kusyairy jadi tukang jahit. HAHA. 

FTV Terobek Raya masih ada di Astro First. Sila langgan sebelum tamat ye. Tak rugi langgan. Percayalah. HAHA. 


***********

Sekian saja review aku mengenai dua filem yang ternyata dalam kategori yang berbeza ^_^

Terima kasih sudi baca :)

Korang dah tengok filem yang mana? Apa pendapat korang? Best? 

Banyak pulak rasanya tanda soal. Hihi. 

47 comments:

  1. Dua2 ada Beto :D haha he is truly a great actor. Cerita2 yg dia berlakon mmg rasa laa penyampaian tu sampai. Rasanya mula kenal Beto ni masa Aku, Dia dan Tong Sampah.

    Oh ye, Kabir Bhatia yang buat drama Nur Kasih dulu kan?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah lupa lah cerita tu. macam pernah dengar tajuknya. Best kan Beto. Lakonan dia menjadi je tau. Hanis ada tak tengok filem Bravo 5? Filem tu pun best. Teresak-esak ending tengok Beto ni.

      Haah. Drama Nur Kasih pun Kabir Bhatia jugak.

      Delete
  2. ramai yg bagi good review bisik pada langit tu, maybe nnt mrs pip nak tengok juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Mrs Pip. Jangan lupa ke pawagam ye :)

      Delete
  3. Alaaa nak jugak pi tengok BPL tu tapi takde geng nak ajak teman. Tengok pulak screen besar dengan suara penuh ruang fuhh boleh bayang feel babak sedih tu macam mana. Mesti menusuk ke lubuk jantung lah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak takde teman ke Ira? Tengok sorang pun boleh, lagi lebih feeling tu :D

      Delete
  4. rmi riveuw cter bisik pd langit best.. menyayat hati berkiasar rakyat marhean yg dr fmily yg susah.. msuk list nak tgo citer ni..

    terobek raya bg zie kureng sikit hahah.. sbb spontan mcm lawak macam tak jadi.. ada part yg kelakar.. huhuiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Sila tengok nanti eh Zie filem BPL. Best dan sedih lah mesti tapi banyak pengajarannya.

      Alaa yeke? Haha. Mungkin Siqah dan Hubs jenis yang mudah terhibur kot. Hehe.

      Delete
  5. terobek raya akak dh layan filem bisik pg langit je akak tak layan lg, mmg rata2 org kata cite nya sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kak ceritanya. Pasti menitis air mata tengok T_T

      Delete
  6. cite Bisik Pada LAngit tu cam menarik..x sabar nak tengok.. weekend baru2 ni pun keje layan muvi jer tp kat rumah jer la.. hihi

    ReplyDelete
  7. Tengok dekat twitter ramai yang puji cerita Bisik Pada Langit. Teringin juga nak tengok tapi takde rezeki la rasanya nak tengok tahun ni.

    ReplyDelete
  8. Siqahhh! Nani baru aje lepas tengok tadi. Ingatkan hati kebal sangat, sekali meleleh jugak air mata ni. terasa dekat sangat cerita ni dengan hati. Best sangat sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn!! Hati tak kuat mana lah maknanya kita ni. Hehe. Serius sedih, memang mengalir jela air mata since Hajar meninggal 😭😭

      Delete
  9. tak sempat lagi nak tengok citer ni , ramai yang review citer ni sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih T_T Nanti CCL boleh tengok jugak :)

      Delete
  10. tak sempat lagi nak tengok BPL tapi ada tengok sikit klip lawak dari movie Terobek Raya tu yang part marsha makan nasi sedap sangat sampai bertukar jadi Sherry hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Babak tu memang lawak Farhana!!! Bab pantun masa bertunang pun lawak jugak. Eh memang lawaklah cerita ni. Tengoklah. Hehe :D

      Delete
  11. nak kena cari buku Bisik Pada Langit ni. memang baca ramai puas hati dengan filem ni, teringat nak tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah ada buku BPL. Tapi dah ada orang nak beli :) Filem ni memang puas hati. Serius puas hati. Tengoklah nanti ye :)

      Delete
  12. ya ALLAH xsabar nak tengokkkkk :D

    ReplyDelete
  13. airah pun teringin nak tengok bisik ada langit tu tapi jarang sangattengok cerita melayu dekat wayang nanti husband airah pun nak tengok pun hehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband Siqah pun tak suka tengok filem Malay sedih2 kat wayang, tu yang Siqah pergi dengan kawan. Hehe.

      Delete
  14. Ramai yg cakap filem ni BPL ni sedih. Nak tengok tp wayang yg dkt umh reen xamik lak filem ni. Frust tol.

    Tgok iklan terobek raya tu lun ase da kelakar.kalau tengok mesti lagi kelakar. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanye kan Reen, memang tak banyak lah pawagam ada filem BPL ni. Area rumah Siqah pun takde. Terpaksa menapak jauh sikit sebab nak tengok punya pasal. Huu. Nanti Reen tengok kat Astro First lah. Dua hari berturut tengok :D

      Kelakar terobek raya. Lawak spontan dorang semua. Hehe

      Delete
  15. teringin nyer nak tgk BPL. tgk preview dia pun dah sedih. ramai member aida dah tgk. and their review are sgt best, wajib masuk panggung. ntah la bila ada masa, siqah. nak bwk anak2 tu yg payah. kena tgk timing btol.
    and for terobek raya, pada aida tiada bintang boleh aida kasik. yg best hanya lokasi penggambaran nyer cantik. di perkampungan hang tuah, melaka. tu ye yg menawan hati aida. yg lain, pada aida out! maybe sebab aida kurang suka citer lawak. so susah bagi aida nak gelak kalau lawak tak kena. aida terus compare dgn gaya telemovie dulu kala yg apek scenario selalu buat. apek's was better la, siqah.
    tapi aida salute la effort yg johan buat. ni mungkin first try. boleh diperbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BPL memang best dan sedih. Huhu. Takpelah nanti boleh subscribe kat Astro First. Boleh tengok dua hari lagi. Alaaaa yeke? Siqah jela rasa cerita tue best? Hee. Mudah terhibur kot. Yes, tempat pengambaran filem tu menarik.

      Delete
  16. Banyak feedback baik untuk filem bisik pada langit ni.. Harap-harap sempat tengok

    ReplyDelete
  17. Sempat tengok tu. astro first ada jugak :D

    ReplyDelete
  18. memang ramai yang kata filem ni best..

    btw, saya baca entry siqah ni baru saya tahu yang sebenarnya novel nya dibuat selepas skrip filem ini siap. sebab biasanya, filem adaptasi novel, yang ini terbalik pulak. btw, good job pada skrip writers dan pengarang novel ni.hehe

    ReplyDelete
  19. best ke citer ni, nak tgk jugakla

    ReplyDelete
  20. Alamak, nak tonton lah filem bisik pada langit.

    ReplyDelete
  21. nnt nak langgan kedua2 filem ni kat astro..thanks for the review!

    ReplyDelete
  22. tak smpt lg tgk bisik pada langit

    ReplyDelete
  23. Tak tgk lagi bisik pada langit.. Terbaik review siqah..

    ReplyDelete
  24. Bila baca review siqah ni terus rasa nk tgk filem ni.. Hehe.

    ReplyDelete
  25. Rata-rata cakap cite Bisik Pada Langit tu mantap terutama lakonan Jalil Hamid ... Tapi kenapa saya rasa cam kurang promosi ??

    ReplyDelete
  26. Nak tgk tp kena tggu dekat astro first je. Tak sabar nk tgk jugaaaa. Suka lakonan ummi tp suka lagi dengan lakonan beto 😅

    ReplyDelete
  27. lama sgt tak tgk wayang. nak tgk cerita ni. review mcm best

    ReplyDelete
  28. Nak tengok Bisik Pada Langit sebab ramai kata best.
    Tapi sis takut tak mampu tahan air mata haha...

    ReplyDelete
  29. Wah, review yang menarik, nak kena tengok movie nie.. =)

    ReplyDelete
  30. bisik pada langit antara yang MV nak tengok tq for review

    ReplyDelete
  31. best cerita ni,penuh motivasi..dua kali tgk kt wayang

    ReplyDelete
  32. Satu cerita sedih dan satu lagi cerita happy. Emosi seimbang giteww. hihi. Ada masa nanti hope dapat tgk dua dua movie terbaik ini. Terbaik semua. :D

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife