10 BOOKS I'D LOVE TO READ AGAIN

instalife

September 07, 2017

10 BOOKS I'D LOVE TO READ AGAIN




Menjawab salah satu soalan dalam Would You Rather Book Tag membawa aku kepada penghasilan entri ini :) 

Soalan nombor 7 yang aku maksudkan. Kalau korang nak tahu soalan apa, boleh klik link yang diberi di atas ye. Saja nak suruh korang klik link. Boleh juga menambahkan total pageviews yang segan je hidupnya 🙈😅

Sebagai seorang pencinta buku dan mempunyai lambakan buku yang belum dibaca, untuk aku membaca kembali buku kegemaran adalah mustahil. Diulang sekali lagi, mustahil. HAHA. 

Ini kerana aku lebih berkeinginan untuk membaca buku baru daripada baca kembali buku yang telah dibaca. Tak nak buang masa baca benda yang sama nanye. 

Tapi jauh di sudut hati, ada beberapa buku yang aku rindu nak baca lagi, jika ada kelapangan. Buku yang masih melekat di akal fikiran dan hati. 

Setiap orang mesti ada buku kegemaran kan? 

Jadi, dalam entri ini, aku akan berkongsi 10 buku kegemaran yang aku rindu nak baca semula 😊 



1) UNGU KARMILA - RAMLEE AWANG MURSHID

Published 2008


Ini adalah buku pertama yang berjaya membuatkan aku jatuh cinta terus tersungkur rebah jatuh tergolek-golek dalam karya penulisan Ramlee Awang Murshid. Al kisahnya, buku ini ada di rak buku rumah Atuk. Aku yang tengah bosan ketika itu hanya ambil satu buku secara random untuk dibaca. 

Terus stuck jadinya dengan buku ni. Selepas buku ni, aku berminat untuk baca semua karya Ramlee Awang Murshid. Dan kini, buku beliau merupakan salah satu koleksi kegemaran dan kesayangan aku 😍

Aku berkongsi minat membaca buku RAM dengan kakak aku, Along. Dia pinjam buku aku je, dah tahu confirm aku akan beli buku RAM. Tak nak membazir katanya. Hihi. 


2) P.S. I LOVE YOU - CECELIA AHERN

Published 2005

Definitely one of my favourites among the books. A novel about holding on, letting go, and learning to love again. Gerry (Holly's husband) wrote a series of notes to his wife before he died. Menangis wei baca novel ni. Sedih dan sangat terkesan di hati 😭

Luckily, aku baca buku dahulu sebelum tengok filem. Ternyata aku lebih sukakan versi buku daripada filem, as usual. Tapi tengok filem pun rasanya aku menangis juga. Eh yeke? Haha. Lupa! 

Serius aku adore dengan cara Gerry tinggalkan notes untuk isteri dia. Susah dan sedihnya bila pasangan hidup sudah tiada di sisi. Notes yang Gerry tinggalkan adalah untuk memberi masa dan tips untuk Holly agar boleh mulakan hidup tanpa dia di sisi T_T


3) HELLO IT'S ME - ANNA LEE

Published 2016

Anna Lee is one of my favourite local author. Buku ni sangat best. Tak  tipu. Sungguh! Best! Baca lah eh? 😉 Sebenarnya aku crush dengan watak Duta dalam buku ni. Haha. Kalau korang baca buku ni, confirm korang akan crush juga dengan Duta. Bolehlah, aku izinkan kita berkongsi Duta. Okay. Hehe.

Selain itu, korang akan bergelak tawa dengan perangai dan monolog Tiya. Comel tau dia <3

Sekarang, Hanis, jiran aku di pejabat sedang baca buku ni. Tetiba je, Hanis akan gelak sorang-sorang. Bila Hanis berkongsi dialog apa yang buat dia ketawa, aku pun gelak sekali. Hihi. 

Boleh baca review penuh Hello It's Me >>> DI SINI. Serius, buku ni best. Nak lagi tu ulang suara 😅 Kalau buku ini diadaptasi jadi drama/filem, aku lah orang yang paling semangat nak tengok.

Kalau korang baca juga, boleh kita pergi melawat pawagam bersama. Cehh ~ Gaya macam yakin novel ini akan diadaptasi kan? :D




4) TWILIGHT - STEPHENIE MEYER

Published 2006 

Ohh Edward Cullen 😍 Aku baca buku ni sebab pengaruh kawan. Haha. Ada seorang kawan aku ketika di USM, nama Azma, yang sangat suka baca buku English. Memang susah sangat (ke tak pernah?) nampak dia baca buku Malay. 

Dia yang memperkenalkan aku dengan Twilight Saga. Aku terus beli Twilight (masa tu masih belajar, faham-faham jela duit datang dari mana :p) dan baca lalu terus jatuh cinta dengan Edward Cullen. Bila dah tengok filem, berganda jatuh cinta dengan Edward Cullen. Hihi. 

Dah nama pun jatuh cinta kan, makanya aku beli kesemua buku dalam siri Twilight Saga. Ratusan habis duit wei! Dah lah masa tu masih belajar. Gila dengan Twilight punya pasal. Adoi. 

Tapi serius ahhh, buku ni best! Aku tidak gemar sangat dengan buku fantasi dan Twilight membuka minda aku untuk baca kisah fantasi. 


5) CONFESSIONS OF A SHOPAHOLIC - SOPHIE KINSELLA

Published 2003

Siri Shopaholic ini juga diperkenalkan oleh orang yang sama, Azma. Hii. Ini adalah buku pertama yang aku baca daripada Sophie Kinsella. Aku suka dengan watak Becky Bloomwood. Bagaimana dia seorang yang sangat suka shopping, nak insaf tapi tak jadi, dan masih kekal shopping.

Macam kenal je orang macam Becky. HAHA.

Aku seronok baca gaya penulisan Sophie Kinsella yang santai dan lawak. Dan disebabkan itu, aku mula menyukai Sophie Kinsella dan baca semua novel beliau. Kalau tahu dia ada keluarkan novel baru, aku akan terus ke kedai buku untuk beli. Tak sabar nak baca!

One of my favourite author! 😍


6) A WALK TO REMEMBER - NICHOLAS SPARK

 Published 2004

This was my first book by Nicholas Spark and let me tell you, it was perfect. Absolutely love this book. Jalan cerita buku ini agak slow pada mulanya but once you gets to the story, you won't put it down.

Spark terkenal dengan penulisan beliau yang romantik dan penuh rasa cinta. Baca buku ni dan pastinya kau akan merasa betapa indahnya bila kita jatuh cinta tapi kau juga pasti menangis di akhir buku. Trust me 😭

It's a beautiful book. Landon is one of my favourite characters / crush all time and Jamie, I love you too 💓

Bila tengok filem adaptasi buku ni, bertambahlah crush kat Landon.

A Walk to Remember (book and film) has always and will always be awesome!

Okay, sekarang, aku rasa macam nak tengok filem ni pulak 😍😭




7) WHERE RAINBOWS END - CECELIA AHERN

Published 2004

Buku ini diadaptasi kepada filem berjudul Love, Rosie. This was such a cute book. I loved reading the conversations in the form of letters, emails, chat rooms, and instant messages between Alex and Rosie. Kelakar dan semua benda nak cerita. Comel.

Alex yang selalu dengan mimpi-mimpi pelik dan ini juga membuatkan aku langsung teringat akan encik suami. Dia pun selalu mimpi pelik juga. Mimpi jadi Power Rangers paling tak boleh bla. Haha. 

I had so much fun reading this book and both Alex and Rosie are my favourite characters all time too! Bila tengok filem Love, Rosie, ahhh lagi crush kat Alex. Hihi. 

The ending. Okay. It took so long for both of you to be together but I still loved it. Kalau ada jodoh tak ke mana 😘


8) 13 JAM A380 - EVELYN ROSE 

Published 2013

First of all, jalan cerita buku ni cliche. Buku ini boleh membuatkan gadis berangan bertemu pasangan dalam penerbangan. Haha. Fantasi berlaku dalam buku saja ye, jangan terbawa ke dunia realiti please. 

Walaupun cliche, aku suka buku ni. Gaya penulisan Evelyn yang menyebabkan aku tidak putus membaca buku ni. Sweet, manis, romantik gitu. Terbuai-buai bak kata orang :D Buku pertama beliau bertajuk The Wedding Breaker pun best jugak. Sebab jatuh cinta dengan buku itulah, aku beli pula buku 13 Jam A380. 


9) ME BEFORE YOU - JOJO MOYES

Published 2012

Louisa comel dan sangat bersemangat do anything untuk Will. Walaupun di akhir cerita, Will pilih untuk Dignitas. Aku tak setuju bab bunuh diri je. Bab lain semuanya best. 

Filem adaptasi buku ni pun best. Will dilakonkan oleh Sam Claflin (Alex dalam Where Rainbows End) dan itu yang membuatkan aku semangat nak tengok filem juga. Hihi.

Boleh baca review filem Me Before You >>> DI SINI


10) KAU UNTUKKU - AISYA SOFEA

Published 2005

"Rahsia di hati, tak siapa yang tahu, tapi kalau naluri sudah merasakannya, rahsia itu terserlah juga, kan?" 

Ini adalah quote dalam novel ini yang aku masih ingat hingga sekarang. Aku suka sangat dengan quote ni. Tapi serius, aku dah lupa jalan cerita novel ni. Yang aku ingat biasalah jalan cerita novel cinta, Encik Fuad, bos lelaki anak orang kaya bercinta dengan pekerja, Nurul, anak orang biasa-biasa je. 

Jalan cerita cliche tapi aku suka akan gaya penulisan Aisya Sofea. Aku tak ingat details jalan cerita buku ni cuma yang pastinya aku suka buku ini.


Sebenarnya, kalau nak suruh aku senaraikan buku yang dirindui, semestinya lebih daripada 10. Cuma untuk post ini aku nyatakan 10 saja. Mana tahu ada kesinambungan untuk post ini dalam part dua pula. Manalah tahu kan? Hihi. 

Korang ada tak buku yang rindu nak baca lagi? Korang baca atau biarkan kerinduan itu berlalu pergi begitu saja (macam aku :p)?


Thank you for reading ^_^


31 comments:

  1. Echa tak pernah baca ps iloveyou tu tapi pernah tgk movie tu. sedihhhh. Kalau baca buku mesti lagi sedih! Sbbnya movie mmg byk part kena skip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku PS I Love You sangat best dan yes sedih. Siqah suka movie jugak walaupun banyak part skip jugak.

      Delete
  2. Lya ni buku belum dibaca pon berlambak dalam rak, susah nak re-read buku lama. Tapi memang kadang2 nak baca balik cuma belum berkesempatan. Lya sukaa sangat RAM punya koleksi bagaikan puteri. Jatuh cinta bergolek dekat Sunan. Hehe. Love Rosie dan Me before you tak baca pon lagi, tengok movie je. Movie pon dah best, buku mesti lagi best kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kannnn! Buku baru pun berlambak camne nak baca balik buku lama 😅 Siqah suka jugak Sunan! Eh kalau RAM, memang semua buku dia suka. Cubalah baca Love Rosie dan Me Before You, bagi siqah buku lagi best lah. Tapi movie pun best jugak :)

      Delete
  3. satu je pernah baca, ungu karmila..memang best
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Ungu Karmila best! Seram2 gak baca novel tu walaupun bukan cerita hantu. Hehe

      Delete
  4. Evy my fav writer! 😍😍 Dah lama tak baca novel english. Makin lambt lak otak ni nak translate kan perkataan. Tetiba rasa kekok nk baca english novel. hahhaha😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Qbal. Bacalah balik novel English. Masing2 novel Malay dan English ada cerita tersendiri 😊

      Delete
  5. Banyak tu kalau lebih dari 10 buah buku yang Siqah suka baca,

    mesti daya imaginasi yang tinggi ni, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tak tinggi sangat rasanya imaginasi Siqah 😂😂

      Delete
  6. Semua pun saya tak pernah baca. Maybe I should try reading one of the books listed here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start with Hello It's Me, local author yang best 😊

      Delete
  7. Ungu Karmila, 13 jam a380 dan kau untukku tu ketiga-tiga pernah kita baca sebelum ni. Paling suka karya ramlee awang murshid citer ungu karmila tu sebab perasaan seram dia macam boleh rasa ke realiti. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn!!! Baca ungu karmila memang seram walaupun itu bukan kisah hantu. Rasa ada orang memerhati je bila baca. Hehe. Tapi best novel RAM. Kalau ada buat filem, mesti tengok 😉

      Delete
  8. A WALK TO REMEMBER tu memang best dan sedihh ending diaa! fav jugak cerita tu

    ReplyDelete
  9. Hello tak baca lagiii haha sekarang macam nak baca balik The Girl You Left Behind dengan The Storyteller. Hana selalu juga baca buku yg dah dibaca. RAM memang best! rasa first time baca buku RAM tahun 2005 atau 2006, start dengan Bagaikan Puteri. since then my dad akan belikan buku RAM, dah nak full collection dah kecuali buku RAM yg susah nak dapat.

    Me Before You, Kau Untukku pun Hana suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel RAM best kan! Siqah suka juga siri Sunan jugak. Sampai terbayanglah Sunan tu wujud. Hehe.

      Siqah masukkan dalam list TBR dua buku yang Hana nak baca balik tue :)

      Delete
  10. buku sy rindu salah satunya novel bisik bisik gelora tapi tak ingat nama penulisnya. baca time form 3 dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah buku tu. Mesti best kan. Siqah tak pernah dengar novel tu.

      Delete
  11. Belilah belilah. Bacalah bacalah novel Hello It's Me. Serius best gila! Ohsem! Nanti kita share cerita eh :)

    ReplyDelete
  12. Out of all the books you mentioned, I've only read P.S. I Love You (but I haven't watched the movie for this one). I have watched Love, Rosie though (not yet read the book, haha). Thanks for the list and recommendations ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Boleh proceed to watch movie and read the books :) Welcome Nisa, happy to share <3

      Delete
  13. PS I love you, 13 jam A380, confession of a shopaholic, a walk to remember are definitely the best! Teringin pulak nak baca balik T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Baca baca! Hehe. Teringin tu ada tapi masa tu yang tak nak luangkan membaca buku yang dah baca :D

      Delete
  14. Rajinnnnnnnya akak. Ira sekarang nak menghabiskan satu buku pun boleh ambik masa berbulan-bulan kot (nampak tak betapa malasnya) hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak malas tu 😂 takpelah Ira. Mungkin Ira ada kerja lain lagi kan. Lagipun membaca ni tak boleh paksa. Tak best nanti :D

      Delete
  15. Hello, hope boleh follow balik blog saya dan lihat produk merawat ekzema. tq!

    ReplyDelete
  16. dalam banyak2..tu ..yang last je Kak Alam baca..
    best cerita tu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife