The KL dUCk Merdeka Edition in Yellow |
Wanita dan tudung berpisah tiada ~ 😍
Apabila semakin hampir menjelang hari kemerdekaan Malaysia, beberapa jenama tudung terkenal juga turut meraikan hari kemerdekaan dengan cara menghasilkan Limited Edition Merdeka scarf masing-masing.
Aku hanya perhatikan design scarf bagi dua jenama iaitu dUCkscarves dan Tudung People kerana aku mengemari design daripada kedua-dua jenama ini.
dUCkscarves terkenal dengan The City collection manakala Tudung People terkenal dengan beautiful flower design.
Masing-masing ada kriteria dan kelebihan tersendiri dan entri ini adalah pendapat peribadi aku mengenai Limited Edition Merdeka scarf yang dikeluarkan oleh dUCkscarves dan Tudung People.
THE KL DUCK MERDEKA EDITION by DUCKSCARVES
Merdeka tahun ini, dUCK mengeluarkan design The Kuala Lumpur Scarf - Limited Edition Merdeka dUCk. Koleksi ini adalah gabungan antara The KL dUCk dan Oops dUCk.
Colours of The Merdeka dUCk. Mixed, Yellow, Red, Blue Represents colours of our Malaysian flag |
My first impression: Aku tidak berapa berkenan dengan design ini. Pendapat aku lah kan, lebih cantik jika design the city of The Merdeka dUCk ini mengikut warna lebih kurang sama dengan base colour. Bukan warna hitam pastinya.
Sehingga dUCk post gambar di atas. Aku terus terpikat dengan warna kuning. Jarang aku nak terpikat dengan warna kuning tau. Bagi aku, warna kuning untuk The Merdeka dUCk menyerlah walaupun nampak lembut je.
Tangan pun mulalah gatal untuk membeli..
Kali ini, aku beli dUCk dengan tenang sebab tak perlu battle. Sampai sekarang, semua warna kecuali Mixed masih ada di online store FashionValet. Jadi, kepada sesiapa yang nak beli, tak payah guna khidmat PS okay melainkan kalau korang nak Mixed colour.
My honest review: I love it so much! I love the color, the design, and I think the black colour of the city suits the scarf well. Nampak perbezaan di situ dan itulah yang menjadikan The Merdeka dUCk ini cantik 😍
Material kain untuk Limited Edition dUCk tidak boleh disangkal lagi. Aku sangat berpuas hati dengan The Merdeka dUCk. I'm in love 💓
Home Sweet Home - Kuala Lumpur Tapi aku orang Selangor. Haha. Asal Malaysia lah kan ~ |
LIMITED EDITION HIBISCUS by TUDUNG PEOPLE
Seperti yang aku katakan di atas, Tudung People terkenal dengan design bunga yang cantik seperti lukisan. Serius cantik! 😍 Tak pernah lagi aku nampak design Limited Edition Tudung People yang tidak cantik. Semuanya seperti lukisan. Boleh frame beb! Hihi.
Ada lima warna yang diberi nama mengikut nama tempat di Malaysia Ada shawl dan bawal |
My first impression: Aku suka design bunga raya di hujung scarf. Menarik tau! Tapi hati masih ragu-ragu untuk beli. Sebab aku tidak berapa percaya dengan material kain Tudung People. Keyakinan aku pada Tudung People tidak setinggi keyakinan aku pada dUCk.
Namun, aku masih beli (gila 🙈). Aku pilih untuk beli LE Hibiscus in Stadthuys. Terpikat dengan warna pink cair dan aku kan suka pergi Melaka. Sebab tu pilih Stadthuys. Haha. (macam takde kaitan). Dua tahun berturut pergi Melaka, tahun ni tiada cuti-cuti Malaysia ke Melaka. Suami kata tahun ni tahun duduk rumah. Okay. T_T
LE Hibiscus in Stadthuys |
My honest review: Aku suka hanya pada dua benda untuk LE Hibiscus iaitu design bunga raya di hujung shawl dan warna pink cair. Aku tidak suka material kain ini. Kain daripada jenis yang mudah pecah. Jika diperhatikan dengan teliti, ada terdapat caritan (betul ke namanya caritan?) di hujung eyelash.
Mujur juga aku pilih warna pink cair. Kalau warna hitam, lagi jelas nampak caritan itu. Tak cantik! Semestinya! Tidak berbaloi beli dengan harga mahal tapi kurang kualiti kontrol 😞
Did you know the five hibiscus petals symbolized our 5 Rukun Negara? - TP |
Kalau diberi peluang memilih antara The KL dUCk Merdeka atau LE Hibiscus, yang mana satu menjadi pilihan korang?
Please share your answer in comment section below ^_^
p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
p/s/s: Have a safe journey and enjoy your long holiday.
cantiknya dedua siqah T.T Airah collection apa2 pun tak ada hahahhaha sedihhhhh
ReplyDeleteAla tak nak lah sedih Airah. Nanti ada rezeki, Airah boleh beli juga ye :)
Deletedua dua cantik, takleh nak pilih salah satu hehe Hana berkenan dengan yg warna kuning tu juga, lembut aje warnanya
ReplyDeleteYeayy! Kita sama, suka warna kuning lagi. Hehe. Lembut je <3
Deletedef pilih duck walau eyja tak pernah beli dan pakai kjahkahkahkah (sebab suka vivy)
ReplyDeleteSememangnya Vivy pengaruh besar dalam kejayaan dUCk. Dia pakai semuanya nampak cantik kan. Siqah pun adore Vivy 😍
DeleteDUCKSCARVES ni jenis satin ye Siqah..ke akk silap..walau akk tak ada koleksi dari DUCKSCARVES..rasanya akk pilih DUCKSCARVES berbanding TUDUNG PEOPLE..
ReplyDeleteHaah kak. Duck kain jenis satin silk kalau limited edition. Kalau premium je, macam2 material kain ada. Sep sikit kak. Siqah pun pilih dUCk more :)
DeleteHow come people boleh minat and beli tudung mahal mahal ni. I tak mampu nak beli, rasa mcm membazir. Kena tunggu kerja dulu laa baru dpt beli. :(
ReplyDeleteKalau dah minat, takde istilah membazir :) Sama juga macam minat buku atau benda lain. Dah kerja ada duit sendiri nanti Beeha baru boleh beli. Tapi siqah ingatkan eh, kot2 kang you've duck-ed lak 😅
Deletecantiknyaaaaa ! hehehe tapi mahal tak mampu sobsob
ReplyDeleteCantik <3 InsyAllah ada rezeki nanti, Mellya beli juga ye :)
DeleteKalau design, reen lagi berminat dengan design hibiscus TP brbanding Duck.
ReplyDeleteTp dari segi material kain,reen xtaw nak bezakan sbb xpernah beli Duck. Hee
Design TP bunga2. Cantik <3
DeleteKalau dari segi material, siqah sentiasa sukakan dUCk. Material kain untuk LE duck boleh percaya. Kalau TP, tak konsisten. Kejap best kejap tak. Tapi design memang cantik :)
cantik dan nampak exclusve...
ReplyDeleteKannn 😊
Deletedua-dua suka duck and lukisan bunga TP slalu cantik. Adoi cuma kali nie material TP mengecewakan sikit. Hmmm. Nadia tak beli merdeka KL duck tapi minat gak tgk dkt mixed color tue tapiiii xpela tak beli , beli yg premium basic je .
ReplyDeleteBila lah kita nie nak stop membeli duck ? Hahahha =p . Kalau kira total dah bleh bila tiket flight gie travel dah . Hahaha
Tu lah design cantik dah tapi material TP pulak mengecewakan. Huhu. Siqah dah jual pun TP ni nadia 😅 Premium basic pun semua cantik2. Boleh jadikan kita rambang mata gak. Hehe.
DeleteHahaha. Tahu takpe. Boleh beli tiket flight siap lengkap penginapan lagi. Hehe 🤦🏻♀️🤦🏻♀️
Teringin betul la nak rasa material Duck ni... tapi memang nak ke Pavi tu, entah bila la kannn. haha
ReplyDeleteMenarik betul laaa nama tudung2 kat Tudung People tuuu. Ipoh pun adaaa.
Hha nak try dua-dua boleh? Takmo pilih2. Nanti lah dah start kerja kita try salah satu
hanisamanina.com
Haha. Tahu takpe. Dengar Pavi, memang malas lahhhhh ~ Pernah sekali je siqah pergi pavi. Tak bolehlah mall gitu. Hihi.
DeleteHaah. Nama LE TP semua menarik. Dari dulu namanya ekslusif gitu. Hee.
Hehe. Boleh hanis try dua2 :) Kerja dulu okay 😊
Dua dua cantik tapi saya tak boleh komen lebih lebih sebab tak pernah rasa material diaorang.
ReplyDeleteTakpe Farah tak boleh komen lebih2. Komen pun dah buat Siqah suka :) haah both cantik 😍
DeleteCantik but belum mampu nak beli dUCk RM300 tu haha. Doakan one day I mampu please. Thank you:)
ReplyDeleteSekarang tak mampu, dah kerja nanti awak mampu okay :) Kalau dikumpul duit beli premium, boleh dah beli yang LE. Hehe :D
DeleteJemput singgah dan baca :)
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html
TQ singgah sini. Siqah terjah nanti :)
DeleteDua-dua cantik tapi Sha kebih suka design Duck walaupun tak beli.. Hehehe.. Nampak lebih elegant..
ReplyDeleteYeayyy! Hehe :)
DeleteHihi klu sy diberi pilihan sy pilih yg LE hibiscus tu sbb sy suka corak bunga2 berbnding corak banggunan hihi. 😆
ReplyDeleteOo shaf suka bunga2 ye :) Mana ada wanita tak suka bunga kan. Hehe
Deletedari segi material pasti akak pilih duck, kalau corak mungkin tudung people sebab bunga2..tapi jujurnya dua2 akak tak pernah beli hehehe
ReplyDeleteSiqah setuju dengan akak. Material duck dan corak TP sebab bunga cantik kan dan lebih feminin :)
Delete