DUCK COSMETICS - YAY OR NAY?

instalife

September 05, 2017

DUCK COSMETICS - YAY OR NAY?


Tanpa dirancang, semalam, aku, Hanis dan Tasha pergi mencemar duli di dUCk Cosmetics Pavilion. Hihi. Mulanya kami tiada plan nak ke sana. Tapi memandangkan semalam, US on Public Holiday, payments tak banyak dan kami habis kerja tepat jam 6 PM. Disebabkan awal sangat, masing-masing setuju untuk ke dUCk Cosmetics.

Memang niat kami nak ke sana untuk melihat dan rasa sendiri semua dUCk Cosmetics yang ada. 



Tak dinafikan, ada sedikit perasaan teruja bila dUCk keluarkan their own dUCk Cosmetics. Macam-macam idea tau! Hebat betul akal fikiran dorang berfikir pasal bisnes! Fuhhh! 

Kalau nak beli barang mekap, semestinya nak rasa sendiri barang tersebut. Tak nak terus beli online. Nanti kang, takut tak puas hati pulak. 

Dahlah dUCk Cosmetics boleh tahan mahal harganya! 

Ini adalah pendapat aku mengenai dUCk Cosmetics. Perlu diingatkan bahawa aku tak beli tau. Aku pergi tengok barang je 😁



#NO FILTER MAKE-UP REMOVER IN BRIGHTENING, HYDRATING and REFRESHING
RM100

Ini adalah produk yang paling aku suka! Pada mulanya tengok harga RM100, awat mahal sangat pulak make-up remover. Make-up remover JE kot!! Kenapa perlu harga sampai ratusan. Tambah RM30 dapat Premium Basic dUCk. Baik aku beli dUCk. Hihi. 

Tapi serius korang, make-up remover ni best! Ada triple action iaitu ia bukan setakat bertindak sebagai Make-Up Remover, dalam masa yang sama, ia turut boleh digunakan sebagai Cleanser dan Toner. Cool kan? 

Sesuai untuk mereka yang suka mekap dan malas ambil beberapa langkah untuk cuci muka sebelum tidur. 

Kalau untuk orang yang macam aku ni, buang mekap hanya guna tisu basah Watsons je. Hihi. 

Namun begitu, aku paling berkenan dengan #No Filter Make-Up Remover in Brightening. Bukan sebab aku nak mencerahkan kulit muka ye. Hihi. Alhamdullilah aku bersyukur dengan kulit muka aku yang tidaklah cerah mana, takpe, asalkan kulit muka aku masih okay dan tidak teruk. 

Yang membuatkan aku berkenan dengan Brightening apabila aku baca ayat ini "say goodbye to your makeup along with your dark spots and blemishes with dUCk's Brightening Makeup Remover"

Apa kata kunci untuk ayat di atas? DARK SPOTS!! Weii, aku pantang betul dengar produk yang boleh menghilangkan dark spots. Rasa nak cuba semua. Geram dengan dark spots yang bertempek di muka ini 😟

Sampai ada kawan tegur, "semak tengok muka Siqah banyak kesan hitam kecil". 😭😭 Sedih tau.

Jadi ini adalah produk dUCk Cosmetics yang pertama berkemungkinan untuk aku beli 😊 


All-Eye-Ask Eyeshadow Palette in Nude and Smokey
RM135

Aku berkenan dengan kedua-dua palette ini. Warnanya cantik. Dan disebabkan aku bukan orang yang suka mekap, jadi aku tengok bab cantik jela. Hihi. Aku lebih suka Palette in Nude. 

Untuk orang yang tak mekap macam aku, tak perlulah kot nak beli produk dUCk ini. Kalau kau jenis mekap hari-hari, haa silakan beli. Hii. Palette yang aku ada pun masih tak guna secara berleluasa. Pakai hanya masa pergi kenduri saja. Haha. 


LipstickWithU
RM70
Untuk LipstickWithU, aku nak tengok warna sebenar untuk Bubbly Carol tapi sayangnya dah tiada stok. Pinky Phoebe cantik jugak! Aku suka warna light je. Packaging untuk lipstick ini best. Ada magnetic. Sure tertutup rapi. 

Gossip Girl Lip Gloss
RM60

Bukan pengemar Lip Gloss cuma semua warna menarik. Kira warna yang tengah in sekarang. Bila sampai kat area lip gloss ni, aku bukan sibuk nak cuba. 

Aku sibuk perhatikan nama lip gloss yang diambil daripada TV Show Gossip Girl. Basic Blair? Basic je ke Blair? Macam tak je. Hihi. 


Matte Decisions Lip Cream
RM75

Matte! Matte! Aku paling suka material Matte for lipstick. Aku suka dengan beberapa warna dalam Matte Decisions ini tapi bila cuba semalam, aku rasa macam materialnya agak pekat. Jadi cepat mengering. Mungkin sebab bibir aku pun kering semalam. 

Nampak tak kekotoran dalam gambar di atas? Senang kotor kalau kau jenis tak pakai cermat. Minus point lagi untuk produk ini. 

Done cerita pasal dUCk Cosmetics. Kesimpulannya, dalam banyak produk yang dikeluarkan, aku berkenan dengan #No Filter Make-Up Remover dan LipstickWithU 😍

Aku suka konsep kedai dUCk Cosmetics. Rasa best dan tertarik dengan hiasan kedai ni. Taklah meriah sangat. Simple dan just nice. Warna putih dan ungu je banyaknya :) 





Coming Soon ~ Syampu? Serum? 



Flatlay dUCk sentiasa cantik tau <3


Boleh main mekap di sini :D

Hanis. Aku. Tasha.
Cermin dUCk ini pun aku suka jugak :D

Selepas habis melawat kawasan di dUCk Cosmetics, kami menyinggah pula di dUCk yang terletak di hadapan dUCk Cosmetics. Dah alang-alang pergi Pavilion, mesti singgah semua kedai yang menarik tertarik kau memang de-boom! Selama ni hanya pergi FashionValet Bangsar je. 

Dan biasalah aku, mesti ambil gambar kedai. Hihi. Sebenarnya, tak ramai orang kat dUCk. So takdelah segan sangat nak ambil gambar 😅 

Kalau ramai orang, aku sorok phone dalam beg 😁

Cantik pulak Mixed ni haa :)

dUCK's Limited Edition

Yes. I Am.
Hasil tangkapan semalam.
MSS in Hibiscus :)

Hanis kata penat pergi Pavilion kalau tak beli apa-apa. Wajib beli sorang satu. Haha. Ngeng ~ 

Sekian saja post ini. Tujuan asal nak cerita mengenai dUCk Cosmetics yang banyak kena hentam di Twitter. HAHA.

Dan nak bagitahu yang aku pergi Pavilion semalam. Bukan senang weii nak ke sana! Setahun sekali je. Dan ini adalah kali pertama untuk tahun ini. Hihi. 

Nak pergi lagi ke? Tunggu tahun depan pulak 😂 Itupun kalau boleh ikut kawan pergi sana sebab suami aku memang tidaklah melayan ke Pavilion 💁🏻

42 comments:

  1. suka dengan suasana kedai duck tu, tapi akak memang tak pernah jejak sanalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan konsep kedai dUCk. Bila masuk rasa semua barang menarik. Bahaya. Bahaya. Hee

      Delete
  2. waahhhhh dh ada cosmetic pulak ye....

    cun2 jgk color2nya... terutama eyeshadow, akak mmg pantang nengok eyeshadow yg jenis metalic2 nih... menggoda sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita suka mekap macam akak berbaloi kalau beli palette tu. both cantik kak! Memang menggoda :D

      Delete
  3. Bagi penggemar make-up..yup ini boleh menjadi salah satu check point untuk dijejaki..selain sephora *eh tiba-tiba kak PC sebut bahana suka tengok tutorial makeup*..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ooo kak PC suka tengok tutorial mekap rupanya :D Kalau pergi Sephora, lagi gila kak rasa nak shopping barang mekap sebab pilihan lagi banyak. Habislah. Hehe

      Delete
  4. suka dia punya store concept, cantik! dont really know bout make up so i still prefer their scarf. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kannn. Same goes to me. Mekap tak tahu sangat, so scarf is the best :D

      Delete
  5. Boleh tahan harganya, tapi bagi yg berduit Tak Ada masalah nak Cuba kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Bagi mereka yang suka mekap terutamanya mesti nak cuba.

      Delete
  6. pandai dia market dia punya produk.. Labelling tu yang penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Bab marketing memang terbaik dUCk ni. Vivy sebagai role model pun dah buat orang terpengaruh.

      Delete
  7. Wowww best. Tapi harganya rasa nak menangis huhu

    ReplyDelete
  8. Sempat juga menyambar satu dUck tu :D

    ReplyDelete
  9. Wahhh dah ada kosmetik la pulak ye.. Sakan lagik la lepasni siqah membeli jenama duck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak gila mekap Lea. So takdelah beriya nak beli duck cosmetics pun. Lebih prefer scarf jugak :)

      Delete
  10. berkenan dgn lipstick dia! tpi pilihan warna macam tak banyak sangat kan
    nak beli tu mungkin tak kot, suka tengok dari jauh je :p

    teringin jugak nak ada satu koleksi shawl duck huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah pilihan warna lipstick tak banyak sangat tapi yang ada pun cukup menarik dah. Sama2 lah kita tengok dari jauh Mazni. Lipstick In2it pun cantik gak. Murah pun murah. Hehe.

      Sekarang Mazni tak ada shawl lagi, in future nanti ada okay. Go for it :)

      Delete
  11. wow, kotak luarannya nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan warna yang sinonim dengan duck, ungu :)

      Delete
  12. Siqah memang peminat tegar duck kan. Reen pun bukan org yang jenis makeup sangat. Kalau pergi pun mesti just tengok je. Hee..

    Teruk ek kena hentam kat twitter. Terlepas berita tu. Huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan tegar jugak lah 🙈😁 Haah siqah pun bukan pengemar mekap. Pergi sebab nak tengok barang je. Apa yang mahal sangat tu. hihi.

      Biasalah haters duck ada di mana-mana 😉

      Delete
  13. Tengok instastory vivy, rasa macam teruja je nak beli duck cometics ni. Lipstick bubbly carol tu memang fav kot cepat je sold out. Masa tengok website tu lipstick rm70, biar betul. Tapi nak buat macamana, target market dia bukan untuk kami. Hihihi. Apapun kena try juga 1 product dia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Sekarang selalu pulak lah dia promote duck cosmetics kat instastory. Gatal je tangan nak tengok setiap lipstick yang dia guna. Nampak cantik je.

      Haah memang dah sold out. Kat online pun sold out gak T_T

      Jom try sesama. Siqah nak try makeup remover. Kalau lipstick, beli jenama lain pun okay dah.

      Delete
  14. Panjangnyaaa entri. Nadia nak try matte lipstick Duck . Tapi nak gie tgk jugak sendiri . Tapi jauh lah Pavilion. Hahahha

    Laaa beli ke MsS hibiscus . Thot tak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sebab gambar rasanya ni :D Hii beli beli MSS fav :D

      Delete
  15. wahhhh kaler dia mmg awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Cuma dah banyak jugak produk lain ada color yang lebih kurang sama.

      Delete
  16. suka packaging for dUCk cosmetics tu, cantik warna ungu camtu. interior pun lawa dengan warna putih-purple. warna lipstick pun banyak yg lawa :) Hana tak selalu pakai lipstick tapi berkenan juga bila tengok colour yg lawa lawa tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Siqah pun suka packaging dUCk jugak. Nampak menarik tertarik tau. Rasa nak beli semua. Haha.

      Delete
  17. not a fan of duckscarves but their latest merdeka limited edition really caught my eyes!
    sadly i'm not that reach XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Aisya. Latest merdeka edition cantik. Siqah beli warna kuning. Terbeli jugak 😅🤦🏻‍♀️

      Delete
  18. ingat ada tudung duck ja. makeup pun ada rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah. Macam2 duck ni. Untuk home pun dah start ada jugak.

      Delete
  19. trendy sangat kedai dUCk ni..

    ReplyDelete
  20. Dah lama tak pergi pavillion. Tertarik jugak dgn duck cosmetic tapi harga boleh tahan mahal. I prefer beli dekat sephora, harga lebih kurang (& ada yg lebih mahal) tapi kualiti lagi Bagus.
    Lepas ni tunggu la org buat full review duck cosmetic pastu baru fikir nak beli ke tak hihi

    http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
  21. I just knew about the dUCk Cosmetics like a few day ago. Wow'ed by her new ideas and adventures and really inspired on the way she think about business and how brave she is to produce cosmetics (as you know, banyak brands dah keluar kan). I might take a visit there.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  22. Untung Vivy yusof ada mcm2 perniagaan dan berjaya dengan perniagaannya. mmg kagum dengan dia. :) product duck, design & concept store pun ada keunikan tersendiri :)

    ReplyDelete
  23. wow untung vivy yusof kan..suka tgk dia bisnes

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife