Hi semua dan selamat petang :)
Selepas pertama kali aku join larian di Standard Chartered KL Marathon 2016, boleh baca >>> ENTRI INI, aku berminat untuk join larian lagi. Walaupun diri tak suka bersukan ( sebab tu badan bagai di pam-pam ), haha, aku tetap nak join larian jugak =D
Tak sangka larian kedua aku dalam masa terdekat iaitu bulan depan, September! Kali ni, aku, Nadiah, dan Syira dapat join. Hanis dan Tasha masing-masing ada event lain.
Larian diberi nama Orchid Run And Ride 2016 yang akan diadakan pada 25 September 2016 di Persiaran KLCC. Event organiser adalah Fat Boys Records Sdn Bhd in collaboration with Petronas.
Aku daftar dalam 3 minggu lepas. Masa kami bertiga daftar masih ada lagi kekosongan. Elok lepas beberapa jam, semua slot dah full! Gilalah! Rupanya ramai orang Malaysia yang suka lari. Aku je baru nak terjebak dengan aktiviti ini. Lambat sungguh. Hehe.
Full Slot
Maaf ye lambat kongsi. Baru nak ajak korang semua lari sekali.
Details
Ada 5KM Fun Run dan Fun Ride jugak!
Entitlement
Race pack yang berbaloi. Pelbagai barang dapat termasuk payung dan topi Petronas. Paling best, ada sekali disertakan bunga orkid. Orchid artificial lah kot kan. Cantik!
T-Shirt
Boleh tahan lawa t-shirt
Medal
Aku paling berminat dengan medal! Medal pun bentuk bunga orkid. Cantik! Harap aku dapat medalnya. Maklumlah lari ikut suka je. Tak kisah asalkan habis larian 12KM. Hee.
Route Map
Sekali lagi aku akan lari sambil melihat bangunan tinggi di sekitar KL sambil menyanyikan lagu Belantara Konkrit by Altimet (-‿◦)
Race Pack Collection
KLCC ada berapa tower? Haha! Sebenarnya aku tak pernah ambil tahu. Tengok KLCC lawa je sudah. Dah lama jugak tak ke KLCC.
Aku cuti selama dua minggu sebelum larian nanti. Maknanya tiada alasan untuk aku tidak training! Jangan malas okay! Kali pertama kau lepas, jangan ingat kali kedua kau akan lepas lagi wahai Puan Siqah :p
Training for 2 weeks in my block leave!
Chiayok!
Ada sesiapa yang dah daftar untuk larian ini ke? Jumpa di sana ye. Aku dah tinggalkan pesanan buat Nadiah dan Syira. Tunggu sehingga aku sampai di garisan penamat. Maklumlah, aku guna gear rendah je nanti. Hihi.
"Going The Distance Together"
rajin nya join lari2 gini... kalau akak lah... mau semput dik oi...
ReplyDeleteTak rajin sangat kan. Saja meluangkan masa dah takde kerja. Hee. Siqah pun semput gak, layankan je. Hehe
Deletealaaa lambat tau...kalau tak nak join siqahhh ..nak lari jugakkkk..nak kurusssss ...huhubu c banyak s dia..itu teruja punya pasal..apa2pun enjoy dear
ReplyDeleteIrda dah kurus dah lah. Betul 😊 siqah pun tahu lambat benda ni. Nanti kalau ada larian lain siqah join, siqah bgth irda k :) Jom lari sesama 😉
Deletewoooowww bestnya break a leg kak siqah :D
ReplyDeleteHee. Tq adik manis :)
DeleteChaiyokk! sy support aktivity gini tp xleh join =( goyang kaki nak oii..haha
ReplyDeleteHehe. Support pun dah bagus mas! Thank you tau! 😁
Deletecepatnyaa penuh.. nak gak join :(
ReplyDeleteItulah. Cepat penuh larian kan. Nanti kalau ada siqah join larian lagi, siqah share sini jugak ye. Jom lari sesama :)
Deleteyeayyy..ok dearr..
ReplyDeleteYeahhh! 💪😍
Deleteselalu sonok tengok orang join event macam ni. bukan nak lari sangat pun , cuma nak keluarkan peluh and selfie. hehehe
ReplyDeleteHaha. Bab selfie tu iya. Sebelum dan selepas. Hehe.
Delete