Korean Drama : Uncontrollably Fond

instalife

August 02, 2016

Korean Drama : Uncontrollably Fond

Assalamualaikum dan hello semua =) 

Dalam entri aku bertajuk Monday Blues  aku ada cakap yang aku marathon satu drama Korea kan? Sekarang nak cerita tajuk drama Korea yang aku bersungguh marathon tu =D

 Drama bertajuk.. 

Uncontrollably Fond 

 
Mesti ramai tengok drama ni? Kan.. Kan.. Kan? Aku pada mulanya tak nak tengok sebab macam bosan je. Haha. Tapi Kim Woo Bin dan Bae Suzy memanggil aku untuk tengok drama ni. Dorang panggil tau. Serius aku tipu. Haha. 

Dannn.. Drama ni best! Sama level best dengan drama W - Two Worlds yang aku sedang tengok juga sekarang. Ada entri mengenai drama itu >>> DI SINI

Kalau W - Two Worlds ada percampuran antara dua dunia iaitu dunia webtoon dan dunia realiti. Drama Uncontrollably Fond pula penuh dengan throwback kisah mereka di zaman sekolah. Kalau korang nak baca sinopsis >>> DI SINI  Malas aku nak taip lagi. Hee.

Pening juga tengok drama ni nanye. Tengah syok tengok, tetiba tukar scene. Kembali kepada zaman sekolah mereka. Lepas tu kembali balik ke zaman sekarang. Macam ada mesin peralihan masa pulak dah =p

Tapi serius, drama ni best! Terpikat dengan ketampanan Won Bin dan kecantikkan Suzy. Padan mereka membawa watak yang diberikan. 

Comel =)
 

Suka scene ni. Dengan daun berguguran. Haih. Autumn in my heart sangat =D
 

Masa babak ni, aku tak tengok sangat muka mereka. Aku tengok pada pemandangan. Serius, tempat ni cantik! Salji! 

Pada sesiapa yang suka tengok drama Korea, boleh masukkan drama ni dalam to-watch-list korang. Mungkin korang akan teruja juga tengok drama ni. Dan jadi macam aku, terus marathon 8 episod berturut-turut =D

Both drama W - Two Worlds dan Uncontrollably Fond memeningkan. Sungguh, aku tak tipu. Tapi both drama best! Masing-masing ada cerita sendiri. Aku suka mengenai drama Korea sebab penuh dengan kelainan penceritaan. Setiap drama bawa topik dan jalan cerita yang berlainan. Itu yang buat teruja dan best nak tengok! 

Happy watching, all ~ 


*credit pics to google

Till then,

20 comments:

  1. Drama Korea selalunya tak mengecewakan. Berbeza sungguh dengan drama melayu. Huhu.
    Sebab dalam drama Korea, kita banyak dapat belajar sesuatu.

    Wah.. macam nak kena tengok ni, teringat woo bin dalam drama The Heirs. Dia bawa watak pelajar nakal, tapi tetap macho. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan apa yang awak cakap Faarihin =) sebab tu kita suka tengok drama korea kan. Banyak info dan jalan cerita berlainan semuanya..

      Tengoklah drama nie. Won bin dalam drama ni berbeza wataknya. Dalam The Heirs tak handsome sangat, dalam drama baru ni nampak handsome pulak. Hahaha. Watak artis popular lak tu 😍

      Delete
  2. Replies
    1. Yessss ~ sangat2 best.. Yeehaaa! Ada geng tengok! High 5! 😁

      Delete
  3. kita pun suka tengok cerita ni! cerita dia walaupun agak confusing tapi still enjoy watching it hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan fatina ~ pening tapi masih nak tengok. Hee. Jom kita tengok sesama ek =)

      Delete
  4. Yeay! Siqah dah terjebak dengan Uncontrollably Fond. Waduh2 aqma pun tgh follow cite W gak ni. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kita berdua follow cerita yang sama lah ni. Yeayy! Malam nie episod baru.. Hee. Tak sabar nak tengok both drama. Nak kena tunggu english subs dulu.. Hee

      Delete
  5. oh ya, anda ditag di blog saya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Tq aqma tag siqah. Siqah join nanti ye =D

      Delete
  6. Siqah marathon tu bengjak mata tak...hihi...mesti khusyuk kan..kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khusyuk sangat kak PC. Hehe. Mata bengkak tak lah kot cuma maybe lingkaran gelap bawah mata bertambah. Haha =D

      Delete
  7. kalau laaa dapat cuti panjang, tak berganjak jugak gamaknya :)

    ReplyDelete
  8. Nak tengok jugak sebab woo bin and suzy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok tengok awak! siqah pun tengok sebab dorang jugak. hee

      Delete
  9. assalam siqah.. thank you awak atas kesudian jadi followers kat blog yusrina..
    semoga awak ceria selalu.. jangan lupa jenguk jenguk la kat blog yusrina yer.. babai awak.. muaahhh

    ReplyDelete
  10. dah cuba tengok UF ni kat KBSW, tapi takleh go on lah dgn cerita dia. like you said, banyak throwback, kadang2 confuse timeline cerita dia.

    or mungkin saya tak kisah sangat dgn lead actor & actress dia. hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul hanis.. Banyak throwback.. Bila sampai episod 5 dah tak banyak throwback.. Fokus pada realiti je dah.. Hehe. Maybe awak tak kisah dengan pelakon. Most of the reason, sebab nak tengok pelakon jugak nanye. Hehehe.

      Delete
  11. Duk tengok iklan ja cita ni. Takdak kesempatan nak follow. Seriously memang lawa tempat-tempat scene depa.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife