Foods Must Eat in Kuala Lumpur

instalife

August 11, 2016

Foods Must Eat in Kuala Lumpur

Hello semua =) 

Tajuk entri beriya kan? Hehe. Sebenarnya aku nak bercerita mengenai aku dan my work team yang pergi mencari makanan sedap dari hari Isnin hingga hari ini, Khamis. Kami sebenarnya kalau hari-hari biasa hanya pergi tapau makanan di kedai berhampiran pejabat dan makan di pejabat saja. Tak pernah pergi jauh-jauh semata nak makan. 

Tapi.. Dalam setahun, adalah lebih kurang 4 hari kami boleh pergi berjalan jauh untuk makan tengahari. Sebabnya..Kami datang kerja tapi tak dibenarkan buat kerja. Semua kerja akan dibuat sepenuhnya oleh rakan sekerja di Chennai, India. Ini kiranya sebagai persediaan jika apa-apa terjadi di KL, Chennai team boleh buat kerja kami. 

Malas nak cerita pasal kerja panjang-panjang. Nanti aku buat entri pasal kerja aku je. Haha. Ramai rasa tak faham ni kang :D 

Aku nak terus bercerita mengenai makanan!! Yeayyyy! Kedai yang kami pergi semasa lunch hour sepanjang 4 hari ini. 

Hari Pertama: Ikan Bakar Pak Din Tanglin

 


Kali kedua aku makan di sini. Sedap ya amat! Kenyang betul rasanya. Aku paling suka dengan sos pencicah! Sedap sangat! Cuma cuma, haha, bau sos pencicah itu akan melekat di jari jemari anda sehingga ke malam. Hehe. 

Kedai ini selesa. Ada tempat duduk di depan dan ada khemah disediakan di belakang. Nasi dan lauk pauk selain ikan bakar boleh ambil di depan kedai dan minuman serta ikan bakar boleh ambil sendiri di belakang kedai. Kami memilih untuk duduk di khemah di belakang kedai. Berangin sikit. 

Harga berpatutan. Jangan risau. Nak tambah, tapau, silalah. Hehe. 

Sesiapa yang nak cuba makan di sini, boleh jadikan Masjid Negara dan Klinik Kesihatan Tanglin sebagai rujukan. Kedai di atas bukit berdekatan Klinik Kesihatan Tanglin. Dari jalan besar, nampak je Masjid Negara, rapat ke kiri dan masuk lorong kecil selepas Masjid Negara. 

Waze / Google Maps jela senang eh. Hee.

Details: 
Ikan Bakar Pak Din @ Tanglin,
Jalan Cenderasari,
50646 Kuala Lumpur. 

Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 3.30 petang dan ditutup pada hari Ahad. Jadi, hari Sabtu boleh pergi ramai-ramai. Akak kedai kata hari Sabtu tak ramai orang. 

Hari Kedua: Waroeng Penyet, NU Sentral 

Indonesian Food Tradisional. Dah banyak kali makan ayam penyet dan ini kali pertama aku makan di kedai ini. Dibawa oleh Masyi dan kawan-kawan yang lain. Bersungguh aku nak pergi sebab buat pertama kali juga aku menjejakkan kaki ke NU Sentral. Hehe. 

 
Disebabkan ayam penyet dah terlalu biasa menunya, aku cuba ayam panggang seperti dicadangkan oleh Masyi. Sedap!!! Aku suka! Sos pula ada yang spicy dan mild. Semestinya aku pilih yang mild je. Hee. Boleh datang sini juga. Harga berpatutan. 

Details:
Waroeng Penyet,
NU Sentral, 
Level 4, Lot 4.08.
Phone: 03-2276 3364 

Boleh booking kalau datang dalam kuantiti yang ramai. Tambah lagi masa lunch hour. Penuh! 

Hari Ketiga: Hanbing Korean Dessert Cafe

Mana yang pernah baca blog aku dari dulu, pastinya dah tahu yang aku pernah pergi kafe ini sebanyak 2 kali. Makanya, malas dahlah nak bagi review. Letak gambar je boleh? Hehe. 

Bibimbap Beef, Kimchi Fried Rice ( Egg Base ), and Korean Spicy Chicken. 
 

Kimchi Pancake
 

Mango Snow Ice and Durian Snow Ice 
 
Pertama kali cuba Mango Snow Ice. Sedap jugak! Mangga di dalam snow ice lagi manis daripada mangga di luar itu. Cuma bila sudah bergandingan dengan Durian Snow Ice, semestinya Durian Snow Ice menang! Raja Buah kan tu, mana boleh kalah. Haha. 

Korang boleh baca review personal aku mengenai kafe ini dalam ENTRI INI dan ENTRI INI

Hari Keempat: Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy

Pertama kali makan di sini. Kami nak cuba sebab ada rakan sekerja yang kata kedai ini lagi sedap daripada kedai Ikan Bakar Pak Din, Tanglin. Banyak kedai ikan bakar di sini, adalah lebih kurang 4 kedai ikan bakar kot. Kami makan di kedai ikan bakar no 2 dari tempat parking kereta. Jangan tanya nama kedai, sesungguhnya aku tak perasan namanya apa. 

Ikan kembung, ikan pari, dan sotong bakar
Makanan aku dan Hanis. Haha. Nafsu makan yang menggila membuatkan kami ambil dua jenis lauk setiap sorang. Haha. Jangan risau. Bukanlah makan semua tu. Berkongsi sotong di atas bersama Tasha, Izan, dan Ain. Mereka masing-masing ambil ikan cencaru bakar, ikan talapia bakar, dan ikan kembung bakar. 

Sos pencicah sangat sedap! Bagi aku, sos pencicah kedai ni lagi sedap daripada di Ikan Bakar Pak Din, Tanglin. Sos kicap rasa macam biasa tapi sedap jugak. Harga berpatutan. Total harga untuk aku RM20. Harga bergantung kepada tahap kebesaran lauk. Hee.

Dari segi keadaan kedai, aku lebih selesa makan di Ikan Bakar Pak Din di Tanglin. Kalau di Bellamy, kedai kecil, orang ramai, panas, tempat duduk terhad dan rapat. Makanya, kalau orang nak keluar masuk dan kau duduk di tepi sekali, terpaksa bangun untuk bagi laluan kepada orang lain. Kira menganggulah jugak. Itu jela bab yang tak berapa gemar. Dari segi makanan, semua sedap! 

Details: 
Medan Ikan Bakar,
Lorong Bellamy,
Jalan Bellamy,
Bukit Petaling, 
50480 Kuala Lumpur.
( berdekatan Istana Negara ) 

Lunch till 3 pm, 7 pm - 11 pm


Dah tak memasal gambar durian ni kenapa ek? Haha. Akhirnya, aku dapat makan durian! Yeayyy! Ada orang jual durian di kedai pertama dari tempat parking kereta. Harga RM7 sekilo. Sedap! Aku dan Hanis beli 2 kilo. Bawak balik pejabat. Habis satu pantry bau durian! Hahaha! Beli juga cempedak goreng tadi. Tak sempat ambil gambar, dah habis dimakan. Hee. 3 ketul harga RM2. 

Alhamdullilah. Banyak sangat makanan sepanjang 4 hari ini. Alhamdullilah masih diberi rezeki dan kesempatan untuk merasa semua makan sedap di area Kuala Lumpur. Nak tunggu masa terluang untuk pergi sana lagi, mungkin lambat lagi rasanya. Jadi bersyukur atas semua kurniaan ini. Sedap semuanya! =) 

Kami marathon 10KM dan hilang 400 kalori. Makan selama 4 hari ini sudah tambah kalori lebih daripada 400. Haha! 

Korang suka makan? Kalau teringin atau nak rasa makanan sedap di Kuala Lumpur, bolehlah terjah kedai di atas ye. Mungkin citarasa korang sama dengan aku. Hee.  

Kami. Izan. Aku. Tasha. Hanis. Ain.
 

Happy eating, all. 

13 comments:

  1. sedapnya semua makanan nampak sedap2. terliur dah tengok ni. ;) saye kalau pencicah mesti nak kena pedas2 baru puas hati. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti nadhie suka makan pedas kan. Hehe. Sedap2 =D

      Delete
  2. sedapnya semua siqah! serious lapar ni!!! T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Okay erin boleh hunting for food now! =D

      Delete
  3. Masyaallah sedap sedap semuanya Siqah .....udah terliur mak pepagi ni hihi...
    Aduhhhh mango dgn durian ice tu mmg mengancamlah....tak pernah masuk korean restoren. Berbaloi ke mencuba ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi mencubanya mak snow ice tu. Yang durian tu kira berbaloi berganda kalau mencuba. Walaupun nanye harga agak mahal, RM33. Beli satu kongsi ramai2 taklah terasa sangat mahal tu. Hee. Yang durian ice, mak mesti cuba. Recommended! =D

      Delete
  4. teringinnya nak rasa makanan koreaa. hahahaha. dah terpengaruh dengan kdrama banyak sangat ni. nampak macam sedapp je. T___T hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sedappppppp aina :) nanti cuba eh awak :)

      Delete
  5. nampak lazat makkk oiiii :) nnt pegi kl bleh lerr try kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mek.. nak siqah temankan sekali pun boleh :)

      Delete
  6. wow terbaik la, siqah...
    terliur akak dibuat nyer.
    sotong bakar, ikan bakar... fullamak.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife