First Time Marathon in Standard Chartered KL Marathon 2016

instalife

August 08, 2016

First Time Marathon in Standard Chartered KL Marathon 2016

Hello semua =) 

 
Seperti yang sedia maklum, aku ada join Standard Chartered KL Marathon 2016 semalam. Ada aku ceritakan dalam ENTRI INI dan ENTRI INI

Tahun ni semua #gengmakan join marathon. Selama ini hanya Nadiah dan Syira je join. Buat julung kalinya, aku, Hanis, dan Tasha join sekali. Agaknya dah dibukakan hati dan minda kami untuk lari. Lama betul nak dibukakan hati dan minda ek. Umur 30 tahun dah! Haha. Dan kami kerja di SCB dah 5 tahun tapi baru tahun ni nak join. Selama ni, aku delete je email pasal marathon. Hahaha. 

Agak-agak korang aku berjaya tak dengan misi yang aku cakap dalam ENTRI INI ? Misi untuk habiskan marathon 10KM dalam masa dua jam yang diberi. Hee. Di hujung entri ini nanti korang akan tahu eh. Teruja tak nak tahu? =D 

Kalau teruja pun janganlah scroll sampai bawah terus. Meh dengar cerita aku dulu. Bukan dengar tapi baca. Hehe.

 
Kami ( aku, Tasha, Hanis ) bertemu di LRT Asia Jaya jam 6 pagi. Solat Subuh di sana sebelum bergerak naik LRT. Untuk event besar seperti ini, baiklah pergi dengan menggunakan kemudahan awam. Lagi mudah dan tak hadap jalan sesak. Cuma bersesak dengan kepadatan orang dalam LRT. Ramai sangat. Penuh! 

 
Sampai saja di stesen LRT Masjid Jamek, kami terus mencari HIV booth memandangkan kami daftar untuk #PositiveLivingMY campaign. Katanya kena daftar dan dapat satu belon untuk dibawa lari bersama. Sayangnya, kami tak jumpa HIV booth. 

 

#WHYIRUNKL
 

Malas dah nak cari, kami terus pergi ke Jalan TAR untuk 10KM Entrance Opening. 

Aku, Tasha, dan Hanis pilih Leisure. Memandangkan kami lebih banyak jalan daripada lari. Hehe. Manakala, Nadiah dan Syira pilih Speed. Mereka memang fit. Hee. 
 

START! 
 

Sempat selfie satu! Hehe. 
 

Tabik spring pada dua wanita ini
 

Di sepanjang larian, aku baru sedar yang banyak bank berada di sekitar KL. Patutlah jalan sesak sentiasa. Laluan kami sampai ke Menara KLCC dan KL Bird Park. Naik turun bukit di situ. Semestinya aku hanya jalan di sepanjang jalan itu. Hehe. 

Aku tetap teruskan larian dan berjalan walaupun dah penat tahap tertinggi. Ramai sangat orang yang lari! Dalam masa yang sama, aku dapat motivasi untuk teruskan larian daripada mereka. 

Bila nampak je Finish Line, rasa memang aku nak pecut. Tak sabar nak sampai. Cuma sayangnya, betis aku masa tu dah nak cramp. Sebelum cramp, baik aku berjalan je. Makanya, aku berjalan hingga ke garisan penamat. Terima kasih kepada yang beri semangat di kiri kanan jalan. Bukan tak nak lari, cuma tak boleh dah. 

Alhamdullilah. My first marathon in life. 
 

Gembira tak terkata! Itu yang lompat bersungguh. Hehe. Tak sangka aku dapat habiskan marathon 10KM. 
 

Dan jawapan untuk misi aku sebelum ini, hehe. 
AKU BERJAYA! Yeayyy!! Finisher 10KM in less than 2 hours. No training at all dan dapat habiskan larian dalam masa yang diberi. Bangga dengan diri sendiri boleh? Bagi can sikit eh korang =D 
 
Macam mana dapatkan summary larian di atas ni? Daripada aplikasi SCKLM 2016. Mujur aku download. Ada jugak gunanya =D

Alhamdullilah. Semua #gengmakan berjaya habiskan larian kami. Tak kisah jumlah masa untuk habiskan larian, yang penting habis dan semuanya ikut kemampuan masing-masing. Don't push yourself so hard!

Bangga dengan semua #gengmakan terutama Hanisah. Serius, you made it Hanis! Tahun depan boleh pergi marathon di Korea. Hehe. Congrats ~ =) 

Dan selepas berehat, pastinya ada sesi bergambar. Menantikan photographer aka encik suami yang berjanji nak tunggu aku di garisan penamat, tapi rupanya tak sampai lagi. Aku dah sampai garisan penamat, baru call dia dan kejut dia bangun. Dah agak dah ini akan terjadi. Haha. 

Bila encik suami dah sampai, maka sesi bergambar #gengmakan pun bermula. Hehe. Missing Nadiah in this photo. Nadiah pulang awal sebab suami dia injured. 

Meh layan gambar kami ye =D

Apabila #gengmakan berlari pula. Asyik makan je kan selama ni. Haha. 
 
Kami semua feeling ballerina semalam. Hee. Sebabnya kami pakai red skirt tutu sempena support kempen #PositiveLivingMY untuk HIV. 

Yeayyy! =D
 

Photographer suruh kami duduk sini. Kami follow je. Siap dia ambil kerusi di tepi sebab nak ambil gambar dari atas. Hee. 
 

Tiba giliran ambil gambar individu pulak =D

Syira 
 

Aku
 

Hanis
 

Tasha
 

Ada orang nak ambil gambar dengan kami. Hehe. 
 

Finisher 10KM
 
Rasa bangga dan gembira bertukar menjadi down selepas ada komen yang diberi, "10KM just running. Kalau marathon kena complete 42KM". I know the term very well. 10KM Running and Marathon is for 21KM ( Half Marathon ) and 42KM ( Full Marathon ). Cuma aku tak akan pernah boleh masuk half marathon apatah lagi full marathon. Aku tahu dan sedar kemampuan diri aku. Jadi running 10KM is consider as marathon for me. Takpelah kalau aku guna term marathon eh. Huhu.

Serius rasa down. Tapi bila difikirkan balik, biarlah, yang penting aku rasa bangga dan seronok sebab ini kali pertama aku join marathon. 

Dan yang buat lagi seronok, hehe, apabila Along sekeluarga nak join jugak tahun depan. Katanya lah. Siap suruh bagitahu kalau dah open registration. Lagi excited aku dengar! Dan aku yang dikenali sebagai orang yang lembik dalam keluarga, haha, berjaya habiskan larian 10KM! Hee. Yeayyy! 

Insyallah. There'll be next marathon. And please training Siqah oii! Jangan main redah je macam semalam okay. 

Thank you kepada yang support aku join marathon ni. Really appreciate it. Dan terima kasih baca hingga ke akhir entri. Panjang kan cerita ini? Hehe. 

EDIT: 

Official result for SCKLM 2016 dah keluar di website
Just click above link, enter your NRIC / Passport No / Bib No and click continue.

My official result
 
Rank yang tak boleh tahan. Beribu! Hahaha. 

30 comments:

  1. mek bangga dengan siqah and nadiah and seluruh gengmakan ! chaiyokkk and daebak la korang nii. mek sendiri pun pancit klau bab lari. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancit tu memang pun mek. Tapi tetap teruskan hingga ke akhirnya. Hehe. Tq mek bangga dengan kami gengmakan. Hehe =D

      Delete
  2. waaaaaa bagus2... cayok2

    kalau akak lah baru msk 2 km dh semput agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak.. Insyallah jika diizinkan, nak lagi join larian. Macam best pulak. Hee. Asalkan sihat kak, alhamdullilah =)

      Delete
  3. Awesome! happy baca post ni. I've joined two runs before. Tapi masa tu mampu 5km je. Hebatlah sekali masuk terus 10km.

    Keep it up!
    #runningfanhere:)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tq hanis! Haah ada tengok gambar medal hanis kat your instagram. Medal awak comel sangat okay 😍 jom tahun depan kita lari sesama nak? =)

      Keep it up to your too, hanis! =)

      Delete
  4. wah bestnyaaaa kite tak pernah masuk marathon sebab dekat sekolah dulu merentas desa pun tercungap hihi. Tahniah ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak =) alhamdullilah, nothing serious happened. Risau juga sebab tiada preparation. Kita pulak tak pernah merentas desa masa sekolah. Totally tolak aktiviti sukan ni =D

      Delete
  5. mcm mana siqah boleh habiskan in 2 hours? merentas desa sekolah yang 2km tu pun erin tak larat hahahaha sedih betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuatkan semangat erin! Hehe. Ikutkan hati nak stop je, mental kena kuat jugak =D Itupun siqah banyak jalan daripada lari nanye erin. Tak larat mana pun nanye. Hehe.

      Alaaa kita masa zaman sekolah, tak pernah merentas desa 🙈

      Delete
  6. seronoknyaa! siap dengan red skirt tutu.. hehehe comel je..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Seronok pulak bila pakai red skirt tutu. Lagipun nampak sopan je =D

      Delete
  7. wahhh bestnyaaa siqah.. lama dh xdpt join mcm ni. have fun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti, nina join ye. Setiap tahun ada larian camni. Best juga berjinak-jinak dengan larian =)

      Delete
  8. congratsssssssss....wah....hebatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde hebat mana kak ayu.. Banyak jalan daripada lari nanye kak 😅😅

      Delete
  9. wowwww bestnyaa!
    i think i have to try and participate a marathon competition like this one fine day heee
    followed here #107
    follow back and keep in touch okay <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom join aini! Best! Hee.

      Tak nampak pulak nama aini dalam followers? Hehe. Ada error agaknya. Hee. Siqah datang dan follow blog aini pulak nanti ye =)

      Delete
  10. Tahniah.. sekurang-kurangnya berani mencuba.. Akak pun dah lama nau tak aktif, berat jer rasa badan ni.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke badan akak berat? Siqah tak percayalah =p

      Akhirnya datang keberanian tu kak. Kadang-kadang betul jugak cakap orang. Kita register je dulu, hari kejadian nanti redah je. Hehehe.

      Delete
  11. I'm looking for cbox tp x jumpa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa atika, blog siqah tak letal cbox lahhh. Hehe..

      Delete
  12. Tahniah..10km not bad...cutenya, lari pakai skirt merah tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you nohas =) Hehe. Best jugak pakai skirt merah tu. Sopan je 😁

      Delete
  13. sya dah lame berangan taw nak masok. siap ade dalam wishlist lagi. ingat nk try jugak at least sekali. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan jom orked! Kita masuk sama2 nak? Nanti dah open registeration, siqah inform orked eh.. Jom lari bersama. Boleh tick wishlist tu nanti =D

      Delete
  14. hebat semangat siqah...heheh..irda ni fikir hari tu besday anak je..kf not join jugak tau..hahha boleh dot rasa dpt pakai skirt tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Semangat kena kental kata 😁 kan irda, hope tahun depan bukan diadakan masa birthday anak irda. So irda boleh join =) Skirt tu bila dapat macam x nak pakai, bila dah pakai rasa menarik pulak. Hehe.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife