REVIEW BUKU | MAT CLEANER UK

instalife

May 06, 2017

REVIEW BUKU | MAT CLEANER UK



Nampak tajuk saja sudah aku agak bahawa buku ini merupakan kisah pengalaman penulis yang pernah menjadi tukang cuci di UK. 

Aku pinjam buku ini daripada kawan sepejabat, Masyi. Ada ternampak buku ini di atas meja dia, lalu aku pinjam. Lagipun, tengok bukunya nipis saja. Pasti boleh habis dalam beberapa jam. Hihi. 

Tapi, aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan pembacaan satu buku yang hanya mengandungi 153 muka surat. 

Sebab aku sibuk ( tak sempat baca di pejabat ) dan ada bahan bacaan yang lain apabila di rumah. 

Aku akan terus kepada review untuk buku ini ye ^_^ 


REVIEW


Buku yang menceritakan pengalaman penulis sepanjang menjadi tukang cuci di UK. Gaya penulisan santai dan bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Malay + English. 

Part yang aku suka dalam buku ini apabila penulis menceritakan mengenai pelbagai jenis manusia yang beliau jumpa dalam setiap bab. Daripada gadis blonde hingga ke mubaligh Kristian. 

Turut juga diceritakan kisah bersama pengajaran yang penulis dapat dalam setiap bab itu.  

Berbangga dengan penulis yang mampu menampung duit sewa apartment dan tiket masuk ke Royal Albert Hall kepada keluarga beliau semasa Hari Graduasi beliau di sana. 

Dan paling penting, beliau dapat mengumpul duit perbelanjaan kahwin dengan menjadi tukang cuci di UK. Pound bila ditukar kepada Ringgit Malaysia, weiii banyak! Sure buat kenduri kahwin lengkap belaka 😱

Pendapat peribadi aku, buku ini masih ada kekurangannya. Aku tak tahu dari segi apa. Yang pasti aku membaca buku ini tanpa perasaan yang membuak di dada. Perasaan ingin tahu juga tiada. Baca tanpa perasaan jugak nanye. 

Mungkin kerana aku tidak berapa faham akan kesinambungan antara satu demi satu cerita. Aku tak tahu samada ia bersambung atau tidak. Entahlah, cuma ada sesuatu yang aku rasakan tidak lengkap dalam buku ini. 

Aku saja kot yang rasa begini 🤔

Favourite Quotes: 

# When you do the same thing everyday, I bet you can be good as time goes by. 

# DIA datangkan pengajaran untuk kita daripada pelbagai makhluk ciptaan-Nya, walaupun yang tidak sejenis dengan kita atau seagama dengan kita. 

# You know why I look young? Because I always think positive and keep myself happy. 

# When you're happy, you're not thinking whether you're old or young. You just enjoy your life as it is. That's why I always cheer myself up. If you keep whining and complaining, you'll feel sad. Even if people do something bad to me, I'll always talk to them.. You know, just to keep myself and everybody happy. 

# Sometimes you need to talk a lot, so you can release something from inside your mind. At least you'll feel relieved a bit..if not much. But you know, people around you can't give you happiness. Even your parents can't make you happy. You have a lot to do for yourself. 

# When you're old and you have your family, your kids, you'll enjoy the money that you earned. That is, if you get a good wife. If you get a bad wife, she's gonna cause you a lot of trouble. If she spends too much, she'll kill you. Do you know that most men die because of their wives? 😅

# Even if you have so much money and other materials, if you feel sad, it's not gonna bring you any good, is it? You can't buy happiness. It's important for you to live in a surrounding where you fell happy. 

# But people in this world, sometimes they can stand the sufferings, but sometimes they can't. Some people can suffer for so long but still living his life like normal people. Some people, just can't bear all the torments. 

# Realiti kehidupan. Dalam kita menyangka yang ilmu kita sudah cukup banyak, hakikatnya ada lagi yang kita tidak tahu. Ilmu dan hikmah itu juga, bukan semestinya datang daripada mereka yang berjawatan atau berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Kadang-kadang, ia datang daripada sumber yang kita tak sangka.

Dengan adanya tukang cuci, kita dapat menjalani kehidupan selesa dengan menggunakan kemudahan awam. Terima kasih tukang cuci! 😊👍

Mana taknya, aku mengomel sendiri kot kalau tandas awam tak bersih. Tambah lagi bila tandas berbayar. Rasa angin satu badan dan terus terbantut niat nak melepaskan hajat. Huhu. 

Terima kasih penulis untuk buku ini. Sedikit sebanyak catatan kisah peribadi dan pengalaman yang diceritakan mampu memberi pengajaran kepada pembaca. 

Sesungguhnya, setiap pengalaman yang kita dapat di muka bumi ini daripada pelbagai cara adalah didikan daripada Allah. Terimanya dengan baik dan berdoa agar pengalaman itu dapat memberi kekuatan dalam diri kita 😊

Rating: ★★★

32 comments:

  1. Ok kak, I know that feeling bila baca tapi tak rasa excited tu. Penulisan tu sebenarnya not bad tapi feel tuh macam tak sampai. Susah betul nak explain benda tu kalau dlm review buku. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Fatihah! You said exactly what I've in mind. Yes! Yes! Feel tu tak sampai nanye tapi memang penulisan not bad jugaklah nanye. Memang susah nak explain dalam review buku 😔

      Thank you so much Fatihah for this comment. Menyampaikan apa yang akak rasa 😊

      Delete
  2. Betul2 setiap pengalaman ada pengajaran untuk kita semua =)

    ReplyDelete
  3. Part realiti kehidupan itu...betul sangat Siqah..semakin kita rasa tahu semua perkara hakikatnya banyak benda yang tidak kita ketahui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Sebab tu juga sentiasa kena beringat dan jangan mendabik dada dengan ilmu yang kita ada. Entah2 orang lain lagi banyak ilmu daripada kita kan kak :)

      Delete
  4. I think skill penulis kot yg tak sharp lagi but cerita yg dia offer are really interesting. lecturer penah suruh buat mcm ni, cari some sort of program yg boleh duduk lua negara and ambik la keje part time cleaner or something sbb duit malaysia jatuh teruk so jadi kayalah kejap masok malaysia. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes betul Nurul. Penulis masih baru. Rasanya ini buku pertama beliau kot. Penulisan okay cuma tue lah feel tak sampai. Huhu. Tapi ceritanya memang menarik. Dapat tahu juga kisah mat cleaner kat negara orang kan..

      Haha. Berbas idea lecturer Nurul. Kalau boleh Siqah nak join jugak. Nak gak rasa kaya sekejap masuk Malaysia. Hehe.

      Delete
  5. cntiknyaa cover dia kak. style.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Itu yang buat tertarik gak nak baca :D

      Delete
  6. Memang kalau duit luar negara tukar ke duit kita boleh masyuk. Mungkin penulis baru kot, ada sikit sikit yang nak kena tambah lagi lepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Penulis baru ni. Rasanya buku pertama beliau kot. Ceritanya menarik cuma tue lah masih ada kurang sikit. Siqah pun bukan pandai menulis, pandai komen hasil penulisan orang je ek. Dah kata review 😅😅

      Masyukk berganda Nani kalau convert ke duit kita :D

      Delete
  7. best buku ni..teringat cerita husband masa di sana....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband Irda pernah jadi cleaner di UK juga ke? Bestnyaaa! Ada pengalaman dibawa balik bersama kan :)

      Delete
  8. kau UK ni jadi cleaner pun boleh kaya, kalau keje yg berjawatan tetap tu entahlah kaya macam mana agaknya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan! Kan!! Cleaner je dah cukup kalau nak kerja kat sana. Nak gak g keje setahun ke, balik malaysia kayo kejap. Hihi

      Delete
  9. Pasti mengandungi berjuta pengajaran,,hendak seribu daya,,taknak seribu dalih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mar :) Apa pun, semuanya terletak pada hati kita. Kalau nak, sedaya upaya kita akan cuba dapatkannya kan :)

      Delete
  10. # When you're old and you have your family, your kids, you'll enjoy the money that you earned. That is, if you get a good wife. If you get a bad wife, she's gonna cause you a lot of trouble. If she spends too much, she'll kill you. Do you know that most men die because of their wives?

    Part ni memang tak boleh tertahan nak ketawa...ada kebenaran jugak la kot tapi be positif otherwise kita look old than our age...sbb positif la Umi nampak muda..hahaha oppss

    ReplyDelete
  11. Haha. Kan Umi!!! Siqah pun rasa kelakar baca ayat tu. Pastu duk berfikir jugak aku ni spends too much ke? Hahahaha.

    Yes yes. Be positive tu penting kan. Siqah tengah belajar jugak nak be positif ni, nak nampak muda cam Umi gak. Hihi :D

    ReplyDelete
  12. betul kadang2 buku pun ada jiwa, bila kita baca kita rasa nak baca lagi dan tak sabar nak tahu endingnya kan, buku ini bagus mungkin penyampaiannya saja yang kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju apa akak AA cakap. Jalan cerita okay cuma tu lah, cara penyampaian kurang. Mungkin sebab penulis pun masih baru.

      Delete
  13. msti best kalau dpt baca cite nih.... yelah baca yg review pun dh tau best... ayat2 nya penuh motivasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Ayat penuh motivasi. Bolehlah akak baca nanti :)

      Delete
  14. Kawan reen pernah citer jgk kalau kerja part time kat sana gaji memang mahsyuk walaupun keje cleaner, waiter. Nak n taknak je kan.

    Suka quote ni!
    # Realiti kehidupan. Dalam kita menyangka yang ilmu kita sudah cukup banyak, hakikatnya ada lagi yang kita tidak tahu. Ilmu dan hikmah itu juga, bukan semestinya datang daripada mereka yang berjawatan atau berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Kadang-kadang, ia datang daripada sumber yang kita tak sangka

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAnn!! Rasa macam nak pergi luar negara kerja setahun. Hihi.

      Suka quote tu jugak :D

      Delete
  15. wahh boleh jd inspirasi pound matawang paling besar huhu jd kaya kalau kerja sana. nk copy lah kata2 tu 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nak pergi kerja sana ke nanti Nina? :D

      Delete
  16. Menarik juga buku ni siqah...

    ReplyDelete
  17. lthough the rubber hard drive and foot pad will at some point wear out green gobbler drain cleaner reviews

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife