Hello semua ^_^ Rasa macam dah lama tak update blog. Enam hari pun sudah terasa lama sebenarnya. Rindu blog 😎
Aku malas nak update blog namun gigihkan juga sebab aku masih nak berkongsi kisah hidup aku dan biar ia bersemadi di sini.
Aku juga sudah lama tak menjenguk blog rakan blogger. Sejak phone aku masuk air minggu lepas. Bagi aku sedikit masa untuk melawat korang semua okay. Pasti akan diterjah =)
Untuk entri ini, aku akan ceritakan serba sedikit apa yang terjadi dalam hidup aku semenjak aku berjauhan daripada dunia blogging. Jauhlah sangat :p
Meh baca cerita aku yang tak seberapa ni ye. Hihi.
1. Phone aku masuk air Sabtu lepas >> ENTRI INI dan masih tidak boleh ON sehingga sekarang. Makanya, aku masukkan semula phone ke dalam bekas beras. Rasanya kena hantar repair jugak tu. Harap sangat boleh repair. Huhu.
2. Aku beli phone baru Ahad lepas. Nampak sangat tak boleh hidup tanpa phone kan? 😂 Phone sangat penting bagi aku. Bukan setakat untuk melayari internet dan laman sosial saja, paling penting adalah untuk hubungan sesama insan. Suami aku susah hati bila aku tiada phone. Payah nak berhubung. Terima kasih ye encik suami kerana melayan kerenah isterimu ini =D
My new gadget =) iPhone 7 Plus Rose Gold |
3. Aku beli phone di Celcom. Sebab nak dapatkan rebate RM700. Banyak tu rebate! 7 bulan tak payah bayar bil. Itu yang aku nak sebenarnya. Hii.
4. Walaupun dah ada phone baru, aku masih sayangkan phone lama. Tiga tahun guna wei. Kalau tak rosak, memang tak lah aku beli phone baru ni. Keadaan memaksa sebenarnya. Phone lama tetap akan aku hantar repair dan harap sangat phone boleh on. Banyak data disimpan dalam tu dan tiada backup. Huhu.
5. Semua E-Books hilang!!! Rasanya macam dah backup dalam iCloud tapi takde pulak. Aku tersalah cara backup atau iCloud tak boleh backup E-Books yang tidak dibeli? Aku pun tak tahu. Tanpa membuang masa, aku download kembali satu persatu E-Books. Sayangnya, ada satu E-Book yang aku tak boleh download sebab broken link T_T
6. Kalau korang tak perasan, aku dah delete my post about "Here's A Quick Way to Download Free E-Books" atas sebab tertentu. If anyone wants to know the details, please email me personally =)
7. Aku dah habis baca dua novel sepanjang lima hari ini. Novel bertajuk Everything Everything (E-Book) by Nicola Yoon dan Terukir Cinta (Physical Book) by Anna Lee. Plan nak tengok filem Everything Everything tapi tiada tayangan pula. Tak kan kena banned pulak kan? 🙍
8. Aku dapat kembali my 8500+ photos. Thank you iCloud! Tapi ada juga gambar yang tiada. Aku tak tahu kenapa tiada atau mungkin aku yang tak perasan. Semua gambar dalam All Photos folder berterabur, sudah tidak mengikut masa dan tarikh gambar diambil. Pening.
9. Nasib baik aku dah siapkan semua entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip. Antara gambar yang tiada adalah gambar di Pulau Redang.
10. Aku tidak sempat menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Traveloka #MYTravelAdventure. Aku dah draft sedikit dan pending gambar tapi sayangnya phone aku pulak rosak Sabtu lepas. Semua gambar hanya ada dalam phone je. Boleh siapkan entri tersebut pada hari Isnin tapi sayangnya aku tiada mood. Apapun, TQ Traveloka for invitation. Maybe, next time =)
11. Aku tidak berpeluang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2017. Jadi, aku beli online tiga buah buku yang aku bercadang untuk beli di pesta buku tersebut. Boleh je sebenarnya beli di kedai buku nanti tapi aku nak juga beli online. Tak nak pergi kedai buku sebab takut terbeli buku lain. Langkah berjaga-jaga. Hihi.
Perang Melawan Mitos - beli di MedTweetMY Hidup Yang Aku Pilih by Muharikah dan Arkitek Jalanan by Teme - beli di Iman Publication. Note: Tak baca lagi :D |
12. Akhirnya bakal tiba juga hari yang dinanti. Haha. Larian pertama aku pada tahun ini adalah di Standard Chartered KL Marathon 2017 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 21 May 2017. Seram sejuk sebenarnya nak lari 10KM. Mampu ke aku buat? Dah sebulan lebih tak lari langsung! Malas! Dan bila dah tiba hari, alamak, takutnya! Harap mampu aku habiskan larian 10KM. Doakan aku ye korang =)
Tahun ini, aku akan lari bersama red skirt tutu juga sempena support #PositiveLivingMY untuk HIV. Suka pakai skirt ni. Tak payah beli seluar sukan sekali dengan skirt tu. Tak jumpa nanye nak beli kat mana. Hihi.
Tahun ini merupakan tahun kedua aku join Standard Chartered KL Marathon. Korang boleh terjah entri aku mengenai my first marathon a.k.a larian 10KM dalam ENTRI INI ^_^
13. Banyak entri tertunggak sebenarnya. April Wrap Up, review buku, Blue Sky Tag, Sunshine Blogger Award. Terima kasih kepada rakan blogger yang tag aku. Nanti aku buat ye. Aku akan cuba siapkan semua entri tertunggak dalam bulan ini. #siscuba
Cuma kadang-kadang blogging slump melanda diri juga. Takpelah. Asalkan blog masih ber-update. Walaupun seminggu hanya sekali. Jangan lupakan aku ye korang. Hihi 😍
Taking good care of yourself, okay.
Till then,
arghhh jeelsss dekat akak sbb dpt phone baruuuu.. hehehe
ReplyDeleteHehe. Janganlah jeles Busyra. Perabih duit je tu beli pun sebab phone rosak T_T
Deleterose gold = terbaik. cantik. ari tu aida nak beli samsung ala2 pink gitu.
ReplyDeleteout of stock :( sedih, siqah...
yes. tanpa phone skang ni, memang agak lost skit pada aida.
wajib. phone & internet. without it agak terganggu.
moreover opis aida now communicate more secara wasap tau. hadoi. bos arah dlm wasap grup aje.
Alorr out of stock pulak.. Biasanya kalau color cantik, cepat out of stock kan. samalah macam iPhone Red. Memang out of stock kat semua Samsung ke Aida?
DeleteKan!! Sekarang semuanya phone. Bukan nak kata mengadap phone je selalu, tapi memang sekararang phone sangat penting. Samalah kita. Pasal kerja pun dalam WS group je sekarang..
larian marathon, so far aida xde join lg.
ReplyDeletemember di putrajaya & lembah klang, tiap weekend update fesbuk diorang join byk marathon.
milo lah... seronok.
here melaka mcm x brape dgr.
Kat Melaka hari tu rasanya ada larian jugak. Siqah tak pasti apa namanya sebab Siqah just lari kat area sini je. Itu pun SCBKL je yang mesti join. Hihi.
DeleteAida cuba join larian nanti =)
Canteknya phone baru tu. sama warna dengan ana punya tp ana bukan IPhone lah. Hehe.
ReplyDeleteAna sempat baca entri e-book tu rasanya. Kenapa kena delete pula? Melanggar rules ke? Entri tu berguna utk peminat novel eng kan.
Yeayy! Phone kita sama warna. Hehe =)
DeleteBoleh dikatakan langgar rules jugak lah sebenarnya Ana. Takut nanti kena kecam dengan peminat buku di luar sana. Ada yang anti free e-books sedangkan rasanya dorang pun download 😅 untuk elakkan daripada terkena tempias, baik Siqah delete entri tu.
Nanye tak delete pun, Siqah move back to draft je. Sayang nak delete. Penat taip.. huhu
wahhh dah ada fon baru. tapi syg kan dekat fon lama. sama la kita. selagi tak rosak fon nya memang takka beli fon baru
ReplyDeleteMasih sayang phone lama. Sedih tengok phone dalam bekas beras dan masih tak boleh on. Huhu. Kann! Beli phone baru kalau rosak. Kalau tidak, memang taklah beli. Huhu. Sayang eh duit..
DeleteTekejut akak tengok angka gambo tu 8500+, sy tak pernah simpan byk2 cmtu, jenuh tu nak susun balik kan kak, 😅, rezeki akak iphone7 tu hihi. Btw sy tercari2 jgk entri ebooks akak tu rupanya dah delete.😅
ReplyDeleteHihi. Banyak gambar ulang je nanye. Malas nak pilih. Tu yang banyak. Hihi. Haah akak dah delete entri ebooks tu. Kalau Shaf nak, akak boleh bagi via email. Akak nanye move to draft. Tak delete pun. Hihi.
DeleteKak PC tak lupa awak Siqah...tahu phone awak problem kan..alhamdulillah tahniah dah beli yang baru...yeyyy...jaga elok2...manfaatkan sebaiknya...betul..phone dah jadi keperluan..
ReplyDeleteTerima kasih kak PC tak lupakan Siqah 😚 Insyallah akan dijaga elok phone ni kak. Tak nak dah bawak phone guna beg kalis air. Serik. Huhu. Betul kak, phone sekarang keperluan kan :)
DeleteBanyaknya benda yg berlaku. Yg penting dh dpt ganti phone baru, gambar2 pun dpt backup semula :D
ReplyDeleteGudluck marathon nnti! Rindu pulak nk marathon cmni
Alhamdullilah. Phone dan gambar dapat semula :D
DeleteNanti tahun depan jom Mazni join Siqah masuk SCB KL Marathon nak? Boleh kita lari sama-sama =)
Ok jeles part iphone tu... nak jugakkkk Q_Q
ReplyDeleteAlaa tak mahulah jeles. Sebab rosak je ni T_T
Deleteso, how's the run? perasan gak AKLEH tutup pagi tadi. Jeles dengan orang rajin join larian ni. Tapi orang kata addiction jugak. Ramai member macam tu. Peperhal pun, tahniah dapat hp baru. Hehe
ReplyDeleteRun is awesome! Haha! Bolehlah. Penatnya sama macam tahun lepas gak. Hehe. Haah ada juga orang camtu kan. Addiction nak join larian. Kagum betul tengok dorang. Sekali setahun je cukuplah untuk Siqah kot. Hehe.
DeleteAhhhh bestnya fon rose gold.jealousss.suka baca entry siqah selalu updte tau hahaha
ReplyDeleteTak mahu jeles please. Perabih duit je tu T_T Hehe. Thank you Airah suka baca entri Siqah. Nak jugak update kat blog :D
Deletekdg walaupun ada phone baru,, tetap yg lama tue yg d cari hahaha.. sy pun walaupun guna hp baru, tetap x boleh move on dgn hp lama hahaha
ReplyDeleteKannnnn! Siqah pun masih tak boleh move on drpd phone lama. Rasa sayang banyak kat dia. Harap sangat boleh on. Huhu
DeleteCantiknya warna phone. Limited edition ke kak? Kenapa ira tak pernah nampak iphone color tu hahahhaa. Camne cara nak tebus rebate tu kak? Bulan2 bayar berapa?
ReplyDeleteBukan limited edition color rose gold ni. Kalau color red baru limited edition for iPhone. Hehe. Rebate RM700 nanti akan ditolak bulan2 daripada bil phone kita. Maksudnya lebih kurang 7 bulan kita tak perlu bayar bil phone. Lepas 7 bulan, back to normal pembayaran.
DeleteBrapa pulak harga selepas 7 bulan tu kak? Ada down payment tak? Macam berminat je hehe
DeleteAkak ambil Celcom plan yang sebulan harga RM98 + GST. Lepas 7 bulan bayar harga celcom plan macam biasa. Cuba Ira tanya Celcom for details kalau berminat. Terus pergi Celcom Cube Blue lagi bagus. Hehe
DeleteAlahai!! kesian Siqah phone masuk air tapi takpelah dapat phone baru, rose gold is my favorite color too.
ReplyDeleteKena peram lama lagi kot tu dalam beras tu sampai betul-betul kering nanti In Sha Allah phone tu akan bernyawa semula walaupun tak sempurna seperti sebelumnya. [c&p experienced kawan Mrs. A]
Walaupun Mrs. A suka bersukan tapi marathon belum pernah try lagiks! Teringin jugak tu hiks! Adalah Mrs. A terbaca IJM Land half-marathon kat Seremban ni tapi tulah takde gang.
Doakan phone lama Siqah boleh ON please Mrs A. Sayang phone lama. Banyak benda dalam tu T_T Yes, rose gold cantik, my fav too :)
DeleteHope so Mrs A. Kawan Siqah phone dia tak leh on sungguh. Pergi repair kena RM1200. Sedih betul. Orang nak baiki tu pun cakap baik beli phone baru je. Huhu.
Jauh pulak Siqah nak ke Seremban. Kalau tidak, boleh join Mrs A kat sana. Cuba lah join nanti Mrs A. Syok kalau ada geng :)
Best dpt iphoneee. Hp lama jual kat reen la lepas repair tu.hee.
ReplyDeleteTeringin nk join prgm lari2 tu. Tpnxde geng.huu
Phone lama masih tak boleh on Reen. Nak tanya dulu samada boleh repair ke tak. Kalau tak mahal, Siqah repair lah. Huhu. Dah ada orang cop phone lama tu Reen. Hehe.
DeleteAlaaa kalau Reen kat sini boleh join dah sekali Siqah. Lari ni kalau ada geng semangat lebih sikit nanye =) Nanti ada geng Reen join k =)
wahhh phone baru.. selamat berbloging kembali siqah..
ReplyDeleteThank you Cik Ash =)
DeleteBuku teme.. best gilee.. buku tu termasuk dalam list buku yang saya nak beli..
ReplyDeletehari tuu tak dapat pergi pesta buku.. =( . Lepas je baca buku Teme yg pertama, saya nantikan buku dy yg kedua..
seronoknyaaa... selamat membaca.. =)
Kannn! Siqah pun suka buku Teme yang pertama. Itu yang bersungguh beli buku kedua. Atikah pun, selamat membaca nanti ye =)
DeleteJeles tau tengok phone baru Siqah..
ReplyDeleteTapi sayang lagi phone lama kann sebab banyak kenangan dalam tu..
Apalagi tiba-tiba masuk air, kalau akak rasa sedih tak tau nak kata..
Harap-harap boleh elok semula phone tu dear..
Tak mahu jeles kak LZ. Perabih duit je 😩 Kes terpaksa je ni.
DeleteBetul kak. Sayang kat phone lama. Banyak benda dalam tu. Hope sangat boleh repair kembali. Huhu
Part dpt phone baru paling best !!!! Hahahha walaupun sayang hp lama tapi best gak dpt hp baru. Dah rezeki tue namanya
ReplyDeleteHehe. Tue lah pasal. Anggaplah rezeki walau nangis gak nanye 😭☺️
DeleteJelesnya mya!! iPhone warna pink lak tu..
ReplyDeleteI'm happy that you're back.
Hehe. Tak mau jeles please ☺️
Deletewahh.. bestnyaa dapat rebat rm700 tu. hihi. terus iphone baru ;D
ReplyDeleteRebat tu penting. Hehe. Nampak sangat tak boleh kalau takde iphone kan? 😅
DeleteBuku Teme tu dah lama saya cari, last year cari kat Pesta Buku, masa tu buku tu baru je launch tapi tak jumpa, then lepas tu terus tak mencari dah.. Malas.. Btw, selamat menyambut ramadhan siqah
ReplyDelete