Novel pertama daripada Sara Aisha yang menjadi pilihan aku setelah diperkenalkan oleh mak cik aku, Mak Lang. Macam menarik bila baca sinopsis dan review di Goodreads. Tanpa melengahkan masa, aku terus mencari novel ini secara online dan akhirnya jumpa juga. Usaha tangga kejayaan. Hihi.
Novel ini berjaya menarik minat aku dari awal hingga akhir. Aku baca setiap satu ayat tanpa skip sebab jalan cerita novel ni menarik. Semangat dan teruja baca walaupun novel ini tebal (746 pages).
And yes, Salju Kyoto has turned me into Sara Aisha's fan 😊
SYNOPSIS
Sinopsis. Harap korang nampak tulisan. |
Characters:
Arjuna Kaede adalah cucu tunggal kepada Nakajima Hiroshi, the oyabun of Aizukotetsu-kai yang merupakan kumpulan yakuza paling besar dan berpengaruh di Kyoto. malahan yang keempat terbesar di seluruh Jepun.
Nailah Farafisha kehilangan ibu bapanya dan dibela oleh Mak Cik Kasmah, mak kepada Amirul Badri. Nailah pergi ke Jepun seorang diri untuk mencari Amirul Badri yang tiada khabar berita namun Badri mengirimkan duit setiap bulan.
Amirul Badri. Terpaksa menyertai satu kumpulan yakuza di Jepun. Dia mahu cuci tangan tapi tidak semudah itu untuk keluar dari kumpulan yakuza.
REVIEW
First of all, aku suka nama watak utama dalam novel ni. Arjuna Kaede dan Nailah Farafisha <3
Tema action romance dan thriller. Tak pernah terlintas di fikiran yang akan wujud novel berdasarkan latar belakang sisi gelap kumpulan Yakuza di Jepun. Satu organisasi jenayah yang sangat terancang, malahan tidak dikira sebagai "illegal" atau tidak sah, sebaliknya diterima dan dikawal di bawah undang-undang kawalan jenayah terancang di Jepun. Sampai tahap Yakuza ada menerbitkan dan mengedarkan majalah sendiri. Wow!
Tambahan lagi, semua info dan sejarah mengenai Yakuza yang terdapat dalam novel ini adalah fakta sebenar. Aku yakin penulis bersungguh-sungguh buat kajian mengenai yakuza. Aku pun google tentang yakuza selepas baca buku ni 👍
Walaupun fakta sebenar yakuza digunakan, novel ni tetap hanya rekaan semata-mata dan semestinya tidak ada kaitan dengan kumpulan yakuza. Takut kang ada salah faham pulak. Hihi.
Banyak babak aksi, lawan-lawan dalam novel ini. Dah kata melibatkan Yakuza, tak kan tiada babak aksi. Penulis berjaya menceritakan babak aksi pergaduhan dengan baik sampai aku rasa macam tengok filem.
Siapa yang baca novel ini pasti akan jatuh cinta dengan watak Arjuna Kaede (AK). Tipulah kalau korang tak jatuh cinta dengan AK. Haha. Lelaki seperti salji, silent and deadly, cold and beautiful. Nampak garang di luar, sukar didekati, tetapi sebenarnya seorang lelaki yang sangat protektif dan romantik <3
Nailah Farafisha. Seorang wanita yang tidak pernah gentar. Seorang diri ke Jepun demi mencari sahabatnya, Badri. Berkahwin dengan AK dan bukanlah mudah menjadi isteri kepada AK. Dikatakan kelemahan AK tapi Nailah mahu AK buktikan bahawa dia adalah kelemahan yang memberi kekuatan kepada AK.
If you need to fight them, then fight. Jangan pedulikan saya. I might bleed, but I won't die easily. At least, not without a fight.
Aku terbayang-bayang keindahan negara Jepun, tahu sedikit sebanyak mengenai budaya Jepun dan membaca beberapa ayat Jepun yang diucapkan ketika perbualan dalam novel ini. Takdelah terbelit sangat lidah baca ayat Jepun. Chewahh ~ :D
Kimono Forest of Arashiyama. Lukisan-lukisan kimono bercahaya dipancar oleh lampu LED. Credit photo |
Ryu no Atago. Air pancuran di sini dianggap sebagai energy spot. Airnya datang dari Gunung Atago yang dipercayai suci dan tidak pernah kering. Credit photo |
Seperti biasa, aku kongsikan quotes yang aku suka daripada novel ni ^_^
A truly confident man will readily admit his mistakes, because he knows one misstep doesn't define his entire character.
Snow is silent. It falls as quietly as it can be. But then, it can turns into a deadly storm.
Snow is cold. It can freeze you to your bones. But then, it can be as beautiful as a magical world.
You are free to choose, but you are not free from the consequences of your choice.
Too much is not good. You work and work and work. You see only the end of the tunnel. Your goal. But through that journey, you missed the beauty of little things. Sometimes in life, we need to stop for a moment and see what's around us.
Ada ketikanya, kita akan sampai ke satu titik di mana kita perlu pasrah, diam dan tak fikirkannya lagi. Biarkan Allah buat kerja-Nya. Sebab Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.
We cannot change the past. We cannot change the history. But we can change the future. And to be able to do so, we have to let go of the past and be courageous today.
Mungkin segala emosi berat tadi sudah benar-benar dilempar jauh melalui tangisanku. Bukankah itu sebab utama kepada air mata wanita? Sesungguhnya, wanita menangis bukan kerana dirinya lemah tetapi untuk bangkit semula.
Kalau is such a strong word. It is strong because it weakens people. Because of "kalau", we tend to stuck in the past, stuck in regrets. And in the end, kita takkan mampu untuk move on.
That's the beauty of being human. Ada masanya kita akan kuat. Ada masanya kita akan lemah. Bila kita lemah, berbaliklah kepada Dia yang mencipta kita. Kerana Dia tahu mana yang baik, mana yang buruk untuk seseorang manusia.
Jika manusia menyerah pada kesedihan, mereka akan jatuh kerana beratnya beban.
When a girl is in love, you can see it in her smile. When a guy is in love, you can see it in his eyes.
Kehidupan bukan semudah itu. Bukan sekadar hitam dan putih. Sentiasa ada garisan yang tidak jelas antara hitam dan putih. Justeru, manusia memerlukan agama dan undang-undang sebagai petunjuk arah untuk hidup di dunia ini. Sebaik sahaja agama dan undang-undang itu diketepikan, hilanglah petunjuknya, lenyaplah kemanusiaan. Lalu, yang tertinggal cuma manusia yang tidak reti memikirkan soal manusia lain.
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★★
Sebuah karya yang sarat dengan aksi, suspens, percintaan, persahabatan, dan pengorbanan. Kelainan dan keistimewaan novel ini adalah kisah yang dipaparkan berkaitan dengan kumpulan yakuza. Unik dan tidak klise.
Kalau korang boleh terima imaginasi penulis dengan yakuza dan sedikit kisah romantik, rasanya novel ini untuk korang. Tapi jika tidak, takpelah kan. Lain orang lain citarasa. Selera masing-masing, korang tentukan sendiri.
Tapi kalau nak cuba baca genre berbeza daripada biasa, apa salahnya. Hii :D
Kesimpulannya, novel ini adalah salah satu novel yang patut diberi peluang untuk dibaca terutama kepada peminat novel tempatan.
As I mentioned above, Salju Kyoto has turned me into Sara Aisha's fan 😊
Happy reading ^_^
Write later,
Wow...keteguhan jiwa sang isteri yang sentiasa menjadi obor bukan benteng penghalang :)
ReplyDeleteKannn/ Harap kita pun boleh jadi begitu untuk suami :)
DeleteMenarik jugak eh jalan cerita dia. Tapi jujur kalau tengok pada rupa cover saja Ira takkan ambik buku tu kalau nampak kat bookstore hehehe.
ReplyDeleteNampak terserlah sangat perangai 'judge the book by its cover' :D
Haha!! Kann! nanye samalah dengan akak. Kalau orang tak bagitahu, takde kot nak ambik novel nie. Hihi.
Deletewow macam best je novel ni!
ReplyDeleteBest! You can try to read it :)
DeleteSuka dgn nama hero tu. Sbab ada Arjuna dan suka quote ni
ReplyDelete"Ada ketikanya, kita akan sampai ke satu titik di mana kita perlu pasrah, diam dan tak fikirkannya lagi. Biarkan Allah buat kerja-Nya. Sebab Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. "
Nama Arjuna nampak klasik dan kelakian sangat :p
DeleteAllah sebaik-baik perancang. Kita berusaha dan bertawakal di akhirnya :)
Nice quotes! Teringat pulak dulu-dulu suka gila kumpul quotes dari novel/drama ^^
ReplyDeleteHihi. Siqah pun sama! Sampai sekarang suka kumpul quotes dari novel. Dari drama kurang sikit kumpul, sebab tak sempat nak salin. Haha
Deletebila baca sinopsis teringat novel by ramlee awang murshid bertajuk HATIKU DI HARAJUKU, pasal yakuza dan samurai. ingat lagi nama watak utama dia Ryu Watanabe. memang best!
ReplyDeleteEhhh Serius Siqah tak ingat pasal novel RAM. Novel tu best! Suka Ryu! :D
DeleteSha ada dah novel ini.. Belum baca je.. Beli pun sebab fall in love dengan gaya penulisan sara aisha.. Nanti siqah try baca Aku Lelakimu & Chan Rak Terr..
ReplyDeleteHaa ada jugak baca review buku yang Sha sebut tu. Siqah cari nnati. Berminat nak baca novel lain by Sara Aisha. TQ Sha rekomen :)
DeleteBila baca review yang detail ni rasa nak baca je novel ni. <3
ReplyDeleteDetail eh review Siqah? :D Sorry kalau ada spoiler. Hihi. Bacalah buku ni, menarik tau :)
Deletewow.. lain daripada yang lain ni.. buat zizie teringat cerita Jebat lakonan sharnaaz tu.. at least tak bosan asyik bc novel dgn plot kahwin paksa ntah apa-apa.. hehe
ReplyDeleteHaa tahu takpe. Boleh lari dari tema kahwin paksa, mula-mula tak suka lepas tu suka. Hehe.
Deletemenarik jalan cerita. pernah nampak kat kedai buku, tapi xtertarik nak beli. huhu. dont judge by its cover. anyway jemput singgah https://gadistudungbunga.blogspot.my/
ReplyDeleteSebenarnya kalau Siqah nampak buku ni kat kedai buku pun Siqah tak beli kot. Tengok tebal lagilah tak beli. Hihi. Nie sebab mak cik rekomen. Best jalan cerita. Cubalah Bella baca nanti :)
Deletealaaaa awak, kita dh lama dh tak beli novel baru. teringin pulakkk nak bli bila baca review ni.
ReplyDeleteMungkin sudah tiba masanya Su beli novel baru. Hihi
DeleteSerius teringin sangat nak baca novel ni. Hahah. Tapi masa tu lah tak berapa nak ada. Busy sangat T_T Buku yang puisi nipis tu pun berminggu baru habis baca apatah lagi novel. Hahah.
ReplyDeleteNanti Nani dah kurang sibuk, bolehlah cari novel ni. Best tau. lain daripada lain yang Siqah suka. Hihi
Deletebestnya! memang layan habis ni kalau cuti pnjng
ReplyDeleteTahu takpe! Kalau novel best, boleh berterusan je seronok baca,
DeleteSinggah petang ni
ReplyDeleteThank you singgah :)
DeleteMenariknya Siqa! Bagus penulis sebab mengkaji dengan lebih mendalam pasal yakuza ni. actually kat buku ramlee awang murshid pun ada pasal yakuza gak. hatiku di harajuku. best gak Siqa. Quotes yang paling disukai yang dekat kulit buku tu. hehe
ReplyDeleteHihi. Serius Siqah lupa buku RAM pasal yakuza. Dah lama baca kan. Hihi. Siqah scroll balik baca quotes yang dekat kulit buku :D
DeleteSudah lama juga tak melayan novel tebal-tebal ni, tapi kalau cerita bab Jepun terasa macam nak beli pulak
ReplyDeleteMenarik baca kisah lain drpd lain. Mommy boleh cuba baca juga :)
Deletewaaa. jeles sbnrnyaa. mek igt nk mmbaca tp tk sempat oii
ReplyDeleteTakpelah Mek. Masa banyak untuk keluarga lagi penting kan :)
Delete