REVIEW NOVEL | KANVAS by AYUMI

instalife

November 23, 2017

REVIEW NOVEL | KANVAS by AYUMI



Meh sini aku nak buat review buku lagi. Hihi. Sekarang aku cuba nak siapkan semua review buku yang masih dalam senarai. Ada banyak sebenarnya tapi aku hanya akan buat review buku yang menjadi pilihan saja. 

Disebabkan entri sebelum ni dah panjang sangatttt, entri kali ni aku cuba singkatkan :D

Ohh ya. Novel ini adalah terbitan Prolog Media.

SYNOPSIS



Baca kulit buku belakang untuk sinopsis.
Sinopsis yang akan membuatkan korang terus rasa nak baca buku ni :D


MY THOUGHTS


Daebak!! Haa itulah kesimpulan untuk review buku ini 😆

Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Hidup Ed tiba-tiba menjadi huru-hara apabila lukisannya "hidup" dan membuatkan orang lain takut padanya. Takut untuk berada dalam lukisan Ed kerana takut bakal menjadi mangsa. 

Lukisan Ed mengerikan. Imaginasi Ed yang diterjemahkan dalam lukisan seperti penyiasat persendirian. Macam pembunuh bersiri pun ada.  

Bagi Kara, hidupnya sempurna dan bahagia bersama ayahnya, kekasih hatinya Alzam dan dua sahabat baiknya, Zea dan Lisa. Sayangnya, kehidupan Kara tiba-tiba berubah dan ketika inilah Kara mula mengenali sikap manusia yang sebenar. 

Kisah hidup Ed dan Kara bertemu kerana satu tragedi. Tragedi yang menjadi misteri. Dan misteri itu bakal membongkar semua yang tersirat. 

Sebagai pembaca, aku suka akan penulis yang bijak mengatur setiap babak dalam novel ini. Setiap babak berkaitan dan bersambung antara satu sama lain. Pendek kata, aku tak pening baca. Hii. 

Flow cerita juga membuatkan aku membaca buku ini berterusan sebab aku tidak suka berada dalam keadaan tinggal tanda tanya. Cepatkan pembacaan kerana aku nak sangat tahu kisah sebenar yang melibatkan Ed, Kara, dan orang sekeliling mereka. 

Novel ini mempunyai lima bahagian. Di muka surat pertama setiap bahagian, ada ditulis quote mengenai cinta beserta soalan yang akan membuatkan korang bertanya pada diri sendiri dan mahukan jawapannya. 

Aku ada berkongsi mengenai quotes dalam novel ini di #instastory aku. Tak tahu korang perasan atau tidak?

Bahagian Ⅰ - "If love is a mystery, would you risk your heart trying to solve it?"

Bahagian Ⅱ - "If love is a memory, would you go back in time just to feel it again?"

Bahagian Ⅲ - "If love is a waterfall, would you climb it and make it to the top?"

Bahagian Ⅳ - "If love is a weapon, would you use it to fight the battles and win the war?"

Bahagian Ⅴ - "If love is the answer, would you seek the questions and complete the puzzled?"


Dear followers/readers, 
If you have a lot of time, would you like to answer above questions? 
A simple answer - YES | NO


RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★★

Pertama kali aku baca hasil karya Ayumi dan kesimpulannya aku akan baca karya beliau yang lain juga. Dah jatuh cinta dengan penulisan Ayumi nampaknya. Senang sungguh aku jatuh cinta dengan penulisan seseorang. Hihi. 

Novel yang mempunyai jalan cerita yang berlainan daripada novel lain dan menjadi sebab utama untuk aku rekomen novel ini. 

Yes. Unpredictable storyline and I'm satisfied with the ending 😉




People see what they want to see. Even if I do show it to them, those who don't want to see just won't

Semua orang punya rahsia. Sama ada rahsia yang kecil atau rahsia yang mampu mengubah seluruh hidup, ia tetap rahsia. Pernah ke kita terfikir, sejauh mana kita kenal seseorang dalam hidup kita? Dan apabila satu rahsia terbongkar, mampukah kita untuk terus pandang seseorang itu dengan cara yang sama?


Happy reading ^_^


Write later, 

25 comments:

  1. Jeles la tgk siqah review bnyk2 buku. hmmmm

    nnt jgn lupe join segmen GA kt sini tau

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Review buku je yang senang :D

      Siqah dah buat draft. Tak siap lagi. Hee. Siqah join nanti ye :)

      Delete
  2. Akan Sha baca nanti.. Buku sudah berada di tangan.. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy! Nanti Sha review juga ye. Selamat membaca :)

      Delete
    2. Banyak sangat pending.. hehehe

      Delete
  3. Biasa macam tukan Siqah...bila baca kali pertama kena dengan ritma jiwa...maka akan berterusan menanti naskah seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC memahami tau. Hee. Itu yang kalau dah suka karya satu penulis, memang akan baca je semua karya dia.

      Delete
  4. People see what they want to see. Even if I do show it to them, those who don't want to see just won' <<<< SETUJU!

    ReplyDelete
  5. Macam best je. Tajuk untuk setiap topik tu pun dah puitis sangat dah. Loveeed it! Dan yes, bila baca sinopsis tu memang terus rasa nak tahu the whole story. :)

    Hmmm and the answer for that question is really hard to answer. But, for me jawapannya adalah yesss! I guess. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba nanti Fatihah baca novel ni. Bagi Siqah menarik jalan ceritanya. Best :D

      Susah nak jawab kan soalan2 di atas? Hehe. Thank you for answering :)

      Delete
  6. Yes agreee~ saya tertarik nak baca sbb awak post dkt instastory and bila baca synopsis . Tapi saya tak start baca lagi . Hihi

    1) No - sbb pernah heartbroken , so tak suka . Sakit kot patah hati hahaha

    2) Yes - tapi semua yang indah saja saya nak ingat

    3) , 4) and 5) Yes - if org yg kita cinta tue worth it utk kita sacrifice kan hidup kita demi dia. I mena kalau dia pun appreciate and cinta kita sepenuhnya.

    Nice review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti baca. Biasalah kalau beli buku dulu, baca nanti2 lah. Hehe.

      Patah hati memang sakit oii. Nak recover pun payah jugak :D Thanks for answering, Nadia! :)

      Delete
  7. menarik..saya pun lama dah tak baca buku novel..

    memang teringin juga rasanya

    ReplyDelete
  8. Nak baca juga buku ni, satu ari nnt. Skrg tgah sale rm10/buku argh, jeles. huhu.

    Bahagian Ⅰ - "If love is a mystery, would you risk your heart trying to solve it?" Yes

    Bahagian Ⅱ - "If love is a memory, would you go back in time just to feel it again?" No

    Bahagian Ⅲ - "If love is a waterfall, would you climb it and make it to the top?" Yes

    Bahagian Ⅳ - "If love is a weapon, would you use it to fight the battles and win the war?" Yes

    Bahagian Ⅴ - "If love is the answer, would you seek the questions and complete the puzzled?" Yes

    Why no on two - cause I move forward not backward. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sekarang tengah sale kan. Online pun sale jugak ke? Siqah tengok yang kat Karangkraf Mega Sale tu.

      I love you answer Eyqa especially the reason for no 2 😍 Thank you kerana mengambil masa untuk jawab soalan. Hehe

      Delete
  9. serius suka sngt tngok akak amek gmbar.. cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru perasan komen. ADuh.. Thank you Busyra!! <3

      Delete
  10. serius sy suka buku dan terasa nk baca buku nih !

    jom singgah blog sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca ke belum tu? :D TQ singgah blog Siqah. Siqah balas kunjungan kembali ye :)

      Delete
  11. Nampak macam misteri sangat kisahnya! heheh ^^ Kalau ada rezeki nak baca jugak! :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife