The Ramadhan Collection - Satin Silk Lace |
Aku tidak bercadang untuk buat entri mengenai koleksi Ramadhan dUCk cuma dah terambil flaylays (mood datang tetiba :p) makanya meh lah aku up satu entri :D
Aku bertahan daripada tidak beli The Lattice dUCk yang ramai kata reka bentuknya seperti permaidani dan wallpaper. Sebenarnya kalau pakai nampak cantik je, bila dah dibentangkan nampaklah macam permaidani atau wallpaper. Hihi.
Masih bertahan tak nak beli The Lattice dUCk sehingga The Duck Group keluarkan The Ramadhan Collection. Aku jatuh cinta hanya kerana lace 😍
Sebenarnya, lace adalah salah satu material yang aku nak sebagai shawl. Tapi tak tahu nak beli di mana. Jadi, bila dUCk keluarkan koleksi Ramadhan ini, semangat terus nak beli. #dontaskaboutmyduckrehab 🙈
Ada dua material dalam The Ramadhan Collection dUCk iaitu Chiffon dan Satin Silk. Aku lebih berkenan dengan lace di chiffon tapi aku lebih suka akan material satin silk.
Chiffon Lace |
Selepas berfikir, aku mengambil keputusan untuk memilih material daripada lace. Jadi, aku beli Satin Silk Lace in Black. Aku masih kekal dengan keputusan untuk memilih material kerana bagi aku, tidak berbaloi untuk beli tudung yang harganya mahal jika materialnya jarang. Material chiffon lebih jarang berbanding satin silk.
Can you see the lace? |
Satin Silk Lace in Black |
Review sikit mengenai The Ramadhan Collection - Lace. Aku tiada sebarang isu dengan material dUCk. Kalau ada isu dengan material dUCk, tidaklah aku jadi salah seorang dUCkies kan? Hii.
Jahitan lace pada shawl ini kemas dan sempurna. Nampak cantik je. dUCk charm juga lebih tebal dan berkualiti. Koleksi pertama dUCk yang menggunakan dUCk charm yang baru.
Satin Silk Lace in White |
Satin Silk Lace in White sangat sesuai dan cantik jika dipakai ketika majlis pernikahan atau perkahwinan. Nampak sweet je. Gitu ~ Ke sebab Vivy kalau pakai apa pun nampak cantik je? 😂
Aku suka warna putih tapi disebabkan aku rasa warna hitam lebih sesuai, makanya tinggalkan warna putih. Kepada bride-to-be, boleh pertimbangkan untuk beli koleksi lace ini. Cantik 😍
The Ramadhan Collection ada dijual di laman web FashionValet, buat masa sekarang, hanya ada The Ramadhan Collection - Chiffon Lace in White saja. Boleh dapatkan juga koleksi ini di kedai Fashion Valet dan dUCk.
Aku suka beli tapi nak pakai bila pun tak tahu sebenarnya. Haha. Plan nak pakai masa raya tapi bayang baju raya pun tak nampak lagi. Mungkin nak kena nyanyi lagu Bayang by Khai Bahar baru boleh nampak baju raya? 😆 - tolong gelak!! Aku buat lawak ni. Hahaha.
I 💓 it |
Pendek kata, aku suka The Ramadhan Collection - Lace by dUCk. Serius suka sampai macam sayang pula nak pakai. Eh tiba-tiba bertukar pula. Tadi baru cakap nak pakai masa raya. Haha.
Manusia mudah berubah hati kan? 😜
Sekarang, aku menantikan LE Raya by dUCk dan beberapa jenama tudung yang lain. Harap semuanya tak lawa!! Selamat duit. Hihi.
***********************************************
p/s: Jemput join segmen dan giveaway yang sedang berlangsung di blog ini ^_^
(mysterious gift waiting for you)
(Matte Satin Silk dUCk in Love Letter, Love and Happiness book by Yasmin Mogahed, and Stuff-It Notebook by dUCk are waiting for you)
Teringin betul nak try pakai tudung Duck haha. Tapi em haha masih tak mampu lagi hehe. lawa siap ada lace. susah nak cari yg ada lace lawa sekarang ni dekat tudung. Hee
ReplyDeleteBetul. Susah nak jumpa lace kat tudung. Hee. InshaAllah ada rezeki Ika menang dalah giveaway Siqah ke kan :D
Deletecantiknyaaaa, suka style lace2 satu warna macam nie. simple tapi cantik :D
ReplyDeleteYes. Simple tapi cantik :)
DeleteMemang cantik...pasti double exclusive dan expensive.Alhamdulillah bertambah lagi koleksi ya....hitam..putih atau warna-warna pastle mudah disuai padan dengan warna lain....
ReplyDeleteSetuju kak. Warna hitam putih dan pastel senang nak matching dengan baju warna apa pun :)
DeleteSeriouslah kak Siqah mmg dah terkena panahan cinta si itik dUCk ni, hahaha.
ReplyDeleteHahahaah 🙈🙈
DeleteCantikkk! Memang pengguna tegar Duck ni, selalu tengok Siqah update pasal Duck scarf. Heheh. This year tengok ramai yang keluarkan koleksi lace macam ni. Koleksi baju raya pun banyaaak Nani jumpa yang dia orang letak lace, dah lah semua lawa lawa. Trend untuk tahun 2018 kot. Heheh.
ReplyDeleteHee. Dah minat duck kan. Adoi 😅 Haah betul, rasanya tema tahun ni lace kot. Siqah pun ada jumpa jugak banyak baju raya ada lace sekarang. Hehe
Deletecantiknya lace duck ni..harga pun cantik jugak.
ReplyDeleteCantik serba serbi lah tu 🤭
DeleteGambar yang atas sekali tu macam lingerie pun ada jugak Mrs. A tengok opppssss... #otakkuning
ReplyDeleteHaha. Adoi Mrs A 😂 macam lingerie takpe, hehe
Deletecantiknya
ReplyDeleteyg warna putih tu lawa sangat boleh buat nikah huhuhu love terok
ReplyDeleteKann!! Rasa padan sangat lace putih buat nikah. Cantik 😍
Deletecantik koleksi ducks nih
ReplyDeleteYes :)
DeleteCool design! hehe ^^
ReplyDeleteHehe ❤️
Deletecantiknyaaa.. hurmmm.. segmen siqah nanti lea join ye..
ReplyDeleteTQ Lea dah join segmen dan giveaway Siqah :)
DeleteAkhirnya beli juga..kahakaha
ReplyDeleteHahaha 😂
Deletesis teringin nak sambar DuCK selai dua, tapi bila mengenangkan laci tudung sis dah penuh.. sis buat buat dekkkkk jek bila lalu kat ig DuCK.. huu~
ReplyDeleteBagus tu Atie. Tak perlu ikut nafsu. Hehe. Jemputlah join giveaway Siqah. Mana tahu ada rezeki dUCk ke 😁
DeleteCantik duck. Tapi hrga dia memang allahurabbi untuk mek. Huhu. Nnt tgu ootd raya la. Hitam sng nk pkai dgn wrna bju ap pon
ReplyDeleteKann. Hitam senang nak matching dengan baju. Harap pakailah masa raya 😅
DeleteMemang sesuai untuk bride-to-be. Tak payah susah2 nak cari tudung apa nak pakai lepasni..
ReplyDeleteKann. Sangat sesuai dengan bride-to-be. Suka lace putih :D
DeletePatut pun jatuh hati,over cantik design duck kali ni :D
ReplyDeleteAnd for me pun, suka lg warna hitam, senang nak mix & match, hehe.
yes. Setuju warna hitam lagi senang mix match kan :D
DeleteTak sangka pula Siqah beli yang ni :D
ReplyDeletehaha. Kalau duck, tolonglah sangka semuanya :D Hihi
Deletecantikkk...
ReplyDeleteyg putih tu mmg cantik utk bride to be...
ReplyDeleteKan!! :)
DeleteHAHAHAHHAHHAAAA. Okey dah tolong gelak :P
ReplyDeleteJust kidding.
Bagi ira lawa memang lawa tapi kalau nak pakai casual day macam tak terpakai je (kalau ira la). Setuju kalau dipakai untuk wedding or engagement takpun dinner sesuai la gayakan nampak ciri exclusive tu hehe
Akak setuju dengan pendapat Ira. Akak pun rasa akan pakai shawl ni masa ada majlis je kot, masalahnya tak tahu majlis apa yang ada. Hihi.
DeleteWalaupun nampak simple tapi cantik and sweet.. Sha prefer hitam dari putih..
ReplyDeleteYes.. Hitam lagi senang nak matching kan dengan baju kan :)
Deletecantiknya! tp belum mampu nak pakai duck
ReplyDeleteNanti ada rezeki, boleh beli duck juga ye Fatin :)
DeleteCantikk juga tudung lace camni. Yang hitam ni nampak sempoi sikit banding dengan putih.
ReplyDeleteYes. Agree with you Cik Tie. Warna hitam pun senang sesuai dengan banyak baju kan.
Delete