Masa untuk update blog mengenai topik yang aku suka iaitu BUKU. Yeaayyyy!! Terlebih dahulu nak tanya satu soalan, "Siapa yang pergi ke PBAKL 2018 dan berpeluang jumpa dengan Teme Abdullah? Sila 🙋 walaupun aku tak nampak. Hihi.
Sebenarnya nak cakap yang aku jeles korang jumpa Teme in real life. Haha.
Macam tiada kaitan. Okay fine 🙈
Berbalik kepada topik entri ini sebelum aku menjalar jauh ke topik yang tiada kaitan dengan tajuk entri,
Aku ada cerita mengenai buku yang ingin aku beli di PBAKL 2018 dalam ENTRI INI. Ada beberapa buku yang disenaraikan dan jumlah buku yang aku beli sempena PBAKL 2018 adalah 12 buku. Yes! 12 buku. Rasa macam banyak gila tapi nanti aku akan beli juga, jadi aku mengambil keputusan untuk beli semua buku yang menarik perhatian aku.
Jom lihat senarai buku yang aku beli sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Kenapa aku menggunakan perkataan "sempena" instead of "di"? Soalan lagi. Hihi. Kerana aku tidak pergi ke PBAKL 2018. Semua buku yang aku beli hanya melalui online dan personal shopper.
Niat di hati memang nak pergi PBAKL 2018 tapi sayangnya aku ada plan pada hujung minggu lepas (trip to Hatyai) dan hujung minngu ini (balik kampung, bergantung kepada suami yang baru pulang dari kerja luar hari ni :D).
Terpaksa melepaskan peluang untuk bertemu penulis kesayangan. Takpelah. Aku sokong penulis di Malaysia dengan membeli hasil karya korang okay :)
Haa, aku dapat semua buku dalam entri ini dalam hari yang sama. Bayangkan betapa beratnya aku nak mengangkut semua buku ini ke kereta. Dahlah masa balik kerja, hujan lebat pula. Mujur aku ada payung kecil dalam beg laptop. Aku tidak kisah jika aku dibasahi hujan, yang penting semua buku aku selamat. Hihi
Novel Baru Terbitan Prolog Media |
Prolog Media adalah satu pihak penerbit yang aku sangat percaya. Aku ada buat entri khas mengenai Prolog Media DI SINI. Novel terbitan Prolog Media menjanjikan jalan cerita yang berlainan dan disebabkan itu, aku terus beli kombo empat novel di atas daripada Instagram Prolog Media.
Aku pre-order dan dapat pada hari pertama PBAKL 2018, 27 April 2018.
Aku order semua buku di bawah pada personal shopper PBAKL 2018 iaitu @lovebymohaz . Sangat suka dengan hasil kerja dia. Trusted seller dan fast response. Kebetulan pejabat aku di Petaling Jaya, jadi dia hantar terus semua novel yang aku order by hand. Yes. I'm happy!! Cepat sampai walaupun tak tahu bila nak baca. Haha.
Novel daripada penulis kesayangan: Sara Aisha, Suri Ryana dan Anjell |
Tiga novel di atas dibeli atas dasar kesukaan aku pada hasil karya Sara Aisha, Suri Ryana dan Anjell. Setakat apa yang aku baca, aku berpuas hati dengan hasil karya Sara Aisha (top favourite). Ada di antara novel Suri Ryana dan Anjell yang aku tidak berapa gemar tapi tidak mematahkan kesukaan aku pada mereka berdua.
Sentiasa menyokong mereka bertiga <3
Di sini, aku sertakan sekali entri review novel daripada penulis di atas. Feel free to read if you're interested :)
Sara Aisha
Suri Ryana
Anjell
Buku Terbaru by Teme Abdullah |
Teme Abdullah adalah seorang pelukis merangkap penulis buku yang berjaya memberi motivasi kepada ramai orang termasuk aku sendiri. Semua cerita dalam buku Teme adalah hasil daripada pengalaman Teme. Cara penyampaian yang bersahaja membuatkan lagi ramai orang meminati Teme.
Secara jujurnya, aku meminati penulisan Teme dan juga lukisan beliau. Lukisan Teme sangat cantik. Kagum aku melihatnya. Dan lagi satu, aku gembira bila Teme masih mengekalkan identiti anonymous walaupun telah mengadakan sesi Meet & Greet di PBAKL 2018.
Teme, tolong kekalkan identiti anonymous anda okay 👌
Review buku Teme yang aku buat hanya untuk Pelukis Jalanan.
Syu Ariani & Syamnuriezmil |
Aku baru mengenali dua penulis novel ini, Syu Ariani dan Syamnuriezmil. Berminat untuk baca novel mereka berdua selepas aku baca sinopsis kedua-dua novel ini. Kalau menurut pada sinopsis, ada babak cinta tapi diselitkan juga dengan cerita lain yang mungkin membuatkan aku rasa jalan cerita tidak seperti cinta cliche.
Korang kira tak jumlah buku dalam gambar-gambar di atas? 😁 Sebenarnya, gambar di atas hanya mengandungi 11 buku saja sedangkan aku kata aku beli 12 buku sempena PBAKL 2018 kan.
Satu lagi buku yang aku beli masih tidak nampak jalan menemui diriku 😅 Buku yang dimaksudkan adalan novel terbaru Ramlee Awang Murshid bertajuk Banja Manggala. Antara penulis novel kesayangan juga :)
Aku pre-order di RAMFC store dan menurut kawan aku yang pernah beli buku di sini, katanya. buku lambat sikit sampai berbanding beli daripada saluran lain. Jadi, aku hanya mampu menunggu. Takpelah, bukan baca terus pun kan. Hii.
Ini saja senarai buku yang aku beli sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Puas hati bila dapat memiliki semua buku yang berada dalam wishlist PBAKL 2018.
Secara rasminya, rak buku aku semakin penuh 😁
Korang ada pergi PBAKL 2018? Ada beli buku apa tu? Cuba kongsi di sini ^_^ Kalau ada buat entri blog mengenainya, boleh letakkan sekali link entri tersebut. Lagi pantas aku terjah. Hihi.
Aku ni orangnya excited apabila berbicara mengenai buku 😍 #mudahterhibur
Nota: Hujung tahun nanti aku akan cerita buku yang aku tak sempat baca dalam tahun 2018. Rasa macam ada je 😜
Banyaknya novel! OMG Siqah, awak ni sama macam kakak Lenne yg sulung tu. Pengumpul novel! Satu almari besar tak cukup haa, kena beli almari baru dah. Kalau ada peluang berjumpa mesti borak pasal novel je korang haha! Anyway, macam biasa kalau tak puji flatlay Siqah memang tak sah. Lawaaaaa sangat flatlay Siqah ni T.T
ReplyDeleteLenne Zulkiflly Blog
Hahaha. Siqah rasa puas hati betul dapat beli semua novel yang nak. Walaupun tak tahu bila nak baca. Haha. Yeayyy!! Kirim salam kat kakak Lenne yang sulung okay. Kalau ada rezeki jumpa, best ni tukar2 cerita pasal novel :D Hihi. TQ tau suka flatlay Siqah yang tak seberapa ni. Ikut dan je ambik flatlay dalam entri ni. Hii :D
Deleteya ampunnn.. banyaknye borong.. hahaha.. Nurul takde kesempatan nak ke sana..
ReplyDeleteHihi :D Mujur jugak Siqah beli online Nurul, kalau pergi sendiri, rasanya berganda beli buku. Haha
DeleteBanyaknyaa @_@ hahaha nanti buat review yeee
ReplyDeleteReview pasti ada cuma tak tahu bila. Harap sebelum tahun depan. Hihi
Deletebestnyaaaaa..kite pun minatttttt sgt terutamanya ramlee awang murshid tapi xberkesempatan nk gi pbakl tahun niii T_T
ReplyDeleteYeayy! Kita sama minat Ramlee Awang Murshid!! Itulah, Siqah pun tak sempat pergi PBAKL, tu yang order online je belaka :D
DeletePergi PBAKL masa hari pertama hari tu. Tak banyak pun beli, dua je. Dua-dua tu novel yang ada dalam wishlist iaitu Kekasih Encik Dingin - Crystal Anabella dan Suamiku Si Mata Biru - Evelyn Rose.
ReplyDeleteTapi sekarang ni rasa macam nak beli lagi sebab rasa tak puas nak baca buku. Tapi mungkin beli secara online or kirim kawan je nanti. Hehe
Happy reading! 😉
Bestnya Syaza pergi sana. Siqah mungkin tunggu tahun depan lah kalau ada peluang nak pergi pbakl. Hee.
DeleteSiqah tengah baca jugak Suamiku Si Mata Biru tapi stop kejap. Hehe.
Happy reading to you too 😬
Kita tak pergi Pesta Buku pun. Dah berapa tahun dah skipped T___T
ReplyDeleteBut, I'm so happy sebab my sisters tolong belikan buku yang kita nak! :D
Alorr.. nanti Farah dah balik Malaysia, mungkin boleh pergi Pesta Buku eh :)
DeleteBestnyaaa! Farah beli buku apa tu? Nanti share tau! 😁
Tahniah dapat beli buku idaman Siqah...duck idaman dah belum...hehehe...
ReplyDeleteHaha. Sekarang tengah mood #duckrehab kak. Tapi tak tau berapa lama lah 🙈😅
DeleteOkay. Saya jeles.
ReplyDeleteSob sob.
Alaaaa tak mahu jeles please. Nanti balik Malaysia, boleh pergi pesta buku ye Rasya 😊
Deletewow
ReplyDeletebanyak nya beli
rajin membaca nih
bagus3
Beli je dulu. Baca tak tahu lagi bilanya. Haha.
Deletewahhh.. bestnyaa..semua nak baca tapi tak tahu bila dapat habis 1 buku tu hah
ReplyDeleteHaha. Samalah. Nak baca semua, tapi tak tahu bila nak habis baca. Nak start baca pun tak tahu. Hehe.
DeleteTak pergi PBKL.buku yang beli dekat BBW pun blom habis baca.
ReplyDeleteSebenarnya samalah kita!! Buku beli kat BBW tahun lepas tak habis baca lagi nanye 😁
DeleteSeronoknya dapat beli buku!
ReplyDeleteCuya teringin nak pegi PBKL..tapi tak pernah jejak sekali pun ke sana..
mungkin belum rezeki...
InsyAllah..satu hari nanti akan memborong segala jenis buku.balas dendam katanya..kekeke
selamat membaca!
Haha. Good Cuya bab balas dendam tu. sekali pergi nanti borong buku bertroli maybe 😬 InshaAllah moga ada rezeki kita ke pesta buku nanti ye :)
Deletesalam..
ReplyDeletewahh mmg peminat buku ye..
yaya bli bnyk pon jrng baca..huhu
ni ade lg kat uma 2buah buku lagi.nth bila nk bc =p
Salam Yaya :) Haah Siqah peminat buku tapi tue lah suka beli je dulu, baca kena ikut mood jugak. Dua buku je lagi Yaya nak baca tu, harap boleh habiskan baca dalam tahun ni. Chiayok! 😁
DeletePBAKL 2018 tak dapat pergi, BBW kat Melaka ni pun tak dapat pergi. Sedihnya aduhai.
ReplyDeleteSeronok la dapat memborong buku walaupun tak dapat pergi ek. Hihihi.
Ada rezeki inshaAllah tahun depan ada lagi.
Selamat membaca siqah!
Siqah tak dapat pergi jugak!! Tue yang borong online. Itulah masalahnya kalau semuanya boleh jadi di hujung jari saja 🤣
DeleteKita tunggu BBW kat KL nanti. Kot ada masa boleh pergi kan 😬
Wahhh bestnya borong buku! ^^ Hana mampu jeles ja T^T hehe :3
ReplyDeleteHehe. Alorr tak mau jeles please 😉
DeleteBanyak juga tu Siqah borong.. 😍
ReplyDeleteCantik cover buku baru Teme Abdullah tu, misteri sangat beliau tu..dengan ada identiti gitu dia punyai ramai peminat kan
Banyak kannn. Adoii 🙈
DeleteHaah cover buku Teme cantik. Rasanya cover buku Teme pun dia design sendiri. Siqah suka identiti Teme yang misteri itu. Harap dia tak reveal identiti dia nanti. Hee
woww byk gak belinya.. ain plak jenis suka tgk kulit buku tu cantik ke tak.. bacanya.. krik2.hhahaa.. kurang sket..
ReplyDeleteHahaha! Sebenarnya kulit buku adalah sebab utama untuk menarik minat Siqah beli buku. Hee. Lepas tengok kulit buku, baru baca sinopsis best ke tak. Hee. Alamak, krik2 eh baca 😅
Deletetengok post Siqah ni buat hati Fatina membuak2 nak beli novel melayu balik. Nampak title2 yang Siqah beli ni semuanya menarik, tak sabar nak baca review Siqah nanti :D
ReplyDeleteFatina Mudz
Yes!! Belilah Fatina novel Melayu pulak. Sekarang rasanya banyak jugak novel Melayu yang takde cinta cliche dah. Hee. Mulakan dengan baca novel Sara Aisha please 😍
DeleteHaa Fatina baru je baca novel 13Jam A380 kan?? Best kan novel tu!! Berangan terus fefeeling nak naik flight lama camtu gak 😂
VvaahhHHHH! Bestnya dapat shopping buku kat situ.. mesti rambang mata nak membeli macam macam buku.
ReplyDeleteTahu takpe. Bab membeli buku memanglah rambang mata. Mujur beli online je, kalau pergi sendiri ke pesta buku, tak tahulah camne gayanya 😅
DeleteBanyak juga Siqah 'memborong' novel..
ReplyDeleteKalau sis pergi pesta buku tentu rambang mata, kalau boleh nak beli semua..
Hii. Beli online je dah camni, mujur siqah tak pergi sendiri kak. Hee. Mesti rambang mata jugak macam sis LZ kalau pergi sana 😬
DeleteBetul2 book lover ni.. tahniah siqah... amalkan gaya membaca selalu... In syaa Allah luas ilmu yg kita dapat
ReplyDeleteHee. Siqah tak dapat dipisahkan dengan buku. Sampai suami pening tengok banyak buku kat rumah. Hii. InshaAllah. Moga ada ilmu2 yang dapat daripada pembacaan ini :)
Deletesggh klibf smlm tp dah lewat dah nk ttp. mgkn sabtu ni akn dtg lg utk memburu novel... thanks 4 sharing ;-)
ReplyDeleteYeayyy! Bestnyaaaa Anies nak pergi sana. Happy shopping Anies! Nanti share tau beli buku apa. Hehe
Deletebanyaknyaaaaaaa! dah lama tak beli novel T_T
ReplyDeleteSempat lagi nak pergi pesta buku ni :D
DeleteTak pergi pun PBAKL.. Sha pun beli online dan personal shopper je.. 6 dari senarai diatas Sha dah beli dan dah ada di tangan.. kikiki
ReplyDeleteSamalah kita SHa. Beli online dan PS jela. Tak sempat nak pergi. Yeayyy! Sha beli jugak novel yang sama, mesti Sha habis baca dulu punya. Hihi
Deletebestnya tengok banyak buku. rindu nak bau buku baruuuuu
ReplyDeleteAlamak. lama betul tak baca buku sampai rindu nak bau buku baru ni. Hii .
Deletesaya pun ada order juga Dheo dgn personal shopper, yg lain cari kat kedai je la nanti walaupun ada lagi nak beli ni tapi kena fikir bajet dulu..hihi
ReplyDeleteHihi. Yesss! Nanti Tiara dah baca Dheo please do review okay. Suka baca review buku Tiara :)
DeleteBnyk nye ! Memang tksempat la mek nk mmbaca. Dlu ad keinginna nk mmbaca mcm siqah, tp trbantut dek masa. Kua kua
ReplyDeleteMek selalu pergi review.. Best tengok Mek bersama rakan blogger yang lain :) Hihi, takpe, ada masa nanti, boleh baca eh :D
Deletebanyak sungguh dia beli.
ReplyDeleteJanji Kita
Hihi. Aduh. Gila buku namanya ni :D
Deletetak dapat pergi yang 2018 T_T... tapi dapatlah tagih simpati kawan kirimkan buku teme & dheo(anjell)
ReplyDeleteYeayy! Asalkan dapat jugak buku fav dah cukup kan :) Inshallah tahun depan boleh pergi jika ada masa. Same goes to me lah. Hihi
DeleteAmboi.. Banyaknya borong.. LeYa pun minat baca buku. Tapi sejak akhir-akhir ni busy, macam dah kurang sikit baca novel ni. Pape pun best juga blog siqa ni ye... Menarik
ReplyDeleteSiqah memang kalah kalau bab buku :D Terlajak beli nie nanye. Hihi. Thank you Leya for your kind word about my blog <3
DeleteSiqah total habis berapa dekat PBAKL tu? Hihi. Lya tak berkesempatan nak pergi. Nak sangat buku baru Teme! Nanti Siqah buat lah review
ReplyDeleteRasanya total habis RM200++. Hii. Kann! Siqah suka dengan Teme dan jeles dengan orang yang dapat jumpa Teme. Hii. Inshallah dah baca nanti, Siqah mesti buat review :)
Deletebanyak nya buku. sy xdan nak baca buku. dah lama x baca buku mcm ni
ReplyDeleteMaybe Lela boleh ambik masa 5 mins ke sehari untuk baca buku? :D Itu yang Siqah cuba buat sekarang. At least, 5 min/day :)
Deletesalam kenal..balas kunjungan..wahhhh byk nya beli buku...AD pon suka baca novel..tapi klo novel bm kureng sket la hehehe ya ampun jgn kecam beta..hahah
ReplyDeleteSalam kenal awak :) Hihi. Takpe2, Siqah tak kecam pun. Minat masing-masing kan, asalkan membaca for me dah cukup happy :)
Deletebanyakknya novel..wah tahniah
ReplyDeleteHaha. Beli je dulu ni Rabia. :D
DeleteWow! I'm jealous xD
ReplyDeleteTerkandas kat Taiwan. Nak beli buku gak T-T
Sini buku bahasa cina ja banyak ^^"
Siqah jeles lak awak kat Taiwan. Hii. Buat apakah di sana :D
DeleteHahaha. Usha je or beli terus tu? Hihi. Buku Prolog Med semua best! Tak rugi beli. Percayalah :D
ReplyDeleteAduhai, samalah kita. Beli buku je beriya, bacanya maybe tahun depan ada lagi lah. Hihi
Kak beli kt online mana? Saya nk beli gk.....😃
ReplyDeleteAkak beli kat ig shop je dik. @lovebymohaz dan daripada @prologmed sendiri. Boleh tengok nanti IG dorang tau :)
DeleteSeronok kan bila shopping buku! hihihi aina lama dah tak membaca siqah. huhuhu....
ReplyDeleteAina!! You're back!! Lama tak nampak Aina kat blog tau. Nampak kat IG je selalu. Hihi. Sekarang dah ada baby, Aina busy kan. Takpe, nanti ada masa, Aina membaca juga ye <3
DeleteSeronoknyaa!! saya pergi PBAKL18 baru ni. banyak juga laa beli..
ReplyDeleteSeparuh buku indonesia, separuh lagi buku malaysia dan beberapa buku puisi.
Balik tu terus rasa lenguh bahu sebab sumbat dekat 15 buah dalam backpack..
Banyaknyaaa!! Siap ada buku Indonesia lagi tu. Siqah teringin nak baca buku Indonesia tapi takut tak berapa faham dengan bahasa mereka. Hii. Beli juga buku Indonesia cuma yang dalam English je.
DeleteLenguh bahu bawak banyak buku tapi rasa puas hati kan? Hihi
Tak berkesempatan nak pegi PBAKL18 sbb jauh kat sabah and tiket pulang maigod bleh beli 30 buku novel. Tak sabar nak baca review Siqah. Eka shopping kat popular sabah jer haha. Bagusnya siqah beli all malay book! Jom nnt kita buat kelab buku melayu. Hehehe.
ReplyDeleteBtw, happy reading Siqah :D
The Hundred Pages | Eyqa Zaque
Perghh mahalnya tiket flight kan. PBAKL lebih sinonim dengan Malay book, bagi Siqah lah. Hihi. Sebab banyak sangat penulis yang keluarkan karya terbaru sempena PBAKL. Geram je, tu beli mana yang suka. Hii. Jom jom!! Buat kelab buku melayu. I'm happy to join :D
DeleteHappy reading too Eyqa :D
Woww bagusnyaa suka mmbaca huhu n semangat btol dok mmpromot penulis SARAH AISHA tu rs tergoda juga nak try baca
ReplyDeleteTerima kasih sudi dapatkan AKU ADA & happy reading! Btw gambar tu cantik. Minta izin untuk share, boleh? 😍😍
ReplyDelete