Big Bad Wolf 2018 Book Sale | Haul - Part 2

instalife

December 22, 2018

Big Bad Wolf 2018 Book Sale | Haul - Part 2




Tidak disangka wujud entri mengenai Big Bad Wolf 2018 Book Sale haul - Part 2 di blog ini 😁

Tanpa disangka juga aku pergi ke The Mines buat kali ketiga. Alhamdullilah aku adalah salah seorang pemenang untuk #BBWKLHAUL2018 . Dengan itu, aku dapat RM50 cash voucher daripada BBW. Ada rezeki sebab aku tahu mengenai kemenangan ini pada waktu petang sebelum aku bergerak ke Muar di malam hari Ahad. Kalau tahu lambat, tiada rezeki nak pergi ke The Mines lagi. Kalau dah kat Muar, memang tak melayanlah encik suami bawa pergi The Mines. Dahlah kami cuti Isnin dan Selasa. Hihi. 


#BBWKLHAUL2018

Mudah sangat untuk join contest #BBWKLHAUL2018 . Hanya post gambar di Instagram atau Facebook dan letak hashtag berkenaan. Aku menyertai pertandingan ini dengan gambar di atas yang aku pos di akaun Instagram flatlays/bookstagram aku @SIRIUSIQA

Sebenarnya, gambar di atas diambil untuk blog post. Cuma dah alang-alang, aku pos juga di Instagram. Alhamdullilah, terpilih di antara 20 peserta yang lain. Mujur tak menang hadiah utama, haha, sebab aku tak baca Harry Potter. Rugilah kan. Hihi. Banyak gambar peserta di Instagram yang menarik dan kreatif dan yang menang koleksi Harry Potter pastinya gambar yang paling kreatif 👍 Aku hanya tahu ambil gambar flatlays je. Itu pun tak seberapa tapi tidak mengapa. Masuk saja pertandingan untuk memeriahkan lagi pertandingan tersebut. 

Aku ingin berterima kasih pada Shemah yang tagged aku di insta-story beliau dan secara tak langsung beritahu aku mengenai kemenangan ini. Shemah pun terpilih sebagai pemenang untuk Book Haul Contest bertarikh 15 Dec dan Shemah juga menang hadiah utama, koleksi Harry Potter pada 16 Dec. Gambar Shemah memang kreatif 👍 Dan Shemah lah juga yang beritahu mengenai contest ini 😊


RM50 Voucher Winners: no 5: @siriusiqa (IG)



Terima kasih #BBWKL2018 dan terima kasih juga buat encik suami yang bawa aku ke The Mines sebelum kami pulang ke Muar pada hari Ahad lepas. Jam 12 malam tiba di The Mines dan jam 1.30 pagi, barulah keluar dari sana. Kalau pilih buku, pastinya lama. Hihi. Masa satu jam setengah sekali dengan beli supper di Cafe Wolf. 


Forth Haul




Lima buku yang dibeli dengan menggunakan RM50 cash voucher. Add RM7 duit sendiri sebab terlebih juga harganya. Hihi. Gembira sebab aku jumpa Betrayal dan Proof of Lies yang berada dalam TBR list aku. Hari kedua pergi tak nampak pun buku-buku ini. Pastinya nampak buku berbeza tiap kali ke #BBWKL2018. Susah nak jumpa buku yang sama. 

Aku pilih How Women Decide dan The Safest Lies sebab sinopsis dan review menarik manakala Miss You pula aku terpikat pada kulit buku yang cantik dan berwarna-warni. Mujur sinopsis dan review menarik dan aku terus ambil sebagai buku kelima yang menjadi pilihan pada malam itu. 

Pilih lima buku ini saja ambil masa sejam. Suami redha tunggu dalam kereta. Call suruh beli sosej je. Bukan suruh cepatkan pembelian. Hihi.


Fifth Haul




Ingatkan dah habis membeli di #BBWKL2018. Rupanya tidak. Haha. Nadiah pergi ke sana pada hari terakhir BBW. Makanya aku pesan beberapa buku padanya dan tambah dengan buku yang Nadiah jumpa dan nampak menarik. Hihi. Daripada hanya dua buku yang dipesan dan tak jumpa pun sebenarnya, jadi tujuh buku yang dibeli sudahnya. Haha. Gila jauh berbeza bilangan 😄

Semua buku ini tidak ada dalam list TBR aku. Beli selepas baca sinopsis dan review yang memberangsangkan di Goodreads. 

Jadi...

My complete haul for #BBWKL2018 bukanlah 29 buku seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ini. Total buku yang dibeli adalah sebanyak 41 buku!! 🙈 Sesungguhnya sekali lagi aku cakap yang rak buku aku serius memang dah penuh. Terpaksa alihkan barang di bahagian rak lain untuk susun buku-buku ini. Hii. 

Gembira dengan semua buku yang dibeli di #BBWKL2018. Maka dengan ini, selamat tinggal #BBWKL2018 dan kita jumpa lagi pada tahun 2019. Harap aku dapat habiskan baca sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah buku yang dibeli tahun ini. Dan harap tahun depan, boleh tambah satu rak buku agar aku boleh beli buku lagi. Haha. 


Write later, 
Have a good day. 

29 comments:

  1. Rez3ki menang voucher. Bertambah koleksi buku Siqah...

    ReplyDelete
  2. Banyaknya buku siqah beli. Kagum sangat dengan Siqah, Rasa macam nak pergi rumah Siqah tgok koleksi buku. hehe
    Tahniah menang voucher , mmg gmbr Siqah lawaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Malulah kalau nak datang rumah, rak buku sepah. dah susun ikut suka hati asalkan muat je :D Terima kasih Reen :)

      Delete
  3. OMG banyak gila buku! If only Lenne ni rajin membaca macam dulu dulu, mungkin banyak jugak grab. Lenne beli 5 je kat bbw hari tu. Tak larat nak mengangkut balik tu hahaha.

    Btw, tahniah sbb menang contest tu Siqah! Lenne dah memang agak dah kalau ada contest gambar lelawa, confirm Siqah boleh menang ^^

    lenne | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab mengangkut balik sure betul. Hihi. Berat sihh beli sekali banyak gitu tapi seronok gak, puas. Hihi.
      Gambar Siqah biasa je Lenne. Kalau tengok gambar peserta lain, lagi ramai yang kreatif sungguh. Alhamdullilah ada rezeki terpilih sebagai pemenang. Anyway, Thank you Lenne for your comment. Berbunga juga hati ini nanye <3

      Delete
  4. banyaknya bukuuu! kita dah lama tak gi BBW padahal taklah jauh mana dari rumah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni tinggal dekat dengan The Mines je ke? ala ruginya tak pergi. Siqah mujur jauh jugak, kalau dekat rasa hari2 balik kerja singgah. Haha.

      Delete
  5. wahhh!!! tahniah, saya hari tu sempat beli sikit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Najah. Alhamdullilah :) Sikit takpe, asalkan ada beli. Kalau tak, rasa tak berbaloi jugak bersesak di sana :D

      Delete
  6. Banyak tue 41 .tapi saya pun boleh tahan banyak jugak beli from bbw2018 kali nie . Tak tahu bila nak habis baca . Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Plan tahun depan habiskan buku BBW jela dulu. Dengan buku lain yang bersepah gak. Haha

      Delete
  7. Waaaaaaaaah banyaknyaaaaaaaaa ._. Well, me then despite ada dekat KL for almost dua tahun tapi takpernah pun jejak BBW :')))) I don't have any wishlist books tau, sejenis yang rasa macam best je baru beli ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay lagi tu Faten. No wishlist books means takdelah beli banyak macam Siqah lepas tu pening mana nak simpan dan bila nak baca. haha. Buku yang Faten beli pastinya Faten suka kan :)

      Delete
  8. Tahniah. ...
    Klau dpt membelek buku. .Mmg lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. tepat sekali. Terima kasih Farhana :)

      Delete
  9. OMG I just wrote about BBW on my blog, and mention about the contest. Tak sangka Siqah menang hahaha. Congrats Siqah! Memang lawa gambar tu, you deserved to win! :) Banyak gila 41 buah buku, Nad dapat grab 6 buah je hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Siqah pun tak sangka jugak nanye. Terima kasih Nad :) Tak sangka juga sebenarnya sampai 41 buku beli. Biasa tiap tahun Siqah beli tak sampai 6 buku kalau kat BBW. Tahun ni terlebih banyak pulak. Hihi. 6 buah pun okay dah tu Nad <3

      Delete


  10. books that make you fall in love with the characters.

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Will visit your blog later. Thank you comment here :)

      Delete
  11. waaaaa.... bestnya dapat! BBW ohsem, buku banyak murah

    ReplyDelete
  12. Wah 41 buku! Next year Tyra nak beli banyak jugak, nak kena prepare $$.
    This year pegi last minute, tak plan bebetul :( So x banyak buku pun beli

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  13. OMGG! Banyaknyaaa Siqah beli. Nani tahun ni tak sempat pun nak pergi BBW. Busy kemain.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, murah rezeki Siqah! Banyak gila buku yang dibeli :D

    ReplyDelete
  15. saya tak pernah miss pergi bbw setiap tahun. pergi sana sebab semata-mata nak beli buku anak-anak jer. buku untuk diri sendiri.. errrmmm

    ReplyDelete
  16. Wahhh rezeki. bestnya dapat buku murah2. btw nice capture picture :D

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife