Makan dan Cahaya

instalife

November 04, 2015

Makan dan Cahaya

Hi blog..

Post nie nak bercerita mengenai dua festival yang aku pergi last week, Ahad, 1 Nov. Tak sempat nak blog on the same day sebab Isnin aku pergi ke Cameron Highland, a #shortvacation trip with my husband. Honeymoon entah kali ke berapa. Hihi. I will post about the trip later :)

FOODGASMFEST 2015

Festival pertama yang aku pergi. Seawal jam 9.30 pagi, aku dan Aliff dah sampai. Janji bertemu dengan kawan-kawan pejabat jam 10 pagi tapi disebabkan jalan sesak dan susah nak cari parking, mereka sampai lebih kurang jam 11 pagi. Aku dan Aliff pun awal sebab kami terus ke sini lepas jogging. Eloklah kan, lepas jogging pergi menternak lemak pulak kat sini. Hihi. Lagi cerita bestnya, aku dah lah sampai awal tapi tak bawak tikar. Abuden! Haha. Makanya aku dan Aliff pergi ke Amcorp Mall nak cari tikar tapi sayangnya tikar dah habis. Patah balik ke padang dan tak boleh jadi sebab lama dah duk bertenggek je, jadi Aliff pergi sekali lagi ke Amcorp Mall nak beli apa saja yang boleh dijadikan alas tempat duduk. Dan akhirnya, pilihan Aliff adalah langsir bilik air dan table cloth. Hihi. Bolehlah daripada takde kan.

Aku pergi beli makan dengan Syira. Aliff tak nak ikut sebab padang lecak berlumpur dan dia sayangkan kasutnya. Baguslah sayang kasut. Kasut hantaran kahwin tue ye :)




Festival nie diadakan di Dataran Padang Timur, Petaling Jaya, Betul-betul depan Amcorp Mall.


Awal pagi dah ramai orang haa. Semangat nie semua orang nak sarapan di sini :)


100++ booth makanan. Banyak gila kan! Nie lah namanya tempat menternak lemak. Haha. 




Antara makanan yang dibeli. Air darah dan Tauhu Sumedang. Tauhu Sumedang nie rupanya popular sebab panjang gila barisan. Tunggu makanan nie yang lama nanye. Kata mereka, tauhu sumedang sedap. Aku tak suka tauhu so takdelah makan. Sambil tunggu, beli air darah nie haa. Hihi. Darah sangat kan. Saja beli warna merah. Baru nampak macam minum darah ala vampire :D 

Ada jugak makanan yang dibeli oleh Nadiah. Tak sempat nak ambik gambar sebab aku sangat penat! Dengan panas, ramai orang, penatnya mengalahkan aku pergi jogging pagi tadi. Rasa banyak dah kalori dikeluarkan masa membeli makanan. Huhu. Walaupun ada makanan depan mata, dah tak lalu nak jamah. Banyak minum air je. Huhu.



That Teh Tarik - pernah beli di That Foodie Place, Mid Valley. Sedap teh tarik nie cuma bagi aku kena add on ais sikit. If minum macam tue je, terasa pekat dan pahit sikit airnya.

Kopi Lanun - Kopi yang sedap dengan harga RM5 je. Sesedap rasa, tak manis sangat dan tak pahit. Memenuhi citarasa aku. Kalau citarasa Aliff, confirm failed! Hihi. He is not into coffee like me :)

Teringin nak minum Addicted dan Drinka. Maybe next time boleh beli if there's still next time.



Tengok betapa ramainya umat manusia di sini. Gambar nie aku snap masa on the way balik jam 1.04 PM.


Geng picnic :) Dikatakan picnic kami failed. Haha. Serabut je rasa. Boleh dipertingkatkan if nak pergi picnic lagi next time. Nak set up picnic with tipi tent. Lawanya!! Teringin nak buat picnic ala gitu. Next time ye :) Dah cakap dengan Aliff dan dia setuju je. Melayan je aku. Hihi. 

Cadangan untuk pergi ke festival makanan seperti ini:
1. Jangan datang lewat. Pastikan seawal mungkin sampai. 
2. Pilih port picnic paling best. Nak pilih port picnic paling best maksudnya kena datang awal lah ye tak. Kalau tak, tinggal di tempat yang tanah pun tak rata lah nampaknya,
3. Set up your picnic port! Part nie lah yang plan nak buat guna tipi tent next time :) Jangan lupa bawak tikar atau apa-apa saja yang boleh dijadikan alas dan make sure alas itu kalis air. Mana tahu padang lembap ke kan.
4. Dah siap set up awal, bolehlah terus pergi beli makanan awal jugak. Makanya, korang tak payah bersesak. Boleh beli semua makanan yang korang teringin tue!
5. Sebelum panas terik, korang dah boleh balik dengan perut kenyang, hati yang puas dan tenang. 


Pengalaman pertama di festival makanan dan it was really a bad experience. Bab beli makan jela. But still happy get together with colleague di luar kawasan pejabat :) 


FESTIVAL LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA 2015

Ini festival kedua yang kami pergi pada hari yang sama. Malam pulak. Dah kata Light, takkanlah siang pulak festival nya.

Kecewa sangat masa nie sebab hujan turun lebat. Dah duduk cari port paling best nak snap picture di depan Istana Kehakiman, dan elok start je acara pemetaan cahaya di sini, terus hujan turun dengan lebatnya. Tak habis tengok pun. Terus berlari ke food court nak selamatkan diri. 

Sempat jugak snap gambar sikit masa pemetaan cahaya. Random snap guna phone. Sayang phone oii kalau kena hujan. Huhu. Tempat lain takde berjalan pun. Bila hujan dah benti, dah takde mood nak ambik gambar. Terus bergerak balik je. Bungkus makanan di food court dan makan dalam kereta. Sadis rasa! Huhu. Tapi layankan jela. Mujur nasi goreng mak cik kat food court tue sedap. Serius sedap! Well, aku memang suka makan nasi goreng. Hihi.









Itu sahaja cerita dua festival yang aku pergi Ahad lepas. Both festival best cuma disebabkan perkara tertentu jadi tak best ler pulak. Aiyakk. Tapi takpelah. Maybe next time ada masa boleh pergi lagi. Ambik perkara yang berlaku Ahad lepas sebagai pengalaman. Hii.

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife