Random Stories

instalife

November 05, 2015

Random Stories

Hi blog :) 

Just a random stories about us! Both of us take leave for 2 weeks. Hee. Aku memang wajib ambik cuti block leave selama 2 minggu berturut dan Aliff ikut aku lah nampaknya tahun nie. Tapi yang bestnya, Aliff tak payah tolak cuti tahun sebab dia ada cuti sambung perkhidmatan. Aku jela yang kena tolak cuti tahun. Lagi seronok kalau tak payah tolak kan. Cuti tahunan Aliff ada lagi 100+ . Dah cuti banyak tapi susah nak cuti. Boleh carry forward pulak tue. Untunglah~~

Tiada aktiviti yang dirancang sangat pun untuk dua minggu cuti nie. Just follow the flow je :D Isnin pergi Cameron Highland untuk 2 hari 1 malam, dan sekarang dah ada di rumah. Untuk minggu nie, tiada aktiviti yang dirancang nak berjalan lagi. Just lepak-ing di rumah je.

Pagi, aktiviti wajib kami sepanjang cuti dua minggu nie adalah jogging! Yee-haa! Aliff need to have his fitness level again. Dia ada fitness test hujung bulan nie dan test nya adalah, must complete 2.4 km dalam masa kurang daripada 12 minit. Gila kau! Kalau aku tue dah pengsan dah oiii. Lajunya nak kena lari. Huhu. Aku setakat mampu 1 km lebih kurang 10 minit. Itu tahap orang yang lari slow motion macam aku lah. Hihi. Hope Aliff can do it! Dulu masa tak kahwin lagi, fitness tinggi je. Now dah kahwin, fitness level dah menurun pulak. Jangan salahkan saya ye. Hihi.



Gambar yang diambil masa jogging di kawasan rumah Ahad lepas. Lepas jogging buat sesi bergambar. Hihi. Aku tak lompat beriya pun. Dah tak nak melompat sekarang. Orang kata kalau melompat selalu, sistem peranakan boleh jatuh. Dah beberapa kali dinasihatkan agar tidak melompat sangat. Dulu aku kaki lompat. Follow encik suami ler. Sekarang dah bersara :D


Hii. Ke mana kita ney!! :D



Matahari terbit. Snap gambar nie pagi tadi di Taman Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam. Love to see the scenery of sunrise and sunset also. Cantik sangat! Tak kira di mana saja, I love to see the sky :)



Hihi. Ini gambar tadi selepas sarapan. Tengok macam cantik je dinding nie. Terus suruh encik suami snap gambar :D

Itu jela untuk entri kali nie. Tiada apa nak diceritakan sangat. Aku sangat suka, happy, sebab cuti. Tak payah nak hadap jalan sesak, tak payah nak sakit hati dengan orang-orang tertentu di pejabat. Tenang je rasa. Dan satu lagi, dapat bersama dengan encik suami dari pagi, petang, malam dan pagi esoknya. Hihi. Tapi sesungguhnya ini hanya berlaku selama dua minggu. Maka guna sebaiknya. Nanti naik kerja semula, Sheima pulak cuti, Habislah...

p/s: Terasa cepat masa berlalu kalau sedang cuti. Hari nie dah khamis :(

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH


No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife