JUNE TBR 2018 | BOOKS I WANT TO READ THIS MONTH

instalife

June 07, 2018

JUNE TBR 2018 | BOOKS I WANT TO READ THIS MONTH


June TBR 2018

Sementara mood blogging tengah ada ni, lebih baik aku siapkan entri seterusnya. Topik yang masih sama iaitu mengenai buku :D

Aku berniat untuk senaraikan buku yang aku nak baca setiap bulan dan berkongsi di blog tapi sayangnya tidak berkesempatan. Niat itu ada cuma masa mencemburui aku. Hihi. 

Lebih daripada 30 buku yang sudah aku beli tapi masih belum dibaca (kalau rajin nanti aku buat entri blog mengenainya). Sebenarnya bila dah ada banyak buku, jadi pening juga nak baca yang mana dulu. Itu baru buku fizikal, belum dikira lagi dengan ratusan e-books yang ada dalam phone ni. Hii. 

Setelah berfikir panjang (takdelah panjang sangat nanye 😅), aku telah memilih tiga buku yang ingin dibaca dalam bulan Jun 2018. Hanya tiga buku saja yang aku pilih memandangkan bulan Jun adalah bulan Ramadhan dan bulan Syawal. Pasti kehidupan aku agak sibuk. Kena ambil kira juga faktor seperti itu. 

Ketiga-tiga buku adalah terbitan Prolog Media yang aku beli di PBAKL 2018.

Kenapa tiga buku ini menjadi pilihan aku dalam bulan ini? Korang akan jadi sama seperti aku. Haha. Korang akan jatuh cinta dengan kulit buku yang cantik dan seterusnya terpikat dengan sinopsis. Percayalah 😁


1) SHHH... RAHSIA by T SEA 



Shh Rahsia by T Sea


Sinopsis:
"Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya."

Menjadi penulis popular yang anonymous tak susah bagi Rosie selagi rahsianya itu disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka. 

Kemunculan Dani memberi impak yang besar bagi Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu perkara rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya.

Kejutan demi kejutan berlaku dan selepas itu.. 


2) CEMPAKA MELATI by ZAHIDA ZARKASI



Cempaka Melati by Zahida Zarkasi


Sinopsis:
"Benarkah demi cinta, manusia sanggup berkorban apa sahaja?"

Kerana sebuah kisah yang melukakan, Cempaka cipta "syurga" baru di Pulau Pangkor. Tetapi kemunculan dua orang lelaki telah merosakkan kedamaiannya. 

Addin, cinta pertamanya datang bersama kisah lama. Zhariff, lelaki yang penuh misteri muncul bersama harapan baru. 

Sejarah hidupnya turut menjadi perhatian hingga membuatkan Cempaka terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya. 

Cempaka berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan. 

Mampukah Cempaka menerima segala kebenaran yang terbongkar? 


3) MAIA by PASHA ADAM



Maia by Pasha Adam


Sinopsis:
"Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan?."

Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka. 

Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar "hidup" untuk pertama kalinya. 

Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu.

Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian?

*************************************

Dah habis bagi sinopsis. Adakah korang terpikat dengan kulit buku yang cantik dan sinopsis yang menarik? Please say yes. Haha. Paksa rela tau 😆

Semua buku ini adalah karya pertama yang aku baca daripada penulis. Memandangkan ini adalah karya pertama mereka yang aku nak baca, jadi harapan aku tidak terlalu tinggi untuk setiap penulis. Cuma aku harap semua buku ini menepati citarasa aku. 

Sebenarnya aku akan beli semua novel terbitan Prolog Media sebab serius, buku Prolog Media memang terbaik 👍👍👍

Kalau korang berminat, sekarang Prolog Media sedang mengadakan promosi tiga buku dengan harga RM60/RM65 sahaja termasuk postage. Murah weiii! Sila grab sekarang! Sebelum itu, pastikan segala persiapan raya telah lengkap. Hihi. 

Nway, kalau diberi pilihan, buku mana yang korang pilih untuk baca dulu antara ketiga-tiga buku di atas? Mind to share with me? ^_^


31 comments:

  1. maia tu nampak menarik i mean kulit dia haha

    ReplyDelete
  2. Cantik kulit bukunya.wow bagus lah kak ni rajin membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kulit buku cantik kan. Hee. Haah buku dan akak tak dapat dipisahkan 🙈

      Delete
  3. Memang berjaya membuatkan orang tertarik! Semua nampak macam tak klise pun! Takpernh dengar lagi pasal publisher house ni, mungkin boleh check nanti ._. Definitely, looking forward for the review :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy! Faten tertarik 😍 Novel Prolog Media tak klise. Walaupun ada yang tema sama, time travel, tapi semua novel ceritanya berlainan. Cubalah check Instagram dorang nanti 😊 Will review it nanti 😉

      Delete
  4. aida akan pilih utk baca Maia.
    dari sinopsis tu kita nak tau nape Maia mengasingkan diri?
    nape azad tu sukses buat Maia kembali ok.
    ia kisah satu org. apa dia nak pilih?
    gini lebih menarik minat aida utk tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss! Nanti dah habis baca Siqah review okay Aida 😊

      Delete
  5. ray singgah sini sbb nak tgk flatlay hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thank you for your support Ray 💕

      Delete
  6. pening la nak pilih maybe baca Maia dulu kot sebab cover dia cantik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun pening. Baru ada tiga pun dah pening nie 😅 Cover Maia paling cantik eh. Hihi

      Delete
  7. Shh Rahsia tu macam best nak pulak banyak kejutan. Mesti susah nak stop sebab nak tahu apa kejutan dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal! Baca nanti mesti tak berhenti punya. Biasanya novel Prolog Media memang camtu. Hihi. Siqah akan baca Shh Rahsia dulu. Tak bukak lagi 😊

      Delete
  8. Honestly, I only buy books from Jemari Seni and sometimes from Iman Publication. Now that Jemari Seni is closing down, maybe I can try buying books from Prolog Media pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! You should try Farah. Hope you like novel from Prolog Media too 💕

      Delete
  9. wah .. bestlah semua cerita tu. tapi tu laa mama skrg xde masa sgt utk membaca. apapun mama suka sgt tgk gambar yg siqa ambil semuanya cantikkkk sgtttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Mama. Banyak lagi kerja Mama yang lain kan. Membaca ni sampingan je. Nanti Mama boleh baca review Siqah je. Hihi.

      Thank you Mama for your lovely words for my flat lays 😍😍

      Delete
  10. menarik jer buku2 tu mcm nak kena grab jugak tapi malas nau nak beli buku fizikal ni sebab storage..tapi harga RM60 utk 2 buku mmg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah setuju bab tak suka beli buku sangat sebab storage. Tapi Siqah bahagia tengok banyak buku 😅 Yes!!! Promosi menarik dan murah sangat tu. belilah. Hihi.

      Delete
  11. Cant wait to read your review on those book Siqah! Eka baru add like two books from Prolog Med cause I already have a huge pile of them and since my local bookstore only sell a limited title therefore I fill my basket with loads of non PM books hence no money to buy some. haha.

    Happy reading Siqah!

    The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat kan buku kita nak baca nie Eka!! Hihi. Takpe, nanti2 boleh beli. Nanti Siqah review semua buku ye.

      Happy reading too Eka! 💕

      Delete
  12. banyaknyaaa beli 30 buku. saya ni buku yg beli masa pWTC haritu ada yg belum habis baca lagi xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan beli 30 buku sekaligus Mazni 😅 Asyik beli buku je, bila dah sedar, banyak rupanya buku. Hii. Happy reading Mazni!! 😍

      Delete
  13. Peewiittt! cover tiga tiga novel ni menarik. And kalau diberi pilihan, saya baca Shhhh...Rahsia tu dulu. Sebab nak tahu apa rahsianya! hahaha boleh tak macam tu.

    btw, jemput join segmen saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Samalah kita. Siqah nak baca Shh Rahsia dulu. Tak sabar nak tahu apa rahsianya tu. hihi.

      Wahh ada buat segmen eh. Thank you jemput tau. Siqah join nanti ye 😊

      Delete
  14. ohh and ada tag Siqah kat sini hehehe

    http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak kena tag. Hehe. Thank you Sayidah! Siqah jenguk nanti okay 😍

      Delete
  15. Saya tertarik dgn buku Maia tue . Nway, saya pun tertarik nak join yg reading challenge june 2018 lepas nmpk awak post psl tue yank. And your post buatkan saya nak buat to be read books in June too. Sebab saya baru je terjebak dgn buku prologmed walaupun tak habis baca lagi semua. Baru je baca missing pages tapi stop sbb baca ebook kejap . Hihi

    Nice sharing . <3

    ReplyDelete
  16. kalau mek, mek plih yg rhsia. hehe. yg dua tu mcm novel cinta biasa. mgkin la plot berbeza but the end mesti kena plih salah sorang yang ada kan. hikhik

    ReplyDelete
  17. Kalau diberi peluang,Hana teringin nak baca buku yang first listed tu hehe :3 sinopsis dia macam menyeru-nyeru Hana supaya pegi cari buku tu sekarang jugak hahah >_<

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife