REVIEW FILEM | POLIS EVO 2

instalife

November 25, 2018

REVIEW FILEM | POLIS EVO 2




Polis Evo 2 adalah satu filem tempatan yang mencetuskan kontroversi hanya dengan official trailer yang dikeluarkan. Sebenarnya aku tak tengok trailer pun. Semestinya filem Polis Evo 2 adalah satu filem tempatan yang akan aku tengok tanpa ragu-ragu. 

Aku tengok TMO Polis Evo dan ianya menambahkan keinginan aku tengok filem ini sehingga terpaksa meninggalkan suami aku. Haha. I will accompany you to watch this movie later okay. I promise and I don't mind to re-watch the movie. It was awesome! 

SINOPSIS


Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Khai (Shaheizy Sam) terlibat dalam misi pemerhatian di sebuah pulau yang terletak di pantai timur Malaysia. Sekumpulan pengganas dan pengamal ajaran sesat yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) telah menyerang dan menawan 200 orang penduduk di pulau berkenaan. 

Sani dan Mat Dan (Syafie Naswip) termasuk dalam kumpulan yang ditawan dan cuba melawan pengganas dari dalam pusat pertahanan. Khai bersama dengan Rian (Raline Shah) , seorang polis dari Indonesia dan 4 orang anggota polis dari Malaysia bekerjasama untuk menghadapi kumpulan pengganas dan menyelamatkan nyawa 200 orang tawanan. 


REVIEW


*Read at your own risk**Only my personal review*

Definitely a worth movie to be watched in the cinema!! 👍👍

Penonton disajikan dengan aksi di permulaan filem. Awal-awal lagi dah rasa macam wow!! Buat mereka yang suka lewat masuk ke pawagam, tolong jangan buat begitu untuk filem ini. Pastikan anda be ready in cinema before the movie begins. 

Plot Jelas dan Teratur
Pengedaran syabu, kumpulan pengganas dan pengamal ajaran sesat. Ini adalah kejahatan yang mesti ditumpaskan oleh pihak polis. Dari awal lagi, susunan plot sangat teratur dan jelas untuk kita memahami jalan cerita yang sebenar. Setiap babak ada kisah tersendiri. Ada babak kelakar, ada babak tak sanggup nak tengok, ada babak sayu. 

Pelakon Utama Polis Evo 2. Credit

Lakonan Mantap
Shaheizy Sam, Zizan Razak, dan Hasnul Rahmat adalah tiga orang pelakon tempatan yang kita sudah sedia maklum akan kehebatan lakonan mereka. Filem ini bertambah cantik dengan kehadiran pelakon utama yang berasal dari Indonesia, Raline Shah. Fuh, Raline Shah ini alahai, cantiknya dia. Muka comot pun tetap cantik, rambut pun tetap cantik walau haru-biru begitu. Model iklan Pantene katakan. Hihi. Watak yang dibawa oleh Raline Shah sangat berbeza daripada watak dalam Surga yang Tak Dirindukan. Bertambahlah suka dengan Raline Shah 😍

Tidak dilupakan juga lakonan semua pelakon lain dalam filem ini. Kesemua pelakon tempatan, Malaysia dan Indonesia. Masing-masing membawa watak bersama skrip yang diberikan dengan baik. 

Lawak Ringkas dan Kelakar 
Tak banyak lawak dalam filem ini. Tapi masih tetap ada beberapa lawak. Paling diingati adalah, "tahanan-si hidung besar". Haha. Yang melafazkan skrip ini adalah si ketua pengganas. Agaknya Hasnul Rahmat tergelak tak masa mengutarakan skrip ini? 😆

Gabungan Zizan Razak dan Shaheizy Sam 👍 Credit

Aksi Padat dan Final Battle
Seperti yang aku katakan di awal review, kita sudah disajikan dengan aksi di permulaan filem dan berterusan sehingga ke akhir filem. Hanya ada beberapa detik saja yang membuatkan kita tenang di dalam pawagam. Selebihnya, perasaan berdebar sentiasa ada. Tidak hilang sehingga habislah the final battle. And yes, the final battle was awesome!! 😱

Tiada Kisah Cinta. Hanya Persahabatan dan Kepercayaan. 
Yes! Ini adalah satu kelainan juga bagi aku sebab tiada kisah cinta langsung. Biasanya kalau filem, mesti ada terselit kisah cinta walaupun sedikit, terutama bab jatuh cinta sesama rakan sekerja, tapi dalam filem ini, nothing at all. Aksi, aksi, dan lagi aksi. 👍

Persahabatan antara Khai dan Sani tiada tolok bandingnya. Mereka lebih akrab dan menjaga satu sama lain dengan begitu baik. Saling memberi semangat 😍 Kepercayaan yang diberikan oleh Khai kepada Rian walaupun Khai tidak mengetahui sama ada Rian benar adalah polis Indonesia atau penjahat. Kadang-kadang dalam sesetengah situasi, kita hanya mampu memilih untuk percaya. 

Tidak Puas Hati dengan Penamat Cerita 
Sehingga ke akhir filem, pasukan penyelamat yang dihantar masih tidak tiba. Sampai ke akhir, mereka berlawan pengganas dengan hanya 7 orang polis. Mungkin berlaku di alam nyata tapi ini filem wei. Aku nak aksi lebih lagi. 30 minit itu lama tapi aku rasa berlawan begitu ada ke sampai 30 minit? Tak tahulah sebab tidak pernah mengalaminya kan. Cuma aku mengharapkan pasukan penyelamat tiba dan wow!! Lagi sekali aksi best muncul! Tapi sayangnya tidak berlaku. 

Aku juga mengharapkan Rian muncul di akhir cerita. Buat terakhir kali muncul bertemu dengan Khai dan Sani sambil tersenyum gembira melihat keindahan laut tapi sayangnya, babak ini tidak berlaku juga 😐

Tidak Menghina Islam 
Aku tak tahu dari mana datangnya hal yang tular di laman sosial mengenai filem ini menghina agama Islam. Bagi aku, tidak sekali. Tidak ada langsung penghinaan agama Islam dalam filem ini. Aku ada baca komen di Twitter yang mengatakan "tak habis-habis dengan agama Islam saja yang selalu ada ajaran sesat. Siap bagi idea suruh buat cerita yang Kristian or Buddha yang ada ajaran sesat. Well, untuk si penulis, boleh dikatakan hampir keseluruhan yang terlibat dalam Polis Evo 2 adalah mereka yang beragama Islam, tak kan nak buat filem mengenai agama lain pulak. Apa ke? 🙅

Aku tak faham sungguh dengan segelintir manusia yang begini. Nak condemn orang saja. Adoi. Tak memasal aku mengomel pula di sini. Hihi. 

"Dah Kerja Kita, Nak Buat Macam Mana"
Beginilah lebih kurang ayat Khai kepada Sani ketika Sani hampir berputus asa. Sayu juga melihat babak di mana 6 orang polis yang masih selamat membuat undian sama ada mahu rempuh saja dan berlawan dengan pengganas atau menunggu pasukan penyelamat tiba. 

Mereka memilih untuk berlawan. Pihak polis yang tidak pernah gentar walau nyawa mereka dipertaruhkan. Harap semua polis bersifat begitu. Terpelihara lah kita semua.


Panjang lebar dah aku review ni. Haha. Kalau ada spoiler dan korang terbaca, harap maklum lah eh. Dah pesan di awal review kan? Hihi. 

Marilah kita menyokong filem tempatan. Kutipan pembukaan RM3.5 juta!! Well done to the cast and crew of Polis Evo 2 👍

Rating: 4.5 ★

Selamat menonton!! ~~ :)



12 comments:

  1. Kalau tak ada babak percintaan atau romantis...bererti filem ini sudah keluar dari kepompong dan pecah tradisi la Siqah.Bermakna tanpa babak sebegitu satu filem itu tetap mampu dan boleh berdiri baik dengan pengisian babak-babak yang lebih padu.
    Terima kasih review nya ya Siqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. SUka juga dengan drama atau filem yang tidak ada babak percintaan, Hihi.

      Delete
  2. Seperti biasa memang ternanti review filem ni dari Siqah.
    Nanti ada pluang nak pergi tengok lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope Reen dah pergi tengok! :D Lambat haa Siqah tengok komen. Aiyakk

      Delete
  3. kaella kena tengok ni, banyak riview kata best jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, best!! Baru je tengok kali kedua sabtu lepas. Hihi. Hope you like it Kaella! :D

      Delete
  4. im not sure if i wanna watch this but paskal kinda impress me last time and it was cool. but some said polis evo was a bit so so im not so sure sbb x tgk lg. but maybe i can try. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh we have a different opinion, Ray! I'm okay with Paskal but that movie didn;t impress me so much like Polis Evo did. I"m follower of Polis Evo so semestinya nak tengok Polis Evo 2. Hihi. Maybe you should give it a try :)

      Delete
  5. Exam punya pasal sempat tengok Fantastic Beast aje, T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala bila habis exam tu? SIqah tak tengok lagi Fantastic Beast padahal punyala beriya tengok balik first movie. Rasa tunggu ada di Astro Best je kot or tengok online. Hihi

      Delete
  6. Tak tengok lagi filem ini.. Review pelbagai Sha baca mengenai filem ini..

    ReplyDelete
  7. Hi Siqah! Lamanya tak singgah blog Siqah sebab busy kemain sekarang. Heheh. Nani tak sempat lagi nak tengok Polis Evo 2 ni, baca review ramai yang cakap worth lah untuk pergi tengok. Ingat weekend ni baru nak pergi layan.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife