Final Piala Malaysia 2014

instalife

November 02, 2014

Final Piala Malaysia 2014


Ini gambar 69 weeks ago. Haha! Ambik kat my IG. Bukan tadi okay. Yes. Aku adalah penyokong JDT yang menyokong JDT sebab suami aku orang Johor ✌️Malam nie tak tengok final bola live sebab Aliff duty. Tengok di kedai mamak je. Hii. 

Aku tak minat bola. Sumpah tak suka tengok bola. Dan tak faham kenapa orang suka tengok bola. Kadang2 main lama tapi tiada gol. Tak rasa membazir ke masa berjam2 tengok bola?? Aku layankan je suami aku ( masa dalam gambar ni bf-gf lagi) , pergi stadium tengok bola live. Tiket dan baju mesti disponsor. Memang tak lah aku nak menghabiskan duit untuk bola. Dahlah tak minat kan 😜 Lagipun syok dan happy je pakai baju sama. Itu paling suka sebenarnya. Hihi. 

Al kisah malam semalam, Pahang vs JDT untuk final bola Piala Malaysia. JDT kalah penalti 4 dan Pahang 5. Lepas mata perlawanan seri tamat masa permainan. Agak bengang bila Matyo diberi peluang untuk sepak penalti. Tolonglah weii. Satu Malaysia tahu dia tak boleh main kottt. Kenapa bagi dia sepak penalti pulak?? Adoii lah. Tengok dia berjalan ke arah tempat penalti pun dah tahu sure tak gol. Huhu. 

Tapi kan.... kalau pemain Pahang tak sentuh bola dalam kotak penalti, confirm JDT dah kalah. Takde masa tambahan punya. Terima kasih lah ye bagi JDT free gol. Haha. Jangan denda dia tau sebab at least Pahang menang dah. 

Tahniah Pahang sebab menang Piala Malaysia dua tahun berturut. Kekal Piala di Pahang. Tahun depan harap player Pahang takde berubah lah ye. Kot kena beli dengan team lain ke kan. Hihi. Pahang yang paling ditakuti adalah pemain import dorang. Memang laju je bawak bola. JDT? Aku pun tak nampak mana nak takut. Haha! 

JDT - pandai2lah ubah plan musim akan datang. Keluarkan Matyo. Confirm boleh menang. Haha! Maaf ye Matyo fans. Realiti satu Malaysia tahu 😂 

Nama Piala Malaysia tapi sorang warganegara Malaysia pun takde skor gol. Malaysia pun harap pemain import je sekarang. Pemain import semua striker! Gasak koranglah. 

Satu lagi, tahniah buat penyokong JDT dan Pahang. Anda semua sangat hebat dan sangat supportive! Penuh stadium! Aku recall bilakah masa bermulanya kegilaan penyokong bola sepak di Malaysia sampai orang sanggup ke stadium di setiap perlawanan? Mungkin selepas TMJ beli semua pemain hebat katanya daripada semua team?? Terus orang sakit hati dan beriya nak tahu adakah JDT yang player all stars mampu menang? Secara tak langsung, peminat bola sepak tempatan meningkat dan sudah ada fenemona orang ramai ke stadium tiap kali perlawanan. Apa kata anda?? 

Sekian entry mengenai bola. Hii. Tak boleh tidur. Memikirkan kereta aku yang rosak. Tetiba enjin mati tengah jalan. Mujur aku bersama Aliff dan tidak keseorang dan kejadian berlaku tengah malam, tak banyak kereta. Syukur sangat 😔

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife