Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong. Aku suka keindahan masjid nie. Suka tengok masjid nie dari jauh. Kos pembinaan masjid nie adalah sebanyak RM25.5 juta! Banyak kan? Tapi alhamdullilah hasilnya sangat memuaskan. Mana aku tahu kos pembinaan tu? Ada ditulis di dinding masjid. Hasil wakaf dan sumbangan daripada pihak tertentu, terbinanya masjid indah ini.
Snap gambar di atas selepas selesai menunaikan solat subuh di masjid. Sepanjang hayat aku, selama 29 tahun aku hidup, baru dua kali aku menunaikan solat subuh di masjid iaitu semalam dan hari nie. Terukkan aku?? Huhu. Aliff dah lama berniat untuk kami menunaikan solat subuh di masjid tapi punyalah malas nak bangun. Bangun untuk solat subuh je mampu. Plan nak buat masa weekend tapi tak pernah nak menjadi. Akhirnya, selama dua hari nie, cuti lama, kami berdua bekesempatan menunaikan solat subuh di masjid. Alhamdullilah ~ Semoga berterusan hendaknya. Harap di waktu lapang, boleh kami meluangkan masa di masjid. Insyallah ~
Di masjid, aku ada jumpa sorang nenek tua yang dah nampak betullah tua nya, yang bagusnya, nenek nie masih menunaikan solat dengan berdiri. Dia tidak menggunakan kerusi yang disediakan. Pergerakannya slow tapi masih mampu melakukannya. Bagusnya nenek nie. Aku kagum tengok dia. Masih sihat dan boleh melakukan ibadah dengan sempurna. Senyumannya ketika bersalam, rasa tulus sangat :)
Ada lagi sorang kira pangkat mak cik lebih kurang 30+ ( maybe lah umur dia dalam lingkungan 30+ ), orangnya sangat cantik. Dan dia lah orang yang pertama tegur aku dengan memberi salam ketika sama-sama berjalan menuju ke tempat solat wanita. Hari nie pun nampak mak cik dan nenek tue. Bagusnya mereka! Semoga sentiasa berada dalam lindunganNya.
Lepas solat, kami terus ke taman tasik untuk #morningworkout . Dan pertama kali aku jogging sejauh 4.43 km. Hahaha! Tak pernah weii! Biasa jogging dah 3 km + mesti aku stop. Tak pernah sampai 4 km pun. Punyalah pemalas kan. Hihi. Hari nie aku kuatkan semangat dan jogging 3 pusingan taman. Padahnya balik rumah, peha sakit sangat. Sengal! Beli panadol yang tampal kat badan tue. Lega sikit! Harap berterusan jugak aktiviti jogging nie. Sekarang cuti, bolehlah buat hari-hari. Nanti dah kerja, memang weekend jela.
Haa kalau lari aku akan gunakan apps Nike+ Running. Bagus app tue. Boleh track masa, jarak, speed, kalori. Siap kau naik turun bukit pun app tue boleh detect. Boleh kawan jugak dengan sesape. Setakat nie aku kawan dengan encik suami jela. Hii. Saja ngedik nak jugak kawan kat apps. Hihi. Korang bolehlah download apps nie if nak berlari. Boleh je nak lari ikut suka hati, cuma if ada apps yang boleh trace larian lagi bagus. Kita boleh tahu tahap larian kita. Peningkatan atau penurunan. Bolehlah cuba ye :)
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH
No comments:
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。