Aku dah sangat lama tak beli novel Malay. Bukan nak menjauhkan diri ke apa, cuma dah tak lalu nak beli novel Malay. Most of the stories almost the same. Makanya aku stop baca novel Malay dan berubah arah ke genre bahan bacaan lain. Bahan bacaan umum dan kira ilmiah lah jugak. Hihi. Mengajar erti kehidupan 😊
Tetiba last week, aku nak sangat baca novel Malay yang cintan cintun. Beriya ajak Aliff pergi MPH nak beli hari tue jugak. Pilih punyalah lama, baca sinopsis kat belakang sume, last sekali aku pilih novel nie sebab tergolong dalam buku terlaris di MPH. Nak pilih novel lagi lama daripada pilih baju. Hihi.
Dalam masa 4 hari, aku habiskan baca novel. Biasalah, kalau dah start memang aku pegang jela novel nie. Novel nie best jugak! Takdelah kategori wow sangat cuma just nice to read. Jalan cerita macam biasalah, anak Datuk tak nak mengaku anak Datuk, kahwin dengan lelaki yang tak dicintai, tapi bukan kahwin paksa. Kira kahwin rela jugak lah :D Last2 bercinta. Biasalah end of story, mestilah happy ending.
Aku suka babak-babak romantik dalam novel nie. Aku pun tumpang seronok dan fefeeling romantik masa baca. Haha. Paling romantik sekali bagi aku adalah masa majlis pernikahan Syed Arif dan Farhah. Syed Arif ada bagi 3 nota untuk Farhah selepas mereka bernikah. Siap diumumkan nota itu pada tetamu yang hadir. Ohh so sweet!
3 nota tersebut adalah:
1 - Bersandarlah di bahuku, sampai kau merasa ketenangan. Sebab sudah jadi tanggungjawabku untuk memberimu bahagia.
2 - Tunjukkan aku cara mencintaimu dengan baik dan benar, supaya aku dapat tunjukkan bagaimana caranya untuk bahagia.
3 - Farhah, I promise to listen when you talk. I promise to protect you from harm. So give me your hand in mine forever, as we start our new life together.
Sweet kan? Manis macam gula-gula. Hihi. Aku sekali terbuai bila baca. Haha! Ngeng betul ~~ 😆😆
Sekarang novel nie telah disiarkan jadi drama di RIA. Pilihan pelakon, aku setuju jugak lah. Cuma hope takdelah adegan mesra alam sangat. Dalam novel, banyak jugak adegan mesra bila mereka dah bergelar suami isteri. Harap takdelah keterlaluan dalam drama. Baca novel, seronok. Bila tengok drama, takdelah excited mana tapi aku follow jugak drama nie marathon hari Ahad lepas. Ada jugak scene yang ditambah untuk menyedapkan lagi gula garam dalam drama nie. Dan beriya nak tengok scene majlis pernikahan mereka. Sama tak macam yang aku bayangkan? :p
Bolehlah sesiapa yang suka baca novel cintan cintun, belilah novel nie. Try baca. Sure berada di awangan jugak macam aku. Hahaha!
Credit ayat dalam novel to - Pena Kayu 😊
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH
No comments:
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。