Baru je lepas tengok filem nie, Bajrangi Bhaijaan. Tak tahu pun mengenai filem nie nanye. Selepas dengar cerita Dilwale tidak berada di tangga teratas dalam top movie di India, tergerak hati nak tahu apakah filem yang mengatasi Dilwale. Dan salah satu filem itu adalah bertajuk Bajrangi Bhaijaan.
Serius! 5 stars untuk filem nie! Jalan cerita yang sangat menyentuh hati. Cerita yang ada maksud tersendiri, ada wujud kehebatan cinta daripada konteks yang berbeza. Bukan cinta sesama loving couple je. Love the movie so much! Menangis teresak-esak, tersedu-sedu tengok filem nie. Starting je dah nangis. Di penghujung filem, memang lagi menangis bersungguhlah aku. Mujur aku tengok filem nie berseorangan di rumah. Mr A kerja. So tak payah nak cover lah walau menangis beriya. Basah baju! ðŸ˜ðŸ˜
Dari segi lagu, for sure, Dilwale menang! Yang best, dalam filem nie, tiada lagu berangan! Yeayyy! Haha! Lagu pun comel dan kelakar. Mula-mula, lagu selfie, pastu ada lagu chicken pulak. Haha! Ada sebab kenapa dia nyanyi lagu chicken. Ada satu lagu tajuk Tu Jo Mila. Lagu nie best dan lirik pun sama best!
Lagi yang menarik perhatian aku adalah gadik cilik yang berlakon bersama Salman Khan. Watak sebagai Shahida. Sumpah comel gila budak nie. Berkali-kali aku kata dia comel. Dia berjaya bawa watak sebagai seorang budak yang bisu dan kehilangan mak di India. Dia dari Pakistan. So jalan cerita berkisar mengenai Salman Khan yang nak hantar dia pulang ke negara asal, Pakistan. Dan tahu kan ketidakfahaman Pakistan dan India. Tambah lagi dengan masalah komunikasi antara mereka, lagi membuatkan perjalanan mereka sukar. Tapi akhirnya berjaya dilalui semuanya.
Comel kan? Kan?
Lagi satu yang menarik perhatian aku adalah destinasi dalam filem nie. Kalau Dilwale, terpikat dengan Iceland. Kali nie, aku terpikat dengan Kashmir. Lawanya ciptaan Allah. Alangkah bertuah kalau dapat melihat di depan mata.
Kesimpulannya, filem nie wajib ditonton! Really recommended to all! Lepas tengok filem nie, aku dah boleh move on from Dilwale. Cuma dari segi lagu, belum lagilah. Rugi weii beli lagu Dilwale kalau move on cepat sangat. Haha! Cakap pasal lagu, aku masih tak berjaya download lagu Tu Jo Mila di iTunes. Got problem with payment method. Tak tahulah kenapa. Entah ada masalah ke Apple oiiiii!
p/s: korang boleh tengok filem nie di page Facebook: Malaysia Tube . Selamat menonton!
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH
Movie ni memang best..kite tengok sambil lap air mata...huhuhu
ReplyDeleteKan. Mula mula lagi dah nangis. Berterusan sampai ke hujung. huhu
Delete