Bagi aku, lagu Potret nie berhantu. Haha! Berhantu sebab sejak lagu nie keluar sampailah sekarang, masih meniti di bibir kita. Masih tak jemu mendengar walaupun dah lama. Biasanya, lagu zaman sekarang, aku akan cepat bosan. Tapi bukan pada lagu Potret.
Pada mulanya, aku tak tahu pasal kewujudan lagu nie. Sampailah, di Instagram, ramai orang yang post gambar dengan lirik lagu Potret sebagai caption. Part chorus yang nie:
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi,
Tinggal aku menahan luka ini,
Sampai harusku pergi.
Sampai letak kat instagram. Hihi.
Aku jadi tertanya-tanya best sangat ke lagu nie. Dengar di YouTube dan terus beli di iTunes. Bersungguh kau! Haha! Pastu mulalah hari-hari on the way ke pejabat dan pulang ke rumah, putar lagu Potret sampai ke sudah. Samalah yang aku buat untuk lagu Janam Janam. Bersungguh dengar sebab suka sangat dan rasa rugi kalau beli tapi dengar sekali je. Haha! Kalau dah beli mestilah suka berganda kan.
Bersungguh aku nak faham lirik lagu nie. Aku jenis orang yang suka memahami lirik lagu. Kadang-kadang melodi lagu tak best sangat, tapi kalau lirik best, aku akan jatuh cinta jugak dengan lagu tue. Contohnya lagu Erti Cinta by Maya Karin. Hii.
Untuk Potret, last sekali aku buat kesimpulan lagu nie berkisahkan tentang kehidupan seseorang selepas dia ditinggalkan. Potret bermaksud lukisan. Lebih kepada lukisan wajah. Mungkin yang cuba disampaikan adalah lukisan kehidupan diri orang yang ditinggalkan itu. Tak tahulah kefahaman aku sama ke tak dengan penulis lirik lagu nie. Hehe.
Tak kisah apa pun, yang penting Akim & The Majistret - teruskan usaha untuk menghasilkan karya yang menarik tertarik! Yang berbulan-bulan keluar dan masih berada dalam top carta di Malaysia.
Looking forward to your new song!
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH
No comments:
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。